Cerita jumaat senpena perkabungan Malaysia menyambut kepulangan 20 jenazah ke Malaysia.
Aku kerja hari tu tapi Dapat idea untuk lari balik kerumah tengok upacara menurunkan jenazah di kompleks bunga raya KLIA dlm tv.
Aku telefon ann Tanya kapal terbang bawa jenazah MH17 dah sampai ke Belum.
An kata dah sampai dan sekarang berada di kawasan menurunkan jenazah.
Apalagi aku capai pass keluar terus meluru bawak kereta balik umah.
Aku rasa kelajuan kereta tu dah sama dengan kapal terbang dah.
Anak bujang aku Yg sekolah petang tu terkejut tengok aku tetiba balik umah.
Kurang sepuluh minit aku dah duk terpacak depan tb dalam umah aku.
Siap buat neskapi dan kunyah kepek pisang Yg aku bawak Dari kg hari tu.
Lupa sekejap time tu time kojo.
Pukul 10.54 pagi aku bertafakur bersama2 mereka2 Yg berada di kompleks bunga raya KLIA.
Puas lah hati aku Dapat tengok istiadat bersejarah tu walaupun terpaksa curi2 balik umah sekejap.
Aku tengok sampai jenazah2 di bawa naik ke dalam helykopter untuk di bawa ke destinasi akhir mereka.
Lepas tu aku terus masuk kerja semula tak leh lama2 Kat umah .
Aku tak sangka lak sambutan sedemikian rupa buat mereka semua ni.
Pemimpin tertinggi negara juga turun menyambut kepulangan jenazah rakyat.
Kalau aku ambik cuti leh gak Tunggu sekali jenazah almarhumah mastura mustafa Kat paroi.
Waktu aku nak pergi kerja balik aku nampak 2 motor polis traffic dah siap menunggu Kat jalan senawang - paroi ni.
Gambar2 Kat bawah ni aku Dapat Dari facebook kawan2 aku.
Sedih tengok wajah2 anak kecil jadi yatim dalam sekelian mata.
Negara lain berperang mak bapak mereka yang terkorban.
Inilah wajah 4 orang pilot yang bertanggungjawab memikul amanah membawa 20 jenazah pulang dengan selamat ke Malaysia.
Mereka terbang selama 12 jam melalui Laluan yang di rahsiakan untuk keselamatan mereka.
Mereka berempat berjaya merealisasikan Harapan semua waris2 mangsa dan rakyat Malaysia untuk sampai selamat ke negara Ini.
Tahniah buat mereka berempat.
Warigh kito...di penghujung perjalanannya di solatkan oleh ratusan Jemaah ...semoga roh Almarhumah mastura mustafa di tempatkan di kalangan roh2 yg beriman... damailah ia disana hendaknya..aminnn !
Ada banyak lagi gambar tapi Ini aje Yg aku nak masuk kan dalam blog aku ni.
Tapi gambar Kat bawah ni yang betul2 buat hati aku tersentuh.
Melihat adik mukhriz anak tunggal arwah mastura Yg menangis di sebelah keranda ibunya.
Kasihan kecil lagi dah jadi anak yatim.
Buat anak2 aku akmal dan Ira korang berdua patut rasa bersyukur kerana sampai ke USIA belasan tahun korang Ini ummi dan ayah masih lagi bernafas.
Masih lagi merasa kasih sayang walaupun mulut ummi ni kuat membebel bila korang buat silap.
3 comments:
Kakak yg tak tahan airmata bila si comel 8 bulan yg tak tahu apa dan hero 10 tahun merengek mohon nak mencium pipi ibunya tu sedihnya kakak Allah saja yg tahu...
baco kek sini pun air mato nak keluar..memang sodeh boto kan ct..
Kak zakie dan acik erna.... Semoga roh Yg beragama Islam di tempat kan di kalangan solihin dan mendapat ganjaran syahid..aminn .
Post a Comment