Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 30, 2011

Genap sudah 14 tahun aku melahir dan membesarkannya.

Salam Sejahteraa.. !!
Jumaat
5 Safar 1433H



Anak aku ada dua orang jee... sepasang lak tu.
Sorang lahir pertengahan tahun dan sorang lagi hujung tahun.
Tunggu tunggu gak kalau dapat  lahir awal tahun tak ada gak rezeki sampai setakat ni..huhuhu..

PRINCESS aku merupakan orang terakhir yang menyambut hari lahirnya setiap tahun dalam keluarga kami.
Dialah penutup segala acara tiup meniup lilin setiap tahun.
Dia jugaklah orang yang terakhir mendapat hadiah-hadiah hari jadi setiap tahun.
Untuk tahun ni genaplah usianya 14 tahun pada bulan ni sedangkan bulan depan dah nak masuk tingkatan tigo..haha...
Ada gak untungnya lahir ujung-ujung tahun nikan ?

Tahun ni majlisnya di raikan secara sederhana awal bulan ni hari tu.... pasal kami semua sibuk dengan persiapan majlis pertunangan pak teh nya.
Terutamanya aku memang tak terkejar masa nak ke hulu ke hilir.



Itu pun nasib baik ada yg ingat nak belikan kek dan hadiah.
Kalau tak sedih memanjang jelah anak dara aku ni sampai ujung tahun dopan.
Tima kasihlah kepada ANN, SHILLA dan CIK YAH yang sudi belikan cup cake dan hadiah buat anak daro den nan seorang tu..:)


Aksi-aksi memilih cup cake untuk di agih-agihkan kepada semua rakyat jelata... yang tecik-tecik tu pun nak gak nompang sekaki.

Doa dan harapan ummi setiap waktu agar  kakak menjadi anak yang solehah, maju dalam pelajaran dan sentiasa kekalkan prestasi  , sentiasa sabar memikul tangungjawab sebagai pengawas sekolah , mesti kuat semangat bila kena buli dengan adik, jangan tinggalkan sembahyang dan asalkan kamu sentiasa tahu bahawa



UMMI AMAT BANGGA DENGAN KAMU.



SALAM UKHWAH

15 comments:

Kakzakie said...

Untung dapat dua ct... ada org lagi tak dapat langsung. Bersyukur... kakak tak ada anak lelaki. Tunggu menantu kelak kalau panjang umur hihi... kelakar berangan kakak ni.

Happy birthday sayang. Ingat pesan ummi ye...

CT NoArIzAh ArIs said...

KAKZAKIE...syukurlah kak yg 2 orang tulah peneman saya sampai sy menutupkan mata nanti...tima kasih atas ucapan dan komen akak tu semoga dia gembira membacanya nanti.:)

Dilla Ady said...

hepi sebeday tuk anak akak ye...

terharu bace ayat last akak tu..kalu sy anak akk, da berjurai da airmata ni..huhu

ariana said...

Akak pun mcm Kak Zakie jg..tiga2 anak daro..tp apapun syukur..rezeki dari Allah.

Selamat hari jadi buat kakak tu..Moga jd anak solehah dan menjadi kebanggaan ummi dan ayah :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

selamat hari jadi buat princess, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.moga jadi anak solehah, kenang jasa ibu ayah ye : )

IMANSHAH said...

sejuk hati ibu mengandung

Citarasa Rinduan said...

happy birthday buat anak kak ct..
bertuah ada anak yang dah besar...

moga menjadi anak yang solehah sayang

Acik Erna said...

Selamat hari lahir princess..

zino said...

selamat hari lahir utk anak semoga dia membesar sebagai anak yg solehah...

ratusiput said...

skejap je kan anak2 kite membesar...rasa mcm sedih pun ade bila dorang smakin membesar sbb masa utk dorang tinggalkan kite semakin hampir...selamat tahun baru ye :)

El-Janna said...

sedapnya dpt cup cake tuuu

Cik Ina Do Do Cheng said...

Selamat tahun baru 2012, semoga hidup CT sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )

nabilah_2908 said...

Happy Birthday tuk anak akak...!! :)

Ummi bagi hadiah apa..? hehe..

Layyinul Harir said...

hepi besday untuk princess akak!.=)

Rinna said...

Happy Belated besday.. kejap jer dah besarkan.. tak lama lagik leh laa terima menantu plak yer.. :)

Sebelum tuh kena laa belajar pandai2 dan boleh membantu ibubapa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails