Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, September 1, 2010

Biskut Kacang Mazola.

Aku buat biskut ni hari Ahad hari tu tapi baru sekarang masuk blog.....sejak dua tiga hari ni sibuk sangat dengan macam2 aktiviti sampai nak berblog pun tak sempat (sibuk sgt keee...!!).

Oleh kerana tak mau blog aku ni bersawang berhabuk lebih-lebih lagi dah nak raya ni aku pun mencuri-curi masa yg ada untuk menulis entry terbaru aku ni.....ini baru biskut pertama yg aku buat...rasa-rasanya nak wat gak 2 ke 3 jenis lagi itupun kalau mood aku rajin....!!!


Resepi Biskut Kacang Mazola

1 kilo tepung gandum.
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan kacang tanah (di goreng dan di tumbuk halus)
1 botol minyak mazola
Telur merah untuk hiasan.

Cara-caranya;

Gaulkan tepung gandum,gula,kacang tanah hingga rata.....kemudian tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ke tangan....kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg di kehendaki....sapukan telur merah tadi di atas biskut supaya ia berkilat....bakar dalam ketuhar bersuhu 180 atau hingga kekuningan.(ini mengikut jenis oven masing2).

Biskut ni kegemaran Family aku....belum raya lagi satu balang kecil dah habis dah....tak taulah sempat ke tidak sampai ke raya nanti !!

CN: Pening kepala fikir nak buat biskut apa lak lepas ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails