Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 3, 2010

Sehari dua kisah yg Berbeza !!

CERITA PAGI

Pagi ni aku lambat lagi sampai ke ofis..hari sabtu hari tu pun lambat..hari ni lambat lagi!.. Lebih teruk lagi "Gate" besar di tutup sebelum sempat aku masuk kedalam. Nak tak nak aku terpaksa parking kereta dulu baru boleh slotcard aku.

Dalam tergesa -gesa me'reverse' kereta tu aku tak sedar yang tayar belakang sebelah kiri termasuk ke dalam longkang, sebenarnya penutup longkang tu tak habis sampai ke hujung jadi yang sebelah hujung longkangnya tak bertutup seperti yang lain.

Akibatnya kereta aku dah senget sebelah..Aduh! dahlah lambat buat hal pulak masuk longkang!!...Aku tak ada pilihan lain dalam keadaan kereta senget sebelah tu aku masuk gear 1 dan tekan minyak sekuat hati...tapi sebelum tu aku pandang dulu kereta kiri kanan kang nasib tak baik lalu pulak kereta ke lori ke tak pasal-pasal masuk ICU lak.

Sekali tekan aje kereta aku terus meluncur laju ke jalan raya besar tu..Alhamdulillah tak payah susah-susah minta orang tolong. Sudah siap parking kereta elok-elok terus aku masuk ke ofice..aku lewat 3 minit hari ni!!!

CERITA PETANG

My Hubby ke sekolah jemput My prince (sekolah sesi petang), dari jauh My Hubby dah nampak si bujangnya  menunggu dengan semangat nak balik cepat. Atas motor My Prince ajak ayahnya ke kedai beli biskut untuk burung kesayangannya tu. Semalam My Prince kata nak cuba jinakkan burung tu kalau dah jinak kalau terlepas pasti akan pulang balik kepadanya. My Hubby beritahu burung tu dah terlepas !!

My Prince terkejut tapi tak percaya sangkanya ayahnya bergurau bila sampai aje ke rumah apa yang dia nampak?

Berubah wajahnya...sayu air muka bila melihat hanya tinggal sangkar kosong tanpa burung serindit di dalamnya!!

Aku pujuk anak aku dengan menerangkan  burung tu sangat kecil dan sangkar tu pulak buluhnya halus, Apatah lagi dia masih liar sewaktu kami semua tiada di rumah ni dia cuba melepaskan dirinya sendiri. Tak mustahil burung sekecil itu boleh keluar dari sangkar buluh yang lembut tu. Dulu Abah aku gunakan sangkar itu untuk burung yang bersaiz besar sedangkan burung serindit itu kecil sahaja.

Mengalir airmata anak aku...sayu hati aku melihatnya sedangkan dia dah lama teringin nak membela seekor burung dah dapat terlepas pulak sebelum sempat dijinakkannya!

Aku pujuknya mengatakan "Anak burung tu keluar mencari ibunya dia pun rindu kat ibunya macam adik rindukan ummi"

My Prince jawab " Macammana dia nak cari ibunya , ibunya kan kat kampung boleh ke dia balik? "

Aku kata " Doakan dia selamat dalam perjalanan pulang "


CN: Setiap makhluk Tuhan perlukan kasih sayang!!


SALAM UKHWAH:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails