Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, October 3, 2010

Kereta isi petrol meletup.

 TUMPAT: Seorang tukang rumah nyaris maut apabila keretanya meletup dan terbakar ketika mengisi petrol ke dalam tangki minyak kenderaannya dekat Pasir Pekan, di sini, pagi semalam.

Katanya, dalam perjalanan ke tempat itu enjin kenderaannya tiba-tiba mati akibat kehabisan minyak.
“Saya mahu ke rumah rakan di sana untuk mengambilnya sebelum menghantar tayar motosikal untuk ditampal di Kota Bharu.

“Bagaimanapun, enjin kenderaan mati di tengah jalan kerana kehabisan minyak. Secara kebetulan, sebotol minyak petrol disimpan di dalam bonet sebelum digunakan untuk diisi ke dalam tangki minyak kereta,” katanya. Amirudin berkata, tidak sampai dua minit dia mengisi petrol itu, secara tiba-tiba kelihatan api keluar dari bahagian depan kenderaannya sebelum ia meletup dan terbakar.

Katanya, dia yang terkejut kemudian berusaha mengeluarkan barang dari kenderaannya namun gagal akibat bahang kebakaran.

“Kejadian berlaku begitu pantas apabila api marak membakar kereta saya. Usaha orang ramai untuk memadam kebakaran juga gagal.

“Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana terselamat,” katanya.

Berikutan itu, Amirudin mengalami kerugian kira-kira RM6,000 apabila telefon bimbit, geran kereta dan wang turut hangus.

Sementara itu, Ketua Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Darul Naim, Ghazimi Abdul Ghani berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim dan Tumpat bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka menerima panggilan pada jam 9.17 pagi dan berjaya mengawal api 15 minit kemudian.

Sumber : My Metro

CN : Ni semua yang buat aku risau nak isi minyak kereta ni !! 

SALAM UKHWAH:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails