Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, May 30, 2011

Cuti sekolah dah bermula....

Salam Isnin dan selamat bercuti kepada yang bersekolah tu !!




Mulai semalam dah sibuk dah memenuhi jemputan yang telah di terima beberapa hari dan  beberapa minggu lebih awal.
Tapi tulah kita manusia hanya mampu merancang dalam pada rasa nak pergi ke semuanya sekali hanya dapat pergi satu dua rumah je kerana hal-hal yg tak dapat di elakkan dan semuanya lak dalam hari yg sama.
Lagipun rumah2 ni jauh dan di daerah yang berbeza manakan mungkin dapat pergi kesemuanya sekali lainlah kalau dekat-dekat.

Cuti sekolah ni PRINCESS dan PRINCE aku bermastautin kat kampunglah seminggu.
Walaupun pada awalnya PRINCE tak mahu tinggal dengan wannya tapi dah di pujuk-pujuk dan di rayu-rayu akhirnya mengalah gak anak bujang aku tu.

Anak aku yg sorang ni tebiatnya lain sikit.
Dia mesti nak berkepit dengan aku walaupun dah besar panjang dah.
Kat mana aku kat situlah dia... pamtanglah aku bergerak sikit mesti nak ikut tak boleh tinggal langsung !!
Si kakak nak duk seminggu umah wan.. yelah boringlah duk melanguk kat umah je nak gak bertukar angin bandar ke angin kampung.

Tapikan bila aku balik ke rumah ni petang semalam terasa lak sunyinya bila dyorang ni tak ada.
Tinggal berdua je aku pandang hubby ..hubby lak pandang aku !!
Kalau ada budak berdua tu terasalah meriahnya dengar suara dia bergaduh pastu ada gak orang yg aku nak suruh  wat kan air oren aku .... tolong buangkan sampah kat belakang umah.
Ni tak ade sapa nak suruh konolah den buek sendiri..huhu!!

Bila macam ni aku fikirkan macammana lah bila anak-anak aku dah besar2 nanti.
Mesti lagi sunyikan lebih2 lagi bila dyorang dah berkeluarga.
Dahlah anak aku sepasang je....!!
Syukur gaklah ada 2 orang ada orang tu langsung tak ada anak.. yg aku ni dapat gak sorang laki-laki sorang perempuan kiranya ALLAH tu dah beri bahagian yg adil pada aku .

Ada sebab musabab kenapa ada orang yg ALLAH beri anak ramai dan ada yg anak sedikit dan ada jugak yang tak ada anak langsung.
Hanya ALLAH yang tahu rahsianya dan kita sebagai hambanya selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.


CN : Minggu depan ada jemputan lagi..... kenyanglah aku makan nasi kawah cuti sekolah ni !!


SALAM UKHWAH

18 comments:

cikgu_aare said...

saya hari-hari tgk muka hubby kak..huhu~

mrs kayrul said...

mujur la anak kayrul kecik lagi, tak reti nak minta balik kg. Berpisah kejap pun dah terasa rindu, inikan plak seminggu. Anak kasi can mak pak berhoneymoon tue..hehhehe

IXORAROXI said...

sesekali mama dengan ayahnya bolehler berbulan madu lagi, bila anak2 tak ada :D

Along Maklong said...

anak dah besar2 main dengan cucu pulak macam maklong.. hehehe

Unknown said...

selamat malam ct

dah bercuti panjang budak2 ya..
cantik kampung ct..
sure anak2 ct siulit dgn tok wannya...

PS: saat ct tulis ttg anak2.. hanya yang rasa sahaja mengetahuinya, ramai, sedikit atau tiada anak... itu adalah kehendaknya...kita mampu merancang,,

SITI NOARIZAH ARIS said...

FARHANA.... insyaALLAH satu hari nnti bila dh ada baby leh tgk muka baby lak hari2 ya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAYRUL.. tulah kdg2 terasa serba salah tapi kesian lak tgk dyorang duk kat rumah je time kita pergi kerja kat kg ada wan dgn atuk dan leh gak jalan2 sekitar kg tu.

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA.. hehe bulan madu yooo :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

MAKLONG... tu pun klau ada cucu nk duk dgn sy sok maklong kalau duk jauh cam anak m.long kat jopun tu meloponglah sey.. huhu !!

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU.. betul tu tapi ada gak org yg tak paham2 suka bertanya " kenapo anak ko sikit na tambahlah laie..!!"

Ingat nak anak ni macam boli ikan kek pasar ko... yg ada skrag pun dah besar na dah kurniaannya kan ayu... tak kiralah ramai ke sikit.

Dilla Ady said...

mmg boring kalu berdua jek ngan hubby..dilla pun tak suke...konpem nk ade anak sekali...baru bez leh jerit-jerit..hihihi

SITI NOARIZAH ARIS said...

DILLA... yealah dilla jeritan dyorang tu ibarat irama dgn lagukan.. sesekali bila dyorang tak de rasa macam ada yg tak kena je !!

nabilah_2908 said...

bila anak2 tkde boleh la pergi honeymoon...hehe.. ;)

ariana said...

Cuti kali ni tak dapat pg mana..kena korban, sbb anak SPM thn ni..Innshaallah bln 12 nnti baru blh jalan..:)Ct pg jln mana?

Unknown said...

Cantik gambor kampung tu... =)

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... dh hujung2 cuti nnt baru dpt g morib plan celebrate bday prince kat sana nnt..insyaALLAH!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH...giteww le nmpaknyaaa tapi dlm rumah je leee !!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

SUHAMI...itulah rmh tempat sey di lahirkan dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails