Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, May 6, 2011

Wanita Itu Rumput Semalu

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!


foto dari gugell

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil


SUMBER : http://tazkirah.yolasite.com/

SALAM UKHWAH:



8 comments:

Dilla Ady said...

ohh..info yg bagus nih..

tak tau pun berkaitan rupenye...tapi bile pikir mmg logik kan..perempuan kena ade sikap malu..

nabilah_2908 said...

besar sungguh kuasa Allah...

setiap perkara yg dijadikan...pasti ada manfaatnya....

Unknown said...

CT,,,,,
sungguh seronok baca kisah daun semalu
bersyukur kita menjadi perempuan

tq syer entry bermanfaat ini

Nina Suria said...

Salam ukhuwah CT, suka entri semalu ni, akk pinjam ek, nak bagi kakak(anak gadis kakmOn) buat menambah ilmu.;)

p/s Salam hari ibu

SITI NOARIZAH ARIS said...

DILLA.. betul dilla kalau pompuan tak tahu malu tak tahulah nak cakap apa...hlg keayuannya!!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH... setuju bangat 100%..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU.. sama-sama ayu ... untuk kita jadikan pengajaran & pedoman.

SITI NOARIZAH ARIS said...

NINA.. boleh saje kak.. tak ada masalahnya..silakan-silakan!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails