Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 31, 2010

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!!


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyuman nya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



SALAM UKHWAH

Ikan goreng limau kasturi.


Eeermm.....banyak gambar-gambar masakan yang masih ada dalam kamera digital aku....masak rajin ambil gambar pun rajin tapi bab nak meletak WATERMARK kat gambar-gambar tu yang buat aku malas sekali.....time mood tengah ada ni meh aku letakkan gambar ikan selar aku ni dulu.




Menu ni secara tak tersengaja terlintas kat kepala aku petang semalam......tetiba je nak wat menu yang seringkas ini....yang penting sedap di makan bersama nasi putih yang panas-panas!!

Ikan goreng limau kasturi.

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan selar (apa-apa ikan pun boleh ikut tekak masing2)
6 biji cili api (nak lagi pedas boleh tambah lagi)
1 labu bawang besar (di hiris bulat)
Kicap manis/masin
2 biji limau kasturi (boleh di tambah ikut citarasa)

Cara-caranya:

1. Ikan di gaul dengan kunyit dan garam dan di goreng mengunakan minyak yang sedikit...jangan goreng terlalu garing.....sudah masak angkat dan ketepikan.
2. Bawang besar di hiris bulat,cili api dipotong kecil-kecil gunakan minyak yang sedikit juga untuk mengoreng kedua-dua bahan ini secara serentak....agak-agak dah layu bawang tu padamkan api.
3. Taburkan bawang dan cilipadi yang telah di goreng tadi ke atas ikan.
4. Perahkan jus limau kasturi ke atas ikan dan curahkan kicap mengikut citarasa sendiri.
5.Sesuaikan rasa ikut lidah dan tekak masing2 dah siap bolehlah di hidang kan bersama nasi panas.

 

Thursday, December 30, 2010

Kalendar dan Diary 2011.



Aku dah dapat kalendar ,diary dan desk planner untuk tahun 2011.....sememangnya company aku ni akan meriah dgn benda-benda macam ni bila hujung tahun.....macam-macam jenis kalendar dan diary yang akan di hantar oleh supplier kepada kami..... nak nak pulak aku ni dalam delivery department benda-benda macam ni memang penting untuk aku.


Yang ini semua aku punya 1 diary, 2 kalendar dan satu executive desk planner  khas untuk aku punya kerja untuk tahun 2011 !!


Sekarang aku tunggu tahun baruuuuu jeee......untuk buka diary baru....hehehe!!!


CN : Lagilah tak sabar nak tengok angka terbaru dalam payslip JAN 2011 nanti...


SALAM UKHWAH;

Bad news or good news ???

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA !!



 ( Gambar ihsan Utusan Malaysia )

Hari ni satu Malaysia asyik cerita pasal kemenangan malam tadi.....tahniahlah buat pasukan malaysia dan penyokong-penyokong yang setia di stadium dan di rumah malam tadi......esok Malaysia dapat stu hari cuti...haa dah ada yang tersengih dah tu !!!

Tapi company aku kerja ni adalah CHINESE COMPANY...sampai sekarang masih belum ada result samada kami di sini akan cuti esok atau tidak....kebiasaannya jika tak cuti kami semua akan di beri satu hari cuti tahunan dan terpulanglah kepada masing-masing samaada nak cuti esok atau tidak....kalau tak mahu cuti dapat satu hari A/Leave kalau cuti tak adalah A/LEAVE tu...kiranya kita dah pakai untuk esoklah!

Tak akan tutup syarikat ni walaupun kita menjulang piala dunia sekali pun....company ni tetap akan beroperasi seperti biasa...nak nak pulak hampir separuh dari saham syarikat ni adalah kepunyaan chinese SINGAPURA...apa dia orang heran bukan singapura yamg menang piala suzuki tu kan!

Cuma yang pastinya sekarang kami akan dapat satu hari lagi cuti tahunan sebagai ganti cuti peristiwa esok.


CN : Beginilah semangat kerja orang cina....bisnes tetap no: 1.


SALAM UKHWAH:

Tuesday, December 28, 2010

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan.

.....dari peti emailku !!!


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


SALAM UKHWAH:

Monday, December 27, 2010

Apa punya nasib daaa...!!!

Hari ini memang hari malang aku......serba serbinya serba tak kena...!!

1) PC DELL aku kat ofis tu buat perangai pulak.....di serang viruuuusss....sejak petang jumaat hari tu      lagi....angin satu badan aku hari ni bila PC tu asyik restart jeeee.....dan lebih parah lagi bila aku tak dapat online.....jadi aku tak dapatlah berblog dan blogwalking siang tadi....terasa hidupku sepi dan kosong macam kekasih dah lari tinggalkan aku je rasanyaaaaa....huhuhu!!!!

2) Dah lah PC buat perangai printer aku pun buat penyakit...nak print dokumen macam nak buat surat nak jumpa agung.....kejap-kejap printer tu pusing ke depan kejap-kejap dia pusing kebelakang......sehelai dokumen aku kena ambil masa dekat 5 minit untuk setting printer tu aje.....banyak buang masa aku betuuuulll!!!!

3) Nak call hubby tapi tak dapat....cek punya cek rupanya dah tamat tempoh walaupun ada bakinya lagi....bukak purse aku pasal ingat hari tu ada beli topup baru tapi tak ada.....ingat-ingat balik rupanya malam tadi aku dah buang kertas tu dalam tong sampah!!!

Haaa...baru padan muka aku balik dari kerja tadi terus menyelongkar tong sampah....nasib baiklah ada lagi kertas topup tu...kalau tak rugi aku.....nilai duit tuuuuu !!!


CN : Memalam ni kat rumah aku berukband aku pulak yg buat hal...aduuuhhh!!!



SALAM UKHWAH:

Friday, December 24, 2010

Khasiat Surah Al-Kautsar.

Salam Jumaat hari penghulu hari.....!!


Surah Al-Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak   71kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


SALAM UKHWAH:

Thursday, December 23, 2010

Yang Alergic tu lah yg aku selalu dapat !!

Pagi tadi sebelum kakiku melangkah ke ofis HUBBY keluar belikan sarapan.....sangkanya hujan renyai-renyai tu tak akan lebat tapi belum sempat sampai kerumah hujan dah turun mencurah2......basah kuyup dia atas motor tu......kesian lak aku tengok !!

AKU: kenapa x naik kereta ?
HUBBY : Ingatkan hujan ni tak lebat.....yang abang beli karipap je roti jala tak ada akak tu tak buat hari ni!

Aku capai bungkusan plastik yang berisi karipap tu.
Karipap sardin.....nampaknya menu aku hari ini yang alergic ajelah....lepas subuh tadi aku sempat buatkan HUBBY sambal sotong kembang tu.....aku bawa sedikit ke ofis untuk lunch nanti....ni sarapan kena lak makan sardin.....eerrmmm paham2 ajelah bagi mereka yang senasib dengan aku ni ya!

Kebiasaannya makanan yang kita alergic tu lah yang akan muncul jadi hidangan kita.

Sepanjang hari ni aku merayau kat blog PROF KAMIL......banyak yang aku dah terlepas catatannya....ada masa nanti aku cerita dengan korang kenapa aku suka dengar celoteh pak cik prof ni !!


CN : Malam ni nak ajak HUBBY dinner sate kat dataran senawang....rasanya belum lagi ada penjual sate buat sate udang atau sotong kot?


SALAM UKHWAH:

Wednesday, December 22, 2010

Mudah Sahaja hanya Jawab - (pengumuman)

Aku dapat jemputan untuk menjawab soalan servey ni dari blog MAHAMAHU.....Okey ini jawapan sejujurnya dari RKTS.

Soalan2 servay yg perlu di jawab dengan ikhlas.
1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    a) Nokia
2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
    g) Compaq
3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
     i) Olympus
4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?    
    d) Celcom

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
    g) Levi's

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    d) KFC
7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    c) Giant
8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    d) SinarFM
9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
    m) AFC
10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     g) Christian Dior

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
     k) Impiana





SALAM UKHWAH:

Tuesday, December 21, 2010

Bagaikan KAMIKAZE yg menjunam jatuh.....

HALLOOOO....!!!!
Bersiaran kembali di tempat biasa mengunakan harta benda syarikat PC berjenama ACER


Lama sudah tidak mencoret disini....hampir seminggu...Nak ucapkan terima kasih kepada seorang teman blogger yang ambil berat dengan cuti rehat aku yang panjang ni....siap bagi amaran " JGN REHAT LAMA SANGAT "....aku akui kebenaran kata-kata itu.....sedikit sebanyak akan menjejaskan trafik blog ini jugak kalau terlalu lama menyepi diri takut nanti tumbuh hutan belukar pulak...terima kasih kamu yg perihatin ya....

Kenapa aku akui kata-kata itu......kerana trafik aku menjunam teruk macam kapal perang kamikaze yang menjunam jatuh di tembak pada perang dunia ke 2 dulu...


 Dashatkan...??? (kedit utk Mr Gugell gak)

Gambaran adalah seperti gambar di atas samaada dalam nuffnang mahupun trafik blogspot ni sendiri. Walaupun trafik aku sebelum ni bukanlah sehebat blogger yang lain dan tak setinggi menara petronas tu tapi kali ini ia menjadi lebih teruk dari sebelum ni ( buatlah lagi....baru seminggu puuuun!!)

Okk..okkk....fikiran yang tenang akan memberikan hasil yg berkualiti ( kualiti sgt kerr...?? )
Apa pun aku akan terus menulis selepas ini.....bukankah aku yg telah memilih dunia ini ?!!


CN : Terasa rindu lak nak berkejar-kejaran trafik dengan blogger-blogger yang lain tu.


SALAM UKHWAH:

Wednesday, December 15, 2010

Bukan Yang Terakhir......

SALAM SAYANG PADA SEMUA....

(kedit to gugell)

Untuk beberapa hari ini mungkin aku tak akan update apa2 entry pun di RKTS ini buat sementara waktu....kepada blogger2 yang sentiasa sudi singgah ke sini aku ucapkan terima kasih kehadiran kalian di alu-alukan pintu rumah kecil ni  tak berkunci.

Aku juga nak ucapkan TAHNIAH kepada mana2 blogger baru yang berjaya tercalon dalam undi kedua di BPM 2010 nanti....semoga persaingan ini menambahkan lagi semangat kita untuk terus menulis.

Aku nak istirehatkan hati dan otak aku dulu.....kalau aku terus menulis dalam keadaan begini takut aku merapu yang bukan-bukan pulak nanti.....ada kesempatan masa aku akan balas balik kunjungan kalian....aku nak jadi pembaca aje buat masa ni takmo tulis apa2 dulu !!

( kedit to gugell)


CN : Esok 10 MUHARRAM  Niat puasa - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 


SALAM UKHWAH:


Monday, December 13, 2010

UPDATE..!!!!!

Assalammualaikum....,


Baru malam ni aku dapat UPDATE blog aku....sabtu dan ahad aku berada di rumah adik aku di SRI KEMBANGAN....oleh kerana line internet di rumahnya ada masalah aku langsung tak dapat tengok blog aku ni apalah lagi nak mengunjungi rakan taulan dan sanak saudara blogger2 yang lain.

Blog RKTS ni telah tersenarai dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010....aku berada di dalam SENARAI BLOG BARU PILIHAN 10.....jadi jika ada sesiapa yang sudi untuk mengundi blog RKTS ni kalian semua boleh undi di no 375......silalah mengundi di link kat bawah ni...

Silalah undi no:375 (group 10)

Tiada apa-apa paksaan undilah dengan sukarela......Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah mengundi aku secara ikhlas sebelum ni......DAN terima kasih juga kepada semuaaaaa yang mengunjugi RKTS dalam 3 hari ini......aku meminta maaf tak dapat datang mengunjungi kalian dengan segera TETAPI aku akan cuba membalas setiap kunjungan yang meninggalkan jejak dalam CBOX aku dan membalas undian mereka2 yang telah mengundi RKTS seberapa cepat yang boleh.


CN : Aku sayang kalian semuaaa...Terima kasih banyak2 !!!!!!


SALAM UKHWAH


Friday, December 10, 2010

Puasa 10 Muharram.

Salam Jumaat hari penghulu hari.....



~ kedit to gugell ~ 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih
Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi 



SALAM UKHWAH:

Thursday, December 9, 2010

Dinner At Domino Pizza!!

Di sebabkan aku ni dah berjanji dengan budak-budak dan semestinya janji itu perlu ditunaikan (korang nampak tak aku ni saaaangat baik hati..hehe) maka terpaksalah aku menunaikan janji-janji yang telah termetri setelah 2 orang kanak-kanak itu menyebut hampir 10 kali  kat lubang telinga aku ni bahawasanya mereka mereka itu mahu makan....PIZZA DOMINO!!!

Maka aku pun membawalah mereka kesini malam tadi.........
   
 
 Cawangan yang baru di buka di DATARAN SENAWANG.


Order dulu...pilih apa yang mahu di makan.


 Wajah gembira permintaan tertunai.....kang korang tengok apa komen PRINCESS aku ni!!


Sementara tunggu order siap Hubby borak-borak dengan member dia...terjumpa lak mamat ni kat sini....bukankah itu suratan & kebetulan ??

Okkkk...ordernya sudah sampai...!!!



Aku pilih 2 jenis yang ada cheese lebih dan pedas lebih .( tapi tak pedas pun kat lidah aku ni )




Ini Chicken Lasagna.




Sesi makan makan pun bermula lah......

Muka dia dah semacam dah....aku paksa dia habiskan pizza tu....jangan membazir!!

Stail anak aku makan...banyak yang TERtolak ke tepi dari TERtolak masuk ke dalam tekak dia!


Dah tinggal kotak kosong jeee....selebihnya tapau bawak balik.


Sebelum balik sempat lagi snap motor mat rempit DOMONO PIZZA ni.



Okk...komen2 dari juri makan tak bertauliah...

PRINCESS :ummi...lenkali tak payahlah makan kat sini gi !

AKU           : Napelak...kau yg sibuk sangat tadikan?

PRINCESS : Tak sedaplah...sedap lagi pizza hut...pening perut kita makan pizza ni!!

PRINCE     : Klau may tahu kita pergi makan kat Mc D ke KFC ke...

AKU          : Banyak cantik muka..nak tu semua tunggu tahun depan!!!


CN : Seumur hidup aku belum pernah lagi dengar "pening perut"...korang ada dengar???



SALAM UKHWAH:

Wednesday, December 8, 2010

Aku daftarkan blog aku .


Salam semua.....hari ini secara rasminya aku telah mendaftarkan blog aku ni di dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA. Kalau dapat baby baru kena daftar buat blog pun kena gak mendaftar tau...Sebenarnya aku pergi jalan-jalan kat blog kawan-kawan tetiba terbaca lak entry daftar blog ni dalam blog kepunyaan HAIFA FAZWIN pasal contest ni.

Kebetulan dah hampir setahun berblogging aku belum lagi mendaftar kat sana....sesiapa yang berminat boleh click kat link tu dan tengok syaratnya yang mudah dan senang tu...tapi tarikh tutupnya pukul 3 petang ni.

Ini entry pertama aku dengan linknya sekali ya!

PEMBUKA BICARA  ( Ditulis pada 2 January 2010)



CN : Dah last minit baru aku perasaan ada benda ni semua !!


SALAM UKHWAH:

Tuesday, December 7, 2010

Kejadian di Sg Congkak.....tempat rakaman cerita seram CONGKAK tuu!!

Lokasi : Sg Congkak,Ulu Langat.
Hari     : Ahad - 5 Dec 2010


Seperti yang aku janjikan di sini ( LINK ).....aku akan tunjukkan gambar-gambar sewaktu perkelahan di Sg  Congkak tempoh hari...Sebenarnya kami nak celebrate birthday MY PRINCESS yg ke 13 thn hari tu...sambil makan-makan,rehat-rehat leh jugak budak-budak mandi sungai.....maklumlah kebanyakkan sungai sekarang ni dah tercemar termasuklah kat kampung aku.

Aku di fahamkan rakaman filem congkak tu di belakang chalet yang aku sewa ni....kawasannya lagi cantik.....tapi aku tak sempat nak ke belakang tu dah penat melayan macam2 karenah .....okkk layan gambar-gambar kat bawah ni..>>>



Birthday girl sedang potong kek.....kek coklate Aiskrim di taja oleh secret recipe dan di sponsor oleh mak cu nya.....adalah pulak nama aku & hubby kat kek tu pulak !!







Kami buat ayam BBQ , Spaghethi bolognese,dadih mangga,dadih strawbery dan bubur jagung......tapi dadih strawbery dan bubur jagung aku terlupa nak ambil gambar.


Ini tukang bakar ayam dengan sosej...kesian tak dapat berendam awal pasal kena bakar ayam!!



 Abah aku bersantai sampai baca surat khabar....senang hati betul pak aji ni kan!!

Kanak-kanak ribena yang tak sabar-sabar nak mandi sungai...sampai-sampai je terus terjun dalam air.


 Lokasi tempat kejadian yang merehatkan minda dan badan....chalet kat belakang tu aku sewa $40.00 dari pagi sampai petang...cuma ada satu bilik tidur dan satu bilik mandi & tandas....chalet2 kat sini semuanya mengadap sungai.

 Tolong menolong amalan mulia.....sekali kau tergelincir semua yang kat bawah batu tu pun terendam sama.


Ibu-ibu mithali menemani anak-anak mandi....rasa-rasanya ibu tu yang lebih mandi dari anaknya !!

My Prince dan Princess yang sangat suka main air....jarang dapat mandi sungai selalu jumpa air laut je kan!


 Giliran kaum bapa pula mandi dan melayan anak-anak yang tak reti-reti nak naik dari sungai tu!!

 

Kau orang tak payahlah nak cari cari aku dalam gambar ni....tak ada kerjanya aku nak berendam sekali dengan dia orang ni pasal kecik-kecik dulu aku dah puas berendam dalam sungai........hahaha!!!

Hadiah-hadiah yang PRINCESS dapat yang buat PRINCE aku bengkak hati dan tension...( hr jadi kau dah lepaslah diiiik!! )

Ok..ini aje gambar yang terlarat aku nak edit....yang lain-lain tu tak payahlah eekk.....penat nak mengedit dan upload ni......kalau kau orang semua teringin nak ke sana silakanlah...sungainya bersih dan lokasi pun puas hati untuk berkumpul sekeluarga.....pasni aku nak pergi sungai gabai lak....adik aku kata tempat tu ok gak....kalau pergi aku bagi korang tengok gambar lagi yea!!

CN : Setinggi2 perhargaan dan ucapan terima kasih buat adik-adik aku yang merancangkan majlis hari jadi  My Princess ini!!


SALAM UKHWAH:




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails