Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, December 4, 2010

Aku..Dadih..dan jalan-jalan.

Selamat hari sabtu untuk semuaaaaaa kawan-kawan blogger sekelian,

Pagi-pagi lagi HUBBY dah kecoh pasal harga minyak dan gula naik....ini mesti kes dia pergi beli kuih kat gerai-gerai cik kiah kat taman sebelah tu tadi....orang lelaki ni kalau bab pasang telinga memaaaang handal walaupun tak menyampuk untuk mengomen dengan cik kak cik kak tu....tapi balik rumah dia dah jadi pemberita tak bergaji aku pulak!

Ada aku kisah itu semuaa...????

Dah banyak kali harga barang naik kat MALAYSIA ni sampai aku pun dah naik lali dan tak heran dah...apa kita boleh buat kalau pak menteri cakap macam tu....kawal ajelah perbelanjaan kita jangan boros beli ikut keperluan bukan kemahuan.

Oppss tutup cerita  naik harga ni.......malam tadi aku naik semangat pulak nak buat desert awal2....pasal petang ni kang aku dan hubby nak ke rumah adik aku kat sri kembangan...esok kami nak pergi berkelah ramai-ramai kat sg congkak....anda tahu tempat ni?...aku tak pernah kesana lagi esok baru nak pergi.



Puding mangga aku leh tengok resepi kat SINI

Untuk menjimatkan masa aku buatlah dadih strawberry & puding mangga ( sbnarnya nak wat puding truffle...tapi malas sbb banyak sgt stepnya wat yg ni jelah )  malam tadi hari ni leh bawa terus ke rumah adik aku....malam ni aku nak masak sos spagheti blognese pulak kat rumah adik aku tu.....pasal pagi-pagi sok dah nak ke sg congkak atau mungkin ke sg gabai....takut lambat nanti tak dapat port yang bagus( psssst...kami nak wat suprise utk seseorang sebenarnya....!)

Okk...cerita terbaru selepas perkelahan itu akan aku update kan di sini nanti...TUNGGU TAUUU !!!

CN: Biar pecah di perut jgn pecah di mulut..hehe!!


SALAM UKHWAH:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails