Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, July 31, 2014

Selamat hari raya , maaf zahir & batin Dari kami sekeluarga.

Assalammualaikum .....





Selamat hari raya aidilfitri buat semuaaaaa pembaca blog RKTS aku ni yang masih sudi berkunjung ke sini.
Kepada silent2 reader blog ni aku nak ucap kan berbanyak2 terima kasih kerana intipan secara senyap kalian Yg banyak menaikkan traffic blog ni walaupun jarang Yg meninggalkan komen.
Sebenarnya ada byk story Yg nak di tulis Kat dalam blog nanti bila mood tu dah datang balik aku tulis citer panjang2 Kat sini ( Ini alasan Yg biasa korang dengar dr aku Yg pemalas update ni kan..hahaha)


Raya kali ni nak upload gambar sekitar raya pertama hari tu....raya tahun ni giliran rumah mak hubby sebenarnya tapi di sebabkan kitorang lambat sampai bilik pun dah ponuh kono booking makanya bermalamlah di rumah mak aku Kat depan sekolah amar penghulu  tu.

Pagi raya lepas sembahyang sunat raya kami gerak ke rumah mak hubby di kg renal... Inilah Bagusnya kahwin orang dokek dokek ni leh belelah ke hulu ke hilir tak do masalah bosar dohh..

Tapi sempat lah Dulu bergambar Kat umah mak aku pagi raya tu... Tahun ni semua adik beradik aku balik rumah mertua masing2 Dulu jadi tak dapatlah bergambar ramai2 pagi raya pertama.
Dyorang semua mertua jauh2 tak dapatlah buat macam aku ni malam umah mak siang sok dah terpacak umah mertua siap makan lemang dgn nasi himpit lagi.

              Pagi raya di rumah mertua.

 
Wajah 3 beradik kak ngah, kak long dan my hubby.... Yg sorang tu anak k.ngah sebaya dgn my princes.


Foto family keluarga sebelah my hubby di pagi raya pertama.
Semua adik beradik ada berkumpul raya tahun Ini.
Bertudung kuning coklat tu mak mertua Yg very2 sporting.
Jejaka hensem sebelah dia berbaju melayu biru tu adik ipar aku Yg bongsu.
Adik beradik hubby aku ada 4 beradik je tapi bila bergambar ramai2 camni dh 3 layer .
Klau adik2  Aku bertujuh bergambar ramai camni maunya berlayer2 lagi tu.

Dalam seronok Kita beraya ni Jangan lupa pd Yg telah tiada.
Al fatihah buat arwah bapa mertua aku allahyarham rasdi bin rais.
Kalau arwah ada waktu ni pasti dia paling gembira tengok anak menantu dan cucu2 berkumpul ramai macam ni di pagi raya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails