Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, August 27, 2011

Projek mengguli kuih raya bermula lagi.


Salam Ramadhan yg ke 27 hari......!!!


Jangan terkezut hari ni pepagi buto lagi aku dah terconggok depan lappy ni untuk update blog.
Hari ni aku dah start cuti dah dan hari ni jugak aku nak mengabihkan projek mengguli biskut raya yang terakhir aku.
Petang kang lepas oven aku sejuk aku akan bertolak balik ke kampung untuk beraya.




Biskut susu ni biskut pertama yg aku buat hari ahad minggu lepas



Almond london aku ni pun buat ahad minggu lepas....tapi rupa bersememeh sikit pasal aku guna sudu salut coklat tu lenkali tak mo pakai sudu dah....... tapi rasanya ada kelassssss hokeeeeyyyy sedap dan rapuh gitewww.... sok sok aku tepek resepi kat MAA tu ari ni tak sompek.



Yang ini balance almond yg belum tutup aurat lagi..... ada sesapa nak tolong pakaikan baju warna cokelat dia tu ?????


Separuh yang aku dah siap masukkan dalam botol untuk di agih-agihkan kerumah mak aku dan mak mertua.

Aku bawak balik kampung sejenis dua je sok sok aku balik sini  banyak jenis dan patern kuih lak yg aku dapat...yelah aku cilok adik aku punya kuih...... adik aku cilok lak aku punya kuih tak banyak gituuuuu ??
Bila semua dah balik bekerja kuih-kuih yang tinggal tak terhabih lak kat mak abah aku berdua je lagipun orang tua tu ada diabetes jadi untuk mengelakkan berlaku pembaziran yg kritikal aku adik beradik akan memulakan sesi tapau menapau dan cilok mencilok kuih yang tinggal  tu.


Macam nak balik ke sabah haa!!


Kampung tak le jauh bebenor tapi beg kussss semangattttt !!!
Korang nampak tak ado beg bosar ado beg kocik ado gak beg sekolah.
Kami akan berada di kampung selama seminggu jadi HARUS lah baju itu mencukupi untuk di pakai lagipun balik dua umah sekali gusssss.
Princess aku lak sentiasa adooooo joooo kojo sekolah ea kona gak bawak balik beg sekolah tu......sambil beraya sambil belajar ni kalau tak lepas ke menara gading sok tak tahu lah aku nak cakap apa sok ni.

Okey setakat ni dulu aku nak start buat biskut dahlia jap lagi ni.
Sebelum balik kampung kang aku kena setelkan banyak hal termasuklah beli siap2 contact lens aku, bayar bil tenet sok balik sini dah seminggu tak pat lak aku online pasal tak bayar bil. 
Bayar duit umah dan keta aku sekali.
Pastu nak jumpa Ong produa setelkan keta baru aku tu  pasal aku suruh dia simpan dulu keta aku kang aku pakai keta baru beraya ada gak yg cakap aku berlagak.... pas raya nanti baru aku ambik keta tu.... bagi keta baru rest cukup-cukup dalam showrom tu dulu !!

Pastu nak pergi shoping sikit....sikit jeeeee tak banyak hehehe!!


CN : Tak sabau nak makan lomang paneh dgn rondang.....nyumm..nyummm..nyummm !!!!



SALAM UKHWAH

8 comments:

Anonymous said...

Selamat Menyambut Lebaran but CT keluarga...
dari : Nur @Brunei..

Unknown said...

berhati2 dijalanraya ya kak..
pandai kak buat biskut, molek lah rupa almond london tu.. tak comot pun..

aduh!! tulah kan, ayu pun tang baru2 nie risau pula bila time raya..
karang ada yang chop menunjuk2...

tak apa ya kak., lepas raya nanti ambil dan boleh melaram dgn keter baru. hehehe

ariana said...

Selamat pulang kekampung CT..wah..hepinya dia..tgk pada beg tu macam nak balik lama tu..
Rajinnya buat kue, siap boleh bagi kat mertua sekali..menantu yg baik..:)

nabilah_2908 said...

wah...seronoknya.. :)

SELAMAT HARI RAYA kak.... :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

NUR @ BRUNEI....Selamat menyambut lembaran buat nur di brunei..kat sana lagi meriah kan?

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU..tima kasih ayu...akk juga doakan ayu gembira berhari raya bersama keluarga tersayang... Selamat hari raya dr akk sekeluarga.

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... selamat hr raya buat cikgu sekeluarga...time rajin ni sy buatlah setahun dua lagi kalau dah malas sy pun main tunjuk2 je..hehe!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH... selamat hari raya juga buat kamu ya:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails