Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, April 3, 2014

Masak lomak cili API ikan sembilang Salai campur belimbing buluh.

Assalamualaikum...

Cewahhh.....  tajuk tak hingat panjang berjela -jela.
Dah macam Nama resepi chef Bruce lim dlm the boss Kat afc tu dah.


Okey macam biasa kalau ayie balik kampung ikan sembilang Salai yang dicarinya.
Katanya Kat jb tak ado sembilang Salai ko puyuh Salai ko daging Salai ko itik Salai ko.
Yolahkan makanan Yg bersalai2 ni dah sinonim dongan orang nogori ni kan.
So kalau nak makan bersalai Salai bagai ni balik lah ke nogori tanah adat ni.
Eh tapi aku terbaca dlm blog kak jee fauziah samad tu Kat KL dah ada orang kolo pilah Yg buat Salai menyalai ni semua.
Fresh tau bukannya Yg dah lama Salai tu korang boleh Dapat daging Salai Yg masih berasap lagi tu.



Zura wife ayie beli 8 ke 9 ekor ikan sembilang basah Kat pasar .
Peh tu kitorang Salai sendiri Kat umah..ada je jual Yg bersalai tapi  Kita orang terlebih rajin nak Salai sendiri Sebab rasanya Lebih manis dan sedap.
Lagipun lepas Salai nanti terus je masuk dalam kuali bersama dengan kuahnya.


Ikan tadi dibersihkan dan di perap dengan garam dan asam limau kasi hilang itu hanyir sama lendirnya.
Peh tu baru di lumur dgn garam halus dan kunyit waktu menyalai tutup dengan daun pisang jgn kena habuk.


sementara Tunggu ikan Masak di Salai Kita siapkan lah bahan untuk kuahnya.
Segenggam cili API kampung di tumbuk bersama kunyit hidup ,garam Kasar dan bawang Putih.
Sesetengah orang nogori tumbuk kunyit hidup dgn garam dan cili Jo tapi mak aku letak bawang Putih sedikit Katanya untuk mewanggikan gulai tu.
Bab cili API tu kasi lobihkan sikit pasal org nogori suka makan podeh berapi  tapi kalau tak tahan boleh lah di kurang kan cilinya tapi rasanya kurang "kick" lah bak Kato omputih ea.
Tumbuk pakai losung Batu tak do blender2 dohh nek moyang Dulu Masak hontak dgn Batu ni Elok je sodap ea.


Masakkan santan yang diperah Dari dua bijik kelapa kampung bersama bahan tumbuk tadi serta belimbing buluh Yg dihiris nipis.


Kacaunya selalu hingga mengelegak kalau tak kuahnya  bertaik minyak tak cantik.



Haa ni dia sembilang Yg dah siap di Salai tadi.
Time ni ko dah leh makan macam tu je pun tetap sedap tauuu.
Bak kata anak buah aku Dak iman tu "ermm terasa kemanisan gula melakanya"
Tapi aku tukau ayat " ermm terasa kemanisan daging salainyaa "


Sekarang tiba masanya untuk di masuk kan ikan tadi .
Kacaunya sekejap Jangan lama2 nanti hancur daging ikan tu.


Bila dah cukup Masak rasa lah asam garam ya kalau dah ok ikut tekak korang padam kan API dan boleh lah dihidangkan bersama nasi panas.


Tu dia juadah kami adik beradik pada hari minggu 30 Mac 14 Yg lalu.
Hasil air tangan mak kami tujuh beradik makan hingga menjilat jari uuuu...
Kalah kepce Kat pokan klawang tu.
Lauk sampingan Yg lain ayam Masak kicap dengan tumis air cendawan tiram.
Yang tu tak sompek ambik gambar pasal porut sey dah kebulur bona.
Ambik pinggan senduk nasi ambik lauk dan...
Bismillahhhh laju je tak pandang kiri Kanan dah.

8 comments:

Bieaz said...

tetibe je lapar. Teliur pulak nak makan.

Kakzakie said...

Tempat menyalai tu yg specail CT. Kalau kakak di kampung memang boleh buat macam ini . Tapi rumah sendiri kat sini tak ada ruanglah..

Nampak menggoda betul hidangan macam ini.

Ct NoArizah Aris said...

Bieaz.... Hehe ... Sy Yg tulis semula entry ni pun rasa lapar blk.

Ct NoArizah Aris said...

Kak zakie.. Betul tu ni kt kg umah mak klau kt umah sy tak merasa lah Nk buat gini beli Yg dh siap bersalai tu jugak kak.

Acik Erna said...

mak ai..sodap e..terliur acik

Anonymous said...

sangat sodap!! - noorazilah

Ct NoArizah Aris said...

ACIK... Klau acik Masak rendang lagi sedap kan.

Ct NoArizah Aris said...

NOOR... Kurengg pedas pasal ank buah ko tu takut Nk tumbuk lado byk2..geram aku!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails