Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, May 31, 2011

Dah 4 isteri SY tu ya...!!




Beberapa bulan yg lalu ada sorang member aku cakap SY ni dah ada 3 isteri.... Mati-mati aku tak percaya cakap dia.
Ya lah aku ni kurang sikit ambik tahu pasal artis tu pasal dalam blog ni jarang korang dpt baca kisah artis-artis.

Aku pun rasa dari segi latar belakangnya sebagai artis tak mungkinlah ada isteri seramai tu.
Lagipun sekarang ni artis-artis kat Malaysia ni kecoh dek kahwin cerai kahwin cerai manakan mungkin SY yang hanya pelawak dan pengacara radio sinar ni leh ada 3 isteri.
Member aku ni pun jenis yg suka cakap bergurau lagilah aku susah nak percaya.

Beberapa minggu lepas heboh lak sana sini citer SY nak kahwin lagi... ke 4 koooo !!!
Terkezut badak aku sekejap.... oooo betullah cakap si polan tu hari tu !!

Tahniahlah buat pengacara sinar FM ni dah bertambah sorang lagi isterinya.
Aku suka dengar celoteh dia pagi-pagi kat radio tu nak-nak lak time dia bertekak dgn Kak Engku lagilah wat aku senyum sorang2 dalam keta tu pagi-pagi.

Hebatlah jugak selebriti macam dia ni leh dapat 4 isteri ....yg artis lain sibuk kahwin cerai dia lak kahwin tanpa bercerai berai.


CN :  Aku nak sangat kenal isteri pertamanya dan nak tahu apa yg buat dia kuat dan tabah macam ni.



SALAM UKHWAH

Monday, May 30, 2011

Cuti sekolah dah bermula....

Salam Isnin dan selamat bercuti kepada yang bersekolah tu !!




Mulai semalam dah sibuk dah memenuhi jemputan yang telah di terima beberapa hari dan  beberapa minggu lebih awal.
Tapi tulah kita manusia hanya mampu merancang dalam pada rasa nak pergi ke semuanya sekali hanya dapat pergi satu dua rumah je kerana hal-hal yg tak dapat di elakkan dan semuanya lak dalam hari yg sama.
Lagipun rumah2 ni jauh dan di daerah yang berbeza manakan mungkin dapat pergi kesemuanya sekali lainlah kalau dekat-dekat.

Cuti sekolah ni PRINCESS dan PRINCE aku bermastautin kat kampunglah seminggu.
Walaupun pada awalnya PRINCE tak mahu tinggal dengan wannya tapi dah di pujuk-pujuk dan di rayu-rayu akhirnya mengalah gak anak bujang aku tu.

Anak aku yg sorang ni tebiatnya lain sikit.
Dia mesti nak berkepit dengan aku walaupun dah besar panjang dah.
Kat mana aku kat situlah dia... pamtanglah aku bergerak sikit mesti nak ikut tak boleh tinggal langsung !!
Si kakak nak duk seminggu umah wan.. yelah boringlah duk melanguk kat umah je nak gak bertukar angin bandar ke angin kampung.

Tapikan bila aku balik ke rumah ni petang semalam terasa lak sunyinya bila dyorang ni tak ada.
Tinggal berdua je aku pandang hubby ..hubby lak pandang aku !!
Kalau ada budak berdua tu terasalah meriahnya dengar suara dia bergaduh pastu ada gak orang yg aku nak suruh  wat kan air oren aku .... tolong buangkan sampah kat belakang umah.
Ni tak ade sapa nak suruh konolah den buek sendiri..huhu!!

Bila macam ni aku fikirkan macammana lah bila anak-anak aku dah besar2 nanti.
Mesti lagi sunyikan lebih2 lagi bila dyorang dah berkeluarga.
Dahlah anak aku sepasang je....!!
Syukur gaklah ada 2 orang ada orang tu langsung tak ada anak.. yg aku ni dapat gak sorang laki-laki sorang perempuan kiranya ALLAH tu dah beri bahagian yg adil pada aku .

Ada sebab musabab kenapa ada orang yg ALLAH beri anak ramai dan ada yg anak sedikit dan ada jugak yang tak ada anak langsung.
Hanya ALLAH yang tahu rahsianya dan kita sebagai hambanya selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.


CN : Minggu depan ada jemputan lagi..... kenyanglah aku makan nasi kawah cuti sekolah ni !!


SALAM UKHWAH

Friday, May 27, 2011

19 Hadis nabi mengenai wanita.

Salam Jumaat hari penghulu hari..!!




 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

Wallahualam.
 
Sumber : http://tazkirah.yolasite.com/

 
SALAM UKHWAH



Thursday, May 26, 2011

Doaku sentiasa mengiringgi perjalananmu !!



Minggu ni Prince dan Princess aku sibuk mengadap ujian pertengahan tahun.
Time periksa nilah pulak prince sakit kerongkong pastu mulut lak kena ulser.
Selalu sangat tak dengar cakap aku suruh minum air putih .
Sekarang bila sakit diri sendiri gak yg susah.
Pergi sekolah tak nak bawak air kosong.
Pastu sibuk mengadu kat aku bila sakit.

Princess : Ummi kita periksa math ari ni doakan kita dapat jawab ya !

Prince: Ummi esok may ada ujian penulisan tulisan khat doakan may ya !!

Prince :Ummi may sakit kerongkong ni doakanlah sakit ni hilang cepatttt !!


Yaaa.... hari hari ummi menadah tangan berdoa untuk kalian berdua.
Di permudahkan segala urusan setiap hari, di terangkan hati untuk belajar , jadi anak soleh dan solehah dan sentiasa di lindungi walau di mana  jua berada.

Bukankah setiap ibu di dunia ini perlu mendoakan yg baik-baik buat anak2 mereka ?


CN : Kasihan pada bayi2 yg tak berdosa itu...!!


SALAM UKHWAH

Sambal Telur Puyuh.


Menu entah hari apa aku masak aku sendiri pun dah tak ingat pasal hari-hari masak jadi macam -macam menulah yg keluar dari dapur kecik aku tu terhidang atas meja cuma lambat je masuk dalam blog ni pasal malas nak meletak watermark kat gambar tu di tambah lak lagi "berukben" aku kat umah kalau malam2 lambat benau nak upload gambar.... jadi aku pun dah tak ingat ini hari apa punya menu tapi kena gak update kat sini..... sok-sok anak dara aku nak masak menu ni leh gak dia check kat sini.




Bahan-bahannya:

Telur burung puyuh ~ direbus dan di buangkan kulitnya.
4 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 Sudu besar cili kering yg telah di kisar.
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
* Di kisar ataupun di tumbuk .

Cara-caranya:

1.Tumiskan bahan2 kisar hingga garing, masukkan air asam jawa dan gaul sebatikan.

2. Masukkan sedikit air jika mahu berkuah dan setelah mendidih masukkan pula telur dan bawang besar yang telah dipotong bulat, gaul rata kemudian masukkan garam.

3. Gaul sebati ke semuanya beberapa minit , rasakan garam jika ok bolehlah di tutup api dan di hidangkan.


 

Wednesday, May 25, 2011

Nasiblah aku tak pernah pakai butter ni !!


GOLDEN CHURN BUTTER - TIDAK HALAL (NEW ZEALAND)
Gambar dari pak gugell

Alhamdulillah lahhhh aku tak pernah guna pun butter ni.
Kebiasaan butter yg aku guna untuk buat kek atau biskut ialah planta .
Aku memang cukup cerewet gak bab sumber bahan makanan yang aku masak.
Tak apalah guna yang brand murah sikit asalkan bahannya dari yang halal dan di sahkan oleh jakim.
Kalau nak rasa yang terover over sedapnya pun tapi isi kandungan bahan tu yg bukan-bukan pun boleh wat kita jadi was-was jugak.


Click kat  image jika tak jelas.


Aku sering di beritahu oleh kawan-kawan cina aku kat ofis ni kalau bahan2 tu ada kandungan lemak binatang tu harganya pasti lebih mahal dari yang bukan dari sumber tersebut.
Sebab nak dapatkan sumber yg ITU sangat terhad bukan macam bahan2 dari sumber sayur-sayuran.

Sebab tulah kalau aku bershopping barang-barang dapur HUBBY memang tak suka ikut sebab aku ambil masa yg lama.
Aku siap semak isi kandungannya, harganya dan tarikh luputnya sekali.
Termasuklah dari mana negara pengeluarannya dan tanda halal dari negara tersebut.
Tapi  99%  bahan-bahan  makanan aku akan beli yang di keluarkan oleh negara kita sendiri terutamanya dari produk2 bumiputra dan ada status HALAL JAKIM.

Kepada sesiapa yg dah terguna ataupun ada dalam simpanan untuk butter kat atas tu silalah di lupuskan ataupun bagi sajelah kat jiran atau kawan2 berbangsa lain .
Kalau aku ada stock bertin-tin butter tu kat dapur aku pasti ramai nyonya2 kat ofis ni menadah beg plastik mintak kat aku.
Malanglah nyonya2 dan Ah moi2 kat ofis ni pasal aku pun tak pernah guna butter tu .
Beli pun tak pernah.... berapa harganya setin pun aku tak tahu tapi ramai orang kata harganya lebih mahal dari jenama yg lain.

Kadang2 aku rasa kita ni bukan macam duduk  kat negara yang agama rasminya Islam dah.
Setiap makanan yang di keluarkan ada tanda halal pastu bila di check balik ada pulak sumber yg bukan-bukan kat dalam tu.
Pastu di sahkan pulak halal balik pastu tak halal pastu halal !!

Eeeiii...... pakai ajelah jenama yang memang di keluarkan oleh bumiputra atau pun yg memang kita yakin seyakin yakinnya yag syarikat tu tak pernah ada masalah dengan pihak Jakim.
Kita nak masak dan bagi makan untuk keluarga  kita biarlah dari sumber yang elok -elok.
Ingatlah setiap apa yg kita makan tu akan tumbuh jadi darah daging kita jugak.
Bukan setakat makanannya halal sumber duit kita tu pun biarlah dari yg halal jugak.


CN : Hujung minggu ni nak kena bershopping barang dapur lagi...malasnyaaaaa !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, May 24, 2011

Berpaling dari Jannah mu...


Lakonan kak Ogy Ahmad Daud.
Best citer ni ada unsur2 kesedihan & kasih sayang..... tapi aku tengok pun sekerat jooo !!
Tinggal lagi stongah jam nak habih citer tu baru tengok kat astro malam tadi.
Tak pelah lenkali ada ulangannya kot... citer-citer kat astro ni memang selalu berulang2.



Kuih badak berendam


Ada sorang blogger tanya aku macammana rupanya kuih badak berendam tu.
Kuih tu kalau tak silap aku di panggil "kuih sopang" di area Kuala Pilah.
Kuih tu di buat mengunakan tepung pulut di letakkan inti kelapa di dalamnya.
Kemudian di gentel bulat ataupun di buat seperti bentuk karipap dan di kukus.
Lepas tu di masakkan santan kelapanya dan di makan bersama tepung pulut yang dah di kukus tu.

Kuih ni akan terasa kesedapannya jika intinya cukup manis dan terasa lemak santannya.
Tapiiii..... itulah yg buat rasa kuih aku tu macam hampeh.
Entah kemano maneh ea....... masuk balik dalam batang tobu tu agak ea !!

Satu pengajaran yang aku dapat bila buat kuih orang lama-lama ni.
Jangan memandai-mandai mengubah-gubah bahan-bahannya.
Kalau dah cakap buat inti pakai kelapo mudo jgn memandai pakai kelapa tuo.
Ikut sukatan yang betul jangan main campak-campak macam nak masak lauk nak makan hari-hari tu.
Nasib ko baik kuih ko jadi .....kok tak baik lak lu pikirlah sendiri !!!

Dulu arwah wan aku  wat kuih-kuih tradisi tak pernah pun tengok buku.
Apatah lagilah zaman tu mana ada internet bagai .....tak dapek nak mengugell macam sekarang ni.
Semua bahan-bahan mengikut sukatan mangkuk.
Samada bahulu,dodol,wajik,bangkit dan macam-macam lagi jenis kuih tradisional.

Ada lagi satu kuih tu bersimpul macam tocang rambut aci estate tu.
Aku lupa nama kuih tu tak silap aku di buat guna tepung beras.... tu kuih peberet aku tu!!
Sejak arwah wan aku tak ada aku dah tak rasa lagi kesedapan kuih hasil air tangan wan aku tu.
Al-fatihah wat arwah wan aku.

Arwah wan aku pernah cakap " oghang dulu-dulu tak do simpan rosopi dalam buku dowh tapi simpan kek hati ni ha.... sampai  tuo ingek ea laie rosopi tu sampailah ko mati sok "
Aku nak tanyo kalau dah nyanyuk nanti cammano lak?
Tapi tak berani le takut kono hobin kat wan den dongan sonduk gulai ea...hihihi!!!

Tapikan yg buat aku terharu tu anak2 aku habiskan jugak kuih badak tak jadi aku tu.
Walaupun manisnya sepelaung jauh ea tapi anak aku hadapkan jugak sampai habih.
Dia kesian tengok aku penat-penat wat kuih tu ... sayang nak di buang.
Untunglah aku buat tak banyak kalau tak banyak gak yg masuk tong sampah .


CN :  Dulu terlupo nak nuntut ilmu torang hati kat uwan den  !!


SALAM UKHWAH

Monday, May 23, 2011

Bersantai di kolam pancing.....


Assalammualaikum.... selamat hari Isnin !!
Sepatutnya entry ni aku tulis malam tadi tapi mood aku tak berapa baik lebih baik aku tutup lappy dan tido !


Petang semalam aku duk bersantai kat tepi kolam pancing Rantau ni.
Temankan hubby yg dah gian pasal dah lama tak memancing.
Bila duduk kat tepi kolam di temani dengan cuaca yang redup dan pemandangan menghijau buat perasaan kita jadi tenang.
Setenang air kat dalam kolam tu.

Sebenarnya aku sangat kuciwa... pasal kuih badak berendam yang aku buat tengahhari tu tak jadi macam yg aku inginkan.
Cukup-cukup aku frust... frust menonggeng !!
Dah jadi sifat semulajadi aku kalau buat sesuatu tu mesti nak jadi sempurna.
Kalau tidak boleh buat aku gila meroyan seminggu.

Princess aku yg sibuk suruh aku buatkan kuih tu.
Dalam keadaan tergesa-gesa dengan nak masak untuk lunch lagi nak buat kuih lagi pastu nak temankan pulak hubby memancing.... betul2 wat aku kelam kabut.
Aku dah janji nak temankan dia pukul 2 petang tapi kuih aku pulak yg siap pukul 2 petang sudahnya kami bergerak hampir pukul 3.

Kuih tu memang jadilah macam badak berendam tapi rasanya OUT.... tak macam yg aku inginkan.
Aku tak puas hati walaupun ini percubaan pertama aku.
Dahlah tu dalam keadaan tergesa-gesa pulak..... tu yg aku lebih suka beli je kalau kuih tu bukan kegemaran keluarga kecik aku ni.
Aku dan hubby memang tak berapa suka kuih manis2 dan kukus macam ni tapi anak aku sibuk suruh aku buat.

Kalaulah keluarga kecik macam aku ni lebih jimat beli sahaja daripada buat dapat banyak tapi yg makan sorang dua je pastu tak berapa jadi lagilah buat aku benggang .
Dapat penat je yg lebih !!
Lainlah kalau keluarga besar memang patut pun buat sendiri.

Jarang sangat aku buat satu satu kuih tu tak jadi.
Paling2 bangsat pun hati aku tetap puas.
Inilah akibatnya bila buat dalam keadaan tergesa gesa mengejar masa.
Kalau aku boleh kerat badan aku ni jadi 3 memang aku buat....nasiblah tak boleh.

Sampai hari ni aku masih rasa tak puas hati dan sakit hati sangat pasal si badak2 itu....hissshhh !!!
Aku langsung tak ada hati nak ambik gambar kuih tu.
Menyampahhhhhhhhh !!!!!


CN : Nyesal betul tak godek gugell dulu. semalam : (


SALAM UKHWAH:

Saturday, May 21, 2011

AIR DI SIMPAN DALAM KETA MENYEBABKAN BARAH (aku pakai huruf besar ni kooo..)



Suka simpan air dalam botol plastik dalam keta ??
Baik korang elakkan... aku dapat info ni DI SINI......


Nak ke jadi macam ni....nauzubillahhh !!!!

E mel yang dikirimkan oleh seorang pembaca.

Perkara yang baik kita kena pakat-pakat sebar.


Air dalam botol plastik di dlm kereta anda, sangatlah berbahaya.
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...


Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.


Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.


Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.


Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.



CN : Tolong ambil peduli...ambil kisah...ambil berat....zaman sekarang berbagai2 punca penyakit. Yang kita rasa nak mudah itulah yang memudahkan lagi kematian.... tapi dah sampai ajal memang tak boleh wat apa... cuma kita sebagai manusia biasa perlu ikhtiar dan cuba elakkan perkara yg menjadi punca penyakit-penyakit macam ni.... Kepada adik-adik aku dan rakan-rakan di luar sana yg baca entry ni tolonglah di sebar-sebarkan agar semua orang tahu .


SALAM UKHWAH:

Alhamdulillah..... wujud lagi hari sabtu dan dunia masih berputar.





Beberapa hari lepas Ah soo cleaner kat ofis aku ni sibuk je cakap hari sabtu ni ( hari ni) kiamat.
Aku pernah buat pasal Ah soo ni di entry yang  SINI.
Bila aku tanya dari mana tahu ni ?
Dia jawab orang-orang barat cakap sabtu ni kiamat... ni mesti percaya dgn cakap Harold Camping dari California tu !!

Huhh..... dalam Islam kiamat hari Jumaat bukannya sabtu !!

Aku kata padanya tak ada sapa pun tahu bila kiamat.
Kalau tuhan nak kata kiamat bila-bila masa je dia akan jadikan hari kiamat tapi kami percaya kiamat tu adalah hari Jumaat.

Dia sonyom jo kat den dan cakap "haha... kita tengoklah nanti kiamat ke tidak 21hb ni... saya percaya mesti kiamat !! "

Dalam hati aku " Ya Allah kuatkanlah kesabaran aku dengan nyonya ni.... aminnnn!! "


CN : Dulu dia tak percaya dengan kiamat sekarang dia pulak yg  terover confident..



SALAM UKHWAH


Friday, May 20, 2011

Dia tolong kita..kita tolong dia !!






Petang tadi balik kerja tetiba lak aku lapar.
Nampak mak cik2 kakak2 yang berniaga kat tepi jalan tu... terus je singgah.
Dan..... aku pun TER belilah kuih muih tu..... sepiring cucur udang sepiring kuih cakoi.
Tima kasihlah kepada yang berniaga kuih-kuih petang-petang ni.
Sekurang-kurangnya memudahkan lagi kaum-kaum ibu yg bekerja macam aku ni.
Balik umah bancuh teh je... terus ngap ngap depan tv.

Bila balik perut lapar dah boleh berbelanja seringgit dua kat dorang ni.
Dorang dapat duit.. kuih laku... dan kami dapat kuih perut pun kenyang.
Yealah balik kerja manakan sempat nak wat kuih bagai.
Yang paling penting nak kena masak untuk makan malam kang.

Ini yg di namakan konsep bantu membantu.
Kalau kat pekan-pekan atau bandar2 macam ni memang takkan kebulur ko bila balik keja.
Melambak-lambak yg berniaga... macam2 rupa kuih pun ada... sedap tak sedap tepuk dada tanyalah selera masing-masing.

Sekuramg-kurangnya teralas gak perut sementara menunggu makan malam siap.
Aku ni kena siap masak selewat2nya waktu maghrib.
Sebelum pukul 8 malam anak2 aku mesti kena makan jadi aku kena cepat-cepat masak.
Bila perut dah teralas dengan kuih-kuih ni segarlah balik semangat tu kan nak wat keja laju-laju.

Dah kenyang makan kuih ni aku tak makan malam lagilah.
Cuma hidangkan untuk keluarga tersayang ni jeee !!


CN : Malam-malam ni terasa lapar mkn sayur je lah .


SALAM UKHWAH

12 Golongan Umat Bangkit Dari Kubur.

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!!


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.


SUMBER : http://tazkirah.yolasite.com/






SALAM UKHWAH:







Thursday, May 19, 2011

Entry last sebelum aku tidor.....




Dalam berblog paling kita suka adalah blogger yg suka datang ziarah kita balik bila kita datang ke blognya.
Bila kita tinggalkan komen dia akan balas komen tu ataupun dia akan menyusul ke blog kita.
Tak kiralah kedatangan tu cepat atau lambat tapi dia akan datang jugak membalas kunjungan kita.

Ada jugak sesetengah tu bila kita bagi komen kat blognya dia tak akan jawab balik.
Buat kunjungan balas pun tidak !!
Ingatkan dia tak ada masa berblog ke .. sibuk ke... tapi entry terbarunya ada pulak.
Pastu datang lagi entry2 berikutnya....oohh rupanya dia jenis yg tak suka nak datang balik jenguk blog kita.

Bila terjumpa blogger macam ni aku susahlah nak BW lagi kat blog dia.
Bukannya apa aku lebih suka datang kerumah blogger yg menghargai tetamu2 nya.
Aku faham ada sesetengah tu tak terbalas buat kunjungan balik  pasal ramai sangat yg dtg ke blognya.

Tapi ada jugak yg meluangkan masa untuk dtg balik... tak hari ni esok tak esok tulat...!!
Itu lebih baik dari yg tak datang2 langsung atau membalas komen kita di blognya.
Yealah... lain padang lain belalang... lain orang lain lak ragamnya !!


CN :  Aku suka pergi mana2 blog yg mesra blogger mcm kamu2 yg suka balas komen aku tuuu....PEACE !!

SALAM UKHWAH

......kerana tiga posen tempe ku tak di usiknya !!





Salam sejahtera.......

Petang semalam anak dara dengan anak bujang aku tu bergaduh pasal duit tiga posen
Tapi haru biru macam duit tiga ribu.
Salah si kakak jugak letak duit merata-rata terjumpa kat si adik dah jadi bahan rebutan  pulak.

Aku yg sibuk masak kat dapur teruslah naik hangin.
Aku ambik duit tu dua-dua sekali tak merasa.
Dek sakit hati  anak dara aku merajuk  masuk bilk buat keja sekolah langsung tak makan malam.

Sudahnya goreng tempe masak kicap kegemaran dia langsung tak di usiknya.
Selalu dialah yg menghabiskan tempe-tempe tu.
Marah sangatlah dia tu ..... merajuk tak bertempat !
Anak bujang aku wat biasa je makannya laju jugak... apa baranglah merajuk-rajuk...
Anak jantan kan !!!

Sib baik marahkan adik rumah aku tak di bako !!
Macam pepatah tu " marahkan nyamuk kelambu pulak di bakar"


CN : Kesiannnn  si tempe - tempe  itewwwww.... !!!

SALAM UKHWAH

Wednesday, May 18, 2011

Hujan tu dah tolong aku siramkan pokok kat luar tu..


Sejak dua ke tiga hari ni hujan je pulak kat Senawang ni ha.
Semalam hujan ..hari ni hujan ... beberapa hari lepas pun ujan gak.
Minggu lepas panas je sampai kering tanah dalam pasu-pasu bunga aku kat luar ni.




Ni hujan ni satu rahmat jugak kat aku ni.
Kurang-kurangnya malam kang tak payah lah aku siram pokok-pokok tu lagi.
Jimat air dan tenaga aku.
Boleh BW awal sikit malam kang.

Kat tempat korang cammana lak.....masih lagi panas ke ataupun selalu hujan ?


CN :  Alhamdulillah....... :)


SALAM UKHWAH


Lokap mona bakal dijadikan destinasi perlancongan.



RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.


Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.



NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

SUMBER : hmetro


CN : Errrkkkk.... destinasi perlancongan ??.......aku takkan pergilah tempat-tempat camni..... takutttttttt !!!!!


SALAM UKHWAH

Tuesday, May 17, 2011

Segala jenis putu susah betul nak masuk tekak aku ni.



Gambar dr blog sweet lizahanum


Sekejap tadi aku jalan-jalan kat blog NI...... ternampak lak Cik puan ni buat putu mayam sendiri.
Nampak sangat sedappppp.... tapi entah kenapa tekak aku ni sejak dari dulu lagi sampai sekarang susah betul nak masuk menu yang bernama putu ni.
Tak kiralah ia putu mayam ke ataupun putu piring ( ada lagi ke nama putu selain dari yg dua tu? )

Waktu kecik-kecik dulu family aku duduk kat cheras baru... petang-petang je mesti ada mamak india yg lalu naik motor jual putu mayam ni..... bila dia bunyikan siren kat motor dia tu bergegas-gegaslah peminat2 putu mayam ni keluar rumah.

Situasi yg sama berlaku gak di kawasan perumahan mak long aku kat kg dusun nyior, seremban..... berlari-lari sepupu aku dengan aku sekali mengejar mamak tu nak beli putu mayam.
Warna putu yg putih di makan dengan gula merah tu nampak sangat sedap aku pun join sekali makan.
Tapi setakat mencubit sedikit lepas tu terus tak lalu nak telan.

Sekarang ni di kawasan perumahan yang berhampiran dengan rumah aku ni ada sorang pak cik tu jual  putu piring.
Rupa kedua-dua putu ni berbeza tapi rasa mungkin gak sama kerana masih di makan bersama gula merah.
Pernah sekali hubby belikan dan bawa balik kerumah.
Aku cuma pandang je mungkin sebab aku tak makan jadi anak2 aku pun tak makan sama.

Bila tengok kat blog LIZAHANUM dia buat sendiri teringin gak nak buat sendiri satu hari nanti.
Mungkin tekak aku ni boleh berubah perangai lak nantikan...... sapa tau !!


CN : Dulu kecik2 bila org sebut PUTU aku bayangkan KUTU.......ceeeehhhhh !!


SALAM UKHWAH

Monday, May 16, 2011

Zaman sekarang budak 3 tahun pun dah masuk sekolah.


Anak adik aku ni pun dah masuk sekolah dahhh !!


Pagi semalam kami sekeluarga berada di kampung hubby.
Dalam perjalanan nak balik seremban pukul 8 pagi kami singgah kat warung tepi jalan kat situ untuk sarapan.
Yealahh... prince aku ada kelas taekwando kang tak di bagi makan minum dulu pengsan lak kat sekolah tu.

Jadi kami berempat pun pilihlah salah satu meja untuk duduk mengadap juadah pagi.
Pada waktu yg sama adalah sorang pak cik tu tegur kami.
Beliau memang mengenali kami... .. yea lah duk sekampung tak kan tak kenal kan!

Pak cik  : Nak balik seremban ke?

Hubby : Aaah... anak saya ni ada kelas pagi2 ni.

Pak cik: Dah sekolah ke budak2 ni .... yg perempuan ni darjah berapa ?

Aku : (ini time aku yg jawab) yang ni tingkatan 2 yang sorang ni darjah 4.

Pak cik : Haa... dah sekolah menengah ? (dengan muka terkejut beruk dia)

Aku : Kenapa tak caya ke?

Pakcik : kalau budak2 dulu besar ni lum masuk sekolah lagi dowh !!

Aku tak tahulah apo yg di fikirkan kat orang tua tu... anak aku yang dah sama tinggi dengan aku ni dia boleh terkejut lak pasal dah masuk sekolah!!

Zaman sekarang budak kecik umur 3 tahun mak ayahnya dah sibuk hantar masuk kelas itu kelas ini.
Inikan pulak yang dah bosar godang macam anak-anak aku ni.
Kalau aku tak hantar ke sekolah dah besar macam ni alamatnya mencari nahaslahhhhh......

Silap hari bulan aku lak yg DI SEKOLAHKAN kat kementerian !!

Walau apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua follower dan silent reader aku yg menjadi guru..... Jasa kalian amat besar nilainya malah ilmu yg di curahkan adalah  pelita hidup kami semua.

Al-FATIHAH buat guru2 sekolah aku yg telah pergi dulu menemui ilahi.....  semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg  beriman...Aminnn !!


CN : lebat lak hujan tengahhari ni.... apalah kabor kain aku kat ampaian tu !!


SALAM UKHWAH

Sunday, May 15, 2011

Ini citer pasal BW...KOMEN... SHOUTMIX dan LAGU .


Sepanjang blogspot busy tak boleh sign in hari tu aku dah macam orang meroyan dah !!

Nak update blog tak boleh... lagilah pulak hari tu hari JUMAAT hari kebiasaan untuk aku showkan tazkirah Jumaat.
Pastu lak nak check komen terbaru pun tak dapat.
Nak terjah blog yg aku follow kat dashboard pun tak dapat.

Aduiiiiii.... hangin satu badan botoilah wa cakap lu !!
Korang tahu tak waktu yg terbaik untuk aku BW ke blog korang adalah sewaktu aku dalam ofis.
Aku ada banyak masa untuk terjah blog korang lepas satu ke satu blog pasal kerja aku memang melanguk je depan PC .
Ini tak sama kalau aku ada kat rumah samaada lepas balik kerja ataupun hari cuti.

Lepas balik kerja aku kena  ambik anak aku di tempat persingahan mereka.
Pastu sampai umah aku mandi, solat pastu kena masuk opis comel aku untuk masak juadah makan malam.
Ampai baju... kemas umah... check buku anak.... gitu gini pukul spuluh baru aku dapat rehat.
Kalau tak penat aku dapatlah update blog ataupun BW kat blog korang.
Kalau penat aku dah terbaring depan tv pastu terussssss tv lak yg tengok aku zzzzzzzzz.......!!!!!

Satu lagi bila BW aku suka lepak lama2 kat blog2 yang kena dengan selera mata aku.
Aku akan geledah blog tu satu persatu...... baca setiap N3 yg aku suka baca..... kadang2 tu sampai sehari suntuk aku hanya duk baca blog yg satu tu jeeee..... tu kalau blog tu tersangat menarik kat aku.

Pastu kalau ada N3 yg perlu aku komen aku akan komen... tak kiralah dia blogger baru ke lama ke tua ke muda ke lawa ke handsome ke.... pasal aku jenis yg tak memilih...... N3 ko ok dan menyeronokkan aku kan baca sampai habis !!

Yang tak best tu adalah kalau aku terjumpa blog yg shoutmix ataupun cbox dia yang tetiba je jadi panjang sampai tertutup setengah N3 nya.
Ini yg aku tak berkenan.... menganggu konsentrasi aku nak membaca sudahnya aku X  kan ajeee !!

Bab lagu kat blog korang  bukan masalah kat aku... pasal kat ofis aku memang OFF kan speaker kat pc tu.
Kang tahu lak orang aku tengah BW bila dengar lagu tu terjerit2.
Jadi aku memang tak kisahlah blog ko ada lagu ke tak kan... tak menganggu hidup BW aku pun !!

Dalam bab komen pun camtu gak ....aku SUKA " kotak komen " yg memudahkan aku nak mengomen.
Bukan macam sesetengah tu yg kena letak huruf pengesahan dulu......atau kena letak segala jenis email & website sekali atau macam2 lagilah yg menyusahkan pembaca blog yg nak  cepat dan pantas macam aku ni.

Jadiiii...... pasal itulah bila blogspot busy tahap dewa time aku kerja....sampai tak leh sign in buat aku cukup-cukup benggang !
Aku tak dapat BW dan tak dapat komen !!
Bukankah bagus kalau blogspot buat hal masa hujung minggu sewaktu aku tak ada  banyak masa nak BW.


CN : aku lepaskan geram sampai wat 2 entry hari ni ha !!


SALAM UKHWAH

Carca marba dahhh...!!!

Salam hari minggu.......

Yeahhhh... bukannya senang aku nak update blog di hari minggu ni.
Al maklum ajelah banyak aktiviti aku setiap hujung minggu.... ni ha aku berpeluang duk senang lenang depan lappy ni.

Semalam aku sempat check blog aku setelah sehari semalam hari jumaat hari tu tak dapat bukak blog.... setakat ni N3 aku tak ado yg hilang tapiiiiii....... komen dari  pengunjung blog aku banyak yg hilangggggg !!!
Aku rasa ramai gak yg kena macam nikan ?
Ada blogger yg sampai 3 4 entrynya hilang... itu lebih dasat !!
Bukan senang nak perah otak cari idea pastu taip lak panjang-panjang pastu cari pembaca nak suruh baca dan minta komen lagi.. ingat senang ke.... ???

Tak senang dan tak jugak susah!!
Tapi nak cari feel untuk berblog dan idea bercerita itu yg buat setiap blogger amat menghargai setiap N3 mereka termasuklah N3 yg di copycat ( pasal menarik sangatlah di kopi milokan...!! ).

Petang semalam balik rumah mak mertua aku.
Setiap kali balik susah sangat nak jumpa orang tua tu memanjang je tak ada kat rumah... yelah orang bujang senanglah nak kemana-mana.... cubalah kalau ada  "orang rumah"  nak bergerak pun susah..... macam aku ni ha... kono mintak izin laki dulu... kang dia tak bagi tak kemanalah aku....tu pasallah ramai mak2 jan yg tua ke muda ke lebih suka jadi solo.

Senang nak bergerak ... ke masjid ke.. ke rumah anak ke.... pergi melancong ke..... tak payah pening kepala nak masak dulu ke..... nak kemas umah ke..... tinggal sorang2... sukahati ajelahkan!!

Tapi semalam mak mertua minta kami hantar dia ke hospital melaka lak... cucunya anak kak ipar aku di tahan wad dia nak tengok budak tu terus nak duk kat melaka seminggu.... kenalah hantar malam tadi gak bila dipintanya walaupun kami pun baru je sampai nak tidor kat umahnya dia pulak nak berjalan tengok cucu.

Masuk hospital dapatlah aku online FB sekejap melalui handfone aku tapi bila kuar je dari spital terus out... agak2nyalah bilalah malaysia ni nak buat FREE WIFI kat seluruh MALAYSIA ?

Senangkan kalau ado cam tu... anytime..anywhere kita leh layari internet cari maklumat.... update blog walaupun dalam keta depan trafic light.... tengok muka kawan2 FB walaupun kat dalam pasat borong... seronokkan... lebih seronok tanpa di kenakan bayaran apa2.

Bila agaknya kita ni nak jadi penduduk MALAYSIA yg bebas pengunaan IT tanpa sebarang bayaran tertentu..... bukankah kita diminta untuk celik IT?
Akan lebih celik lagi jika pemimpin kita pun celik masalah rakyatnya.... opsssssss !!!!.

Oh ya... aku update blog sambil tengok AF.... malam tadi tak dapat tengok pasal citer di atas.
Ini PRINCEESS aku yg suka tengok aku tumpang tengok pasal dah duk depan tv  ni.
Tapi yg menarik nya juri2 kena komen guna bahasa melayu pulak ya ?

Agak2nya sampai final tak dyorang guna bahasa ibunda tu atau konsert ke 6 ni jeee.... ????
Kalau sampai final eloklah kan..... tak delah carca marba bunyi komennya !!!


CN : Tak suka bahasa rojak... makan rojak  sukalah.


SALAM UKHWAH



Friday, May 13, 2011

Tidur Nabi Muhammad SAW



Salam Jumaat hari penghulu hari....!!!


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Baca Tasbih Fatimah. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul. Belepas itu tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Keredaan. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw - Dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya?
Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.


SALAM UKHWAH






Thursday, May 12, 2011

Yang lama jangan di buang.....



Bantal kusyen ni dah bertahun-tahun aku pakai..
Dah lebih dari sepuluh tahun dah...
Tapi yang bagusnya masih lagi elok dan tak koyak pun di mana-mana.
Cuma isi perut dia kat dalam tu je dah nampak kempis hasil dari himpitan badan aku hari hari.

Nak di buang memang sayang sangat pasal tak koyak mana -mana.
Nak terus pakai dan bersandar dah tak selesa pasal dah lembik dah.
Apalagi aku pun mulakan idea aku dengan mengemukkan dia balik.



Aku isi dengan lebihan kekabu aku buat bantal hari tu.
Aku sumbat cukup-cukup sampai padat dan buncit.



Hasilnya...... sekarang aku dah boleh bersandar dengan selesa kat ofis.
Malah lebih gebu dan padat dari yg di jual kat pasaraya tu !
Dah jimat duit beli kusyen baru !!


CN :  Takkan ada yg baru kalau tak de yg lama kan.... !!


SALAM UKHWAH

Monday, May 9, 2011

Ceriter..ceriti di hari ibu.



"SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK UMMI TAPI HARI INI SANGAT ISTIMEWA KERANA KITA NAK SEDIAKAN SARAPAN UNTUK UMMI.... KITA & ADIK SANGAT SAYANGKAN UMMI "

Taraaaaa...............


V

V

V

V

V

V

V

V





Breakfast aku di masak dan disediakan oleh princess.... bukan aku sorang je tapi dia buat siap 4 set sekali.... jenuh aku nak mengabihkan termasuklah air teh orennya sekali.



Siap ada menu sekali... tertulis setiap hidangan dan ucapannya sekali.



kad yg cantik bereben hijau tu dari prince dan coklat dari princess.... ni nak menambahkan lagi berat badan aku ni !!!



Hadiah sampingan pakej basuh keta aku sekali...... keta ayah kat sebelah tu tak basuh sekali keeee ???



Gambar yg comel dan cantik ini pula di tagkan khas ke FB aku...... tima kasih ummi hargai setiap apa yg kalian lakukan..... Buat mak aku HJH SITI RADIAH PARIS tima kasih melahirkan & menyusukan aku 7 beradik... tima kasih bersusah payah membesarkan kami..... tima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan membesarkan hingga kami semua berjaya menjadi  "ORANG"..... kasih ibu membawa ke syurga.....!!!!

Rumah kecil tiangnya seribu....
Rumah besar tiangnya sebatang...
Waktu kecil kau di timang IBU....
Dewasamu di pukul gelombang...




SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails