Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, April 12, 2012

Aku naik poning dongan somut-somut ni !!

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
20 J'awal 1433H



Apa khabar semua....??
Semalam satu Malaysia cutikan...sooo apo yg korang buat?
Berkemas keee... Bershoping keee... Balik kampung keee ataupun tidooo jeee sampai ke potang ? :)

Cuti satu hari je aku pun tak kemana-mana semalam.
Nak balik kg mak dgn abah aku pun masih lagi ada kat umah aku ni.
Jadinya terjadilah kejadian kemas mengemas dan pindah barang2 kat dapur kocik aku tu semalam.

Sebenarnya aku naik meroyan  dah dengan semut-semut halus yg ada kat umah aku ni.
Lagi buat aku separuh nazak bila air minum kosong yg aku simpan dalam bekas air bertutup pun dia dapat masuk gak.
Entah apalah lagi yg aku nak buat..... kalau air manis-manis tu ok gak lagi dia hurung ramai-ramai... ini haa air kosong yg tak ada perisa pun dia suka gak.... kesudahannya aku anak beranak lak yg kena minum air perisa semut.

Bak kata anak bujang aku " semut seekor masuk dalam air satu jag air ummi buang "

Oooo...itu sudah semestinyaaa aku tak sanggup nak minum air yg ada semut tu dan lagi minum air semut banyak2 boleh menjadikan kita ni pelupa....silap haribulan bebal terus !!




Semalam aku alihkan bekas air minum aku tu dari kabinet  ke sebelah peti ais tu.
Pasal kat situ aku tengok bukan laluan semut dan sehingga ke pagi tadi sebelum aku pergi kerja aku tak nampak pun seekor semut berjalan kat bekas air tu.
Berbanding dari tempat yg sebelum ni tak payah nak ceritaah....semua keturunan dia bersiar2 kat bekas air aku tu.:((

Ohh yaa... aku sebenarnya nak cakap yg aku tabik giler betul dengan kengkawan blogger yg suka tayang hiasan rumahnya dalam blog mereka.
Kebanyakkan dari blogger2 yg macam ni suka nau letak barang kecik2 dan pinggan mangkuk sebagai hiasan rumah dan dinding.
Walaupun ada sesetengah yg mengatakan mereka semua ni macam nak menunjuk-nunjuk tapi aku tak pulak bersangka sampai macam tu sekali malah lebih seronok pasai dapat cuci mata dengan gambar2 yg dyorang tayangkan kat blog.
Sekurang2nya mereka2 ni beri kita ilham dan idea untuk menyerikan lagi suasana dalaman dan luaran rumah kita sendiri.

Aku belum sanggup lagi nak letak barang2 hiasan kat luar display kabinet aku tu pasal aku tak de banyak masa nak moop habuk selalu.
Silap hari bulan mau berinci-inci habuk melekat kat barang aku tu .
Tu pasal semua barang-barang yg aku ada aku sumbat je dalam display kabinet tu buat masa sekarang ni.
Sekarang ni pokok2 aku kat luar umah tu pun dah kekurangan belaian dan kasih sayang dah sejak macam2 hal berlaku akhir-akhir ni.

Okeyyy aku nak sambung balik cuci2 mata kat blog kengkawan blogger yg rajin bebenau menghias rumah tu.
Chowwww !!


SALAM UKHWAH


Friday, April 6, 2012

Abah lak yg domam !!

Salam Jumaat hari penghulu hari..!!
Jumaat
14 J'awal 1433H


Pertengahan bulan lepas emak yg demam di sertakan tekanan darahnya yg turun mendadak, muntah2 ,  suhu badan panas sejuk tak menentu dan akhirnya masuk spital 3 hari dengan 9 botol air di salurkan ke dalam badannya.




2 hari ni abah lak yg demam… suhu badan panas sejuk turun naik , selsema tapi masih nampak berdaya untuk berjalan sendiri.

Kedua-dua orang tua aku ni masih lagi berada di rumah aku…Mungkin mereka berdua lebih rasa selesa tinggal dengan aku walaupun rumah aku bukanlah sebesar banglo ataupun rumah bosar bertingkat2.

Sekarang aku jaga abah yg demam lak selepas emak…rumah aku dah macam hospital dah.

Walaupun abah demam tapi aku tak risau keadaannya berbanding dgn emak waktu demam hari tu.Pasal abah lebih kuat semangatnya, tak ikutkan sangat rasa demam di badan, bangun sendiri untuk ke dapur atau bilik air.

Abah tetap akan makan walaupun tak berselera sebab dia tahu orang sakit perlu makan untuk lebih bertenaga bila makan ubat nanti.


Sup ayam ni aku masakkan untuk abah sebelum pergi kerja pagi tadi, sup ayam amat baik untuk orang yg demam...aku cedok le sikit buat bekalan lunch kat opis.

Jadi aku boleh pergi kerja dengan senang hati tak perlu bimbang tinggalkan mereka berdua kat umah.

Lagipun sekarang anak-anak aku pun dah pulang terus ke rumah lepas sekolah tak tinggal kat taska seri ayu tempat transit mereka tu lagi dah.

Mungkin ini rezeki dari ALLAH untuk aku agar berpeluang menjaga keduanya bila sakit atau demam....Alhamdulillah.

Aku harap mak abah tak akan sakit atau demam lagi selepas ini sebab aku nak bawa kedua mereka menghadiri majlis konvo shilla kat UiTM ARAU , PERLIS  pertengahan bulan depan. Nak bagi mak abah tengok anak bongsu kebangaannya memakai jubah dan topi naik ke pentas untuk menerima diploma dan anugerah dekannya nanti…semoga semuanya di permudahkan.


Rendang daging ni bukan aku masak  tapi abah belikan untuk aku 2 hari lepas dari kampung di pekan KUALA KLAWANG sebelum pulang semula ke rumah aku...dia tahu aku suka makan rendang daging.... aku panaskan balik dan habiskan sesorang.... sayangkan abah aku kat akuuuu ....hehe :))


Ni aku rasa badan aku lak dah semacam dua macam jeeeee rasanya...... jangan le nurse tak bertauliah ni lak yg demam kalau demam haruslah huru hara dapur tak berasap lak nanti...huhuhu...
 
 
SALAM UKHWAH
 

Wednesday, April 4, 2012

~WW~...Makan..makan...makan...

Salam Sejahteraa....!!
Rabu
12 J'Awal 1433H











Alhamdulillahhhhh...sampai ari ni tak putus dgn rezeki makan....:)




SALAM UKHWAH

Tuesday, April 3, 2012

Pepagi lagi gas aku dah wat halll....:(

Salam Sejahteraa..!!
Isnin
10 J'awal 1433H


Pagi tadi gas kat umah aku habis.
Rempah kari aku baru je masuk dalam periuk api pun padam.
Malam tadi tak nak lak dia padam kalau padam malam tadi sompek le lagi aku suruh mamak tong gas tu hantarkan gas kat umah aku.
Ni ha pukul 6 pagi mamak kodai tu pun membuta lagi....mana aku nak rabakan tong gas baru pepagi buta tu ?

Aku memang tak do spare tong gas pasal takde ruang nak letakkan lagi.
Kalau letak kat belakang umah alamatnya aku meng-kaya-kan orang lain le jawabnya pasal umah aku tak ada pagar belakang.
Sudahnya aku simpan balik kari yg dah setengah masak masuk dalam peti ais....projek meng-kari-kan ikan bawal tergendala terpaksa di bawak ke potang nanti.

Sib baik leeeee lauk ikan berlada dengan gulai fucuk malam tadi ada lagi lebihnya leh le buat lauk makan tengahhari mak dan abah aku kat umah tu.
Kalau tak terpaksalah aku keluar tapaukan mereka berdua nasi lemak je wat makan tengahhari nanti.

Aku makan apa lak  ????









Haaa... makan maggie rebus jeeeee...siap rendam dgn  air panas kat pantry  opis tu..... janji ado bondo yg nak di makan kannn!!!


Alhamdulillah .



SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails