Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, January 10, 2012

Aku curik curik update blog ari ni..: (

Salam Sejahteraaa...!!!
Selasa
16 Safar 1433H




Dah seminggu lebih tak update blog ni bukannya apa bila masuk tahun baru 2012 ni banyak kerja kena siapkan.
Di tambah lak kejap-kejap URL blog aku kena block kat opis ni kejap2 leh pulak bukak kejap lagi kang kena block balik  pastu tenet pulak meragam ragam.

Contohnya macam minggu lepas aku nak update blog dan masukkan gambar aku dan semua adik beradik serta mak abah pergi makan NASI ARAB DAMSYIK kat senawang.
Punyalah seksa nak loading gambar sedangkan sebelum ni cepat je gambar tu masuk.
Dek kerana sibuk aku tutup terus blog sambung wat kerja balik malas aku nak nunggu loading sekeping gambar tapi berpusing-pusing bijik mata itam aku menunggu tapi gambar tak muncul-muncul jugak.

Ari ni aku kena tulis gak takut kang aku sonyap tak berbunyi-bunyi korang ingat aku dak sonyap terusssss je kang.


Aku kena setelkan semua kerja aku kat opis ni sebelum bercuti seminggu untuk TAHUN BARU CINA nanti.
Al maklumlah aku kerja dengan dyorang jadi bila time raya cino tu aku pun kena bercuti gak lah berhari2 macam dyorang gak.
Jadi semua report dan semua jenis mak nenek punya kerja kena setelkan dengan marketing dengan akaun dengan customer sebelum 20 January ni.
Di tambahkan pulak sistem kerja aku kat sini yang CUT OFF DATE sebelum hujung bulan ini lagi menyebabkan kami semua kat sini sibuk teramat-amat sibuk nak mengejar waktu.

Contohnya bulan ni 20hb adalah COD kami pastu kami dah bercuti untuk CNY pastu masuk kerja 30hb nanti secara otomatik kami dah masuk 1st of Febuary.
Nehiiii bulan satu lagi tapi dah duk bulan dua dah.
Jadi semua kerja -kerja dalam bulan satu ni kena siapkan sebelum CNY holiday seminggu nanti kalau tak sendiri mau ingat lahhh...... sendirik carik susah lohhhhh..

Aku curi-curi jenguk blog korang semua mana yg aku sempat komen aku komen kalau tak aku cuma baca pastu kuar macam tu jeee.
Walauapapun blogjogging kat umah kengkawan semua tetap aku buat walaupun aku tak sempat update blog sendiri.

Dari 21 Jan hungga 29 Jan aku kena cuti takleh masuk opis......apo yg den nak buat selamo tu ?
Seminggu tuuuuuu...ngalahkan cuti rayo sendiri dah haa.



SALAM UKHWAH

3 comments:

ツ Bieaz ツ said...

hehe taim tunggu loading gambar tu dah rasa mcm hazab...

ariana said...

Hai Ct..akak pun sama kebelakangan bz sikit ( bz apa ntah) up date blog pun baru semalam sempat..hehe.
Selamat bercuti lah ye..ada program nk kemana-mana ke?

IXORAROXI said...

wahhhh seronoknya dapat bercut lama2, lepak2 kat rumah dgn family ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails