Takziah buat Mak ngah Ani sekeluarga dan AL-FATIHAH buat Allahyarham Mohd Fazuli Mohd Aris adik sepupu aku sebelah emak yg telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi 11 October 2010 di usia seawal 19 thn. Semoga roh Arwah Fazuli di tempatkan di kalangan orang-orang soleh yang beriman.
Kita jarang menduga orang muda yang sihat tubuh badannya pada pandangan zahir tak mungkin meninggal di usia yg terlalu muda....yang kita sangkakan orang tua yang sering uzur itu yang akan pergi dahulu....tetapi perjanjian hidup dan mati antara manusia dengan tuhan hanya ALLAH swt sahaja yg tahu!
Bagaimana pula nasib kita yg muda yg masih hidup ini jika tiba-tiba di panggil mengadap Ilahi?
Bagi yang telah tua cukupkah amalan yg akan dibawa sebagai bekalan di alam barzakh nanti?
"Apabila tiba ajal seseorang anak Adam itu tak akan di awalkan atau di lewatkan walaupun sesaat"
Semoga setiap kematian yang berlaku di sekeliling kita samaada saudara mara atau sesiapa sahaja akan menjadikan peringatan dan pengajaran penting buat kita yang masih hidup bahawa ajal dan maut itu akan datang bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui..!!
Semoga Mak Ngah sekeluarga tabah menghadapi ujian kehilangan anak tersayang setelah perginya arwah bonda pada 23/09/10
yang lalu ( click ).
CN: Al fatihah...semoga roh Arwah di cucuri rahmat.
SALAM UKHWAH
No comments:
Post a Comment