Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 26, 2014

Menu tengahari Sabtu...

Asalamualaikum....


Sekejap tadi terbaca dalam blog kakcik seroja .
Dia masak seawal pagi di hari cuti.
Tapi aku hari kerja kena masak seawal pagi untuk bawa bekal ke ofis dan lunch anak2 di rumah.
Bila hari cuti ni aku masak tengahari pasal dah buat breakfast berat pagi tadi.


Aku baru jeeeee masak gulai sardin ni tadi.
Dah lunch pun alhamdulillah.
Di sebabkan aku terlampau suka dengan bau daun kesum dan ada banyak Pulak lebih aku buat asam pedas hari tu makanya hari ni aku letak daun kesum dalam gulai sardin ni.
Ado ko di buek kat orang?
Tak kisah le kannnn janji leh makan dan tak mabuk pun.
Tapi bau kesum tu lebih harum buat masak asam pedas dari masak gulai macam ni.



Membernya adalah ini kentang wedges +Tempe+suhun+kicap.
Ni semua nak mengabihkan Stock kat dapur ni sebelum beli yang baru esok.



Ni pinggan en suami aku tu.
Dia makan memang pelik dari orang lain nasi+ lauk+kuew teow goreng sarapan pagi tadi.
Aku tak leh masuk kalau makan macam ni mesti nak asing2 kan.



Hari ni masak sikit lebih kurang jeee untuk lunch saja .
Malam ni aku dan adik beradik aku yang lain nak dinner seafood kat bagan lalang.
Soooo tak payah membazir masak berbanyak sampai ke malam.
Tekak aku ni dah melambai2 je nak makan Butter prawn malam kang.

Bagan lalang tunggu lah aku datang !!

Friday, April 25, 2014

Dugaan di hari Khamis... Malaaangnya nasib.

Asalamualaikum....

Semalam hari Khamis aku buat puasa sunat dan petang semalam jugak princess aku tu ada tuisyen akaun .
Balik je dari ofis aku terus mandi , sembahyang dan siap untuk keluar hantar princess.
Sebelum keluar hantar princess tu aku sempat masak nasi dulu pasal nak beli lauk kat pasar malam kat taman mawar sebelah ni je... Plan malas masak ari ni.
Princess masuk tuisyen kul 6.15 ptg kat dataran lepas turunkan dia aku terus pergi Maxis bayar bil internet.
Okey dah setel 2 perkara petang tu.

Dah dekat 6.30 ptg sampai ke pasar malam tu parking favorite aku tak do lak kosong.
Soooo menapak lah jauh sikit untuk sampai ke gerai akak kolopilah yg jual lauk2 kampung tu.
Di sebabkan masakan akak ni memang power sedap dan murah maka berlonggok2 lah orang berkumpul membeli kat dia.
Ada banyak juadah masakan kampung hasil air tangannya rendang & dodol pun ado.
Aku teringin sangat nak makan pajeri nenas tapi beli sekeping je pasal rakyat jelata yg lain tak suka cukuplah untuk aku sorang makan kan.
Aku Mintak gulai daging salai masak lomak cili api tapi di sebabkan banyak permintaan kat lauk tu buatkan akak tu tak menang tangan nak membungkusnya.

Aku Mintak 3 hinggit je ada lak akak tu  nak 5 hinggit dua bungkus sorang lagi nak 5 hinggit gak .
Gulai tu aku tengok makin sikit je... Berkali2 aku bagi tau akak kolopilah tu nak 3 hinggit risau aku kang aku yg Mintak dulu orang lain lak yg dapat dah lah gulai tu tinggal sikit.
Mau je aku cakap" tolong lah kak sey poso ha sey nak naaa makan lauk ni bungkus lah untuk sey dulu".
Tapi malu le kan nak cakap camtu akhirnya aku dapat gulai daging tu...yeayyyy !,

Peh tu nak berbuka dengan coconut Shake kononnya .
Oh the way balik ke umah lalu kat gerai coconut Shake tu tapi tak berniaga pulakkkk .
Terus fikir berbuka teh ais homemade jelah dah tak do joki kannn..
Sampai umah dah pukul 7.10 minit tak lama lagi maghrib tengok nasi sekali kauuuu NASIK AKU TAK MASAKKKKK..... Omg sodih ea dennnn !!!

Piuk nasik kocik ni wat hal pulakkkk.
Terpaksa aku mengenjas piuk tu pulak beras kat dalam tu dah nak kembang dah.
Dari pukul onam masak nasi dah pukul 7 malam tak masak lagi naik mendidih lak darah aku di buatnya.
Sabar...sabar...dugaan.

Aku cuma minum je dulu time berbuka peh tu ratah lauk sikit sebelum sembahyang.
Dah sembahyang nak makan nasi lak baruuu je masak paneh lak tu.
Pergi ambil princess dulu kat tuisyen coz dia keluar pukul 7.45 malam.
Dah jemput dia lik umah pukul 8 malam baru sentuh nasi .
Makan pajeri nenas yg aku teringin sangat dari pagi tadi sekali kau aku jumpa rambuttttt panjang berjela lak tu.
Aduhai sekali lagi kena duga.
Terus je aku buang tak lalu nak makan... Kempunan kan pajeri nenas lak dah lak nak coconut Shake tak dapat.

Apa apa pun aku makan dengan senyummmm...senyum sokmo.
Syukur jelah dengan dugaan sepanjang hari Khamis semalam.
Nasi tak masak.. Coconut Shake tak ado...pajeri nenas ada rambut.
Cobaaaannnn...


Thursday, April 17, 2014

Solat hajat peringkat pertama smk seri pagi ,senawang.

Asalamualaikum...

Baru pulang dari masjid Ar raudah kat taman aku ni.
Malam ni pihak sekolah smk seri pagi senawang buat majlis solat hajat peringkat pertama untuk murid2 nya yg akan menduduki peperiksaan PT3 , SPM dan STPM.

Aku kena hadirkan diri jugalah malam ni tadi pasal anak dara aku salah seorang pelajar yg terlibat.
Aku perhatikan macam ramai pelajar2 di sebelah saf perempuan daripada kaum2 ibu2.
Kaum ibu ramai yg tak hadir ke Ataupun aku yang tak perasan sebab duduk saf depan sekali bersama budak2 tu?
Bila berdiri sebaris dgn dyorang aku rasa macam aku ni yang pelajar dan mereka2 semua tu kaum ibu.
Apa tak nya saiz badan mereka besar dan tinggi sedangkan aku ni comel loteh jee..hihihi..

Bila melihat wajah2 mereka ni teringatkan zaman sekolah menengah agama dulu.
Aku duk asrama jadi solat berjemaah dan majlis bacaan yassin dah jadi rutin bagi aku dan kawan seasrama masa tu.
Usai solat maghrib hinggalah ke isyak kami akan berkumpul dalam surau.
Terasa lama benar aku tinggalkan zaman dengan kawan2 satu asrama bertelekung dan duduk dalam surau.

Terbayang satu persatu wajah kawan2 , kakak senior serta adik2 junior yang pada masa ni dyorang semua pun dah dewasa dan bergelar ibu macam aku.
Pantasnyaaaaa masa tu berlalu.
Malam ni aku bersama anak2 ini yang mana berdekad lalu sewaktu aku di alam persekolahan mereka semua ni entah di dunia mana tah.

Gambar sekitar majlis di masjid aku tak ambil pasal tak bawak handphone dan iPad.
Lagi pun segan lah aku nak bergambar bagai macam budak2 sekolah tu kat dalam masjid.
Dyorang semua siap posing macam2 dengan kengkawan nak buat kenangan kottt.
Tak pun nak tayang muka dalam laman sosial kejap lagi kang.

Kang tetibaaaaa je mak aku muncul sergah aku dari belakang sambil cakap..
 "Bergambarrr  jooo tak habih2 sampai dalam masjid pun nak menangkap gambar!! "






Tuesday, April 15, 2014

Omak and kamera 360.

Asalamualaikum ...


Ni namo ea tak do kojo yg nak di buek ea..
Ngajar omak ambik gambar guna kamera tresixti tu.
Lopeh tu berderet2 kakak dan ipar2 ea mengomen.

Nilah kojo si penanam anggur sementara tunggu anggur yg di tanam berbuah buatlah kerja sambilan dulu kan.
Ok gak ko ajar mak tu shilla.
Bulan dopan time konvo leh le mak ambik gambar kau kat dopan stage tu kan.
Laaaaaagi terang daripada gambar yg aku ambik kat skrin bosar luar dewan Uitm tu nanti.
Jangan nampak jubah dengan kasut kau je sok sudahlah  Yooo...

Cayokkkk lah omak den .



Saturday, April 12, 2014

Battery.

Assalamualaikum ....


Ini kisah pagi semalam.
Miss viva aku tu pandai pulak buat Hal Tanpa menyusahkan tuan dia ni.
Tau kenapa aku cakap macam ni?
Pasal Elok - Elok je aku masuk reverse parking enjin terus mati.




Aku dah Elok je masuk parking time tu tapi macam senget je keta aku dlm kotak tu.
Biasalah kan pemandu Yg berhemah macam aku ni mesti nak masuk parking lurus2 cantik takmo senget2 jadi aku kedepankan keta tu sikit pas tu aku nak undurkan semula lurus2 ke belakang.
Tetiba enjin miss viva tu padam , aku pusing kunci tapi senyap pusing lagi senyap lagi.
Hahhh sudah minyak ada 5 level terus jadi emergency light, radio lampu semua padam.
Aku dah cemas dah apo kono lak dongan keto den ni?

Rupanyaaaaaaaaa battery tu dah sampai ajal dah.
Alarm pun tak berfungsi lagi .
Aku tutup pintu keta  macam tu je Tanpa berkunci.
Tak terfikir lak Kat otak aku ni nak mengunci secara manual dek gabranya aku semalam.
Laki aku cakap aku berani2 biarkan keta tu tak berkunci .
Aku kata biar lah battery pun dah kondem Camano nak larikan keta tu kecualilah pencuri tu ada ilmu badang boleh pikul keta aku tu ateh bahu  bawak lari.

Dalam pada aku tengah pikir2 nak minta tolong sapa  adik lelaki aku si Napie tu tepon nak tumpang Kat umah aku masa rehat tengahari nanti.
Ibaratkan  org mengantuk di sorong bantal cepat je aku mintak dia tolong tukar kan battery keta tu.
Melayang lah jugak duit aku  di hari jumaat Yg barakah semalam tu dek beli sebijik battery baru.

Kira Nasib baik jugaklah  battery tu sampai ajal time aku dah masuk parking.
Kalau dia buat Hal Kat depan traffic light tengah2 jalan senawang tu tak ke haru biru .
Tak pun time aku nak balik lepas hantar princess aku tuisyen malam tadi.
Haaaa....Berjoging le aku malam malam buta tu balik umah jawapannya.












Wednesday, April 9, 2014

Kobun belakang dapur.

Assalammualaikum....


Dah lama aku tak story pasal pokok pokok aku kan.
Kali ni tak nak citer pasal pokok bunga tapi nak citer pasal pokok herba la pulak.
Sejuk dah renovate dapur tahun lepas aku dah mula bercucuk tanam Kat belakang umah tu.
Sebelum ni semua pokok2 herba kegunaan dapur aku letak Kat depan sekali dengan pokok2 bunga tu.
Jadinya bila nak memasak tu satu koje pulak aku nak berjalan ke depan petik daun kari, daun kesum, halia dan sebagainyalah.
Kita ni bekerja kalau boleh nak lagi cepat siap kerja memasak tu pasal banyak Hal lain lak nak di buat lagi.
Tapi dalam masa Yg sama nak Guna bahan2 Yg fresh Dari ladangkan .
Ha nikah caranya hijrahkan semuanya ke Belakang dokek dgn dapur tu tinggal petik je lagi.

Diantara Yg dah berhijrah ke belakang umah ialah...



Kunyit - aku tanam Dari kunyit Yg aku beli Dari pasar tu , memula tu macam  segan je daunnya nak kuar sekarang ni dah besar gedabak lak naik geram je mata aku nengoknya ...campur dgn rendang daun kunyit ni sodap gak kan.


Serai - serai ni dah hampir togel aku kerjakan, mana taknya rimbunnya tak lah sebanyak mana peh tu asik kono tarah jee Kat aku, Masak tomyam, gulai ayam, rendang semua aku rembat Dari sini je tak sempat membesar kawan tu aku koje kan.


Daun kesum - haha..cik kesum aku ni merajuk gamaknya ...hari tu dia duk satu bekas dgn serai tu elokkkk je dia méngembang bawah daun serai Yg miang tu , di sebabkan aku nak tengok dia merimbun bagai kan juara aku alihkan dia dalam bekas ni biar hidup sendirian tak payah berebut... Sekali ko terus ekkk... Terkulai layu dalam tong cat Putih tu...kuciwa diri ku Ini...tp sejak beberapa hari asyik ujan je petang2 ni Elok lak hidupnya sebatang dua tu... Semoga dia terus hidup untuk berbakti pada asam pedas ku nanti..aminnnn !!

Ketumbar jawa, kari dan limau purut serta pandan masih di depan Belum ada masa nak isi tanah dalam bekas baru untuk letak Kat belakang... Oh ya halia juga di depan dalam proses kurantin lagi pasal Yg tu pun aku keluar kan Dari rumpun serai tu gak...heran aku bila di letak bebanyak dalam satu bekas Elok je hidupnya bila dah diasing2 kan semua macam segan silu je nak idup..sunyi kottt ..


Ini rendang ayam tak tanam tapi aku Masak dek geram benau tengok daun kunyit tu maka merendang lah aku hari ahad lepas. Semangkuk  daun kunyit aku tabur Kat ayam tu.. Baru pueh hati den.

Sunday, April 6, 2014

Uncle jack.

Assalamualaikum ...




Kali pertama aku ternampak kewujudan restoran uncle jack dlm pasaraya giant senawang ni aku rasa macam tak best jeeee food dia.
Pastu orang macam tak ramai jee Yg makan Kat situ.
Tempat tu lenggang aku fikir apa ke hal lah ko bukak tempat makan ala ala kepce kt dalam ni .
Tak do orang pun nak singgah makan macam tak laku je ayam Pak cik jack ni.




Sampailah aku di hasut Kat ank bujang aku ni berkali kali ajak aku makan Kat sini.
Katanya " kawan mey kata sedap miii...kawan mey dh selalu g makan Kat sana...siap eskrim lagi ada sup.. Jomlah ummi belanja mey makan ayam uncle jack tuu"
Di sebabkan jarum Yg di gunanya cukup tajam untuk mencucuk aku maka termasuklah gak lah aku ke sana .


Tak sangka begini ramai Yg beratur tggu giliran.
Aku kena beratur pun dekat spoloh minit gak pasal ada sorang akak tu bungkus dekat 10 pack nak bawak balik kendurikan ayam tu Kat rumah agaknya.
Aku dh rasa nak balik je dah dek lengguhnya kaki beratur lama2 tapi dek kesiankan anak bujang aku tu makanya ku gagahi jugak lah kaki ku Ini berbaris dgn dyorang semua.

Sepatutnya dyorang bukak satu g kaunter Yg khas utk menapau saja mcm Pizza Hut tu.
Bila di asingkan  kaunter tu x dolah org Yg dah kebuluran Nk makan Kat situ tggu lama sangatkan.
Bab servis  agak slow tapi taste hidangan excellent ... Ini pendapat dan pengalaman aku Yg sakit hati menunggu sambil berdiri lama sangat ari tu.
Dah lah ujung minggu gerenti ramai Yg serbu Kat sini lepas penat mencari barang kt dalam giant tu.




Yg ni aku tapau bawak balik pasal dh dekat Maghrib malas Nk duk lama2 Kat situ setakat temankan si bujang je Yg sibuk nak mkn Kat dalam tu jugak.


Ini set biasa Yg aku ambik .
Dalam set ni x do karipap Yg korang nampak tu aku  order karipap asing2.
Sebungkus nasi , satu mangkuk sup, SOS cili dan duo kotul ayam goreng ala2 kepce tu.
Nilainya 5 hinggit termasuklah secawan air bikarbonat berperisa pilihan korang sendiri.
Ada gak set mcm ni cuma seketul ayam je hanya 3.50rm klau aku tak silap.
Ada gak set chicken chop serta set kanak2 serta kuih karipap .
Kiranya ok gak lah kesedapannya harga pun tak mahal...karipap pun sodap.

Tulahhkan tak kenal maka tak cinta.
Dah makan terus aku terjebak nak makan Kat sini lagi.
Rasanya kepce Kat luar giant tu leh le bersiap sedia dengan persaingan sengit ayam encik jack ni.





Thursday, April 3, 2014

Masak lomak cili API ikan sembilang Salai campur belimbing buluh.

Assalamualaikum...

Cewahhh.....  tajuk tak hingat panjang berjela -jela.
Dah macam Nama resepi chef Bruce lim dlm the boss Kat afc tu dah.


Okey macam biasa kalau ayie balik kampung ikan sembilang Salai yang dicarinya.
Katanya Kat jb tak ado sembilang Salai ko puyuh Salai ko daging Salai ko itik Salai ko.
Yolahkan makanan Yg bersalai2 ni dah sinonim dongan orang nogori ni kan.
So kalau nak makan bersalai Salai bagai ni balik lah ke nogori tanah adat ni.
Eh tapi aku terbaca dlm blog kak jee fauziah samad tu Kat KL dah ada orang kolo pilah Yg buat Salai menyalai ni semua.
Fresh tau bukannya Yg dah lama Salai tu korang boleh Dapat daging Salai Yg masih berasap lagi tu.



Zura wife ayie beli 8 ke 9 ekor ikan sembilang basah Kat pasar .
Peh tu kitorang Salai sendiri Kat umah..ada je jual Yg bersalai tapi  Kita orang terlebih rajin nak Salai sendiri Sebab rasanya Lebih manis dan sedap.
Lagipun lepas Salai nanti terus je masuk dalam kuali bersama dengan kuahnya.


Ikan tadi dibersihkan dan di perap dengan garam dan asam limau kasi hilang itu hanyir sama lendirnya.
Peh tu baru di lumur dgn garam halus dan kunyit waktu menyalai tutup dengan daun pisang jgn kena habuk.


sementara Tunggu ikan Masak di Salai Kita siapkan lah bahan untuk kuahnya.
Segenggam cili API kampung di tumbuk bersama kunyit hidup ,garam Kasar dan bawang Putih.
Sesetengah orang nogori tumbuk kunyit hidup dgn garam dan cili Jo tapi mak aku letak bawang Putih sedikit Katanya untuk mewanggikan gulai tu.
Bab cili API tu kasi lobihkan sikit pasal org nogori suka makan podeh berapi  tapi kalau tak tahan boleh lah di kurang kan cilinya tapi rasanya kurang "kick" lah bak Kato omputih ea.
Tumbuk pakai losung Batu tak do blender2 dohh nek moyang Dulu Masak hontak dgn Batu ni Elok je sodap ea.


Masakkan santan yang diperah Dari dua bijik kelapa kampung bersama bahan tumbuk tadi serta belimbing buluh Yg dihiris nipis.


Kacaunya selalu hingga mengelegak kalau tak kuahnya  bertaik minyak tak cantik.



Haa ni dia sembilang Yg dah siap di Salai tadi.
Time ni ko dah leh makan macam tu je pun tetap sedap tauuu.
Bak kata anak buah aku Dak iman tu "ermm terasa kemanisan gula melakanya"
Tapi aku tukau ayat " ermm terasa kemanisan daging salainyaa "


Sekarang tiba masanya untuk di masuk kan ikan tadi .
Kacaunya sekejap Jangan lama2 nanti hancur daging ikan tu.


Bila dah cukup Masak rasa lah asam garam ya kalau dah ok ikut tekak korang padam kan API dan boleh lah dihidangkan bersama nasi panas.


Tu dia juadah kami adik beradik pada hari minggu 30 Mac 14 Yg lalu.
Hasil air tangan mak kami tujuh beradik makan hingga menjilat jari uuuu...
Kalah kepce Kat pokan klawang tu.
Lauk sampingan Yg lain ayam Masak kicap dengan tumis air cendawan tiram.
Yang tu tak sompek ambik gambar pasal porut sey dah kebulur bona.
Ambik pinggan senduk nasi ambik lauk dan...
Bismillahhhh laju je tak pandang kiri Kanan dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails