Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, March 1, 2012

Bonos lagiii ???.....Alhamdulillahhhhh :)

Salam Sejahteraa...!!
Khamis
8 Rabiulakhir 1433H




Yesss……. masih ada lagi performance bonus (BP) untuk tahun ini walaupun syarikat ni sekarang dah diambil oleh orang singapore.

Alhamdulillah…..  BP yang sering kami terima sejak dari dulu lagi masih lagi kami dapat walaupun sebelum ini BP di terima sebelum hari raya tapi kali ni selepas raya pulak.

Bulan lepas ( januari ) kami semua dah dapat Annual bonus untuk sebulan gaji bulan ni dapat lak lagi Performance Bonus (BP) untuk sebulan gaji lagi...hehehe...

Masa Mr Loh dulu kami boleh dapat  BP sampai 2 bulan gaji memang senyumlah sampai ke telinga tapi kali ni BP Cuma sebulan gaji pun dah cukup-cukup besar dah ni …. Lebih baik ada dari tak ada langsungkan?

Sesetengah company tu hanya dapat bonus setahun sekali je ada jugak yg tak ada bonus langsung walaupun dah lama bekerja kat company tu…sian kannn ?

Tapi aku kat sini dah 15 tahun dah dan  selama itulah aku kenyangggg merasa bonus 2 kali setahun kat sini ( pernah gak dapat 3x setahun ) , wang ganjaran untuk yg bekerja 5…15…10…20 tahun dan yg lebih pun ada di sediakan dan yang paling best  ada wang persaraan jika keja kat sini sampai umur 50 tahun nanti….. jadi tak yah hairanlah kalau aku boleh bertahan kat sini berbelas-belas tahun....dari gaji 3 angka memula masuk dulu sampai dah  4 angka lebih dah sekarang ni ... banyak ganjaran wang hinggit yg aku dah telan.

InsyaALLAH kalau umur panjang kesihatan pun baik aku nak gak dapatkan wang persaraan tu... leh gak top up wang EPF yg ada tu nanti untuk perbelanjaan ari tuo  takyah susahkan anak2...... tapi kono sabarlah kat sini sampai 15 tahun laie.... :(

Setiap tahun aku akan ambil separuh dari wit bonus aku  untuk beli sesuatu untuk diri  sendiri sebagai ganjaran penat bekerja selama setahun dan setengah lagi aku akan simpan tapi tahun ni  aku ada projek BOSAR  yg aku nak buat ...…sekurang2nya pertengahan tahun ni impian aku tu mesti jadi kenyataan ........Walaupun bulan lepas  masa aku dapat Annual Bonus dan wang ganjaran perkhidmatan 15 tahun aku tu aku dah nyaris nyarissssssssss nak sambar ipad2  sebijik dah.

Sib baiklahhhh iman mato dan tangan aku kuat lagi maso tu kalau takkkkkk dah melayang2 dah 4 angka kat adik Celcom center tu ....Sabar…sabarrrrr..dah terlaksana projek BOSAR aku tu nanti akan aku sambar gak ipad2  sebijik tak pun Samsung galaxy….. hadiah untuk diri sendiri perlu gak adakan setelah penat setahun bekerja.....barulah ado semangat untuk lebih kuat dan gagah perkaso bokojo..:D

Tapiiiiiiii..... untuk mak dan abah aku tetapppp adaaaa... aku dah asingkan bahagian untuk mereka kerana dengan doa mereka berdualah aku sihat untuk keluar bekerja setiap hari dan merasa apa yg aku dah ada hari ini.

Oh yaaa... sebelum terlupa aku nak ucapkan selamat datang kepada 4 orang kat bawah ni yg baru je follow blog aku dan tima kasih atas kesudian kamu.... jangan serik2 datang blog RKTS aku yg merepek repek ni selalu yea..:D

 Ranie
 Ck lah
En Abdul wahab
Minah leter

SALAM UKHWAH

4 comments:

IXORAROXI said...

amboiiii senyum sampai telingalah tu :)

Shibam Jelita said...

rezeki, alhamdulillah, happy for you :)

Rinna said...

alhamdullillah rezeki tuh..

ariana said...

Syukur. Rezeki tu..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails