Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, June 21, 2014

El - nino punya pasal dan puding sago gula Melaka.

Assalammualaikum....


Aku gunting rambut aku pendek2 petang semalam.
Lepas gunting terasa ringaaaan je Kepala aKu ni.
Sebenarnya rambut tak le panjang mengurai pendek gak separas bahu .
Itu pun tak Cecah bahu pun tapi di sebabkan dah semakin tebal Terasalah panas dan rimas.
Nak nak pulak musim2 panas sekarang ni kan lagilah aku rasa tak selesa.

Bila dah gunting rambut tu kasi pendek pendek dan nipis kan barulah rasa selesa sangat.
Terasa angin Bertiup Kat tengkuk ni .
Nak ambik air sembahyang pun selesa nak pakai tudung punnnnn sonang.
Tak do yang terurai2 terkeluar celah anak tudung tu kan.
Bila lik umah anak2 aku kata aku dah macam tomboy gunting rambut pendek separas tongkuk.
Tapi mr hubby i kata cute dan comel gi tuuu...auwwww :))

Ok sepanjang minggu ni mood aku memang tak berapa nak bagus asyik nak marah jee.
Bila ada Yg tak kena mulalah nak membebel.
Semalam aku rasa seronok sangat2 Sebab hari ni sabtu tak bekerja.
Aku rasa penat sangat sepanjang minggu ni di campur lak dgn cuaca Yg panas buat hati lagiiii paneh !!
Sooo semalam gunting rambut pendek2 hari ni leh rehat santai2 Kat umah.

Malam tadi terlebih rajin aku buat puding sago gula Melaka.
Cuaca panas macam ni memang Elok sangat Dapat makan puding Yg sojuk2.


Mula2 aku Masak Dulu sirap gula Melaka...Ini pun gula Melaka entah zaman bila tah time aku rajin wat kuih Dulu daripada terbiar je dalam plastic tu Lebih baik wat air gula.
Masakkan gula dengan sedikit air dan daun pandan hingga gula cair dan mendidih.
Biarkan pekat sekejap pastu tutup API dan sejuk kan.

Pastu buat lak santan lemak manisnya.
1. Didihkan santan. masukkan sedikit daun pandan + garam. kacau sentiasa bagi mengelakkan ia meruap dan berketul2..... Tutup api. Tapis, dan sejukkan santan pada suhu bilik.Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Tapi kali ni aku nak Guna susu cair je pasal tak pernah rasa sebelum ni lagipun Lebih cepat dan senang.
Tapi yang santan tu Lebih lemak berkrim dan sodap berbanding susu cair itu ikut selera tekak akulah kan.
Tapi Yg senang dan mudah jika Guna susu cair krimer sejak f&n tu.



Dah separuh puding ni masuk bekas baru teringat ambik gambar.
Untuk puding lak aku  Masak cara Yg sama macam aku buat kuih sago mata ikan atau pun sago bronok tu.
Masakkan 3 cawan air hingga mendidih pastu masuk kan satu cawan sago mata ikan dan kacau hingga jadi jernih.
Bila dah tinggal sikit mata ikan putih2 tu masuk kan setengah cawan gula pasir dan kacau lagi hingga puding kelihatan jernih cantik dan boleh lak tutup API dan masuk kan dalam acuan kegemaran.


Dah siap masuk dalam bekas simpan dan sejuk kan dalam freezer.... Esok dah boleh makan dengan air gula dan santan/ susu Nya.
.


Siap sudah....
Puding sago mata ikan Yg dah sejuk dalam freezer tu aku curahkan sedikit air gula Melaka dan tuangkan susu cair.
Makanlah dengan kesejukkan dan kemanisan yang menyegarkan lalu lajuuuu  jeee dalam anak tekak tu.
Soooo mood marah and membebel tu Akan turun dengan serta merta.






Wednesday, June 18, 2014

Courier servis.

Asalamualaikum...





Yang aku tunggu2 ni dah sampai dah.
Runner ni aku beli secara on line.
Semalam SKYNET datang umah tengahari tak ado orang kat umah.
Anak bujang dah pergi sekolah anak dara bolum Balik sekolah..omak ea ni dah terang lagi bersuluh tentunyalah terpacak kat umah pukul 5 .30 potang kang.


Sooo budak SKYNET tinggalkan nota Mintak aku hubungi dyorang Balik.
Semalam petang aku call sebelum 6 petang tak do orang angkat phone.
Hari ni pepagi buta kul 8 pagi aku dah tokan2 no kat handphone aku tak de gak orang jawab.
Beberapa kali call sampai sembilan pagi pun tak ada yg angkat telefon.
Aku search dlm gugell kat mana letaknya SKYNET semban ni alamatnya kat semban 2 tapi map gugel kata kat ampangan .
Heran binti pelik aku...!!

Pukul 9.30 baru dyorang masuk ofis rupanya.
Aku Mintak dyorang hantar terus ke ofis aku je .
kang pergi ke rumah tetap gak tak ado orang.
Aku nak pergi ambil sendiri malaslahkannn klau kat ampangan tu ok lagi aku keluar sekejap pergi ngambiknya.
Ni kono ke semban 2 nak mencari tempatnya lagi tak ke membuang masa je kat situ nanti.
Aku dah bank in wang pos kat akak asmawaty sooo courier kono lah buat kojo sampai barang tu sampai kat tangan aku.

Aku ingatkan akak asmawaty ni guna pos laju malaysia rupanya courier SKYNET.
Sebelum ni dah banyak aku beli barang kebanyakannya yg menjual tu gunakan pos laju Malaysia senang sikit coz pos laju office kat senawang ni je.
Senang aku nak ambik barang lepas kerja dyorang lak tutup 8 mlm macam tu.
Lenkali aku kono tanya dyorang ni guna courier servis apa.
Kalau pos laju senang dan cepat aku dapat barang.
Kalau yang lain tu konolah bagi alamat ofis macam hari ni.




Saturday, June 14, 2014

Tabik hormat buat abah kami HJ ARIS SIDIN di hari bapa ini.

Assalammualaikum...

Ni nak cerita pasal SI DIA paling indah. SI DIA yg paling cool! Tak pernah menjentik apatah lagi merotan. Awet muda even dah 73tahun!(ape rahsia, xpenah dikorek lagi). Sangat sabar even mak gua sangat obses membebel! Pernah dulu, masa form 1 aku ditawarkan sekolah kt Sikamat, Seremban. Tapi setahun je kat sana sebab aku tak sanggup tengok abah hantar jemput aku dari Jelebu menaiki motor NBG4002 beliau. Panas berhujan utk aku pada usia mencecah 63tahun. Pernah kami hampir eksiden kt bukit tangga sebab abah nak potong bas ParkMay tp tak lepas. 
"..abah,tade ape yg mahal yg berharga yg mampu shila bagi setakat hari ini 14JUN2014,tapi shila harap Anugerah Naib Canselor dapat buat abah gembira dan bahagia. Semoga basah lenjun dan panas abah selama jemput dan hantar ke sekolah terbalas.."  
Sempena hari bapa esok, shila ucapkan HAPPY FATHERS DAY abah! Semoga abah kekal awet muda, dipanjangkan umur, diberkati usia, bahagia selamanya dgn isteri tercinta dan anak cucu semua. 



                                                   We LOVE You ABAH!!


Aku tak tulis ayat2 kat atas tu tapi aku ciluk dari FB shilla adik bongsu aku.
Tertarik dengan ayatnya aku copy paste dan abadikan dalam blog aku ni.

Ya... Lelaki itu lah abah kami.
Abah yg paling Cool dalam dunia ni( kalaulah boleh aku iktiraf kan begini )
Tak pernah merotan 7 orang anak2 nya tapi berjaya mendidik kami semua menjadi " orang " tanpa kekasaran dan kekerasan.
Cuma dia seorang yg bekerja menyara kami sekeluarga dulu tapi dia mampu menyekolahkan anak2nya hingga semuanya bekerjaya dan memegang duit sendiri baik lelaki mahupun perempuan.
Di kala mencecah ke angka usia emas dia masih lagi menyara anak perempuan bongsu nya di IPTA.
Tak hairanlah kalau anugerah naib canselor kelas pertama itu memang selayaknya hadiah terbesar dan termahal buat seorang lelaki yg kami panggil ABAH.
Dia jugalah penganti bapa buat 4 orang menantu2 nya yang telah tiada bapa.
Dialah hero kami dia lah kesayangan kami semua..

Ya Allah kau panjangkan usia kedua ibu bapa kami.
Agar dapat kami bersama keduanya dan membalas jasa mereka.
Yang melahirkan, membesarkan serta mendidik kami.
Agar dapat mereka merasa jernih perih titik peluh kami pula.
Agar dapat mereka melihat kejayaan cucu2 mereka pula .
Kurniakanlah keduanya rezeki kesihatan, rezeki ilmu, rezeki kelapangan masa serta permudahkan urusan mereka untuk beribadat kepadamu
Amin ..amin.. Ya rabbal'alamin.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails