Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, March 1, 2016

Anivesary yg ompek tahun sekali buat napi & ikin.

Assalamualaikum...

Sebenarnya nak taip semalam sempena 29 feb 2016 .
Tapikan pepaham ajelah bila dah ada kat rumah banyak benda yang di uruskan.
Pastu terus terlupa...hahaha..

Okey... Tahun ni tahun lompat yang hadir cuma ompek tahun sekali untuk 29hb tu.
Tapi kenapa ya febuary je yang kena macam ni tak pulak bulan yang lain2 ?
Okey ini nak kena tanya pakcik gugel nanti...atau ada sesapa reader kat sini yg tau?
Di sebabkan cuma empat tahun sekali jadinya sesapa yang lahir atau berkahwin pada tarikh ni cuma boleh sambut ompek tahun sekali jugak lah kan?
Kesiannyaaaaaa....


Tarikh keramat ni terkena kat adik lelaki aku ni.
Berkahwin pada 29 febuary tahun......?
Alaaaa aku lupa la tahun berapa tapi anak lelaki sulungnya dah pun masuk darjah satu dah.
Rasa rasanya ikin isterinya tu selalu baca senyap2 blog akak ipar dia ni.
Tak pe nanti dia jawabkan untuk aku...hehe..

Walau apapun selamat ulang tahun perkahwinan le buat korang berdua ya yang jatuh pada semalam.
Semoga jodoh dan bahagia itu milik ko sekeluarga hingga ke hujung nyawa.
Dah ada putera puteri pelengkap hidup dah.
Semoga mereka berdua jadi anak yang soleh dan solehah.


Seronok apa sambut ulangtahun ompek tahun sekali ni.
Diam tak diam anak dah masuk sekolah dah tapi mak ayah boleh kira dengan jari berapa kali je sambut annivesary tu.
Okey napi dan ikin ko tunggu lagi ompek tahun untuk baca entry sepesel macam ni dari kak long.
Itu pun kok aku panjang umur lagi nak taip macam ni.....insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails