Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 3, 2010

Syukur...aku masih lagi ada mereka!

Hari ni saja jalan-jalan di blog sendiri....baca balik cerita-cerita yang aku tulis dalam blog ni....jenguk-jenguk kalau ada yang sudi meninggalkan komen yang tak sempat aku baca dan balas. Tiba-tiba bola mataku terhenti pada satu entry yang aku tulis bertarikh 26 July 10 yang lalu bertajuk "RENUNGAN BUAT YANG BERGELAR SUAMI & ISTERI".

Ada seseorang meninggalkan komen di ruang itu...meluahkan perasaan sedih dan isi hatinya di atas pemergian suami tercintanya di dalam kemalangan.

Sepantas kilat tanganku mencari blog kepunyaan ISMA  "IMPIAN ISMA".....kasihan.....anak-anaknya  masih kecil baru nak kenal erti hidup di dunia sudah hilang tempat bergantung dan bermanja.

Hari ini aku bersyukur masih ada lagi  mereka-mereka yang aku sayangi di sisiku...


Masih ada suami tercinta...anak-anak tersayang...mak dan abah yang dikasihi dan adik-adikku yang aku rindui selalu. Walaupun bukan semua mereka ada di depan mataku tapi aku masih lagi berpeluang berjumpa dan mendengar suara mereka.

Aku tak nafikan akan tiba masanya nanti aku juga akan kehilangan orang-orang yang aku sayangi ini. Kuasa tuhan tiada siapa yang dapat menduga , semoga aku juga akan setabah ISMA dan orang-orang lain yang telah melaluinya dahulu sebelum aku.

Samaada aku atau mereka yang akan pergi dahulu.....ALLAH sahaja yang mengetahuinya!!

C N: Manusia hanya mampu merancang......


SALAM UKHWAH:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails