Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, September 24, 2010

Al-Fatihah.....kami sayang, ALLAH lagilah sayang!!


Hari KHAMIS tanggal 23/9/10 bersamaan 14 syawal 1431H...Allahyarhamah Juriah Bt Untai pergi meninggalkan anak-anak ,cucu-cucu dan saudara mara serta rakan-rakannya. 

Tepat jam 4.15pm pak teh menelefon aku dari Hospital Besar Seremban memberitahu Wan chik dah tiada lagi....Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di temani semua anak-anak dan sebahagian cucu-cucunya yang menemaninya.

Aku sedikit terkilan kerana tak sempat menziarahinya di hospital walaupun dah merancang untuk menemuinya selepas waktu kerja....tapi kuasa ALLAH tak ada siapa yang menduga...

"Apabila sampai ajal seseorang hamba itu ia tak akan di lewatkan atau di awalkan walaupun sesaat"

Dugaan paling besar bila aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya di persimpangan highway lekas sewaktu pulang ke kampung...dalam hati tuhan aje yang tahu macammana resahnya aku takut tak sempat nak melihat wajahnya buat terakhir kali...jenazah akan di kebumikan malam itu jugak....jam dah menunjukkan pukul 6.45 pm aku masih lagi di senawang.

Sebaik kereta aku melintas masjid kariah AMAR PENGHULU pada pukul 7.15pm aku ternampak van jenazah....aku pasti jenazah dah ada dalam masjid terus aku kerumah mak ambil mak dan abah dan menghala terus ke masjid.....sedikit kecewa melihat jenazah yg dah siap di mandi dan di kafankan dari hospital di dalam keranda sedang di sembahyangkan....aku tak sempat menatapnya lagi!!

Kuasa ALLAH tiada siapa yg menduga apabila pak cik aku bekas imam masjid membuka keranda dan kain kafan di bahagian muka untuk memberi peluang kami semua menatapnya kali terakhir.....rupanya aku belum terlewat DAN aku berpeluang menatap wajah jernihnya....mencium dahi dan pipinya seperti yang selalu Allahyarhamah laku kan dulu kepada aku setiap kali aku bertemunya!!

Kucupan terakhir buat satu-satunya nenek saudara aku yang masih hidup....kini dia juga telah pergi menemui penciptanya...Tepat jam 8 malam jenazah selamat di kebumikan dan aku menyaksikan sendiri arwah di masukkan ke liang lahad di malam gelap gelita di terangi cahaya lampu.... AL-FATIHAH.





Gambar di ambil  10/9/10 bersamaan 1 syawal 1431H yang menjadikan raya terakhir aku dan adik-beradikku yang lain bersamanya.

Pesanannya tersemat di hatiku meminta aku adik-baradik tetap datang kerumah pusakanya yang  diduduki anak bongsunya yang kami panggil Mak cik.

"Bila wan dah tak ada nanti kau datang ke sini ...tengok-tengok mak cik kau bila raya...jgn wan tak ada kau semua tak nak datang lagi...mak cik kau ada kat sini datanglah tengok dia...macammana wan ada sekarang ni macam tulah bila wan dah tak ada nanti"

Semoga Allahyarhamah bersemadi dengan tenang di sana......Amiin!!

CN : Kepada adik-adik aku yang tak sempat balik sedekahkan AL- FATIHAH buat arwah Wan cik yang rapat dengan kita dulu....semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan hamba2NYA yang solehah.

2 comments:

noor azilah said...

sedih sebab x dpt nk menatapnya buat kali terakhir...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg solehah....
al-fatihah....

CT NoArIzAh ArIs said...

Doakan untuknya semoga Wan Cik aman di sana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails