Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, March 30, 2012

Sudah tiba giliran kami pula....


Salam Jumaat Hari Penghulu hari..!!
Jumaat
7 J' awal 1433H



Hari ini genap seminggu aku tak menulis dalam blog bukan tak ada idea tapi tak cukup masa.
Aku sibuk menguruskan emak aku yg demam hampir 2 minggu.
Kelam kabut aku setiap masa dengan kesihatan mak yg kian merosot sampaikan 4 buah klinik aku bawak pun tiada perubahan langsung makin teruk lagi adalahhhh.
Akhirnya aku sepakat dengan yg lain untuk bawak sahaja dia ke hospitak Besar Seremban.
Baru 3 hari ni mak aku keluar dari hospital selepas di masukkan 9 botol air ke dalam badannya dan ditahan dalam wad selama 3 hari 3 malam .

Bermula 15 March yang lalu mak dan abah tinggal kat umah aku sampailah ke hari ini.
Selama 2 minggu ari tu setiap kali hujung minggu umah aku penuh dgn kedatangan adik beradik aku seramai 7 orang bersama keluarga masing2.
Bila dah bertandang ramai2 macam tu bertambah sempitlah umah aku yg kecik tu rasa macam nak bukak je dinding umah tu.....sib baik takleh di bukak tutup !
Kalau aku wat kenduri kat umah aku kompem takyah ajak orang ramai2 dgn adik beradik dan ipar duai aku je umah aku dah sesak dah.


Ann sorong mak ke wad kritikal di zon merah hospital besar Seremban.

Adik aku dari yg duk belajar kat Arau,perlis sampailah yg kerja kat Johor bahru pulang berkumpul kat umah aku selama mak demam ari tu.
Adik adik perempuan aku yg masih bujang bergilir-gilir jaga mak kat dalam wad waktu malam.
Aku dan yang lain hanya waktu siang sahaja.
Mak tak boleh berjalan di sebabkan tekanan darahnya drop dan ada jangkitan kuman dalam darah serta demam yg berulang-ulang.

Alhamdulillah sekarang mak dah beransur sembuh, dah ada selera makan dan boleh berjalan sendirian tanpa di pimpin oleh kami.
Kalau tengok keadaannya berjalan sebelum masuk wad ari tu rasa nak nangis pun ada..... begitu siksa dia nak melangkah ke bilik air kat umah aku tu.

Hari ini aku leh pergi kerja dengan senang hati walaupun mak dan abah tinggal berdua je kat umah tu.
Aku juga boleh menulis blog macam selalu sebab kepala otak aku tak serabut bila memikirkan keadaan mak.
Bila kedua mereka ada kat depan mata aku ni aku rasa lebih senang hati.
Esok nak balik kampung nak tengok umah tempat membesarnya aku 7 beradik yang dah lebih 2 minggu di tinggalkan oleh mak dan abah.




        ************************************************************************

 

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan sudah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandung berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai dan jadikan sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15.


"Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil". Surah Al Isra: Ayat 23 dan 24.

Jangan sekali-kali anda membelakangkan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu-bapa walaupun untuk apa jua keadaan dan sebab. Sebagai anak, amat sekali ditakuti sekiranya anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kebajikan mereka dizalimi. Bagi maksud mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT maka anda perlu memikirkan kebajikan mereka (ibu bapa) sebagai perkara utama. Jauhi perkara dilarang mengakibatkan mereka terasa terbuang, diketepikan atau kecil hati dengan tindakan anda.

~Petikkan dari  Berita Harian, Jumaat, 30 Mac 2012~



SALAM UKHWAH

Friday, March 23, 2012

Surah AL-FALAQ sebagai pendinding.

Salam Jumaat hari penghulu hari...

Jumaat
30 Rabiulakhir 1433H


Sewajarnya menjadi amalan harian bagi umat islam untuk mengamalkan bacaan daripada surah AL-FALAQ kerana ayat ini sesungguhnya menjadi pendinding atau pagar daripada seseorang itu ditimpa gangguan atau musibah:


Katakanlah: " Aku berlindung kepada (ALLAH) tuhan mencipta sekalian makhluk,daripada bencana makhluk2 yg diciptakannya. Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. Dan daripada kejahatan makhluk2 yg menghembus-hembus pada simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan daripada kejahatan orang yg dengki apabila ia melakukan dengkinya. (AL-falaq:1-5)


Surah AL-FALAQ ini juga mengajar kita supaya memohon perlindungan ALLAH swt daripada perbuatan sihir dan hasad dengki manusia.

Jika berlaku apa yg di sifatkan sebagai buatan orang ALLAH juga pernah memberi amaran dan peringatan keras bahawa selain mendatangkan mudarat kepada diri sendiri pengamal ilmu hitam juga tidak berpeluang merasa sebarang kebaikan di akhirat.

Apa juga kebaikan yg ada dengan orang ini akan di berikan kepada orang yg dianiayainya. Orang yg menjadi mangsa mendapat keuntungan besar di akhirat nanti.



SALAM UKHWAH

Thursday, March 22, 2012

Selepas 13 tahun hari ini adalah hari yang pertama....

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
29 Rabiulakhir 1433H



Selepas 13 tahun barulah hari ini hari pertama aku ambik semula air panas di pantry kat opis aku ni.
Sebelum ni memang aku tak pernah ambil air masak kat pantry tu selalunya aku akan bawa air panas dan air minum sendiri dari rumah.

Mula -mula kerja kat sini dulu aku ada jugak ambil air panas kat situ tapi masa tu ada sorang akak indon yang kerja kat sini yg masakkan air dan aku pun yakinlah nak minum air panas yg dia masak tu.
Tapi lepas 2 tahun aku kerja kat sini akak tu pun berhenti lepas tamat permit kerjanya dan pulang ke indon semula....bermula dari waktu tulah aku tak ambil lagi air panas selepas tugas memasak air di ambil alih oleh bangsa cina tu.
Tak leh terimalah  kat tekak aku ni nak minum air tangan bangsa yg satu ni sanggup le aku berjinjit-jinjit bawak air dari umah .




Sekarang ni dalam pantry dah guna air dalam mesin ni.... ...kat umah aku pun aku guna air panas dari mesin yg sejenis macam ni jugak jadi takde masalah lah pulak untuk aku minum air ni kat sini.
Jadi bermulalah era mengambil air dalam pantry semula itupun aku cuma ambik air panasssss sahaja.
Pasni kalau ujan taklah aku kesejukkan dalam opis ni pasal dah ada air panas untuk di bancuh dgn kopi atau teh.
Tak yah susah-susah ke berjalan-jalan ke cafe lagi dah.



Lunch tadi aku bancuh kopi segera brand TESCO yang kawan aku bagi hari tu..... seriesly tak sodap langsung kat tokak den ........kopi  SUPERPOWER  5 in 1 tu jugak yang sodapppp !!!



SALAM UKHWAH

Thursday, March 15, 2012

Edisi penghargaan buat KELLA, FOLLOWER dan MAIRA ANJAMI.

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
22 Rabiulakhir 1433H



Hari ni aku nak buat entry penghargaan buat beberapa individu yang aku dah tertangguh nak sharekan kat sini.

Gambar ni aku copy dari blog KELLA dan gambar aku ada terselit di sini bersama teman2 blogger yg lain.


Sila klik  kat gambar ni dan anda akan di hantar masuk terus ke Blog KELLA.

Yang pertama nak ucapkan TERIMA KASIH berbanyak-banyak kepada  KELLA  blogger blog MATHARI yng buat entry ucapan selamat hari wanita dalam blognya tempah hari..ucapan kamu amat-amat saya hargai.... ada le terselit gambar aku yg cinonet kat atas tu ha...selamat hari wanita jua buat KELLA dan semua blogger2 dan silent reader blog RKTS aku yg bergelar wanita....Semoga kita semua lebih tabah dan kuat untuk berhadapan dengan segala dugaan2 yg lebih mencabar di masa hadapan sebagai srikandi negara ... sebagai ibu mithali.... pendidik anak bangsa dan anak sendiri serta sebagai isteri solehah.

Seterusnya nak ucapkan selamat datang dan TERIMA KASIH juga sudi follow blog RKTS buat 4 orang follower baru aku ni....

Ina zamri

Didi

Joojoocraft

Suzielawati

Terima kasih kerana ikhlas jadi follower RKTS tanpa ada apa2 paksaan , siksaan dan godaan.... semoga anda semua tak serik untuk selalu singgah kesini membaca celoteh aku yg merapu meraban..... kat sini tak ada citer sensasi tentang artis ataupun kisah politik cuma secebis kisah yg kebanyakkannya adalah kisah2  BENAR untuk dijadikan tauladan dan pengajaran hidup kita sesama manusia.

Okeyyy  last sekali kepada ibu muda dan pelajar yg tinggal kat negara matahari terbit ni....



Blogger MAIRA dan suami baru je menimang cahaya mata sulung mereka dan yg menariknya dia bersalin di negara orang dan jauh dari ibubapa dan sanak saudara..... lahir anak sulung tuuuu bukannya ado pengalaman pun pepandai leee nak uruskan diri sendiri kiri kanan orang jopun..... melayu ilekkk harapkan kengkawan jelah kannn.........Tahniah buat Maira dan suami.


Seronoknya dapat duduk kat negara matahari terbit tu kan... aku ni verangan rangan jelah nak ke sana sojak dari kocik tapi lepasnya entahkan kurun ke berapa leee..:(



SALAM UKHWAH

Wednesday, March 14, 2012

~WW~... Servis keta sendiri .

Salam Sejahteraa..!!
Rabu
21 Rabiulakhir 1433H




Bahan-bahannya.....


Laki aku ialah pomen aku......ngeeee : D


Cara-caranya...


Tolonglah apo yg patut.....



Siaaaaap..... pasni leh kito merempit !!



SALAM UKHWAH

Monday, March 12, 2012

Kasih sayang seorang lelaki yg bergelar AYAH.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
19 Rabiulakhir 1433H



Ayahnya yg lebih bersungguh-sungguh dari anaknya.

Minggu lepas anak bujang aku ni kena buat model meja dari straw minuman.... model tu mesti kuat untuk menampung berat bebanan buku-buku tebal.... kali pertama dia buat aku yg tolong tapi hasilnya hancussss..... bila cikgu letak buku2  terus terkangkang kaki meja tu.

Cikgu suruh dia  buat lagi dan untuk kali kedua ni pulak ayah dia yg tolong buatkan.... kalau pasal buat kerja2 macam ni memanggggg laki aku suka.....cuba kalau anak dia hulur buku tanya pasal tulisan jawi, matematik , bahasa melayu atau apa2 pelajaran punlah semuaaa dia tolak kat aku.... tapiiiii kalau buat kerja2 kerastangan yg macam ni dia lah yg akan meng-offer-kan dirinya sendiri.... balik je kerja terus buat model ni .


Model meja dari straw minuman yg dah siap di buat.



Hasilnyaaaaa..jeng..jeng..jenggg !!

Hasilnya memangggg tak mengecewakan tak cukup dengan buku-buku teks di tambah lak lagi dengan kamus yg tebal pastu lotak lak laie bakul sampah atas tu untuk menguji ketahanan model meja tu.....tak jatuh terjelepuk pun macam aku buat mula2 tu..:))

Dolu-dolu masa PRINCES aku dalam tahun 5 guru kelas seninya suruh semua pelajar tahun 5 kat sekolah tu buat wau.... laki aku ni jugak yg gigih tolong membuatnya siap carikan buluh dan tebang buluh lagi.... pastu rautkan lagi buluh tu sampai jadi halus...gosok dgn kertas pasir biar licin pastu ayahnya jugak lah yang menampal kertas yg dah siap di lukis oleh PRINCESS kat wau tu dan hasilnya memang cukup membanggakan bila dalam ramai2 murid-murid dalam 8 kelas tahun 5 yg diarahkan untuk membuatkannya cuma PRINCESS aku sorang aje yg berjaya naik kepentas untuk mengambil hadiah dan waunya mendapat pujian dari pengetua kerana dia berjaya menyiapkan model wau yg besar dan cantik.

Walaupun bukan PRINCESS yg buat 100% tapi kesungguhan dia menyiapkan tugasan dan sikap ambil berat ayahnya untuk membantu itulah yg sangat di banggakan.....walaupun kami berdua ni bekerja tapi perhatian kepada anak2 tetap di utamakan.....Siapa yg kata ibubapa yg berkerjaya tak ambil berat pelajaran anak2 mereka ???

Kita semua ni berkerja pun untuk anak2 kita jugak kerana anak-anak kita adalah PERMATA NEGARA  dan ramai diantara pelajar2 yg telah berjaya di luar sana  berlatar belakangkan dari ibubapa yg bekerjaya.
 
 
SALAM UKWAH

Friday, March 9, 2012

Kubur..Racun..dan Penawarnya!!

Salam Jumaat Hari penghulu hari...!!
Jumaat
16 Rabiulakhir 1433H



KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 5 KALI  !!!



1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membacaAl-Quran
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


LIMA JENIS RACUN DAN LIMA JENIS PENAWARNYA..:

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya


 Jangan selalu leka...bila-bila masa kita akan di jemputNYA !! 


SALAM UKHWAH:

Wednesday, March 7, 2012

Sekitar pertunangan ayie Disember 2011.

Salam sejahteraa...!!
Rabu
14 Rabiulakhir 1433H



Baru sekarang aku ada mood nak tayangkan gambar2 ni semua....ari tu nak upload tapi line tenet ni lembab macam siput vavi sampai aku naik fedup di buatnya..... ni time line elok cantik ni eloklah  aku bagi korang semua cuci2 mato dengan sebahagian dari  gambar2 yg ada dalam simpanan aku  ni... kira halallah yo walaupun dah basiiiii.........hikhikhik !!

 

Kedatangan kami di sambut mesra oleh tuan rumah ..... waktu ni perut memasing dah berdondang sayang dah.



Sepakat membawa berkat .... cincin tanda kami di terima dengan senang hati..Alhamdulillah.



Dah dapat izin baru leh masuk bilik tengok anak dara orang.


Restu bonda yg paling penting barulah hidup berkat ke akhir hayat.... time ni  mak aku sebak terima bakal menantu perempuan terakhirnya.



Gubahan hantaran dari pihak kami - tema ungu.


~ Puding laici yg kontroversi..leh baca kat  SINI ~



Gula2 dan coklat aku gubah jadi ghoper ini.



Kain ela dah jadi klopak bunga.

 

Buah-buahan dalam kotak jeee...psstttt ayie suruh aku letak strawberry salut coklat sekali.....nak felling2 cam dato CT le tuuuuuu..:)



Balasan dari pihak pompuan - Tema hitam putih


Masa makan mak akulah yang paling kecoh berborak al maklumlah bakal besannya berasal dari kg arwah abah mak aku dulu.... kg lenggeng.... nampak gayanya ayie ni di ibaratkan sireh pulang ke gagang bertemu jodoh dengan jiran sekampung arwah atok aku dulu.

 

Aku hambat kesemua adik beradik aku pakai baju ungu gak sama macam tema gubahan kami...... padan muka dyorang kah kahhhhhh :))


 



 
Okeyyy balik dahhh...peyut pun dah konyang..... hujung tahun ni kami datang laie yo tuan umah tapi kami bawak sekalilah  anak daro pakcik balik  ikut kami nanti.....hehehe !!



SALAM UKHWAH

































Tuesday, March 6, 2012

Aku suka dia tak suka.... bengang aku !!

Salam Sejahtera...!!
Selasa
13 Rabiulakhir 1433H





Roti gandum keluaran terbaru gardenia..... mungkin..... atau dah lama ada di pasaran tapi baru-baru ni je aku terjumpa itu pun lepas lihat kali pertama dalam blog KAKCIK SEROJA ari tu..




Rupanya agak berbeza dari bentuk yang asal...dulu lebar 4 segi sekarang lonjong dan berlekuk di tengahnya  tapi lebih sedap yg terbaru ni pada tekak aku.... ada tambahan serpihan kekacang serta bijan hitam di sekeliling roti ni....harga bukan satu masalah walaupun lebih sedikit dari yg lama asalkan ia sedap pada tekak aku.... sesekali bertukar dari yg lama pada yg baru ada gak semangat nak makan berulang2 taklah jemu.




Bawak ke ofis ari ni  dan makan dengan kuah asam pedas/tumis semalam..... menu kesukaan aku dan anak bujang aku.


Nak citer pasal asam pedas atau mak aku panggil asam tumis....aku tahu ramai orang suka masakan ni terutama orang melaka...aku yg bukan orang melaka ni pun sangat suka dengan masakan ni.... malah memasaknya sangat senang tak payah nak menumbuk cili api ataupun memerah santan tapi bukan semua yg orang suka tu akan di sukai jugak oleh semua orangkan?

Semalam mak dan abah aku bermalam kat umah aku...mereka ikut aku balik ke senawang ... sebenarnya secara mendadak dan tak plan pun awal2 dyorang nak tidur kat umah aku.... jadi pagi-pagi sebelum pergi kerja sempatlah aku siapkan kuew teow goreng untuk sarapan hubby dan anak2 aku sebelum kesekolah termasuklah mak/abah yang tinggal kat umah...aku masakkan sekali asam pedas ikan tu pastu wat tapia goreng berlada dan tumis sayur untuk mereka makan tengahhari kat umah nanti jadi tak payahlah mak aku susah2 kedapur lagipun anak2 aku pun balik ke rumah pasal atuk/wan ada kat umah.

Hubby aku  mula muncung panjang sedepa bila tengok yg terhidang atas meja tu asam pedas...dia tak sukaaaa....Aku sedikit bengang bila dia tunjuk muka sentap dia tak suka lauk kegemaran aku tu...sib baik waktu makan malam tadi mak abah aku dah balik dah.... takkan lah ari2 aku nak masak yg dia sukaaaa je kannnn.....aku pun nak gak makan lauk yg aku suka.

Time makan aku dan anak bujang aku bertambah2....tiba hubby macam tak semangat jeee nak makan....Kalau aku masak sambal jawa tuuu  bukan main suka lagi dia...hari2 pun tak pe .... aku lak naik jelak makan benda yg sama je...anak dara aku pun  tak suka sambal jawa tu.

Kekadang terpikir gak kat aku laki aku ni muka cam cino , mak ayah orang melayu tapi tekak selera jawa agaknya ini  baru betul-betul  1 MALAYSIA kotttt ??? 



SALAM UKHWAH

Friday, March 2, 2012

IBU dan SOLAT.

Salam Jumaat hari penghulu hari.....!!
Jumaat
9 Rabiulakhir 1433H



Nabi Muhammad S.A.W bersabda Ada 4 di pandang sebagai IBU, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah  SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah  SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah  TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah  SABAR.





Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SOLAT :

SUBUH : Di jauhkan cahaya muka yang bersinar
ZUHOR : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
ASAR : Di jauhkan dari kesihatan/kekuatan
MAGHRIB : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
ISYAK : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



 
Salam Ukhwah:



Thursday, March 1, 2012

Bonos lagiii ???.....Alhamdulillahhhhh :)

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
8 Rabiulakhir 1433H




Yesss……. masih ada lagi performance bonus (BP) untuk tahun ini walaupun syarikat ni sekarang dah diambil oleh orang singapore.

Alhamdulillah…..  BP yang sering kami terima sejak dari dulu lagi masih lagi kami dapat walaupun sebelum ini BP di terima sebelum hari raya tapi kali ni selepas raya pulak.

Bulan lepas ( januari ) kami semua dah dapat Annual bonus untuk sebulan gaji bulan ni dapat lak lagi Performance Bonus (BP) untuk sebulan gaji lagi...hehehe...

Masa Mr Loh dulu kami boleh dapat  BP sampai 2 bulan gaji memang senyumlah sampai ke telinga tapi kali ni BP Cuma sebulan gaji pun dah cukup-cukup besar dah ni …. Lebih baik ada dari tak ada langsungkan?

Sesetengah company tu hanya dapat bonus setahun sekali je ada jugak yg tak ada bonus langsung walaupun dah lama bekerja kat company tu…sian kannn ?

Tapi aku kat sini dah 15 tahun dah dan  selama itulah aku kenyangggg merasa bonus 2 kali setahun kat sini ( pernah gak dapat 3x setahun ) , wang ganjaran untuk yg bekerja 5…15…10…20 tahun dan yg lebih pun ada di sediakan dan yang paling best  ada wang persaraan jika keja kat sini sampai umur 50 tahun nanti….. jadi tak yah hairanlah kalau aku boleh bertahan kat sini berbelas-belas tahun....dari gaji 3 angka memula masuk dulu sampai dah  4 angka lebih dah sekarang ni ... banyak ganjaran wang hinggit yg aku dah telan.

InsyaALLAH kalau umur panjang kesihatan pun baik aku nak gak dapatkan wang persaraan tu... leh gak top up wang EPF yg ada tu nanti untuk perbelanjaan ari tuo  takyah susahkan anak2...... tapi kono sabarlah kat sini sampai 15 tahun laie.... :(

Setiap tahun aku akan ambil separuh dari wit bonus aku  untuk beli sesuatu untuk diri  sendiri sebagai ganjaran penat bekerja selama setahun dan setengah lagi aku akan simpan tapi tahun ni  aku ada projek BOSAR  yg aku nak buat ...…sekurang2nya pertengahan tahun ni impian aku tu mesti jadi kenyataan ........Walaupun bulan lepas  masa aku dapat Annual Bonus dan wang ganjaran perkhidmatan 15 tahun aku tu aku dah nyaris nyarissssssssss nak sambar ipad2  sebijik dah.

Sib baiklahhhh iman mato dan tangan aku kuat lagi maso tu kalau takkkkkk dah melayang2 dah 4 angka kat adik Celcom center tu ....Sabar…sabarrrrr..dah terlaksana projek BOSAR aku tu nanti akan aku sambar gak ipad2  sebijik tak pun Samsung galaxy….. hadiah untuk diri sendiri perlu gak adakan setelah penat setahun bekerja.....barulah ado semangat untuk lebih kuat dan gagah perkaso bokojo..:D

Tapiiiiiiii..... untuk mak dan abah aku tetapppp adaaaa... aku dah asingkan bahagian untuk mereka kerana dengan doa mereka berdualah aku sihat untuk keluar bekerja setiap hari dan merasa apa yg aku dah ada hari ini.

Oh yaaa... sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat datang kepada 4 orang kat bawah ni yg baru je follow blog aku dan tima kasih atas kesudian kamu.... jangan serik2 datang blog RKTS aku yg merepek repek ni selalu yea..:D

 Ranie
 Ck lah
En Abdul wahab
Minah leter

SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails