Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 30, 2010

Dah mula gatal tangan dah!!

Bila aku menjelajah dari blog ke blog beraya dengan blogger-blogger di alam siber (tanpa kuih raya dan air oren....huhuhu ) mulalah aku jatuh hati dengan setiap gaya blog mereka.....ada macam-macam gambar dan grafik yang mampu meluluhkan iman mata dan hati aku......aku pantang betul tengok benda yang cantik kat mata aku ni mulalah gatal tangan nak mengodek-godek blog aku ni pulak....!!

Tapikan.....aku masih lagi berpuashati dengan gaya asal blog aku ni (terutamanya warna hijau tu...!!).Tak sampai hati nak menukarkannya ke wajah-wajah yang lain pulak.....tapikan.....mungkin jugak akan menambahkan serba sedikit kelainannya....biar nampak "fresh" sikit!!

Apa yang pastinya aku suka sangat mencuba sesuatu yang baru dan mencabar kreativiti sendiri!!

CN: Eerrrmmm........!!!!!

SALAM UKHWAH:

Wednesday, September 29, 2010

Laa....dah bercerai ke??

Syawal tahun ni  banyak cerita pasal bercerai-berai  yang sampai ke telinga aku.....bukan pasal artis bercerai yee....tapi kawan-kawan dan sedara mara aku dan My hubby yang punya al kisahnya.....bila hari raya kita kunjung mengunjungi  sedara mara dan teman-teman,  mereka juga mengunjungi kita.....dalam pada tu macam-macam ceritalah keluar termasuklah cerita cerai berai ni haa..!!

Kalau hari raya asyik duk terperuk kat rumah atau dalam bilik je sepatah haram pun kita tak akan tahu apa yang berlaku kat orang lain....terbaru aku dapat tahu kisah kawan sekolah aku dulu baru saja melepaskan ikatan perkahwinannya dengan isterinya sebelum Ramadan yg lepas......setahun lalu aku terkejut beruk tengok gambar raya mereka sekeluarga......aku tak sangka sebab dua-dua ni kawan sekolah aku dulu boleh bersatu sebagai suami isteri.....nampak mereka berdua sangatlah bahagia!!

Tapi sekarang aku lagi terkejut tahap bapak beruk bila dengar mereka berdua dah bercerai.....anak-anak masih kecil belum sekolah pun lagi.....apa masalahnya yaa....cuma ALLAH dan mereka berdua ajelah yang tahu.....walaupun ada jodoh tapi tak panjang kita pun tak boleh buat apa....semuanya kuasa ALLAH swt........aku percaya mereka berdua dah buat yang terbaik untuk perkahwinan mereka tetapi dah jodohnya sampai setakat itu sahaja.....kita hanya mampu merancang tapi ALLAH jualah yang menentukannya.

Patutlah raya tahun ni tak nampak lagi gambar mereka bersama....tinggal si suami aje bergambar sorang-sorang kat lokasi yang sama seperti gambar raya yang sebelumnya!

Dalam kehidupan kita ni macam-macam boleh berlaku tanpa di duga.....hari ini kita masih ada mereka yang kita sayangi tapi tak tahu esok lusa entah bagaimana pula keadaannya....Semoga kawan-kawan dan sepupu-sepupu kami yang telah berpisah itu akan menemui jodoh baru yang lebih baik dari yang dulu!!


CN:....sudah begitu ketentuannya!!

SALAM UKHWAH

Petua Mencuci Hati.

Motivasi : Petua Mencuci Hati (Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah)



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Mudah2an ianya penjadi panduan yg berguna buat kita semua... InsyaAllah..


CN: Bukan setakat muka & badan je nak dicuci...hati juga perlu di cuci sebersih-bersihnya.


SALAM UKHWAH:

Tuesday, September 28, 2010

Qadha Puasa Ramadhan dan Puasa sunnat 6 hari di bulan Syawal.

Sekarang ni adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan amalan sunnat puasa 6 di bulan syawal.....ada juga yang dah melaksanakannya di awal minggu pertama raya yang lepas lagi.....Taniahlah kepada mereka-mereka yang telah berjaya menghabiskan puasa enam tersebut.....kepada yang belum masih ada lagi masa untuk kita melakukannya.

Di sini aku nak kongsi sedikit petikan dari beberapa hadis mengenai puasa sunnat enam ini....kepada yang dah tahu baguslah tetapi kepada yang tak tahu aku harap ini dapat membantu anda semua.....semoga amalan puasa wajib dan sunnat kita di terima ALLAH SWT.

1. Diriwayatkan dari Aisyah (R.A) , ia berkata : Adalah seseorang antara kami tidak puasa pada bulan Ramadan pada zaman Rasulullah(S.A.W) maka ia tidak sanggup mengqadhakannya (membayar puasa yang di tinggalkan) sehingga datang bulan syaaban (yakni pada bulan syaban baru bisa membayar puasanya). ~ (H.R : Muslim)

2. Diriwayatkan dari Aisyah (R.A) ia berkata : saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, saya tidak mampu membayarnya  sampai datang bulan Syaban.~ (H.R.Bukhary)

3. Diriwayatkan dari Abu ayyub al-Anshariy (R.A):
   Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W) bersabda: barang siapa puasa pada bulan Ramadan ,kemudian di ikuti puasa 6 hari pada bulan    syawal adalah seperti puasa setahun penuh.~ (H.R : Muslim)

KESIMPULAN DARI HADIS-HADIS DI ATAS :

@  Barangsiapa yg mempunyai hutang puasa bulan Ramadan,hendaklah segera di qadhakan secepat mungkin jangan di tunda-tunda kecuali kerana uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan syaban (Dalil:2)

@  Disunnahkan puasa 6 hari pada bulan Syawal dengan syarat puasa Ramadannya sudah lengkap,Tidak ada hutang.

@  Pengamalan puasa 6 hari ini dapat di lakukan secara berurutan ( 6 hari berturut-turut) ataupun berselang seli (tidak berurutan).
    Yang penting perlaksanaanya adalah selama bulan syawal.


CN : Setiap amalan wajib dan sunat yang di lakukan janganlah  ada perasaan riak.....ini akan mengurangkan atau menghilang pahala kita nanti.


SALAM UKHWAH

Monday, September 27, 2010

Adab memakai cincin mengikut sunnah Nabi SAW.

suka memakai cincin ??.....ramai orang terutamanya kaum wanita sangat suka memakai cincin....kebiasaannya cincin di pakai di jari manis....tapi ada yang memakai cincin di kesemua jari-jari yang ada....nasib baik kat ibu jari pun tak di sarungnya cincin sekali....eerrr mungkin ada jugak kot?.....mungkin kerana terlalu banyak sangat koleksi cincin-cincin emasnya yang pelbagai rupa dan bentuk sampaikan semua jarinya "WAJIB"di sarungkan cincin....lebih-lebih lagi di musim raya nikan ramai lee yang nak tunjukkan koleksi -koleksi lama dan baru yang ada dalam simpanan tu yee...!

Tapi ramai tak di antara kita yang tahu adab-adab memakai cincin ni?.....jari mana yang boleh dan tak boleh?.....haa ini aku nak kongsi INFO sikit dengan kau orang semua...!!


" Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali  sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan ,

NabiMuhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

JANGAN DI PAKAI DI:

1] jari tengah

2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian Cara memakai cincin ini adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala."

Jadi selepas ini pakailah untuk 2 jari ni aje yee...kalau banyak lagi koleksi baru-baru yang nak di tunjukkan pakailah untuk hari yang lain pulak...kan kita raya sebulaaann!!!
 
 
CN : Peringatan untuk diri sendiri jugak..

SALAM UKHWAH

Friday, September 24, 2010

Al-Fatihah.....kami sayang, ALLAH lagilah sayang!!


Hari KHAMIS tanggal 23/9/10 bersamaan 14 syawal 1431H...Allahyarhamah Juriah Bt Untai pergi meninggalkan anak-anak ,cucu-cucu dan saudara mara serta rakan-rakannya. 

Tepat jam 4.15pm pak teh menelefon aku dari Hospital Besar Seremban memberitahu Wan chik dah tiada lagi....Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di temani semua anak-anak dan sebahagian cucu-cucunya yang menemaninya.

Aku sedikit terkilan kerana tak sempat menziarahinya di hospital walaupun dah merancang untuk menemuinya selepas waktu kerja....tapi kuasa ALLAH tak ada siapa yang menduga...

"Apabila sampai ajal seseorang hamba itu ia tak akan di lewatkan atau di awalkan walaupun sesaat"

Dugaan paling besar bila aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya di persimpangan highway lekas sewaktu pulang ke kampung...dalam hati tuhan aje yang tahu macammana resahnya aku takut tak sempat nak melihat wajahnya buat terakhir kali...jenazah akan di kebumikan malam itu jugak....jam dah menunjukkan pukul 6.45 pm aku masih lagi di senawang.

Sebaik kereta aku melintas masjid kariah AMAR PENGHULU pada pukul 7.15pm aku ternampak van jenazah....aku pasti jenazah dah ada dalam masjid terus aku kerumah mak ambil mak dan abah dan menghala terus ke masjid.....sedikit kecewa melihat jenazah yg dah siap di mandi dan di kafankan dari hospital di dalam keranda sedang di sembahyangkan....aku tak sempat menatapnya lagi!!

Kuasa ALLAH tiada siapa yg menduga apabila pak cik aku bekas imam masjid membuka keranda dan kain kafan di bahagian muka untuk memberi peluang kami semua menatapnya kali terakhir.....rupanya aku belum terlewat DAN aku berpeluang menatap wajah jernihnya....mencium dahi dan pipinya seperti yang selalu Allahyarhamah laku kan dulu kepada aku setiap kali aku bertemunya!!

Kucupan terakhir buat satu-satunya nenek saudara aku yang masih hidup....kini dia juga telah pergi menemui penciptanya...Tepat jam 8 malam jenazah selamat di kebumikan dan aku menyaksikan sendiri arwah di masukkan ke liang lahad di malam gelap gelita di terangi cahaya lampu.... AL-FATIHAH.





Gambar di ambil  10/9/10 bersamaan 1 syawal 1431H yang menjadikan raya terakhir aku dan adik-beradikku yang lain bersamanya.

Pesanannya tersemat di hatiku meminta aku adik-baradik tetap datang kerumah pusakanya yang  diduduki anak bongsunya yang kami panggil Mak cik.

"Bila wan dah tak ada nanti kau datang ke sini ...tengok-tengok mak cik kau bila raya...jgn wan tak ada kau semua tak nak datang lagi...mak cik kau ada kat sini datanglah tengok dia...macammana wan ada sekarang ni macam tulah bila wan dah tak ada nanti"

Semoga Allahyarhamah bersemadi dengan tenang di sana......Amiin!!

CN : Kepada adik-adik aku yang tak sempat balik sedekahkan AL- FATIHAH buat arwah Wan cik yang rapat dengan kita dulu....semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan hamba2NYA yang solehah.

Aku BERshopping MOON CAKE!!!!

Haa..haa...haa...Leh caya ke??



Aku tak pergi mana-mana kedai MOON CAKE  di seluruh seremban ni pun, tapi 3 beg kertas berisi kotak-kotak kosong MOON CAKE ni aku bawa balik dari office aku.

Syarikat tempat kerja aku ni majoritinya adalah chinese staff dah tuan punya company ni pun cina....minoriti aje staf melayu dan india.....jadi supplier dan transporter mereka pun chinese jugaklahkan.....bulan ni bulan MOON CAKE FESTIVAL di sambut setiap tahun jadi banyaklah dapat MOON CAKE.....sekarang ni MOON CAKE di packing cantik di dalam kotak-kotak beraneka bentuk dan saiz......sebijik MOON CAKE harganya dalam $12.00 ke $13.00 lebih setiap satu. Kebanyakan MOON CAKE sekarang ni ada status HALAL dari JAKIM.....cuma yakin dengan tidak ajelah nak makan kan!

Di dalam kotak-kotak yang cantik inilah MOON CAKE di masukkan sebanyak 4 biji satu kotak....Bila MOON CAKE dah habis di agih-agihkan pada staff-staff yg lain kotak-kotak ni jadi bahan rebutan le pulak!!





Ini aku punya.....2 kotak besar 1 kotak kecil....tapi kat dalam MOON CAKE dah habis di makan oleh kawan-kawan kat office tu!


CN : Balik rumah berebut pulak dgn My Princes aku!!


SALAM UKHWAH:

Wednesday, September 22, 2010

Mandi wiladah.

.....Dari Peti Emailku!

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...


Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.

Para bapa lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take forgranted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...

Katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain...



SALAM UKHWAH

Sakit dan Bengkak....Adoooiii haaiii!!!!!!

Gusi aku bengkak lagi....Adoooiiiii!!!!

Inilah akibatnya gara-gara seronok sangat beraya.....macam-macam yang aku kunyah.....dari yang lembut sampailah yang keras.....dari yang ringan sampailah ke juadah yang berat-berat.....selagi boleh masuk dalam perut aku sumbatkannya.

Ini baru 12 hari raya ni.....ada lagi 17 hari syawal lagi yang perlu di habiskan.....selama hari tu banyaklah lagi rumah yang aku nak pergi....tak termasuk lagi rumah terbuka tu !!!.

Hai gusiku sayang....cepatlah sembuh.....kalau sakit dan bengkak macam ni macam mana nak makan.....makan nasi pun aku main telan je......raya setahun sekali je ni....tahun depan entah jumpa lagi entah kan tidak....huhuhu!!!!


CN: Ada tak petua tak nak gusi sakit lagi seumur hidup?????


SALAM UKHWAH:

Suami tak suka orang datang beraya ke rumah !!!

PERHATIAN......Tajuk diatas tak ada kena mengena dengan My hubby....setakat hari ini berbelas tahun aku jadi isteri dia tak pernah dia melarang aku menerima mana-mana tetamu yang datang beraya kerumah kami.....kalau bukan hari raya pun dia tak kisah....apalagilah hari baik bulan baik yang merapatkan lagi silaturahim umat islam ni kan!


Aku terbaca kisah ni dalam KISAH RUMAH TANGGA di FB tu lagi....ada ke patut orang datang beraya beri salam tuan rumah duk diam-diam je kat dalam?....Kalau sengaja tak jawab salam tu dah berdosa tak menghirau kedatangan tetamu lagilah satu hal.....bukankah kita di galakkan menghormati tetamu dan melayan mereka sebaik-baiknya....apalah lagi kalau tetamu itu saudara mara atau kenalan yang kita kenali.....Tau tak tetamu datang membawa rezeki!!!

Nasib baik My Hubby bukan jenis orang macam suami empunya masalah ni....suaminya tak suka orang datang beraya kat rumahnya....takut nak bagi duit raya kat budak-budak kot?.....atau pun jenis orang yang tak suka rumahnya bersepah bila tetamu datng bawa anak ramai-ramai?....macam-macam jenis manusia kat dunia ni kan?

Kalau aku dan My hubby laaaaagiilah suka orang datang ke rumah beraya....biar cepat kuih raya aku habis......bukannya tetamu nak duduk kat rumah kita berjam-jam pun.....mereka juga tahu menghormati masa peribadi tuan rumah....kalau kita beraya ke rumah orang pun takkan nak duduk sampai ke malamkan ?

Tetapi ada juga sesetengah orang ni tak reti pulak nak membalas kunjungan kita yang dah beraya kerumahnya.....tiap-tiap tahun pergi rumahnya beraya tapi dia sekalipun tak pernah nak datang ke rumah kita bawa anak dan bininya...kalau kau orang nak wat cam mana dengan orang macam ni?

Dengan aku senang aje.....cukup 2 kali aku beraya kerumahnya tapi orang tu tak datang-datang jugak kerumah aku......haa alamatnya tahun depan dan seterusnya tak nampak lagilah batang hidung aku kat rumahnya tu....DAN.....secara tak langsung nama dan alamat rumahnya akan terkeluar dari senarai kunjungan hormat dari kami sekeluarga!!


CN : Aku jugak ada hati dan perasaan.....hari-hari aku makan nasi bukan makan batu!!


SALAM UKHWAH:

Satu hari di hari raya ke enam...Pertemuan selepas 20 tahun!

Seawal jam 11 pagi....kami berkonvoi pula ke KUALA LUMPUR....melalui  highway LEKAS mengekori kereta adik ipar aku kami ke CHERAS BARU.....beraya di rumah datuk saudara aku merangkap bapa saudara kepada abah aku....secara tak langsung aku menziarahi penempatan aku sewaktu kecil dulu semasa Abah bertugas di KEM KINRARA puchung.

Inilah tempat tinggal kami lebih 20 tahun lalu.....KG CHERAS BARU disini ada kenangan TERINDAH.

Selepas 20 tahun....banyak yg dah berubah!!




Kedatangan kami disambut dengan gembira dan kejutan.



Semasa Abah sibuk bersembang aku, mak dan adik beradik perempuan aku yg lain merayap lak ke rumah jiran sebelah.....Rumah kawan lama mak dulu.




Inilah Mak cik Yam....baru tiga bulan menjalani pembedahan jantung.....tak sedar kedatangan kami....sangat uzur kesihatannya.



Ini pertemuan dengan kawan lama lagi...jiran mak dan abah aku sewaktu tinggal di kg Cheras Baru dulu.....pertemuan selepas 20 tahun....banyak cerita di bualkan.

Bergambar kenangan sebelum kami pulang.


Sebelum pulang ke seremban lepak-lepak dulu kat rumah adik aku tapi tak sempat ambil gambar pasal dah lapar sangat nak makan daa.....!!


Di Seremban singgah ke sikamat rumah Pak Teh aku yang tak sempat pergi hari raya ke lima semalam tu...!!!


Ini muka tuan rumah...dua-dua ni pesara tentera....orang kanan Tentera Darat dulu ni....jgn main-main!!


Sembang-sembang sambil makan kuih raya.....kat luar tu hujan lebat.....sejuukkk tapi air batu Mak teh tetap laku....tak ada sorang pun minta air panaaaassss!!!!!

Okey selesai sudah cerita Enam hari aku beraya bersama keluarga aku di kampung.....kat rumah kawan-kawan segan pulak aku nak usung kamera ke hulu hilir....ramai-ramai tu kuranglah sikit segannya....jadi untuk hari-hari yang lain cuma ziarah raya tanpa bergambar.



CN: Kita beraya sebulankan.......banyak lagi rumah aku nak pergi ni...hehehe!!!


SALAM UKHWAH:











Monday, September 20, 2010

Satu hari di hari raya ke lima....

Adik aku baru sampai dari kelantan pukul 2 pagi raya ke lima....tapi itu bukan halangan besar untuk kami meneruskan "hajat" beraya kerumah sedara-mara....penantian satu penyiksaan....siksaan akhirnya terlepas bila kepulangan adik aku sekeluarga dengan selamat ke NS melengkapkan lagi konvoi kami 7 beradik bersama Mak,Abah suami & isteri masing-masing,anak-anak serta ipar duai......layan gambar kat bawah yeee!!


Dah siap-siap nak mulakan perjalanan!!




Rumah pertama serangan kami ialah.....pakghah aku yg tinggal di juasseh,k.pilah....dia ni abang sulung kepada emak aku....kat rumah dia kami di jamu nasi putih,ikan tenggiri masak lomak cili api campur pucuk asam gelugur dan sayur tauge.....kuih raya wajib adalah kan!!



Sebelum balik adik aku ni sempat lagi berposing depan mercedes Pak ngah aku ni....(kalau ko dapat merc ni sebijik satu hari nanti jgn lupa bagi aku test drive dulu yeaa!!) :)



Seterusnya kami ke rumah paklong ....tapi yang ini sepupu kepada abah aku tinggal kat seremban 2.....kat sini kami di jamu pula dengan meehon goreng...eermm...semua berat2 je ni nanti berat badan pun makin berat!!

Rumah terakhir ialah rumah Paklong jugak....tapi ini abang sulung Abah aku....kat sini pun kami di jamu dengan mee goreng tapi mee kuning bukan meehon...Udang dia besar-besar wa caakaap luu!!!

Lepas rumah pak long ada hati lagi nak ke rumah Pak Teh tapi dia dah ke Melaka pula....nampaknya terus balik Jelebu le kami...lagi pun perut dah penuh dengan beraneka makanan dan kuih raya!


CN: Kalau dapat bantal masa ni kan best!!

SALAM UKHWAH:

Sunday, September 19, 2010

Satu hari di hari raya ke empat....

 My hubby ajak aku pergi REMBAU beraya kat rumah kawan dia......jauh tu dari JELEBU ke REMBAU....tapi puashatilah....pasal aku  tak sempat makan tengahari kat rumah sebelum pergi bila sampai mak kawan Hubby tu hidangkan lemang panas dan rendang basah......ada mehoon dan mee kari lagi....kenyanglah perut aku.

Pastu balik lik ke jelebu dan aku ajak Mak,Abah dan adik beradik aku yang lain kerumah bapa saudara kami yang tak sempat di kunjungi hari raya pertama hari tu.

Okey hari ni kita ke rumah paklang dan pakcik aku lak....jooommmm!!!!


Ini rumah Pak cik Hashim aku....sepupu kepada Abah aku...banyak kuih raya kat rumahnya ....makan sorang-sorang gerenti tak habis!!


Ini pulak beraya ke rumah Pak Lang aku....abang kepada emak aku....Tak banyak sangat kuih tapi okeylah pasal aku pun dah kenyang sangat....tapi kuih dan air sirap dah sedia menunggu sebelum kami sampai....cayalah Pak lang tak payah kami tunggu lama-lama!!


CN : Slow-slow sikit raya ke empat ni pasal esok nak serang rumah sedara mara di luar jelebu pulak!!


SALAM UKHWAH:
 

Saturday, September 18, 2010

Satu hari di hari raya ke tiga....

 Assalammualaikum.....Haiii....jumpa lagi di alam siber ni.....kesibukkan beraya dan waktu yang singkat buat aku kurang masa nak update blog....sorry le ye!!!

Okeey....masih lagi dalam mood raya...cerita pun pasal rayalah lagi yee...jangan mare!!

Ini kisah aku sekeluarga dan adik-beradik aku pergi beraya kat panggung wayang pada petang raya ke tiga hari tu.....sebelum tu kami main bowling dulu dan berkaraoke...jomm layan gambar!!


Mula-mula beraya kat bowling center dulu....sebelum tu main snooker...tengoklah aksi-aksi masing-masing macam tereeeer jee...!!



lepas penat main bowling pergi pulak berkaraoke.....nyanyi-nyanyi macam nak masuk MALAYSIAN IDOL tu....lalalalala......!!!!



Haa.....pastu pergi tengok wayang kat terminal 2,seremban....tengok cerita SENARIO ASAM GARAM.....nasib baik aku tak kena serkup dalam tu pasal ambil gambar dalam panggung....dah main dah nyanyi mata pun dah cuci perut pun terasa lapar.....apalagi pergi makanlah....pukul satu pagi bari sampai rumah mak aku......puas hatilah kaaaannn!!!


CN : Penat sangat  menunggu adik aku dari kelantan tu balik ke N.Sembilan.

SALAM UKHWAH: 




Monday, September 13, 2010

Satu hari di hari raya ke dua...

Hari raya kedua ni kami sekeluarga tak beraya banyak rumah cuma pergi ke umah kawan rapat aku sewaktu sekolah dulu..........kawan lama cuma setahun sekali je dapat jumpa dan bersembang lama sedikit.....maklumlah  hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan keluarga dan komitmen yg lain.

Petang ni sempatlah aku buatkan kek butter untuk abah aku.....abah sibuk cakap banyak kuih raya yg keras dia tak dapat makan....nasib baiklah kat rumah mak aku ni line "cantik" nak bertenet dapatlah aku cari resepi ni dalam internet.....tima kasihlah pada tuan punya resepi ni ya!!


KEK BUTTER

250 gm marjerin
200 gm gula custer
250 gm tepung serbaguna (gandum)
2 cmb baking powder
4 biji telur saiz A
sedikit pewarna merah,hijau(ikut suka ) -ini aku tak letak pun.
1 tsp esen vanila


Cara:
1. Pukul marjerin dengan gula dan esen hingga kembang.
2. Ayak tepung dengan baking powder 3 kali.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul ke dalam adunan marjerin.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil di putar.
5. Masukkan susu cair sekiranya adunan tidak lembut. (Adunan mesti jatuh lembut jika diangkat)
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kuning, merah dan hijau.
7. Lapisan adunan mengikut warna hingga habis.
8. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius.


CN : Aku suka makan kek butter yang masih panas lagi....terasa wanginya bau kek tu sampai ke dalam perut......eeerrr  leh caya ke...AHAKS!!


SALAM UKHWAH:

Sunday, September 12, 2010

Satu hari di hari raya pertama...


Pagi-pagi setelah bersembahyang raya kami sekeluarga pergi menziarahi pusara Allahyarham ayah mertua yang telah 6 tahun pergi meninggalkan kami. 




My hubby membacakan doa dan Al fatihah di pusara ayahnya...semoga roh arwah di cucuri rahmat




Beraya di rumah ibu saudara aku dan sempat bergambar dengan si kembar ni anak abang sepupu aku.....emaknya orang kelate.



Bersama satu-satunya nenek saudara aku yang masih hidup tetapi sangat uzur.
Dah puas jalan raya My prince pun sibuklah mengira hasil pendapatannya


30...40.....50.....eh berapa tadi haa???


"Ayah betul ke mea kira ni ayah?"

Kesudahannya ayah yg tolong kira....

Okeey....puas hati...kutip....simpan....pasni kita jalan-jalan lagi ya!!

CN : Aku kenyang dah sampai ke leher dek banyak benar juadah istimewa yg masuk ke perut.

SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails