Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, June 16, 2011

Seharian di pantai Morib tapiiiii.........

Tharikh : 12 Jun 2011
Lokasi :  Morib

Aku kena cari mood yg baik nak tulis citer ni baru ada feeling feeling kata omputih !!

Seawal 5 pagi aku dah bangun dah nak mengukus pulut kuning.... ini kali pertama aku buat pulut kuning ketar pun ada gak takut pulut kuning aku tak jadi kuning je kot jadi pulut putih lak atau keras..... oleh kerana itu aku terpaksa berpaling tadah dari resepi yang mak aku bagi .

Mak aku suruh letak pati kunyit hidup dalam santan dan gaulkan kat pulut lepas pulut masak tapi aku rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping semalaman .... pasal aku masak semua  ni sorang2 jadi aku takut tak sempat pasal hubby dah cakap nak pergi kul 7.30 pagi.

Sambil-sambil mengukus pulut kuning aku masak sambal tumis petai dan mee hon goreng..... desert puding laici dah siap buat malam tu.


Dalam pada nak pergi kul 7 setengah tu kul 8 gak bertolak ... yelah aku nak gak bersiap dan sarapan tak kan nak pergi dengan baju tido jeee..... hubby aku ni kemana-mana nak pepagi tak suka jalan time matahari terpacak kat kepala yg kelam kabutnya akulah pasal aku kena buat semuanya sorang2.

Kat petronas senawang aku call adik aku yg kat SRI KEMBANGAN tu mak abah dan 3 org g adik aku ada kat rumahnya....... baru bangun tido sabar jelah aku...... Adik lelaki aku yg kat JELEBU tu lak bagi alasan tunggu anak dia bangun..... ni  tunggu anak bangun ke atau bapak dia yg baru bangun ni......huhhh!!!



Kami ikut  SBN 2-LBJ-SEPANG-SG PELIK-MORIB ... sepanjang perjalan ke morib kiri kanan penuh dengan pokok kelapa sawit dan getah... dah sampai sepang pandang atas ada lak kapal terbang terbang rendahhhhh je pasal dah dekat ke KLIA nak mendarat..... jakun le aku sekejap tapi tak teringat lak nak hambik gambooooo !!!!

Hampir 2 jam setengah perjalanan kami sampailah ke pantai morib..... aku turun nak cari tempat2 lepak..... tapi air laut nunnnnnn jauh ketengah.... time ni air surut orang2 yang ada kat sana pun aku nampak kecikkkkk jee..... leh lah korang bayangkan betapa jauhnya air laut tu time surut lebih kurang 400m dari pantai...... aku bayangkan kalau TSUNAMI sempat ke tidak aku nak lari naik ni...... huhuhu  dasat oiiii bergulung-gulunglah  aku dalam ombak besar tu nanti !!!


2 keping gambar ni dari gugell pasal aku terlupa nak ambik gambar kat  pantai morib time tu tapi suasana hari tu adalah sama seperti dalam gambar ni.

Walaupun kawasannya lapang dan cantik tapi tak sesuai untuk keluarga besar mcm aku ni pasal tak ada pondok yg beratap macam kat PD tu...... dah pukul 11 pagi orang masih tak ramai lagi kalau kat PD time ni dah jadi macam pasar borong dah...... jadi sementara tunggu dorang semua sampai aku dan hubby pun merayau2 cari tempat lepak yg sesuai akhirnya kami ke PANTAI KELANANG cuma 3km dari pantai morib.



Kenapa aku pilih tempat ni?..... pasal ada gazebo yg cukup besar untuk kami yang ramai ni...... sesuailah nak letak barang2  makanan dan tido baring bagai..... dah pukul 11 pagi masih tak ramai orang kat sini jadi tak payah nak berebut-rebut tempat dengan orang len!!


Yang ni hasil dari air tangan aku... sib baik pulut kuning aku menjadi dan lembut..... aku rasa macam nak sambut menantu pulak dah...... rupanya buat pulut kuning ni senang je taklah renyah nau kejanya leh le wat selalu kan..kan..kan !!!



Ini dari adik-adik aku popia goreng, kuih koci, nugget dan potato wedges tu PRINCES aku masak kat umah mak ngahnya pasal malam tu dia tido kat sana......tu pasal aku kena wat keja sorang2 pasal dia tak do !!.


Dua jenis kek di sponsor oleh adik perempuan kedua aku yg duk kat SRI KEMBANGAN tu... mestilahkan pasal anak teruna dia pun terlibat sama dalam party ni......hehe!!



Kedatangan kami ni nak celebrate befday budak 3 orang ni .... yang perempuan tengah2 tu adik bongsu aku sanggup balik dari UITM ARAU selama 2 hari ke sini.


Kami buat sekali untuk hari bapa..... best le abah aku sporting betul  memotong kek yang kami tempahkan khas untuknya..... Sebenarnya ini hajat abah aku nak datang ke MORIB jadi kami adik beradik tunaikan permintaannya ni sempena hari bapa pada bulan Jun bersamaan befday budak 3 orang kat bawah ni........


Sonyum sampai telingo pasal dapat banyak hadiahkan !!



Sekadar bermain di gigi air sahaja.


Kasihan budak-budak kecik  tak dapat mandi ....masing2 dah siap bawak baju mandi dah.... prince aku sibuk nak mandi tapi aku tak bagi kang dia berendam yg kecik2 tu nak gak berendam sama.... kebiruan air laut ni jauh nunnnn ketengah laut yg kat tepi2 ni bercampur dengan lumpur...... sib baik tak ada yg mengamuk berguling2 atas pasir tu pasal tak dapat mandi laut kalau tak mau je aku ajak semuanya kemas barang turun ke PD lak.


Kawasan pantai yg bersih dan cantik tapi sayang tak boleh mandi manda...tengoklah air lautnya tu keruh dan berlumpur...... patutlah aku tengok ramai orang yg datang sini  tak mandi mereka cuma duk rehat2 dan makan2 bersama keluarga je.


Tak dapat mandi main pasir pun jadilah...baik anak2 buah mak long ni kan !


 Omak dan  ayah ea leko dek berposing sakan jadi model free Pantai kelanang !!

Sesiapa yg ada DSLR tu memang sesuai jadikan lokasi ni sebagai tempat mengasah bakat jadi photographer..... Banyak blog2 yg aku jumpa mengambil gambar2 sewaktu petang dan senja di sini... memang cantikkkk !


Si bujang aku main layang-layang.... tempat ni memang sesuai untuk main layang2 pasal anginnya kuat dan kawasan lapang.


Mula-mula duk sembang2 kat gazebo sambil makan2.


Pastu bentang tikar duk bawah pokok lak lagiiiiiiiii selesa !!!!


Menjelang tengahhari makin ramai orang yg datang tapi cuma berkelah makan2 bersama keluarga mereka pun tak mandi.


Lepas balik dari sini baru aku terbaca citer di salah satu blog mengenai kejadian 2 orang budak mati lemas di sini pasal air pasang besar secara mengejut..... sib baik tak berlaku apa2 pada kami hari tu lagipun tak seorang pun di benarkan mandi... arus ombaknya memang kuat dan tak sesuai untuk mandi manda bagi budak2 kecil tanpa pengawasan orang dewasa selain dari airnya yg berlumpur .


Kami pulang hampir pukul 4 petang membawa bersama hasil tangkapan masing-masing..... SEKIANNNN!!


CN :  Pasni nak kemana pulak yaaa....???



SALAM UKHWAH


20 comments:

ariana's said...

Banyaknya makanan..macam2 pilihan ada..
kat PD akak pergi baru ni, ramai pulak yg mandi..kena tengok tempat juga yg sesuai untuk mandi agaknya ye..:)
apapun, suka tgk big n happy family:)

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA.... betul tu kak kat PD memang sesuai untuk mandi tapi bukan di MORIB.... tu pasal kat PD selalu ramai org tapi kat MORIB hari minggu pun lenggang.

Citarasa Rinduan said...

ct....

best dan cantiknya pantai nie..
tapi sedih pulak bila tak dapat mandi kan..

mujur tak berlaku apa2 pada kumpulan ct...

ayu rasa air pantai morib tu mmg agak bahaya utk keselamatan pelancong..

PS: banyaknya dapat hadiah.. kama ayu tak join aktiviti like ct buat..

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU... tulah pasal bdk2 dh plan nak mandi tapi tak dpt.

x pe satu hari nanti bila ada kelapangan ayu joinlah blk aktiviti mcm ni mmg seronok bila berkumpul ramai2 g jalan2.

eelobor said...

komen lari tajuk sket. thanx sebab sudi menjengah ke blog saya. semoga kita dapat bertukar2 idea di masa hadapan....

A y e s h a Ramlee said...

hr 2 ashben ajak cuti kat morib tp bila google, tempat 2 tak ada ape yg menarik.. bila tgk gambar akak, eammm cantik jugak..

CT NoArIzAh ArIs said...

EELOBOR..x pe skurang2nya sy tahu kedatangan kamu ke rumah sy..:)

CT NoArIzAh ArIs said...

AYESHA... temptnya mmg cantik sesuai untuk sesi fotografi tapi syg tak leh mandi kat sana selain dari kejadian air pasang besar dan air lautnya juga berlumpur .

izyantyPersonalTaste said...

nak mandi laut leh dtg b.feringgi he3...wah best berkelah ramai2 kan

nabilah_2908 said...

seronoknya..lagi2 kalau dpt berkumpul ramai2 mcm ni... :)

rasanya sy belum pernh sampai ke sini...huhu....

Anonymous said...

pasni kita ke perlis plak la....
2 in 1...
heheheh
~noorazilah~

Cik Ina Do do Cheng said...

Dah lama tak pegi pantai morib, dekat ngan kampung halaman cik ina kelanang ngan kanchong darat. seronok gak ye wat besday party kat sana, sesekali beralih angin bestkan.

CT NoArIzAh ArIs said...

IZYANTY.. best mmg best... batu feringgi tu dlm perancangan akn dtg..hehe!!

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH.. haa nnt dtg morib & pantai kelanang jgn lupa klau ada DSLR bawaklah sekali leh asah bakat berfoto lawa2 kat cni.

CT NoArIzAh ArIs said...

NOORAZILAH...amboi2 nk ke perlis lak yaaa...ok ok nnt masuk dlm list cuti2 sekeluarga yo!!

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK INA...oooo cik ina org sana ya.. cntik kg cik ina ni..mmg best bila beralih angin lagilah klau jln ramai2 mcm2 kerenah pun adaaa!!!

Dilla Ady said...

mak aih...meriahnye..cam nk kenduri pun ade nih...

sib baik akak tak benarkan bebudak ni mandi kan...

tp kalu pantai2 ni dilla tak brape minat la kak, panasnye bahang semacam la...

syAfA said...

wah!nasib jadik pulut kuning tuh kan?

syafa pernah wat sekali aje..
mmg jadik la.sebab umi ada bersama..HAHA!

teringinny mkn pulut kuning nanti..
nak balik dah ni,flight jumaat ni dah...hihi..

haah.air laut skang ni bahaya la.nsib x bagi mereka mandi kan.alhmdullilah.

syAfA said...

wah!nasib jadik pulut kuning tuh kan?

syafa pernah wat sekali aje..
mmg jadik la.sebab umi ada bersama..HAHA!

teringinny mkn pulut kuning nanti..
nak balik dah ni,flight jumaat ni dah...hihi..

haah.air laut skang ni bahaya la.nsib x bagi mereka mandi kan.alhmdullilah.

IXORAROXI said...

seronoknya sesekali dapat buat family gathering macam ni kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails