Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, August 25, 2014

Kenduri kahwin DR ZULAIKA and ziarah raya lagi !!

Assalamualaikum.....

Tak habis laie cito rayo ko cik sitiiiiii ???
Selagi ada bulan syawal selagi itu lah bercerita kisah ziarah raya Yg bergambar ni.
Jangan mare and jemu yeeeee..hehe..
Okey Ini citer hari minggu Yg lepas bukan minggu Yg baru ni.

Time orang nak beraya ada pulak Yg nak mendirikan masjid.
Alhamdulillah bertambah umat nabi Muhammad saw nanti.
Ada dua Jemputan Yg perlu dihadiri di kg aku.
Salah seorangnya mak busu fatimah sepupu kepada mak aku.
Anaknya Dr zulaikha berkahwin dengan doktor jugak.
Arwah wan aku dengan arwah wan si pengantin ni adalah adik beradik.
Mak aku dan mak pengantin adalah sepupu .
Aku dan si pengantin adalah  dua pupu.
Soooo adalah WAJIB majlis Ini di hadiri oleh kami semua.




Sebelum tu kami kesini Dulu .
Kerumah Jemputan kampung sebelah.
Punyalahhh sompit jalan kerumahnya nak parking keto pun payah.


Aku tebal kan muka ambik gambar menu tuan rumah ni.
Tapi nak ambik satu satu aku malu leee..
Camni pun Kira aci lah eaaa...hehe..
Ngam2 aku capai pinggan time tu lak perut aku sakit.
Tak memulas tapi on of on of.
Sudahnya aku ambik lauk sikit je kang di buatnya memulas tak sempat sampai ke Dewan .
Oh ya busu aku tak buat Kat umah dia buat dalam Dewan besar kuala klawang.



Di sini majlis resepsi DR ZULAIKA & DR SIDDIQ di langsungkan.
Kami sampai betul2 time pengantin pun sampai.
Kiranya jadi pengiring  tambahan le kitorang ni.




Nak masuk Dewan terjumpa lak cikgu Bahasa ingeris aku sekolah rendah Dulu.
Sompek lak bergambar Dulu.
Sambil tu dia ulur kan sekali undangan perkahwinan anaknya bulan depan.
Insyaallah teacher panjang umur Sampailah sey nanti ko pilah tu.





Boleh tahan sedapnya menunya Kat tekak aku leeee.
Atau pun pasal aku makan sikit sebelum ni tadi jadi perut masih kosong tu Yg rasa sodap sangat kottt.
Rata2 ke majlis kenduri kahwin aku tak suka ambik acar buah tapi kali ni aku ambik.
Sib baik sedap acar buah tu.
lagi Nasib baik perut aku tak meragam teruk masih boleh aku makan  dengan aman damainya.



Ambik gambar causin aku ni Dari bawah stage je.
Kamera men suruh naik atas tapi aku segannnn...auwwww !!
Kang pandang bawah semua tetamu pandang aku macam muka nak tumpang glamor  je dgn doktor tu.
Tak kuasaaaa aku Heiiii..
Tapi cousin aku ni sporting siap buat peace lagi Kat aku.
Haa peace le sngt cik Abe mu  jeling2 je Kat sebolah tu.


Close up sikit muka pengantin....haaa muka dia sebijik cam mak dia muda2 Dulu.



Ni mak pengantin.
Mak Sedara aku merangkap cikgu aku gak Kat sekolah rendah Dulu.
Letih je muka mak busu aku ni penat sangat agaknya.
Sib baik buat dalam Dewan kalau buat Kat umah macam nikah kahwin aku adik beradik mau dah duk atas kerusi busu aku ni.
Ini gagah lagi dia berdiri walaupun nak senyummmm pun dah tak larat dah aku nengoknya.
Tak pe busu Dapat menantu orang kelantan doktor lagi tuuuu.



Sempat sain autograf sebelum balik.
Buktinya akakkkkk  dah sampai ke majlis mu ya dik nooonn.



Last singgah sekejap beraya Kat umah BFF aku ni.
Kiranya dah lewat gak aku beraya kerumahnya tapi kerana seorang sahabat lama aku tayang gak muka aku ni.
Limo tahun bersekolah menengah sama dengan normi mohd Amin ni.
Sama2 pergi balik Dari asrama, sama2 rasa hidup di tempat orang Dulu.
Setakat kecik2 hati tu mesti lah Adakan.
Sedangkan lidah lagi tergigit tapi hubungan Akrab tu tetap terjaga hingga hari Ini.
Semoga ke penghujung USIA harapnya nanti.
Amin ya Rabbal Alamin.







3 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Meriah majlisnya. Semoga kekal bahagia selamanya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Ya..sangat2 meriah...aminnnn semoga di makbulkan. :))

nabilah_2908 said...

Saya suka even yang macam ni..bila mana dapat berkumpul dengan saudara mara..kita-kita je dah meriah..belum campur orang yang datang lagi.. :)

Moga pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails