Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, March 26, 2011

Daging sos tiram dengan Kentang.


Menu daging memang jarang-jarang masuk ke dapur aku... al-maklumlah HUBBY tak suka makan daging... tapi aku sukaaaaa ..... ni aku nak masak daging dengan sos tiram dan taruk ubi kentang... sila check apa yg aku campurkan dalam daging aku ni.

BAHAN-BAHANNYA:

300gms daging batang pinang ( paling aku suka sebab tak payah rebus )
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inci halia ~ di hiris
4 Biji kentang dipotong wedges
4 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam

Daun bawang sebagai hiasan.

CARA-CARANYA :

1) Hiris daging nipis , basuh bersih dan toskan airnya.
2)Tumiskan bawang dan halia di dalam minyak yang sedikit hingga berbau wangi .
3)Masukkan sos tiram , daging dan kentang , kacau rata dan biar daging kecut baru letak sedikit air .
4)Bila mendidih perlahankan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat.
5)Kacau rata dan sebelum tutup api masukkan daun bawang. Siap untuk di hidangkan .
 
 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails