Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, November 17, 2012

November datang lagi...



Assalammualaikummm.....


Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru buat semua sedara seagamaku.
Maaf mungkin ucapan ni agak lewat dari tarikhnya tapi kita masih lagi di awal bulan Muharram...baru 3 hari kan ?





November datang lagi...
Banyak kenangan di bulan November untuk tahun 2012 ini terutamanya jatuhnya Awal Muharram bulan pertama di tahun masihi dalam kalendar islam.
Bulan November ialah  bulan kelahiran aku ke dunia ini.
Bulan November ialah bulan kelahiran lelaki yg bergelar suami kepada diri ini.....kami berkongsi bulan kelahiran yg sama...cute kan ?
Bulan November tahun ini adalah ulangtahun perkahwinan kami dan kami di satukan 16 tahun yg lepas .
Bulan November tahun ini adalah bulan kesedihan seluruh ahli keluarga dan sedara mara atas pemergian arwah pak ngah aku minggu lepas.
Bulan November ini jugak adik lelaki bongsu aku AYIE akan mengakhiri zaman bujangnya...pasni dia berdua.....pastu bertiga... pastuuuu...


Semua ingatan dan kenangan banyak sangat dalam bulan ini.
Semua tarikh2 itu amat senang untuk aku ingati.
Tersemat di hati sanubari.

Selamat ulang tahun kelahiran dan perkahwinan buat semua blogger dan silent reader yg berkongsi bulan yg sama dengan aku dan hubby semoga kita semua berpeluang  bertemu NOVEMBER yg akan datang.


SALAM UKHWAH





Friday, November 16, 2012

Kita cuma merancang......Al-Fatihah :(

Assalammualaikum.....

Senja sabtu tanggal 10 November 2012 yg lalu selepas waktu maghrib aku kehilangan seorang lagi bapa saudara yang aku panggil pak ngah.
Beliau adalah abang sulung sebapa seibu kepada mak aku.
Dia dah banyak kali keluar masuk hospital kerana masalah jantung tiba masanya dia pergi jua meninggalkan semua yang ada di dunia ini.



Arwah sekeluarga bermastautin di kuala pilah sedangkan kami berada di jelebu.
Jarak perjalanan melewatkan kami untuk sampai secepat yg boleh.
Sewaktu sampai jenazah sedang di sembahyangkan.
Terkilan jugak rasa di hati tak sempat lihat wajah arwah apalagilah mak aku yg merupakan adik bongsu arwah pastilah dia rasa sedih tak sempat lihat wajah abangnya buat kali terakhir.
Ramai juga sedara mara dari jelebu yang tak sempat melihat arwah.
Tetapi wajib  kita yg hidup ini menyegerakan urusan pengebumian seberapa cepat yg boleh agar jenazah dikebumikan dengan segera.



Kami menghantar jenazah hingga ke kubur dengan harapan masih ada lagi peluang untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.....




Aku memapah mak memijak tanah-tanah kubur yang membusut di tebing liang lahad.
Berdiri mengadap liang lahat dan meminta lelaki2 yang berada di situ memberi ruang untuk mak melihat wajah arwah sewaktu kain kapan di buka.
Syukur ada jugak rezeki aku dan mak bila kami dapat melihat pipi kiri ,hidung dan mulutnya buat kali terakhir.
Itulah renungan terakhir dari seorang adik buat abangnya.





Arwah cuma ada seorang anak lelaki tunggal tetapi dia di bantu oleh adik aku PIE dan cucu arwah ketika memasukkan arwah ke tempat beradu buat selamanya.





ALLAH aje yg tahu betapa sebaknya hati mak yang hanya tinggal 3 minggu saja lagi nak melangsungkan kenduri menyambut menantu.
Abang kesayangan yg sangat2 di hormatinya yang di harapkan akan hadir telah pergi dulu mengadap ilahi.
Kita hanya mampu merancang segala ketentuan adalah kerja ALLAH swt..:(




Al-fatihah semoga rohnya di cucuri rahmat, diterima semua amalan wajib dan sunatnya , di tempatkan di kalangan orang-orang soleh yg beriman, di luas dan di terangkan kuburnya ,di ampunkan segala dosanya dan termakbul doa mak aku untuk bertemu arwah abangnya di SANA nanti...... Amin Ya Rabbalalamin.




Kenangan beraya bersamanya setiap tahun hanya tinggal kenangan.... setiap pesanan dan nasihatnya tersimpan di hati.......Seorang demi seorang meninggalkan kami yang muda ini.

Al fatihah buat semuanya......


SALAM UKHWAH

Saturday, November 3, 2012

Lain dulu lainlah sekarang.

Assalammualaikum dan salam sejahteraa..!!


Mungkin cuma aku aje yang merasakan ia agak berbeza dari zaman aku dulu.
Pasal aku cuma bersekolah di kampung sewaktu sekolah rendah .
Naik sekolah menengah baru merasa ke sekolah pekan sampai tingkatan 3.
Selepas SRP aku sambung belajar di sekolah berasrama di daerah lain.

Mungkin  ini trend budak2 sekolah bandar atau sekolah kampung zaman sekarang pun dah macam ni
jugak ??


Muka riang ria lopeh makan pizza domino.

Semalam anak dara aku ni dan kawan sekelasnya meraikan hari perpisahan hujung tahun kat pizza domino senawang.
Jamuan tidak lagi di buat dalam kelas macam zaman aku sekolah dulu.
Sejak dari dia tingkatan satu sampailah tingkatan tiga jamuan akhir tahun kelas buat di luar.
Begitu juga dengan jamuan untuk pemimpin pemimpin pelajar atau pengawas, tahun lepas makan
 kat hotel tahun ni pun ke hotel juga santapannya.

Sehari sebelum semalam anak bujang aku yg sekolah rendah tu  bersemangat betul nak kesekolah.
Pasal cikgu dah janji nak order pizza hut untuk kelasnya.
Seramai 30 orang dalam kelasnya di jamu dengan pizza hut, begitu juga kelas lain ada cikgu yg order kfc, Nasi ayam , Mcd untuk murid kelas mereka.
Tapi duit mak bapak yang kena kasi cikgu cuma belikan je bukan cikgu yg belanja aarrr....

Zaman dah berubah jauh berbeza dengan zaman aku sekolah dulu.
Semua jamuan akhir tahun buat dalam kelas, makanannya yang biasa-biasa jee...
Sewaktu aku duduk  asrama jamuan akhir tahun asrama di buat dalam dewan makan asrama makanannya speciallah sikit pasal di order dari luar.

Budak2 sekarang lebih mewah dengan berbagai jamuan akhir tahun.
Kalau dulu  kita semua sedih pasal dah nak cuti lama tak jumpa kawan-kawan dan guru-guru.
Sekarang ni dyorang lebih happy bila sampai penghujung tahun pasal dapat makan yg best-best...dapat outing kat restoran dengan kawan2 .

Inilah yang dikatakan lain ulu lain parang...lain dulu lainlah sekarang.
Keeee..... aku sorang je yang rasa macam gitu ??


SALAM UKHWAH


Friday, November 2, 2012

Perah hotak !

Assalamualaikum...Salam sejahteraa...!!


Dalam hidup ni kita kenalah selalu tolong menolong.
Ko tolang den... den tolong ko balik.
Apatah lagi kalau yang nak di tolong itu adalah adik beradik sedarah sedaging dengan kita memang wajib di tolong bukan sunat, makruh atau yg sewaktu dengannya.

Dah title aku pun anak sulung... untuk anak2 mak aku yg hidup sekaranglah tapi yg sebenarnya aku ni anak ke ompek .
Pasal sedara2 sulung aku dah pergi dulu mengadap penciptanya akulah yang kono dok tompek tu sekarang..huhu...

Awal bulan depan adik lelaki bongsu aku akan berkahwin ini bermakna sekali lagi saraf2 dalam kepala otak aku berselirat.
Pening  fikir tugas yg bakal aku buat menjelang hari tu nanti.
Untuk pertama kalinya kali ni aku gatai mulut nak siapkan  door gift untuk tetamu.
Ni tengah servey sana sini nak cari idea apa yg aku nak sumbat dalam goddie beg tu nanti.

Hajat di hati nak buat sendiri muffin untuk hari bersejarah AYIE tu nanti.
Tapi risau gak terbuek ko kat den muffin 500pcs tu.... sangaplah oven butterfly tu nanti..huhu...

Pastu nak pikir lak apa juadah santapan yg nak aku sediakan untuk raja sehari tu di meja beradap nanti.
Sib baik le bab gubahan hantaran dah diambil alih kat adik pompuan aku yg sorang lagi tu.
Kalau tak masaklahhhhh aku nak perah otak cari idea macam-macam.

Doa aku agar kesihatan aku cukup baik menjelang hari kenduri tu nanti.
Orang lain yang nak nikah aku lak yang poning-poning langau !

Tu baru adik bolum anak sendiri yang nak nikah tu...


SALAM UKHWAH

Thursday, November 1, 2012

Kesiannnn pompuannn.....:)

Assalammualaikum dan Salam sejahteraa...!!



Lamo botul tak merepek kat sini kan?
Nyaris2 lupo anak kunci nak masuk umah ni.
Banyak yg nak di storykan dalam blog ni tapi kesibukkan tugas seharian buatkan jari jemariku kaku untuk manaip di sini.......cewahhhh bersastera bagai pulak hihihhi..:D

Kat ofis semua blog yg mengunakan  url BLOGSPOT di block termasuklah URL aku...huhuhu...
Cuma yg mengunakan DOT COM saja yg boleh di bukak itupun bukan semua setengah-setengah aje.
Jadinya tak dapatlah aku nak berkarya merepek2 time lunch ... nak tunggu lik umah tapi bila dah sampai umah idea pun dah hilang pastu terpaksa lak berobut lappy dongan anak2 den !!
Huhhhh...keciannn pompuan niii !!

Okey malam ni takmo citer panjang cuma nak copy ayat penawar ni yg aku rasa macam besssst jeee nak di baca.
Tercopy dari FB anak daro dennnn...layannnnnnn...


Kesian Perempuan.

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — bila beranak? .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain²kan .
terlalu berjaga — dimarah²kan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian & hinaan,
SYURGA adalah tempatnya,
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH,
patuh segala perintah Allah,
insyallah dirinya sebaris dgn para bidadari &
mungkin lebih atas lagi,
dengan izin Allah di syurga kelak, insyallah.. ♥ ♥


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails