Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, January 30, 2011

Hujan-hujan pun aku tetap nak makan pizza !!



Hari ni dari subuh sampai ke malam hujan kat seremban ni.... aku rasalah kan satu N.S ni hujan lebat pasal tadi aku tengok dlm status FB kengkawan aku semua tulis pasal hujan.

Bila dah hujan-hujan camni mulalah malas nak kemana-mana tapi kena gak keluar nak bayar bil.... kang terencat pulak line CELCOM ni tak dapat lak nak online .... bayar ontime pun tersengut-sengut memalam inikan pulak kalau aku tak bayar terus tak de line nanti ..... pastu nak beli barang-barang dapur.... kang tak pergi tak berasap lak dapur aku.... pastu nak shopping barang2 sekolah anak2 aku sekali .....pastu nak pergi..... Makan PIZZAAAAAAA........ :)




Sekali punya tamak aku order yang LARGE saiz tu..... segedabak pizzanya datang depan aku... terkedu jugak aku tengok...leh habis ke besar macam ni sedangkan makan 3 beranak je????



Pastu ada ayam BBQ lagi enam ketul.... dalam gambar ni ada 4 je pasal yang 2 ketul lagi dah kena ngap kat mulut aku !!!



PRINCESS tengah membezakan kesedapan PIZZA HUT dengan DOMINO ( yg buat dia pening perut tuuuu ) .... PRINCE aku lak tengah bersungguh-sungguh mengunakan garfu dan pisaunya !





Boleh percaya tak aku bertiga je yang melantak PIZZA sebesar tu dengan ayam BBQ sampai licin pinggan .... sedap na pulak makan dalam suasana hujan lebat kat luar tu !!!

HUBBY tak ikut pasal dia dah janji dengan birasnya ( adik ipar aku le tuuuu ) nak pergi mancing .... tapi dia tersangkut kat rumah adik aku pasal hujan lebat..... soooo aktiviti terpaksa di batalkan.... padan muka dia.... aku ajak makan PIZZA tamo .... haa kan dah kempunan g mancing ... aku gak yg kenyang !!!



Sebelum balik aku beli benda alah ni kat COSWAY...xcelly aku dah tanya barang ni bulan lepas tapi stokis tu kata lum ada stock.... tadi aku g reniewkan kad cosway aku... aku tanyalah benda ni lagi.

Dah memang rezeki aku agaknya betul-betul ada satu je.... itu pun stock terhad dan di jual pada yg mengordernya sahaja... pasal bulan lepas aku dah tanya jadi sales girl tu pun juallah kat aku.... setelah aku membelinya tiadalah lagi barang ni di COSWAY GIANT senawang tu buat masa ni..... jadi jika ada orang -orang SENAWANG yang teringgin kan benda alah ni silalah merayau ke stokis-stokis lain sekitar senawang dan seremban ni yaaa....harap maklum !!

 Entah bila lah pulak aku nak menghenjut macam pompuan dalam gambar tu !!


CN: Hujan lagilah kat luar tu......


SALAM UKHWAH:

Saturday, January 29, 2011

Pepagi lagi PRINCE dah buat aku berapi-rapi !!

Okkk...ini cerita pagi tadi.


                                                        

Anak bujang aku TERLAMPAU xcited sangat dapat masuk pengakap....dah siap beli uniform isnin hari tu tapi aku tak jahit lencana lagi....dengan paksaan yang melampau dari dia menyalak kat telinga aku hari2 suruh jahit lencana, jadinya malam tadi aku pun menjahitlah lencana itu dengan kerelaan dalam keterpaksaan ( paham2 jelah kan mlm2 aku nak BW di suruh pulak menjahit )

Sooo...pagi ni dia pun memakai uniform tu dengan satu perasaan kebanggaan dan kegembiraan bila aku kata.....

" Handsome le anak ummi pakai baju pengakap ni !!! "
Tersengih sampai ke telingaaaaaa....

Aku yang hantar dia ke sekolah sebelum aku pergi kerja....lepas letak dia kat depan pintu pagar sekolah tu aku pun blah laa.....tak sampai 5 minit dia call aku..!!

PRINCE : " ummi tolong jemput may sekarang? "
AKU: " kenapa lak ? "

Aku ingatkan aktiviti di batalkan ke saat-saat akhir rupa-rupanya....








PRINCE:  " May dah salah pakai baju patutnya baju sukan bukan uniform ni !!"
Laaaaa.....terpaksalah pulak  aku berpatah balik ke belakang pergi ambil dia semula !!

Aku : " ni macam mana ni nak balik umah tukar baju lah  ?"
PRINCE : " tak mahulah datang sekolah hari ni..." airmata dah meleleh dah !
Aku : " kenapa pulak ?"
PRINCE : " Tadi kawan2 gelakkan may pasal may sorang je pakai uniform ni orang lain pakai baju rumah sukan...tak naklah datang hari ni"
Lagi laju airmata keluar.... !!

Aku : "Macammana ko leh lupa hari ni bukan pakai uniform...tulah happy sangat nak pakai uniform nikan... kan dah salah hari !! "

Dan aku pun mulalah membuka kuthbah pagi sabtu aku dalam keta !

Haa...nasib ko baiklah aku kerja dekat-dekat sini je... dibuatnya aku kerja kat nilai ke... luar kawasan seremban ke..... ko duduklah terpacak kat taska depan sekolah tu sampai petang kang.

Tak pasal2 aku punch lewat 10 minit hari ni...ceehhh !!!


CN : Tu pasal aku terpaksa lupakan hasrat nak kerja jauh-jauh ni... semua pasal anak !



SALAM UKHWAH:

Friday, January 28, 2011

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

.......salam Jumaat hari penghulu hari !!!

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


SALAM UKHWAH

Wednesday, January 26, 2011

Esok semua staff kena pakai merah-merah aarrr !!!



Esok pagi semua staff staff SUNRICH INTERGRATED COMP akan memakai baju berwarna merah... maknanya tak ada seorang pun di benarkan memakai blouse dan blezer seperti hari-hari biasa.

Semua ni gara-gara sambutan TAHUN BARU CINA yang akan datang minggu depan.... tapi macam tahun-tahun biasa sebelum ni kami akan celebrate lebih awal sebelum hari sebenarnya.

Dah dekat-dekat nak cuti raya ni aku rasa aku lak yang lebih xcited dari cino-cino ni !!
Yelah dah berbelas tahun kerja kat sini aku rasa macam aku pulak yg nak raya macam dyorang semua ni !!

Oh ya.....baju merah dan tudung merah ??
Nampaknya esok ramai le amoi-amoi dan ahso ahso yang akan melaram dengan baju raya mereka !

Aku ???
Tak ada kuasa nak beli baju baru warna merah dowh... aku pakai je baju merah aku yang dah sedia ada dalam almari tu ..yang penting aku tetap ikut tema merahkaaaaann !!!


CN : Dah siap iron baju dan tudung merah daaah !!


SALAM UKHWAH:

Tuesday, January 25, 2011

Akhirnya menyembah bumi.....


14 tahun dahulu sewaktu aku mula - mula bermastautin di taman ini , di bawah pokok inilah tempat aku dan jiran tertangga duduk melepak petang-petang. 
Berbagai-bagai cerita yang di bualkan....maklumlah ahli mesyuarat tingkap !!
Aku yang baru pulang dari kerja pun akan mencuri-curi masa melepak dengan kaum kaum ibu suri rumahtangga ni sebelum masuk ke rumah..... manakan tidak pokok ini hanya sebelah rumah aku sahaja.

Berpuluh tahun yang lalu pokok ini di tanam oleh arwah abang sepupu aku.
Banyak jasa pokok mangga ni.
Di bawah rimbunan daunnya yang rendang ini jugalah tempat anak-anak kami semua bermain.
Main pondok-pondok,masak-masak,belajar memanjat dan berbagai-bagai aktivitin yang di lakukan di bawah pokok ini dulu.

Banyak pahala yang arwah dapat kerana menanam pokok mangga tu.... tempat berteduh jiran tertangga dan kanak-kanak bermain.
Bila pokok ni berbuah buahnya kami sedekahkan kepada jiran terdekat.... semua merasa masam manisnya buah mangga tu.... yang bukan berjiran pun pernah memakannya.

Itu cerita dulu...... hari ini pokok mangga itu akan di tebang kerana keadaanya yang sangat uzur...kenapa??
Kerana ada tangan manusia yang sanggup membunuhnya hanya kerana tidak suka dengan daun-daunnya yang bertaburan di pintu pagar rumah manusia itu!!
Dia tak suka rumahnya kotor dengan daun !
Tak suka dahan pokok terjuntai ke atas bumbung rumahnya !
Tak suka menyapu daun sampah hari2!
DAN.....macam-macam lagi.
Dengan hanya membakar hari-hari di bawah perdu pokok mangga itu akhirnya ia jadi begini....



Hukumnya hanya di tebang !!!!!!!
Hari ini hanya tinggal kenangan setelah bapa saudara aku mengambil keputusan untukmenebangnya
Anak-anak aku sibuk bertanya:

"kenapa pokok tu tuk lang tebang ummi ?"
"Kasihan pokok tu...dulu kita selalu main kt bawah tu dgn kwn-kwn!"
"Jahatlah acik ...... tu pasal dialah pokok tu mati"

Sayunya hati aku melihat pokok mangga tu ditebang dan tumbang menyembah bumi.
Walaupun bukan aku yg menanamnya tapi lokasi pokok itu yg hanya sebelah pagar aku meredupkan lagi jalan di hadapan.
Di situ ada banyak kenangan aku dan jiran tertangga yang dahulu.

Hari ini hanya tinggal kenangan setelah ia tumbang menyembah bumi !!!
Mungkin...... orang itu tersenyum riang di dalam rumahnya.


CN : Al-fatihah buat Arwah Roslan Raus yang menanam pokok ni lebih 20 tahun yg lalu.


SALAM UKHWAH

Sunday, January 23, 2011

Aku bangga dgn mereka - Blogger berpendapatan tinggi !!!

Dah baca paper BHARIAN hari ni ?

Ada terjumpa ini cerita .......


Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan


KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Kredit to berita  HARIAN ONLINE



Dua blogger ni terpapar wajah & blognya dlm BHarian hari ni.





Siapa kata berblogging tak boleh buat duit ...tak boleh kaya ?
Usaha tangga kejayaan ....jika ikhlas angka pendapatan sampingan boleh mengalahkan pendapatan tetap kita setiap bulan tu.

Tapi kebanyakkan yang berjaya ini bermula dari merangkak,bertatih dan berjalan perlahan-lahan sebelum mereka berlari laju-laju.
Tak mustahil satu hari nanti kita juga akan jadi macam mereka.

Aku ?????
baru nak belajar mengensotkan buntut...hehehe!!!!!


CN : Perlu ke pendapatan blogger dikenakan  tag ??????



SALAM UKHWAH:

Friday, January 21, 2011

9 Petua capai doa mustajab.

.....Salam jumaat hari penghulu hari !!

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:



1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al- Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.’”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


SALAM UKHWAH

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG !!!!!!!!!!

Dah banyak segmen-segmen dari blogger fofular ni aku tertinggal .... maklumlah masa tak mengizinkan ...setiap hari dapat undate satu entry dan BW kat beberapa blog blogger2 yang lain pun dah kira untung ...kali ni nak join pasal senang bangat suruhannya.


Sapa -sapa berminat nak join leh terjah kat sini ......LINK


CN : Okey selamat maju jaya !!!


SALAM UKHWAH

Jadilah seorang blogger yang berilmu.

Ingatkah kamu semua pada entry yang pernah aku tulis ni ? LINK

Kepada yang selalu dan rajin masuk ke rumah kecil aku ni mungkin masih ingat .... itu pun jika di baca .... tapi kalau singgah setakat nak UP TRAFFIC tapi tak baca atau tinggal jejak aje kat CBOX aku tu .... itu aku tak leh nak cakap apa-apa ...terpulang kepada hak masing-masing ... leh masuk untuk baca ... tak baca pun aku tak kisah sebab aku ber blog bukan kerana gilakan TRAFFIC atau pun duit NUFFNANG tu tapi kerana minat menulis dan berkongsi info dengan orang lain.

Aku dah janji nak bagitahu kenapa aku suka baca entry PROF KAMIL ni kan ? LINK

Apa yang menarik sangat kerana dia berblog secara ikhlas... apa yang dia tulis mengenai catatan dirinya sendiri dan di selitkan dengan pengajaran pengalamannya serta nasihat .
Beliau tidak mengejar traffic yang tinggi ... korang tak akan jumpa CBOX..SHOUTMIX..ataupun apa-apa ajelah yang boleh meninggalkan jejak korang untuk suruh dia datang balik di blog beliau.

Tiada sebarang iklan di dalam blognya. ... dan muka-muka FLOWER !!

Tetapi setiap entrynya pasti ada yang akan mengomen ....tak kiralah apa sahaja yg dia tulis pasti ada yang masuk membacanya ...ramai yang sudi bertandang ke blog beliau.
Dia juga tak perlu buat entry sampai lebih 10 entry sehari .... blognya tetap gak laku !!

Sebabnya mudah sahaja ... dia ikhlas dan tak mengejar keuntungan atau pengikut.... sapa-sapa pun leh masuk dan baca tanpa sebarang halangan.

Ilmu yang di sampaikan adalah untuk saham akhiratnya ....yang penting berguna untuk pembaca seperti kita yang cetek ilmu dan pengalaman ni.

Seperti blogger2 lain beliau juga tak lari dari menerima komen-komen pedas dan kutukan dari orang2 yang tak suka dengan cara penulisannya ...tetapi beliau masih terus menulis.
Kalau PROF KAMIL yang pernah memegang jawatan tinggi di UITM Johor ini pernah mengalami situasi seperti ini apalagi kita yang masih cetek ilmu di dada .

PROF KAMIL masih menulis sampai hari ini dan blognya pun masih ramai pembaca ...kenapa pula kita perlu mengalah jika tak ramai yang membaca tulisan kita ?
Jika kita ikhlas dan tidak menyakiti hati blogger2 yang lain pasti ada ganjarannya nanti walaupun ambil masa bertahun-tahun untuk popular.

Aku dah mengikuti blog beliau semenjak aku tahu ada dunia yang bernama dunia BLOGGER.


CN : Pernah ada cita-cita nak jadi penulis buku satu waktu dulu.


SALAM UKHWAH

Monday, January 17, 2011

Limau pertama tahun Rabbit sudah maliiii !!!!

Baru sampai lunch tadi.

Beberapa hari lagi berderet-deret lah kotak-kotak buah limau dalam opis ni.

Ini 2 kotak pertama dari transporter syarikat ni ... ada banyak lagi kotak-kotaK limau dengan buah-buah limaunya sekali yang akan di hantar oleh transporter-transporter ....suplier-suplier .... customer - customer dan macam-macamlah yang ER-ER kat hujungnya !!

Selama aku bekerja dengan CHINESE company ni memang mewah dengan buah ni setiap tahun .... tak heran dah buah-buah limau yang berkotak-kotak kat giant tu !

 
CN : Aku nak tunggu ANGPOW !!!!


SALAM UKHWAH

Ada masjid yang boleh bergerak di kawasan Artik ????


Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai.


Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam.

Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka.

Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf.

Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.

Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. ~~AFP


SUMBER : Leh g klik kat  >>> Blog Borak Kosong


CN : Bersyukurlah kita berada di negara yang ada banyak masjid dan surau di mana-mana ... cuma nak dan tidak aje untuk beramal!!


SALAM UKHWAH:

Saturday, January 15, 2011

Tak dapat buah labu ...pucuk pun jadilah!!!

Tau tak pokok apa ni ????

Mesti korang semua tahukan...itu adalah gambar pokok labu dalam kebun mak aku .....hidup subur besar-besar daunnya .....tapi sekarang ni pokok ni belum berbuah lagi.




Haaa...kenal ini ?????
Inilah rupanya pucuk labu !!!
Buat masak lemak putih sedap ni .
Smalam cuti Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ... aku balik rumah mak aku ....mak aku buatkan lauk lemak pucuk labu ni... sedap weeii!!!

Aku rasa ini kali pertama aku makan ...sebelum ni tak pernah atau aku yang tak ingat emak aku masak waktu kecik-kecik dulu.



Tak dapat buah labu pucuk labu pun jadilah!!

 
Nak resepi dan cara memasaknya ???
Korang leh masuk blog resepi aku ni ya...klik  LINK .


CN : Pasni aku nak cuba masak sendiri ...sapa2 ada banyak pucuk labu leh le sedekah kat aku ya!!!


SALAM UKHWAH:

MASAK LEMAK PUCUK LABU.

Assalammualaikum...



Cuti YAM TUAN BESAR N.SEMBILAN 14 Jan 2011  hari tu aku balik kg ... hari tu mak aku buat masak lemak pucuk labu ... pernah makan tak ...haa meh kita semak ini resepi dan cara-caranya yaaa !!!


BAHAN-BAHANNYA:

Pucuk labu
Bawang merah di hiris
Bawang putih di hiris
sedikit ikan bilis
Santan kelapa.
Boleh letak hirisan lada besar jika suka ( time ni lada besar tak ada di rumah)
Garam

Ini rupanya pucuk labu.




Mula-mula pucuk labu di buang sutanya.


Di gesekkan daunnya di telapak tangan agar ia jadi lembut.


Dah siap di buang suta dan di gosok oleh mak aku.


Hirisan bawang merah,putih dan ikan bilis di masukkan ke dalam periuk.

Curahkan santan kedalam periuk .




Masak dahulu santan dan bahan-bahan hirisan sehingga santan mengelegak.
Masukkan pula pucuk labu tadi.

Biarkan pucuk labu empuk di dalam periuk (jgn terlalu lama sangat)  dan sebati dengan santan tadi ... rasakan garamnya dan bolehlah diangkat.


Rupa pucuk labu yang dah siap masak.




Kami makan dengan ikan tenggiri jeruk ni..... seeeeedaappp!!!!


SALAM UKHWAH


Friday, January 14, 2011

Jenazah berubah kerana tak pernah solat.



.....Salam Jumaat hari penghulu hari !!



Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan.

Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain pun bertanya.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w.
 "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang  datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah s.a.w.  memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa
terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w.

Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. KemudianRasulullah s.a.w.  menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w.  menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada  para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."


Wallahualam.


SALAM UKHWAH.

Thursday, January 13, 2011

Pelik betullah...kenapa aku tak leh follow org ni ??

Dari semalam sampai hari ni .... aku ada masalah di atas tu ... ramai blogger-blogger baru dan lama yg aku singgah kat blog dia bila nak follow dia orang aku tak boleh follow .


Muka aku sikit je lagi nak jadi cam katun ni..!!! (kedit)


Sapa yang ada masalah ni ... blog dia orang semua ni ke ... atau line streamix ni yg bermasalah ?

Kalau blog mereka-mereka ni yang punya angkara kenapa semua sekali dari semalam lak tu sampai hari ni!

MUSTAHIL....
Ataaaauuu.... pc opis aku wat hal lagi ??

Yang keluar ayat kat bawah ni je berminit-minit ..... hilang lak sabar aku nak menunggunya !!
"waiting for http://www.google.com/friendconnect/sign."

Ada sapa-sapa yg tahu ke masalahnya ni ??




CN :  Jgn-jgn aku yg dah kena BLOCK kat gugell tak ??


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails