Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 30, 2010

AWAS PEMBUNUH UTAMA WANITA


Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera. 
1. Benjolan
Gejala Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui pemeriksaan mammograph.
2. Pembengkakan
Biarpun tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan payudara membengkak.
3. Iritasi kulit
Gejala Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau puting yang memerah, tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.
4. Nyeri di bagian puting
Kista di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan kista dengan sel Kanser.
5. Puting tenggelam (nipple retraction)
Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.
6. Cairan aneh di puting
Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.
7. Pembengkakan kelenjar getah bening
Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.

Sumber: Dari blog DI AMBANG MAUT


SALAM UKHWAH:




 

Entry sedih....SI MIMIE pergi meninggalkan kami.

Aku tak boleh nak kata betapa sedihnya aku hari ni.....anak kucing kesayangan PRINCE si MIMIE pergi meninggalkan kami semua !!



 MIMIE dalam kenangan

Anak-anak aku dan Mimie aku hantar balik kampung malam sabtu hari tu....cuti sekolah dah bermula jadi mereka nak duduk-duduk kat kg.....bila sampai je kat rumah mak aku PRINCE letak mimie  kat ibunya....waktu tu ibunya mencium anaknya dan menyusukan MIMIE....seronoklah kami tengok ibunya masih kenal anaknya lagi....mereka berdua bermain-main dan tidur bersama malam tu.

Siang ahad tu MIMIE asyik menyusu sahaja dengan ibunya....kurang makan nasi tapi dia masih cergas berlari dan bermain.....macam biasa keadaannya dah tentulah kami tak sangka dia sakit ke apa ke.

Tengahhari semalam hari isnin PRINCESS beritahu MIMIE muntah 2 kali tak mahu makan nasi dan hanya menyusu....aku tak syak apa-apa sebab sebelum ni aku pernah tengok kucing muntah...lagipun aku kat ofis...aku sangkakan dia sakit perut dan akan baik seperti biasa.

Malam tadi PRINCE telefon bagitahu MIMIE tak aktif lagi...hidung berubah warna coklat dan waktu tidur air liurnya keluar.....dia mengesa aku balik nak bawa ke klinik takut kalau MIMIE mati....dah tengah malam mana ada klinik haiwan bukak lagi kat kampung tu so aku pujuk suruh tunggu pagi esok sahaja!

Pagi ni HUBBY bergegas pulang ke kg seawal 7 pagi...nak bawa MIMIE ke klinik..tapi sayang sebaik HUBBY sampai sahaja...MIMIE menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan HUBBY, PRINCE dan PRINCESS serta adik ,mak dan abah aku kat kg tu....mereka telefon bagitahu mimie dah pergi buat selamanya.

Aku tengah drive kereta ke ofis.....sebak hati aku sedih sangat walaupun dulu aku tak suka kucing tapi MIMIE dah kami jaga,manjakan,mandikan dan dia makan nasi yang aku gaulkan sendiri dengan tangan aku selama 3 minggu dia bersama kami....aku sangat sedih!!!!

PRINCE menguburkan sendiri MIMIE dan di bantu oleh HUBBY....dia menangis seperti orang mati anak....aku tak ada kat sana kalau tak aku pun menangis sama macam dia menangis....selepas ini kami tak dapat lagi dengar MIMIE mengiow...bermain dan berlari dalam rumah aku....dan yang aku tak boleh lupa bila MIMIE lapar dia akan mengiow dan memandang kearah aku macam bercakap dengan aku memberitahu dia lapar dan nak makan.....bila dia nak "membuang" dia akan mengiow kat pintu seperti suruh kami buka pintu dan dia akan berlari ke kotak pasirnya...kini semua tinggal kenangan....terlalu singkat masa yang diberikan kepada kami untuk bersama MIMIE.


Hari ini MIMIE berkongsi tarikh kematiannya dengan tarikh lahir  MY HUBBY 30 November 2010.....semoga MIMIE tenang di syurga sana !!

CN : Kali pertama aku rasa terlalu sedih dengan kematian seekor binatang peliharaan!




SALAM UKHWAH:

Monday, November 29, 2010

Detikan hati tidak bawa cerai

 SAYA mempunyai seorang rakan lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Isterinya seorang yang suka merajuk, cemburu buta dan malas memasak serta lebih suka membeli makanan di kedai.

Rakan saya pernah bercerita beberapa kali hatinya terdetik untuk menceraikan isterinya apabila dia marah. Adakah sah cerai itu Dr?


SIMPATI
Selangor



DETIK atau getaran hati semata-mata tidak menjatuhkan cerai kepada isteri. Ia tidak lebih lahir daripada rasa hati sahaja.

Secara umumnya perceraian berlaku apabila suami melafazkan talak (1) secara sarih atau nyata yang tidak memerlukan niat seperti lafaz: "Aku ceraikan engkau dengan talak satu." (2) atau suami berkata secara tidak nyata (kinayah) seperti: "Engkau boleh pergi dari sini." dengan maksud cerai.

Cara kedua memerlukan pengakuan pihak suami mengenai kata-kata berkenaan. Seorang suami sepatutnya bersabar dengan kerenah isteri.

Kedua-dua pasangan dinasihatkan bersikap waras dalam bergaul antara satu sama lain. Sikap amarah patut dikawal supaya tidak menyesal kemudian hari.

SUMBER: My Metro (Soal jawab bersama Dr Salam)


SALAM UKHWAH:

Sunday, November 28, 2010

Award dari CITARASA RINDUAN


SAPA PUNYA CANDY NI....?????

Ini aku punya....di datangkan khas dari kulai johor....baru kejap tadi aku pergi ambil candy ni kat kulai, Johor....terima kasih lah CITARASA RINDUAN yg sudi bagi award ni untuk aku....dah tentulah seribu kali aku suka kaaaannn.....hehe!!

Nampak sedap...warna pink lagiiiii...tapi tak leh makan....kalau aku jalan-jalan ke selatan nanti bolehlah singgah kedai makan CR ni...minta dia belanja yang betul-betul punya nanti...boleh ke CR ??

Satu lagi nak ucapkan tahniah juga kepada RUHAYU RAZALI kerana blognya CITARASA RINDUAN ini tercalon sebagai salah satu calon dalam kategori BLOG PERSONAL ISTERI PILIHAN di dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010.

Semoga kejayaan mengiringi teman blogger aku ni!!

CN: Satu penghargaan buat aku yg baru bertatih .


SALAM UKHWAH:

Saturday, November 27, 2010

Petua anak soleh/solehah.

Dah lama dah aku tak masukkan N3 petua kat sini kan.....okkk hari ni hari sabtu nak kongsi satu petua yang sering diamalkan oleh seorang kawan aku.....Alhamdulillah anak-anaknya semua menjadi....itu yang kita harap kan sebagai ibubapakan?

Di bawah ini ada petua yang patut di amalkan oleh semua ibubapa dan bakal2 ibubapa .

1.Sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya  (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibubapa yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang  1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niatkan dlm hati mohon pada Allah: "Ya Allah  permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak ketika mereka pergi ke sekolah. Telapak tangan anda  ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.


CN : Ibubapa adalah guru dan idola terbaik untuk anak2.


SALAM UKHWAH:

Friday, November 26, 2010

SEGMEN : Saya suka blog awak la.....


Sekali lagi menyibukkan diri dalam segmen En Ben (link) ni...kali ni dia kasi homework  SAYA SUKA BLOG AWAK LA... ramai dah yang buat...aku baru nak buat..huhu!!

Kat bawah ni 5 blog yang menjadi pilihan aku dan ada diantaranya aku dah ikuti sebelum aku berblogging lagi...haa masuk..masuk...sila baca...sila baca....!!!


Blog cheff wanita dari kerteh,Terengganu ni aku dah selongkar sejak 3 tahun lepas....pastilah kerana menu masakannya yang simple dan mengancam...sebenarnya aku termasuk blog ni dulu waktu cari idea nak buat makanan utk menu MEJA BERADAP pengantin waktu tu dia masih guna website fotopages lagi.


Sapalah yang tak kenal dengan orang sedenak ni...semalaya dah kenal dah termasuklah luar malaya...ini jugak blog febrate aku sejak 3 tahun yang lalu...belum ada blog sendiri waktu tu tapi suka intai2 blog orang...dan dari dapur ini jugaklah aku tergerak hati nak buat blog sendiri!


Awek cun ni suka terjah blog aku dan aku pun sama gak suka terjah blog dia....kagum dengan semangatnya berbisnes walaupun masih muda....dia salah seorang yg suka tinggalkan komen...lawa wei anak dara utara ni!!


Dia ni salah seorang yang terawal menjadi follower aku....suka baca N3 yang macam-macam kisah tu...mula-mula dulu ingatkan dia buat koleksi pengantin atau perkahwinan rupanya tajuk blog aje macam tu....dia ni pun buat bisnes online jugak .


PENDEKAR BERKUDA

Suka pergi blog dia ni sambil naik kuda terbang..hahaha (acah jee..!!)...aku suka dengan gaya bahasanya yg bersahaja...polos...tak susah otak nak pikir apa dia tulis...dan komennya terbuka tapi ikhlas...ada kala N3 nya pedaaass tapi beralaaasss ....yaa dia selalu dtg rumah kecil aku ni  sejak akhir2 ni.

Ada banyak lagi blog-blog yg aku suka tapi MR SIFU tu nak 5 je tak leh engkar kang kena sumpah....segmen ni aku tahu dari blog aku sendiri sebab blog EN BEN ni sentiasa aku pantau setiap masa dalam blog aku ni.
 

SALAM UKHWAH:

Rahsia 13 rukun solat.

 Salam Jumaat hari penghulu hari.....


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
     Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
     Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
      Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
      Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
     Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
     Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
     Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
     Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
     Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
       Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
      Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
      Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
     Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "


SALAM UKHWAH

Thursday, November 25, 2010

Usia muda hanya sekali.

"Byk sgt bunyi yg kdengaran di telinga sy.. ala  x yah fikir2 sgt masa depan.. enjoy jer skrg.. tp.. smpai bila nk enjoy?? boleh bawa ke mati ke??? klu jwb cegini mau terbuntang mata member2 tu.. heheh!! " 
Dialog kat atas tu adalah luahan hati seorang rakan aku...beliau seorang ibu muda ada anak seorang. 
Bagi aku....jika hari ini sewaktu usia masih muda kita berniat untuk melakukan sesuatu untuk masa depan yang lebih baik...teruskanlah!!
Jangan peduli sagala cakap mak nenek yang menghasut kita agar BER enjoy-enjoy dulu  dengan alasan masih muda...lama sangat ke kita ni muda ??...pejam celik pejam celik dah bertambah kedut-kedut di muka tu sedangkan kita langsung tak buat apa-apa utuk hari tua kita....hari ini bila kita senang ramai kawan ketawa tapi esok lusa di saat mendung hitam menutupi kehidupan tinggallah kita keseorangan!
Lagipun apa yang kita lakukan hari ini untuk kebaikan keluarga kita sendiri,anak-anak serta suami/isteri bukan untuk sesiapa yang tak ada kena mengena dalam hidup kita ni.
Sewaktu muda ni kita usahalah lebih sikit.( lagi banyak lagi bagus..). Sewaktu tenaga kuat dan badan sihat cari duit utk kumpulkan harta..beli rumah sendiri,kereta,tanah dan buat pelaburan tetap untuk masa depan....dah tua nanti tak payah nak mengadap hutang sana sini....yang penting ada kediaman sendiri tak payah menyusahkan anak menantu......sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan berlaku 10 atau 15 tahun akan datang.Jangan mengalah bila mendengar kata-kata negatif lebih-lebih lagi  orang2 yang tak suka tengok kita lebih maju dari dia.
Oleh itu beringatlah sewaktu muda ni jangan asyik nak enjoy je sebab jika terlalu enjoy akan merugikan diri kita sendiri...betul tak ??
CN : Siapkan payung sebelum hujan...ni dah masuk musim tengkujuh ni!!
 SALAM UKHWAH:
 
 
 
 
 

Wednesday, November 24, 2010

Sensitif sangatlah pulaak !!

Between You and ????
23 November at 15:52 Report
salam. Izah keje di mana skrg ni?. Tnggal kat mana?
Ariezah Aris 23 November at 16:13
Wlksalam...keja & tggl di snwg...dh jd org cni dh kak. 
23 November at 16:52 Report
tau la keje tp kojo apo?. Snawang 2 luas kat mana lokasinye?
Ariezah Aris 23 November at 17:00
Tukang cuci longkang....tggl dpn giant ni ha!
23 November at 17:03 Report
aik marah ke akk tanye!. X ikhlas je jwb!.. X pe la!!

Tuesday, November 23, 2010

Aku sanggup curang jika kau dah tak mampu !!

Dah lamaaa dah aku bersabar...walau apa yang berlaku aku tetap sabar dengan karenah mu....di saat aku amat memerlukan kau lari-lari.....macam sengaja menguji kesabaranku.....kau ambil kesempatan diatas kesabaran ini.

kau hilang bila aku terasa seronok menziarahi rakan-rakanku......kau buat perangai bila aku ingin menulis sesuatu di sini.....kau datang dan pergi sesuka hati mu....teruji kesetiaan ini!


 Aku dah ambil keputusan....setelah berhari-hari memikirkannya.....aku sanggup....sanggup untuk berlaku curang dan....mungkin akan melepaskan mu...aku ingin mencari penganti mu yang lebih berkemampuan dari segala segi !!!!


 Jangan kau salahkan aku jika ini betul-betul terjadi nanti.....aku perlukan jaringan internet yang lebih lancar bukan tersangkut-sangkut......kerana itu amat penting di saat aku blogwalking dan update blog aku ini.


Wahai CELCOM BERUKBEN ku....aku dah tak sanggup.......tak sanggup pisang emas ku berbuah berkali-kali !!!


CN : Jangan maree...hehehe!!!



SALAM UKHWAH:

Monday, November 22, 2010

Takewando up level .

Semalam My Prince kena buat presentation untuk latihan taekwandonya untuk naik ke level 2......sepatutnya dia buat ni semua bulan jun yang lepas tapi kerana aku dah buat persiapan untuk MAJLIS BERKHATANNYA terpaksalah buat presentation ni bulan ni.....baru 8 bulan dia join kelas taekwando ni.

Ibubapa yg datang berikan sokongan kpd anak-anak mereka



My prince yang dah mula bersemangat untuk buat presentationnya.



Kategori remaja pulak.....salod lah aku dgn dia orang ni tak malu untuk belajar walaupun bersaing dengan kanak-kanak. 


 Haa...hati dah senang balik rumah mengadap anak kucing dia lah pulak !!


CN : Aku GAGAL utk meng uploadkan video yg dah aku rakam sewaktu prince buat presentation hari tu kerana BB aku sangat leeeeembab....gambar2 ini saja yang dapat aku paparkan di sini.

SALAM UKHWAH

HAPPY 14th ANNIVESARY !!



Hari ini tanggal 22 NOVEMBER 2010 genaplah 14 tahun aku bersama HUBBY tercinta dalam melayari alam rumah tangga yang penuh cabaran dan dugaan serta pahit dan manis kehidupan .

Kehidupan kami di serikan dengan kehadiran 2 orang putera dan puteri kami yang kini sedang membesar.


 Doaku siang dan malam agar penyeri hidup kami ini menjadi anak yg soleh dan solehah.


Semoga mahligai yang terbina lebih sedekad ini akan terus berkekalan ke akhir hayat dan anak-anak kami berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Setiap susah dan senang kita tempuhi bersama dalam gelak,tanggis dan ketawa.Semoga keluarga kecil ku ini sentiasa di berkati dan rezeki kami di permudahkan setiap masa....AMIIINN !!!!


CN : Alhamdulillah dengan setiap rezeki  yang  telah kami milikki hingga ke hari ini.


SALAM UKHWAH:

Saturday, November 20, 2010

Berkejar-kejaran dengan Mr Masa.

Semenjak dua tiga hari ni aku dah rasa macam nak tercabut segala sendi-sendi aku ni.......apa tidaknya terpaksa berkejar-kejaran mengejar masa yang aku rasa terlalu cepat berlari sekarang ni.


Balik dari kerja aku dah bergegas ambil PRINCESS.......itu pun dah pukul 5.30pm sampai kat rumah.....pastu masuk bilik air mandi,sembahyang asar dah pukul 6.00 lebih dah.....aku bersiap dan bergegas lak pergi jemput PRINCE kat sekolah (sekolah sesi petang )......sampai kat rumah dah pukul 6.30 petang......berkejar pulak ke dapur nak masak pastu makan dah dekat 7.30 malam berkejar pulak sembahyang maghrib ( waktu maghrib kan tak lama).


Kelam kabut betul aku di buatnya semenjak HUBBY tukar kerja lain ni....kalau dulu aku tak payah susah2 ambil  PRINCE pasal hubby yang akan ambilkan tapi sekarang hubby balik pun dah dekat maghrib...akulah pulak yang kena buat semua ni....bila dah malam aku  rasa nak tergolek separuh pengsan dah berlari kesana kemari mengejar masa!

Sekarang dah masuk cuti sekolah......okeylah boleh rileks sikit.....tapi tahun depan??


CN : Aku rasa mak aku dulu pun tak sesibuk macam aku ni!!


SALAM UKHWAH

Friday, November 19, 2010

Gambaran Hari Qiamat


Salam jumaat hari penghulu hari........

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


SALAM UKHWAH:

Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?

Salam Aidiladha....!!


Tak tahu apa nak buat.....tetiba teringat contest EN BEN ni....mulalah terasa gatal tangan nak join sekali.....saje2 nak memeriahkan lagi blog dia yang dah sememangnya meriah tu.....


Sapa -sapa yang berminat tu leh masuk SINI.....ok ini aku punya cerita berdasarkan gambar-gambar yg di beri!


Pagi-pagi bangun tido dah menung tepi katil dah....pikir apa nak tulis dalam blog...mandi pun belum gosok gigi pun tidak....otak dah merapu-rapu kat blog.....muka pun dah macam nasi basi...idea...idea...idea !!!


Dah mandi excercise dulu...badan sihat otak cergas....okey ikatkan badan anda pada dua kusyen ni pastu buatlah sesuka hati asalkan senonoh...1...2...3...4.... sambil tu pikir juga...idea...idea...idea!!!!!

Breakfast time....nak makan berat-berat tak lalu...makan buah jolah....otak den koring kontang gi ni.....adooiii makan pun dah tak betul haaa...!!!

Nyanyi jap....kasi rileks itu otak.....tapi idea kering jugak !!!!



Haa...ikut mama pergi shopping mana tau dapat lak idea kat tengah jalan ke...dalam pasaraya ke.....atau masa tengah ngurat si mamat ni ke.....he he he!!!!! (buat gelak mengada-ngada)

Yeeeessss.....dah dapat idea daaahhh.....senyum paling mengoda dari aku ni.....aku nak tulis sekarang...nak tulis....kang biarkan lama-lama terperap dalam kepala ni idea aku hilang balik....sooooo......


Bukak lappy aku....masuk blog EN BEN....dan join le contest dia niiii....apa susah dah ada dah entry aku untuk hari ni....okey tak EN BEEEENNNN !!!!!


Dah....kerja aku dah siap dah....aku  nak masuk dapur lak potong daging korban yang aku dapat semalam....nak buat daging masak halia.... sambil-sambil masak kang nak pikir N3 untuk esok lak...!!


SALAM UKHWAH:

Tuesday, November 16, 2010

Selamat menyambut AIDIL ADHA...!!

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA PENGUNJUNG2 RKTS



- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

 - Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
 Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

 - Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
 Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

 - Orang perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. 
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.


Sumber:
http://www.facebook.com/tazkirah

SALAM UKHWAH:

Monday, November 15, 2010

Tetiba lak aku teringin.........


  Haa...tetiba lak ari ni aku teringin nak minum ice cream soda ni !!

Aku bukannya jenis yang suka minum air dalam tin ni......apalah lagi air yg bergas...banyak keburukkan pada kesihatan....selain dari kandungan gula yang tinggi ia boleh merosakkan tulang jika di minum selalu.....tapi hari ni tetiba le pulak teringin nak minum !!

Tetapi yang aku tak boleh tahan bila masa sendawa tu......menyengat kat hidung rasa macam nak tercabut segala yang ada kat dalam hidung tu......tu yang aku heran tu macam mana ada orang yang suka sangat meneguk air bergas ni hari-hari......tak rasa lemas ke kat hidung tu bila sendawa??

My prince selalu komplen kat aku kenapa tak bagi dia munum air coke atau segala jenis air bergas sedangkan DANIA ( sepupunya) boleh lak minum selalu?

Adik aku tu tak kisah pun kalau anak dia minum air macam tu pasal Hubby dia pun suka minum hari-hari....tapi aku ambil kisah benda-benda macam ni......sebab banyak keburukkannya terutama pada kanak-kanak.

Tetapi kerana lama dah tak minum aku teringinlah sangat-sangat nak minum ice krim soda ni....dan akibatnya terpaksalah tahan seksa bila sendawa.....!!!


CN :Kalau anak aku baca statement ni mesti kena komplen lagi!!




SALAM UKHWAH

Sunday, November 14, 2010

Tak reti-reti ke nak pasang signal tuu !!!

Hai kawan-kawan......hari ni hari minggu mesti syokkan rehat-rehat kat rumah.....atau pun jalan-jalan dengan keluarga.....inilah hari untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Pagi-pagi minggu ni kalau drive kat jalan raya memang seronok pasal jalan lenggang je....maklumlah ramai yang bangun lewat hari minggu ni. Tapi yang buat hati panas bila jumpa pemandu-pemandu yang langsung tak beretika.....tak tahu ke nak pasang signal bila nak masuk simpang?

Kita ni beria-ia lah berhenti nak bagi laluan kat dia.....ingatkan nak jalan terus tetiba melencong lak ke kanan atau ke kiri.....tak ke hangat hati....ataupun jenis pemandu macam ni tak tahu undang-undang jalan raya ?

Kalau dah lupa apa yg belajar dulu bawak-bawaklah buka balik buku memandu  tu dulu.....jangan kerana sikap acuh tak acuh tu mengundang padah pada diri sendiri dan orang lain.

Lampu signal yg terpasang kat motor atau kereta tu ada fungsinya bukan setakat aksesori kenderaan !!

CN : Nk cadangkan cipta signal automatik.....leh tak?

SALAM UKHWAH:

Saturday, November 13, 2010

Vegrow Capsule’, ubat batuk ‘NCHK Pil Zhi Ke’ kandung racun berjadual.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat mengelak dari membeli dan mengguna dua produk tradisional iaitu ”Vegrow Capsule” dan ”NCHK Pil Zhi Ke” yang telah dibatalkan pendaftarannya setelah dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, pendaftaran produk ”Vegrow Capsule” yang digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan untuk kesihatan, dikesan mengandungi racun thiodimethylsikdenafil (analog sildenafil).

"Sildenafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Sildenafil atau analognya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Pemegang pendaftaran bagi produk ”Vegrow Capsule” ialah sebuah syarikat di Selangor dan produk dikilangkan juga di Selangor.

Penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serious seperti kesan kardiovaskular (contohnya kematian cardiac serta merta, kegagalan jantung, hypotensi postural, berdebar, susah bernafas, pendarahan cerebrovaskular), katanya.

Sumber : BERNAMA

Friday, November 12, 2010

Bulan ini bulan Zulhijjah.

Salam jumaat hari penghulu hari.....


Kedatangan Zulhijjah janganlah disia-siakan terutama bagi kita yang tidak berpeluang untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W telah memberitahu kita bagaimana kelebihan bulan Zulhijjah terutama sepuluh hari pertama, hari-hari tasyriq dan lebih utama ialah hari Arafah.

Kita digalakkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan segala amalan soleh yang lain. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa akan berlalunya tahun bersama bertambahnya umur kita dan semakin hampir kematian kita. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan menambahkan bekalan akhirat kita.

Pesan ulama' bahawa orang yang paling cerdik ialah mereka yang menyediakan bekalan untuk hari-hari selepas matinya dan orang yang paling bodoh ialah mereka yang berseronok mengumpul habuan untuk hari yang pasti akan ditinggalkannya tanpa mempedulikan hari akhiratnya.

Di sini dinukilkan 2 hadis yang memberitahu kita mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zuljjjah dan fadhilat berpuasa pada hari Arafah.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.

Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi


SALAM UKHWAH

Thursday, November 11, 2010

Hujan Dan Aku atau Aku Dan Hujan ???


 Lebat betul hujan kat luar tu...tengah2 hari macam ni kalau hujan lebat memang seronok....tapi bertambah kejung le aku dalam ofis ni ha....dah lah air-cond ni sejuk tambah lak dengan hujan lagilah aku sejukkk!!

Aku suka tengok hujan....kalau kat rumah aku akan duduk tepi tingkap tengok hujan turun sampai berhenti....yamg paling bagus hujan ni tolong siramkan pokok2 aku kat luar tu.....dah jimat masa aku menyiram pokok kan....lepas hujan berhenti suasana nyaaaaman sekali...ala-ala scotland gituuu !!!



Dulu mak aku cakap masa aku nak keluar tengok dunia ni pun hujan turun lebat mencurah-curah....sampaikan mak bidan yang datang kerumah nak sambut kelahiran aku tu basah kuyup dek hujan....tapi bila aku lahir je hujan yg lebat tu terus berhenti...dah macam cerita ala-ala bangsawan lak kan...tapi betul apa kalau tak caya leh tanya mak aku kat kg tu !!



 Dan...masa hari pernikahan aku juga waktu tu hujan....sampaikan HUBBY di payungkan sampai ke dalam rumah.....lepas akad nikah hujan berhenti....tulah pasal aku suka sangat dengan hujan....dah terkena badi hujan kot !!

TAPII...My Princess takut lak dengan hujaaaaann.....tambah lak lagi kalau ada guruh dengan petir....duk nyurok dalam biliklah sambil tutup  2 2 telinganya dengan bantal......apalah punya manusia.....macamlah dulu lahir kat planet marikh......rimas aku  !!


CN : Semua ni di sebabkan aku lahir dan nikah bulan November maaa...dah masuk musim tengkujuhkan...apa nak heran !!!

SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails