Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, August 10, 2014

Cerita raya lagi....Ompek hari raya 2014.

Assalamualaikum...

Orang Yg rajin sangat update entry macam nilah dia.
Orang lain dah nak habis up citer rayanya si aku ni baru terhegeh hegeh nak citer satu per satu.
Tak entry kan citer ni sampai ke sudah blog ni berabuk berdebu.
Jangan di biarkan penyakit malas update entry ni lama2 sudahnya nanti blog aku ni berkubur terus.
Sayang lah kan dah begini banyak tahun aku bertahan tak kan nak biarkan berkubur je blog ni.

All kisah raya ke Ompek pulak.
Raya ketiga hari tu aku tak kemana pasal kena masuk kerja setengah hari pagi tu.
Semuanya pasal closing time aku nak cuti raya.
Semua staf Yg bukan Muslim dah masuk kerja raya ketiga jadi aku pun menu pang sekalilah kerja sekejap pagi tu siapkan report untuk closing department aku.
Setengah hari jee petang aku dah ada Kat umah mak mertua aku balik dah.
Tak kosher aku nak kerja lama2 time orang tengah beraya sakan ni.
Silap haribulan report aku banyak gambar kuih,ketupat dgn lemang je nanti.

Okey ...continue raya ke 4.
Time ni sorang adik aku Yg dah berkeluarga dah melaporkan diri Kat umah mak aku dah.
aku pun dah ada balik umah mak aku.
Alahhhhh kg hubby dgn aku sebelah sebelah je kalau emergency tak sampai spoloh minit kitorang dah ada balik kt kg renal umah mak mertua aku tu..hehe..
Soooo  petang raya ke Ompek ni kami sempat ziarah 3 buah rumah je.
Hari pun dah petang pergi pun lepas asar cuma ke rumah mak long sema sebelah umah mak aku, pastu ke rumah sepupu mak isi tu busu esah di kg kelaka dan last sekali umah sepupu mak gak Yg kami panggil mak ngah ani.

Kat dua rumah tu kami tak bergambar cuma di rumah mak ngah ani je ada gambarnya.
Ini pun gambar Dari koleksi mak ngah aku tu dia tag Kat dalam FB aku.
Time ni tengah makan Meehon goreng dengan mee kari.

Bergambar kenangan bersama sama tuan rumah di halaman rumahnya.
Suami mak ngah ani iaitu Pak ngah aris pun ada terjenguk Kat belakang kitorang tu.
Sporting betul lah Pak ngah aris aku ni..I like...I like...!!!
Gambar atas ihsan adik aku shilla.
Aku segan nak kuar kan iPad aku .
Soooo Kita pinjam je gambar orang lain and tepek dalAm blog ni.


Tuan rumah a.k.a mak ngah ani no Ompek Dari Kanan Yg tongah2 tu.
Belakang dia lelaki Yg dukung anak tu adik aku ayie .
Sebelah ayie suami mak ngah ,Pak ngah aris dan sebelah kiri sekali  cik adik manis bertudung pink tu anak tuan umah  namanya Ina.
Yang Len Len tu ahli2 rombongan aku lah tu.

Setel sudah ziarah raya ke Ompek.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails