Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, November 4, 2010

Aku hampir-hampir mengalah.....


Aku tak pernah bela kucing dan tak berminat dengan binatang berbulu....tapi itu bukan bermakna aku tak suka langsung dengan haiwan peliharaan.....aku suka jiga tengok kucing2 yang comel.....dan aku sendiri ada akuarium ikan 4" panjang di rumah aku sendiri ( suka bela ikan jee ).....cuma aku kurang gemar dengan binatang berbulu yang perlukan penjagaan rapi ni.

TAPIII...kerana anak aku.....aku buang prinsip aku tu ketepi !!

Semalam aku pujuk My Prince hantar balik anak kucing tu ke kg...dia menangis meleleh-leleh air matanya.....
Dia tanya dia nak main dengan siapa kalau anak kucing tu tak ada ?
Dia cakap dia sayangkan anak kucing tu!!
Dia cakap kucing tu buang n****nya dalam kotak pasir di sediakan dia tak kotorkan rumah.
(sejak aku bawa balik kesini memang tak pernah anak kucing tu membuang merata-rata.)
Dia cakap malam-malam kucing tu tak bising lagi macam mula-mula dulu kita semua pun leh tidor.
Dia cakap dia dah uruskan kucing tu macammana yg ummi suruh buat !!

Aduuhhh...aku lak yang nak nangis dengan drama mcm ni!! (sebenarnya aku pun dah mula sayang dengan anak kucing tu..)


Tadi aku tanya kawan-kawan kat ofis ni cammana nak ajar kucing tu buang n**** kat dalam longkang asalkan hidung aku tak leh terbau bau tu lagi.......cammna nak ajar dia tahan perutnya sampai aku balik dari kerja.....cammana nak buat kalau aku tak ada kat rumah 2 ke 3 hari.....cammana nak elakkan semut masuk dalam sangkar kucing tu bila aku letak makanan dalam tu bila aku tak ada di rumah.....heeyyy macam-macam soalanlah aku tanya pasal....aku tak ada pengalaman benda -benda ni semua....jadi kena bertanya pada yg pakar !!

Ni semua pasal anak aku !!

Bau makanan kucing yg di jual di kedai tu pun aku tak boleh tahan apa lagi bau n****nya tu....tu aku letak sangkar kucing tu kat luar tu bkn dlm rumah.......hidung aku ni sensitif sangat dengan bau-bau aneh ni......tu pasallah aku lebih suka bagi anak kucing tu makan nasi je......aku tak suka bau makanan kucing yg di jual kat kedai tu apalah lagi bau yg satu g tu !!

Aku harap nasib menyebelahi My Prince.....Balik rumah kang nak suruh anak aku train anak kucing tu "membuang" dalam longkang.

CN : Aku perlukan lebih banyak lagi kesabaran! 


SALAM UKHWAH:

2 comments:

hans said...

hahahaha
like my mak...

P/S: Alor Setar! Flight! Banjir! Deepavali! Ketinggalan Betul Aku!

CT NoArIzAh ArIs said...

Klau mak sy lagiii teruk...kucing gesel2 kat kaki pun x suka....sy ok le lagi cuma x suka bau bauan tu jeee..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails