Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, August 13, 2014

Raya ke onam~part 2.

Assalammualaikum...


Lepas Dari rumah k.ngah rusnah di tmn tun Husain onn tu kami gerak lak ke kg cheras baru bukit A.
Aku pernah buat entry tempat ni 2 tahun lepas.


Hari ni kami beraya lagi ke sini Sebab tuk alang Sedara sebelah abah dah bermastautin disini.
Dulu masa abah bekerja sebagai chef di kem kinrara punchung kami tinggal di sini gak.


Tapak rumah sewa kami Dulu dah jadi semak belukar dah.
Tiang umah pun dah tak nampak lagi.
Lama la jugak duk sini cuma aku ,ann dan Napie je tinggal kampung dengan arwah wan Dulu.
Kami sekolah di kampung bila cuti sekolah kami balik cheras.


Dah usang betul rumah ni dah.
Ni Dulu rumah penyanyi Yg terkenal zaman 80 an Dulu .
Aku dah lupa Nama dia nanti aku Cuba ingat balik.
Penyanyi ni suka main guitar ...Dulu kecik2 aku dgn kwn2 aku suka lepak umah dia petang2, main sorok2 dan dengar dia nyanyi dgn gitarnya.
Ramai le jugak kengkawan aku zaman budak berhingus Kat sini Dulu.
Tapi sekarang dah tak kenal dah muka masing2, aku ingat lagi beberapa Nama Yg rapat dgn aku tapi tak tahu Kat mana dyorang sekarang ni.
Tentu dah berkeluarga beranak pinak bagai kan cam aku jugak.


Rumah tuk alang sekarang dah jadi dua tingkat tapi Dulu rumah ni macam rumah kampung biasa je siap ada halaman lagi.
Dah jauh berubah kawasan ni sekarang keadaan jalan nampak semakin sempit Dari Dulu mungkin kerana mereka menambah rumah hingga ke jalan macam rumah tuk alang aku ni.
Sebelah atas atuk dgn wan alang duduk sebelah bawah pulak anaknya duduk.




Tuk alang nampak sihat begitu gak wan alang tapi pergerakkan wan alang nampak slow mungkin atas faktor usianya.



Ini rumah mak long edah anak sulung tuk alang.
Dari atas kami turun terus masuk rumahnya.
Kang lalu je tak singgah merajuk lak mak long comel aku ni.



Rumahnya kecil Dari rumah ayahnya Kat atas tu tapi nampak cantik dan kemas.
Tak banyak  perabut tapi ceria .
Senang le nak méngemas .
Aku suka Gaya umah simple dia ni tak serabot otak dgn mcm2 perhiasan.



Okey dah minum dan makan kuih Kita berangkat pulang.
Misi terjah rumah Sedara hari ni dah selesai di sini.
Dalam perjalanan balik ikut jalan genting peras.
Jalan Yg masuk ulu langat terus keluar ke kuala klawang.
Jalan ni Bengkang bengkok dan kawasan agak sunyi tak banyak kenderaan Yg lalu.
Klau malam2 tak di galakkanlah ikut jalan ni macam menyeramkan.
Klau keta ko down malam2 Kat jalan genting peras tu mau melalak sorang2 tak do sapo nak tolong.

On the way balik singgah lak umah Pak cik hasyim Kat area kuala klawang tu.
Tapi gambar nan adoooo...
Biasa lah bila umah terakhir semua orang dah penat nak ambik gambar pun tak do mood.
Raya lenkali lah tunjuk gambar beraya umah dia lak yaaa...:))

Cuma gambar dua beranak Yg keletihan tertido ni je aku sempat ambik Kat laman umah Pak cik aku tu.



Jgn Mareee tuan punya badan ai tercurik ambik gambar uuuu...hehehe.








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails