Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, July 29, 2010

Nasi Minyak Abah.

                  
N3 tertunda....Dah berlalu 4 hari yang lalu tapi baruuu hariii ni nak tulis dalam blog..sebab apa?

Sebab aku malas nak tulis...beberapa hari ni tak ada mood bila x ada mood idea pun x datang bila idea tak datang semua terbengkalai, Gambar - gambar pada hari kejadian (ceewahh...!!) dah lama terperap dlm kamera tu.


Oklah...ini kes hari sabtu 24/7/10 yg lalu...sebenarnya anak tekak aku ni dah bergegar nak makan Nasi minyak yang Abah aku masak .
Hari tu waktu majlis kahwin adik aku, aku tak rasa pun nasi minyak Abah pasalnya licin habis...Alhamdulillahlah nasi tu tak terbuang ke tanah sebab laku kat selera tetamu-tetamu yg hadir tapi aku pulak yg jadi masalah sebab tak rasa langsung...kesian!!

Jadi aku pun keluarlah duit sendiri beli bahan-bahan mentahnya minta Abah aku masakkan...Hari tu Abah jadi chef kepada anak-anaknya pulak. Bukan aku tak tahu masak Nasi minyak tu tapi air tangan Abah aku adalah yg jarang-jarang dapat kami adik-beradik rasa kecuali kenduri kendara pasalnya dulu Abah adalah Chef pegawai-pegawai tentera di kem Kinrara dan banyak lagi kem-kem tentera yg pernah mengunakan khidmat air tangan Abah aku ni.

Tapi kat rumah Abah tak akan kedapur kecuali jika kami minta dia masakkan masakan-masakan istimewa untuk kami sekeluarga. Abah juga sering di panggil memasak untuk majlis kenduri kahwin di kampung aku dan rumah saudara mara sewaktu usia mudanya. Abah memang terer memasak untuk majlis yang besar-besar,dulu-dulu mana ada katering macam sekarang ni.

Layanlah gambar-gambar kat bawah ni...Resepi abah aku sama jugak macam orang lain punya Nasi Minyak. Minta maaflah gambar tak berapa lengkap dan cantik pasal perut aku dah berkeroncong minta di isi jadi gambar banyak yang di dapur sahaja!!.



Abah Tengah sibuk di dapur mengacau rempah dalcanya.




   Nenas yang dah siap aku potong dan basuh untuk di buat pajeri nenas.



Tengah goreng papadom nak buat ulam dengan nasi minyak nanti.



Ayam di goreng dahulu sebelum di gaul dengan sosnya.



Bahan-bahan penumis untuk nasi Minyak...eerrmmm!!!


Dah siap untuk makan ..Nasi minyak, Pajeri nenas, Ayam masak merah, Dalca dan papadom.


 Set lengkap aku..nyum..nyum..nyum!!!!


                  Wajah chef kesayangan kami adik-beradik!!!


Jangan korang tak tahu aku makan 3 kali tambah lepaskan geram betul macam tak pernah makan nasi minyak!!, tapikan kalau korang ada seorang ayah yang pandai memasak korang akan tau bezanya air tangannya jika sesekali dia berperang dengan periuk kuali di dapur. Hari tu bagi emak rehat pulak sebab hari-hari mak masak hari tu Abah yg kena masak.

Aku harap Abah sentiasa sihat sepanjang hayatnya supaya kami semua selalu dapat merasa masakan enaknya...semoga dia di panjangkan usia dan memilikki rezeki kesihatan yang baik....Amiiinnn!!!!

C N: Buat adik-adik aku yg kat Arau dan Sri Kembangan tu jangan sedih noo...nanti kita kumpul ramai-ramai kita suruh Abah masak lagi  macam ni.


SALAM UKHWAH
























Tuesday, July 27, 2010

Renungan Buat Yg Bergelar SUAMI & ISTERI.

BUAT SUAMI TERCINTA..


Isteri yang menikahi kamu tidaklah semulia Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita

untuk menjadi solehah….



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.



Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?



BUAT ISTERI YANG DIKASIHI…..


Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub.

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.



Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita

membangunkan keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama



Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.



Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami

yang tak segagah mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!



Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak

berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak

semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya

kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis

andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh

Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


Di petik Dari : KISAH RUMAH TANGGA



SALAM UKHWAH:


Saturday, July 24, 2010

Hargailah Isteri Kamu.

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim kerana ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak. Si suami pulak, janganlah berebut dgn anak utk menyusu pulak. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami.


Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan, isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami, dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak di didik, dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,


She was not created from his head to top him,


Nor from his feet to be stepped upon,


She was made from his side to be close to him,


From beneath his arm to be protected by him,


Near his heart to be loved by him.



"Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


C N: Bersyukur di lahirkan sbg seorang wanita.


SALAM UKHWAH:

Bulan Syaaban Bulan Nabi.

Salam Jumaat Hari penghulu Hari...!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH ...........



Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut
Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata
memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.


Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang
berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi  Muhammad  SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

 
Salam Ukhwah:

Wednesday, July 21, 2010

Kepulangan Yang Abadi...




Allahyarhamah RADEN GALOH  atau  nama  sebenarnya  DALILAH  telah kembali menemui  penciptanya  semalam  setelah  bersabung  nyawa  sekian  lama  melawan  penyakit  barah  payudaranya.

Bertahun-tahun menanggung derita dalam senyum dan tawa, beliau tabah dengan ujjian ALLAH itu. Dalam blognya dia sering  menceritakan  pengalaman  dan nasihat  buat semua wanita-wanita yang senasib  dengannya.

Kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita dan menjadi igauan ngeri buat  semua kaum  hawa  baik  yang muda ataupun  yang  tua.Sama-samalah kita  berdoa  agar di jauhkan dari ujian hebat ini dan  sentiasa memerhati kepada perubahan badan kita  sendiri.

AL-FATIHAH buat Allyarhammah , sesungguhnya dari NYA kita datang dan kepada NYA juga  kita kembali. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan wanita solehah dan orang-orang yang beriman serta di rahmati ALLAH swt....Amin !!


C N: Masa kita juga pasti akan tiba!!

Salam ukhwah:

Sunday, July 18, 2010

Simpati untuk LYA ..Bantulah LYA!!

Aku terima mesej ni di FB aku dari  BEN ASHAARI  meminta agar di panjangkan email ini untuk tatapan semua pembaca-pembaca blog...aku sendiri pun tak mengenali LYA tetapi sebagai manusia biasa punyai hati dan perasaan aku ingin sekali membantu setakat mana yg termampu....kepada semua pengunjung blog RKTS ini dapatlah kiranya memberi bantuan setakat yg anda semua boleh kalau tak mampu dengan wang ringgit tolong doakan agar LYA sembuh seperti dulu....setiap pertolongan walau sebesar hama pasti ada pembalasannya di kemudian hari.


Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.


Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.


Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.


Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.


Terima Kasih.

CN : Membantu setakat yg termampu.

Salam Ukhwah:

Saturday, July 17, 2010

Kisah tauladan.

Jadikan cerita di bawah ini sebagai satu pengajaran buat suami ataupun isteri....jgn sekali-kali melakukan kecurangan di belakang pasangan kamu kerana ALLAH swt nampak dan tahu apa yg kita buat. Pembalasan akan di berikan secara tunai di atas dunia ini lagi. Sekiranya ada yg tidak puas hati eloklah di bawa berbincang secara baik untuk kebaikan suami atau isteri.Jangan sampai mahligai yg di bina runtuh di pertengahan jalan.


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan....” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri.

C N:  Beringatlah  sebelum melakukan sesuatu.

SALAM UKHWAH:

Friday, July 16, 2010

JANGAN dan JANGAN !!

Salam Jumaat Hari Penghulu hari..!!

JANGAN sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.



JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.



JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.



JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah  digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki)


JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.



JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa

kerana mati boleh datang bila-bila masa.


JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.


JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.

Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.



JANGAN  bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.



JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.




C N: Di amanahkan oleh seseorng utk sampaikan pesanan ini...Ahamdulillah telah di tunaikan. 

SALAM UKHWAH:










Wednesday, July 14, 2010

Kongsi Petua.

Salam...selamat malam..baru sekarang dapat update blog..lepas merayau kat FB..jenguk blog bloger-bloger yang lain baru aku masukkan entry aku sendiri....mulai esok aku sibuk sikit kat ofis pasal "bos kecik" aku g holiday dan aku kena backup kerja-kerja dia...harap-harap masih ada waktu nak terjah blog bloger-bloger yg lain nanti.

Okey..malam ni nak kongsi petua-petua yg sering aku amalkan seharian, baik untuk kecantikkan dan kesihatan:

AIR SUAM dan SELAWAT:
Amalkan minum air suam dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW  setiap kali bangun dari tidur sebelum gosok gigi, Ini untuk awet muda dan pembersihan usus kita di waktu pagi.

SENAMAN MULUT:
Buat senaman mulut dengan cara memusingkan mulut kita kekiri kanan untuk melonggarkan otot-otot di muka..maklumlah malam tadi dah tidur entah mimpi apa dah tentu berkeriut-keriut muka tu.Kalau badan nak bersenam muka pun perlu juga.

MASKER PUTIH TELUR:
Sapukan lendir putih telur di sekeliling muka dan bilas dengan air sejuk selepas 15minit... ini bertujuan untuk menegangkan kulit muka tapi awas jgn bercakap...tenang dan rileks .

AIR ASAM JAWA:
Minum jus asam jawa ini selepas makan tengahari dan malam seelok-eloknya jus itu di sejukkan dahulu di dalam peti ais..Ia bagus untuk menyingkir minyak dan lemak didalam usus yang boleh menyebabkan kegemukkan.

JANGAN MINUM AIR:
Amaran ini untuk waktu makan sahaja...maksudnya jangan minum air sewaktu makan atau makan nasi berselang-seli dengan minum ini boleh menyebabkan kebuncitan yg melampau di bahagian perut..seelok-eloknya minum air sebelum makan atau setengah jam selepas makan nasi.

RAJA,PERMAISURI DAN PENGEMIS:
Ingat ini sewaktu sarapan makanlah seperti Raja iaitu makan banyak dan sederhana sewaktu tengahari seperti seorang Permaisuri dan sedikit sahaja macam seorang Pengemis di waktu malamnya untuk berat badan yang seimbang..jangan di terbalikkan pulak nanti badan pun jadi pelik!!

MAKAN JAMU:
Ini penting untuk semua kaum HAWA terutama ibu-ibu yang bekerja..tak bekerja pun penting jugak jangan lupa telan jamu ini untuk kesegaran badan dan keintiman. Pilihlah jamu-jamu yang menepati citarasa anda di pasaran tapi mesti di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia...kalau ada yang pandai boleh jugak buat jamu sendiri .

CN ; Dah amalkan sejak remaja lagi!!


SALAM UKHWAH:

Mutiara Yang Terindah dari seorang Wanita Bergelar Isteri!!

"  MUTIARA YG TERINDAH ADALAH DARI WANITA BERGELAR ISTERI YG TELAH MELALUI SUSAH SENANG SUKA DAN DUKA SELAMA BERTAHUN - TAHUN BERSAMA SUAMINYA....GILAPLAH IA , BELAILAH  IA DAN KASIHKANLAHNYA SELAGI SI SUAMI MASIH MEMILIKKINYA KERANA JIKA DI BIARKAN SINAR ITU AKAN PUDAR DAN HILANG HINGGALAH SI SUAMI TIDAK NAMPAK DAN MENEMUI CAHAYANYA LAGI...IBARATKAN SEBUTIR PERMATA YG HILANG "


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

3. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

4.Firasat hati seorang isteri melebihi apa yg tidak terfikir oleh suami...dan firasat itu selalunya tepat.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya dan hatinya sering benar di dalam menilai tindak tanduk si suaminya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.



CN: Hati yg menanggis tiada siapa yg tahu!!


Salam Ukhwah:







Sunday, July 11, 2010

Boringlah......!!!!

Boringlah hari ni...Cuti dua hari tak pergi mana-mana pun.....: (


Pagi ni sewaktu siram pokok limau kasturi aku ternampak sesuatu....

Aaaaaa......pokok aku ada beluncaaassss!!!!!


Tengok tu dua sekawan tengah asyik ber breakfast!!

Ni dah nak jadi kepompong dah!!


Aku pun mulakan operasi menyelamatkan pokok aku....ini hasilnya.


CN: Haaiii....boriinnngggnyaaaaaa!!!!!


Salam Ukhwah:

Thursday, July 8, 2010

Asam Tumis Ikan Tenggiri dan sayur campur Sosej.

Macam biasalahkan setiap kali pulang dari bekerja aku kena menyinsing lengan ke dapur untuk memasak. Lepas mandi dan sembahyang kena ke dapur jenguk-jenguk apa yang patut. Tak masak kang sapa lak nak masak My Hubby bukan jenis yang suka makan kat luar hari-hari, Sekali-sekala tu oklah lagi.

 Malam semalam kami dah makan kat luar makan di restoran JOHAN SEAFOOD di senawang. Tetapi  terlupa lak nak bawa kamera cap ayam aku tu kalau tak leh gak ambil gambar, Lepas selesai licin pinggan baru teringat nak ambil gambar apa boleh buat  nasi dah jadi bubur dalam perut daa..

Buka peti ais nampak ikan Tenggiri , Teringat anak bujang aku tu suka makan masak Asam pedas . Terus keluarkan dan siapkan bahan-bahannya.
Taraaa...dah masak..aku letak daun limau purut sebagai ramuan terakhirnya..berdesup-desup anak bujang aku menghirup kuahnya....resepi?

Aku jenis yang masak main campak-campak je tak reti nak sukat-sukat atau timbang-timbang.Lagipun keluarga aku kecil dan aku tak nak banyak buang masa kat dapur, kena cepat masak sebab banyak lagi kerja lain nak buat.

Ni pulak sayur campur sosej...satu lagi aku masak tak suka pakai Ajinomoto, Aku dan My Hubby memang tak suka itu pasal jarang makan kat luar sebab dia orang mesti letak Ajinomoto banyak-banyak. Biasalahkan orang berniaga kena pandai tarik selera pelanggan kalau aku berniaga pun aku letak gak serbuk perencah tu!

Jika ada sesiapa nak resepi  Asam Pedas tu leh pergi ke dapur Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan)  atau Chef Hanieliza kat sidebar JOM KEDAPUR  sebelah tu...haa itu orang pakar masak guna timbang-timbang sukat-sukat ni.

Bahan-bahan asas aku gunakan untuk Asam Pedas:

Ikan Tenggiri
Bawang  merah *
Bawang  putih *
Cili kering *                * Di tumbuk
Halia  *
Jus asam Jawa
Air secukupnya
Daun limau purut
Garam

Sekian....Selamat memasak!!

CN: Sangat suka dengan Masakkan Asam pedas orang Melaka!

Salam Ukhwah:

Suami Juga Kena Jaga penampilan.

Selalulahkan orang kata.....isteri kena pandai jaga penampilan di hadapan suami, kena pandai berhias, pakai cantik-cantik jangan selekeh, berwangi-wangian dan macam-macam lagilah untuk suami. Pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki kena sentiasa menarik di mata suami. Isteri juga kena pandai jaga mata,hidung dan perut suami. Maksudnya mata kena sentiasa lihat yang menarik pada isteri, hidungnya kena selalu mencium bau yang wangi dan ikat perut suami dengan masakkan dari air tangan isteri sendiri.

TETAPI....adakah suami tak perlu kelihatan menarik di hadapan isteri? Tak perlu ke berwangi-wangian, berpakaian kemas dan rapi seperti isteri ? Isteri aje ke kena buat macam tu. Bila suami keluar rumah bersama kawan-kawannya atau bekerja pakai minyak wangi harum semerbak satu rumah..pakaian pun kemas sekali pandang macam nak pergi ngurat atau dating.

TETAPI..apabila di rumah si suami nak mandi pun malas..minyak wangi entah ke mana angkat tangan tengik bau ketiak...keluar  dengan isteri cuma pakai seluar pendek separas lutut dengan bulu kaki yang lebat tak payah nak cakaplah...itu belum kira lagi bab bawa anak isteri berjalan-jalan macam-macam alasan kalau keluar dengan kawan sampai tengah malam pun sanggup hari-hari lagi...isteri kat rumah lewat tidur menunggu suami balik lagi parah kalau isteri tu bekerja ataupun ada anak kecil.

Suami aje ke yang nak tengok isteri cantik dan wangi?

Isteri tak ada hidung dengan mata ke?

Isteri pun ada citarasanya wahai kaum Adam..apa yang suami mahu itu juga yang isteri mahu..jangan salahkan isteri kalau badan dah macam tong jika perut suami tu pun makin boroi macam perempuan mengandung 5 bulan..jangan cakap isteri dah tak wangi kalau suami pun sama aje baunya..Suami atau isteri kena sama-sama jaga penampilan untuk kebaikkan pasangan masing-masing jangan harap sebelah pihak aje sedangkan pihak yang satu lagi cuma tahu komplen sedangkan terlupa untuk cermin diri sendiri. Kalau suami nak cuci mata isteri pun teringin jugak nak mencuci "matanya yang dah kelabu asap" tu.

Penampilan di rumah atau diluar perlu di jaga supaya tak ada insan yang berkecil hati atau sakit hati...WASSALAM.

CN: Cuma ingatan buat yang selalu terlupa!!


Salam Ukhwah:

Tuesday, July 6, 2010

ISTERI SOLEHAH.


" Ciri2 isteri solehah... Menjaga solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga kehormatannya,taat pada suami. Niscaya Allah akan memasukkannya dalam syurga. Dan lebih sering berada di rumahnya, sangat jarang keluar rumah kecuali alasan sangat mendesak. Juga menerima dgn senang hati hasil jerih payah suaminya sesedikit apapun. Juga selalu berdoa untuk suaminya dalam solatnya" .

Pagi ni sewaktu buka FB aku terbaca status seorang kawan seperti di atas..aku nk tulis ayat aku sendiri dlm status profil aku tapi terlalu panjang kena reject kat admin. Jadi aku tulis di sini boleh tulis seberapa banyak mana yang aku nak. Ayat di atas mengambarkan kelebihan yg akan kita dapat jika berjaya menjadi isteri solehah..ganjaran ke syurga firdaus...siapa yg tak nak kan?

Tetapi malangnya ramai isteri-isteri di luar sana yang gagal memiliki suami soleh..suami tak pandai jaga hati isteri..sering menyakiti..apa yg isteri tak suka itu yg paling dia suka buat..solat di abaikan..puasa tak cukup sebulan..Rumah ALLAH tak pernah di ziarah walaupun hari jumaat. Layakkah suami seperti ini memilikki isteri solehah?

Wahai suami-suami...isterimu memerlukan perhatian dan kasih-sayang seorang suami ..pembimbing keluarga ke pintu syurga...pendinding dari percikan api neraka...alunkan rumahtanggamu dengan nyanyian ayat-ayat suci AL-Quran..pasti keluargamu di berkati di dunia hingga akhirat.

Beruntunglah mana-mana suami yang memiliki isteri solehah dan begitulah sebaliknya.

ISTERI SOLEHAH SELAYAKNYA UNTUK SUAMI YANG SOLEH.

CN :  Cuba menjadi isteri yang sebaik-baiknya.

Salam Ukhwah:

Sunday, July 4, 2010

Nasi Lemak Tanpa Kopi O .

Hari minggu yang suram..

Kenapa suram...? Ya hari ni hari minggu hari untuk semua warga kerja seperti aku berehat bersama keluarga, Tetapi sepanjang hari ni di SEREMBAN cuaca agak suram dan mendung. Sinar matahari pagi hanya menjelma sekejap saja selepas itu langit mula mendung dan hujan lebat...berhenti sekejap...ujan lagi...berhenti...lepas tu terus mendung dan suram.

Tiba-tiba lak teringat nak lunch nasi lemak panas hari ni...My Hubby pun bagi green light tapi syarat sambal sotong tak mau ikan bilis....kena lak aku menjenguk ke GIANT sekejap menjenguk "sutun" tapi tak ado..nampak udang  apalagi rembat ajelah tak dapat "sutun" udang pun  jadilah!!!

Ha...ni dia dah masak dah Sambal udang,Telur rebus dengan ayam goreng ala KFC. My Hubby suka makan nasi lemak berlauk kalau aku sambal ikan bilis pun dah OK dah janji nasi lemak mesti panaasss baru ada uummmpphh!!!

Ini set lengkap aku Nasi Lemak dan geng-gengnya...Oops timun tak delah...Aisey lupa beli tadi..tapi tak pe itu tak wajib sangat janji Nasi Lemak paanaasss....jemput makan!!


CN: Nak masak apa pulak malam ni ye..???

Salam UKhwah:

Saturday, July 3, 2010

Sekuntum Mawar Merah.


 Hari ni sabtu ada karnival ataupun di panggil hari kantin kat sekolah My Princess tapi aku tak dapat join sekali kerana aku kena kerja. Aku tak dapatlah pulak nak minta cuti lagi pasal minggu lepas aku dah banyak cuti dah kalau asyik kita je yang cuti ada pulak staff lain yang tak suka nanti, Bangsa cina ni pun pandai gak cakap belakang-belakang maklumlah dia orang pun manusia gak macam kitakan.Jadi aku suruh My princess pergi dengan adik nya saja pagi tadi.


My princess pun bawalah adik tunggalnya tu ke sekolahnya...biasalah anak bujang aku tu kalau dah sampai kat tempat yang ramai kawan-kawannya di tambahkan pulak ummi dan ayahnya tak ada mulalah dia buat perangainya...letih juga si kakak tu mengawalnya nak buat macam manakan "si bujang" tu pun dah besar panjang dah tak makan saman dah.

My princess memang ingat kat aku walau kemana dia pergi....kesian agaknya aku tak dapat join dia orang sekali di belinya aku dua kuntum mawar merah dan putih ...huhuhu...terbang duit anak aku nak belikan aku Cik ROSES tu....


" Tima acihlah kak lain kali belilah barang yang ummi leh pakai lama ye bukan sekejap aje..lagi berbaloi-baloi"


CN:  Mawar berduri.

Salam Ukhwah:

Majlis Khatam Ngaji.


Dah berlalu seminggu yg lalu sewaktu hari pernikahan adik aku minggu lepas tapi baru hari ni nak masuk entry ni.

Goddie-goddie bag yang dah siap tersedia untuk para jemputan di majlis khatam ngaji tersebut.


My princes dan adik perempuan aku tengah kusyuk mengaji di hadapan mereka-mereka yg hadir hari itu.

ALHAMDULLILLAH....terlaksana sudah hajat dihati nak buat majlis khatam ngaji My Princess.


CN: Semoga "kakak" sentiasa ingat pesanan ummi bahawa AL-QURAN itu lampu penyuluh kita di dunia dan akhirat...Amiinn!! 


Salam Ukhwah:

Thursday, July 1, 2010

Kekasih Awal Dan Akhir...





Aku cukup-cukup tabik hormat kepada mana-mana lelaki yg telah bergelar EN SUAMI pada zaman teknologi IT yang canggih ini yang masih menyayangi..menyintai..mengasihi isterinya seperti baru-baru berkahwin dahulu atau masih seperti orang sedang bercinta walaupun "MASJID BERLIAN" mereka telah pun berdekad-dekad usianya.

En Suami tak pernah merasa segan umtuk memegang tangan Cik Isteri walaupun dah ada anak berderet-deret walau kemana mereka pergi di khalayak ramai, Malah melayan Cik Isteri dengan baik sekali samaada di rumah sendiri ataupun di rumah orang lain. Cinta En Suami kepada isterinya tetap 100 % walaupun bentuk badan Cik Isteri telah berubah seperti pohon ara yang rendang dan tak seramping Si kerengga lagi.

En Suami itu juga bangga memperkenalkan Cik Isteri kepada kawan-kawannya dan tak malu membawa Cik Isteri menghadiri mana-manapun  majlis keramaian yang dihadiri oleh ramai gadis - gadis cantik yang taklah sehebat Puteri Balqis.

Dalam 10 orang mungkinlah segelintir orang aje yang kita temui di zaman teknologi canggih ini yang mana mereka tak segan silu mengaku sudah beristeri dan sanggup tayangkan muka Cik Isteri walau tidak secantik waktu muda-muda dulu.

Itu yang aku perhatikan di laman sosial terkenal masa kini iaitu FACEBOOK . Ada seorang ( mungkin ada ramai lagi tapi aku tak perasan ) En Suami yang aku rasa sangatlah beruntung Cik Isteri bersuamikannya yang romantik dan penyayang. Dalam FB pun masih berdating sesama sendiri .Cuma aku harap " Kulit yang cantik pasti elok juga isi di dalamnya bukannya jadi yang sebaliknya pulak".
Bukankah bagus kalau semua pasangan suami isteri seperti ini taklah banyak kes-kes perceraian dan tak adalah anak- anak yang akan hidup terbiar tanpa kasih sayang ibubapa mereka..


CN: Kredit 100% untuk pasangan terpilih ini En Z dan isterinya kak S.

Salam Ukhwah:

Cerita Di dalam Lagu.


Tersangat suka dengar lagu ni...ada pengajaran dan ingatan di dalamnya...kisah benar Srikandi Islam bernama SUMAYYAH...kalau hari-hari dengar pun tak jemu...tak mau citer banyak dengar aje lagu ni kamu semua akan faham nanti...hayati senikata lagu nyanyian kumpulan nasyid HIJJAZ ini...Layaaaannnn....!!!







CN: Semoga keimanan kita jua sekuat SUMAYYAH di akhir zaman yg lebih mencabar ini.


Salam Ukhwah:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails