Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, December 1, 2010

Janganlah suka sangat buat lawak bodoh tu !!

Hari ini aku nak sentuh sikit pasal sikap sesetengah orang yang SUUUUUKAA sangat buat lawak bodoh tak bertempat yang langsung tak lawak.....adakalanya orang jenis macam ni tak faham perasaan orang lain....samaada orang tu kawan-kawan dia ke....keluarga dia ke....ataupun orang luar yang tak ada kena mengena dengan hidupnya!

Lebih menyakitkan hati jika lawak bodohnya itu di perbesar-besarkan sampai tertulis dalam FACEBOOK...TWITTER ataupun  mana-mana laman sosial yang lain....DAN yang tak boleh nak di terima tu bila ia ada kena mengena atau pun bersangkut paut dengan amalan agama sendiri !!

Bagi aku jenis orang macam ni yang suka mempersenda-sendakan amalan agama sendiri dalam lawak bodoh dia tu adalah dari golongan orang-orang yg " LOW SCHOOL"...tak ada hati dan perasaan untuk merasakan kesedihan atau kegembiraan orang lain.


Seseorang  yg profesional masih boleh terima gurauan selagi tak membabitkan soal agama ataupun sampai menjejaskan air muka orang lain...kita sesama manusia kena ada hati dan perasaan seperti manusia juga.

Bagi orang-orang yang dalam golongan "LAWAK BODOH" ni kalau di tegur janganlah cepat melatah sebab tak semua orang akan suka dengan cara kamu ber LAWAK kecuali orang -orang yang sealiran dengan kamu sahaja....pesan orang tua tua cakap siang pandang-pandag cakap malam dengar-dengar...Aku tambah sikit sempena zaman alam siber ni kalau nak tulis apa-apa kena baca-baca dulu...cuba belajar untuk membaca perasaan orang lain.....jadikanlah amalan ya kawan-kawan!!

CN : Kadang-kadang tu rasa nak bagi PELEMPANG  je dengan org yg macam ni.




SALAM UKHWAH:

2 comments:

izyanty collection said...

kes pe nie??? sabar ek...kadang2 rase cam nak nangis pun ada gak kan...ADA masa join le GA iz ye

CT NoArIzAh ArIs said...

IZYANTY...Tak ada apa2..cuma nak melahirkan rasa tak puashati dgn sikap sesetengah org kita yg suka mempersenda2kan agama sendiri.

Ok nnt sy g blog kamu ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails