SAYA mempunyai keraguan mengenai panggilan yang kita gunakan untuk suami atau isteri. Adakah menjadi satu kesalahan jika si isteri memanggil suaminya dengan panggilan ‘papa’ manakala si suami memanggil isterinya dengan panggilan ‘mama’?
Ada pendapat mengatakan kita tidak boleh memanggil suami atau isteri dengan panggilan yang merujuk kepada ibu dan bapa kerana bukan mereka yang melahirkan kita walaupun niat kita ia sekadar panggilan manja.
KELIRU
Sungai Buloh
Suami dan isteri mesti ada sikap hormat dan menghormati. Panggilan manja khusus untuk pasangan masing-masing turut digalakkan kerana Rasulullah juga ada panggilan manja untuk isterinya.
Tidak ada larangan untuk memanggil pasangan dengan panggilan ‘papa’ dan ‘mama’ tetapi ia mungkin mengelirukan anak.
Adalah digalakkan dalam Islam, jika mempunyai anak bernama Qasim, si suami boleh dipanggil Abul Qasim manakala isteri dipanggil Ummu Qasim supaya bertambah berkat dengan nama anak itu.
Sumber: MY METRO ( Soal jawab bersama Dr Mashitah )
SALAM UKHWAH
2 comments:
tp..seingat dulu memg tak digalakkan..
NORA.... betul tu.. sy dr dulu smpai skrg x pernah pggl hubby sprti ank2 panggil "AYAH" sama juga dgn hubby pun x panggil sy "UMI"... lbh manis kalau suami isteri panggil dgn pglan berbeza dr anak2 kan?
Post a Comment