Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, February 13, 2016

Bbq ...Petang Ahad 7/2/16.

Assalammualaikum....

Bila tiba cuti perayaan macam ni semua orang ambil kesempatan berkumpul bersama keluarga terutama jika masih ada lagi ibubapa.

Begitu jugaklah dengan adik beradik aku.
Cuti macam ni hari yang di tunggu tunggu bagi yang merantau jauh.
Ayie duk kat jb sampai ke negori tanah adat sejak jumaat lagi.
Tapi ann yg duk kat selangor balik kelantan kampung suaminya.
dik nor lak berjalan sekelurga dgn mertuanya ke mersing.

Sooo petang ahad sewaktu penganut tionghua makan besar kami ber bbq.
Kali ni kurang 2 keluarga...cuma buat mana yg ada je.
Tapi tetap gak meriah.
Dah anak2 mak aku ramai.
2 orang tak ada ...5 tu tetap ada.
Anak2 campur menantu cucu dah boleh buat kenduri kecik dah.

Kali ni kami bbq kan daging kambing australia, kerbau india, ayam malaysia, sosej, sekor udang galah ( ni udang sesat) ikan talapia.
Tu diaaaaa....takde kesian ..
Daging2 obersea mari maaa...

Okey layan gambar yang sempat di snap.
Yang lain tu tak sempat pasal dah di snap dulu dlm mulut rakyat jelata.


Saturday, February 6, 2016

Kebetulan di hari cuti CNY.

Assalammualaikum.....

CNY datang lagi.
Bila tiba musim perayaan macam ni tak boleh tidak mesti antara kita kena banyak bersabar dengan masalah kesesakkan di jalan raya.
Diantaranya adalah aku.

Walaupun aku tak berada di atas jalan time ni dan tak kemana-mana.
Tapi my princess pulak yang berada dalam bas dari utara menghala ke seremban.
Bas bertolak dari stesen bas kangar pukul 11.30 malam dan sekarang masa entry ni di tulis sepuluh minit lagi pukul 9  pagi lampu bas tu pun aku tak nampak lagi.
Leher aku dah jadi panjang mengintai bas2 yang baru sampai kat terminal somban ni.😕😕😕

Teringat kisah setahun yang lalu.
Hari yang sama masa cuti CNY kami bertolak dari seremban hari sabtu pukul 9 pagi ke kg langgar ,kedah untuk majlis perkahwinan adik ipar.
Sampai ke sana pukul seblas malam.
Naik mengurutu buntut aku duk dalam kereta berjam jam.

Hari ni hari sabtu .
Time cuti CNY jugak anak aku bertolak dari kangar perlis pukul sebelas malam dan akan sampai kesini pukul sembilan pagi ni.

Satu kebetulan di hari dan waktu yang sama.
Cuma tahun je tak sama.
Tak tahu lah macam mana pulak ghuper muka anak dara aku tu kang duk berjam jam dalam bas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails