Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, November 8, 2015

Gegar vaganzaaaaa.....

Assalammualaikum....


Dalam banyak banyak rancangan realiti hiburan yang satu ni je yang aku suka tengok.
Eh ni di kira rancangan realiti jugak keeee....

Tak kisahlah tapi yang aku suka tengok sebab lagu lagu penyanyi penyanyi  ni semua adalah sezaman dengan usia remaja aku dulu.
Rasanya yang remaja di tahun 90an mesti tak ketinggalan  tengok hiburan yang satu ni kan?
Musim pertama tahun lepas (2014) aku tertinggal minggu minggu awal rancangan sebab tak tahu.
Aku bukannya suka sangat tengok tv tiap tiap malam tu yang tak tahu tu.
Kalau adik aku tak tanya dan bagitahu sampai ke sudah pun aku tak tahu ada rancangan  yg satu ni.

Dan tahun ni Azian Mazwan Sapuan masuk bertanding untuk mengegarkan lagi gegar vaganza 2015.
Aku suka dia sebab dia sebaya dengan aku.
Aku suka tengok dan dengar dia nyanyi sejak dia muncul kali pertama dalam bintang RTM .
Kalau tak silap kami sama sama umur 12 tahun masa tu.
Aku suka semua koleksi lagu lagu dia sejak umur dia 13 tahun lagi.
Dannnnn....

Tajuk blog ini RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU adalah dari salah satu tajuk lagu dalam album Azian Mazwan Sapuan.
Tuuuu yang aku tak pernah miss setiap minggu tuuuuu......


Saturday, November 7, 2015

Testing update gunakan apps store samsung.

Assalammualaikum.....


Dah lama blog ni sunyi sepi lepas entry terakhir adik ipar aku nikah tu.
Bukan tak mahu merepek kat sini lagi tapi kerana kengkangan masa dan kesibukan dengan urusan hidup.
Malam ni time aku tengah blogwalking terjumpa lak satu blog ni yg bagitahu cara2  nak upload blog dari playstore samsung. Haa..ni yang aku cuba cuba test ni manatau senang lak guna cara ni nk update blog..lagipun tefon selalu je kat tangan kan.. lain le ipad dengan laptop tu masa2 tertentu je dapat di belek belek.....
Kita tengok dulu macam mana...kalau aku rasa selesa guna cara ni rajin le update blog...anytime...anywhere..
Tapi kalau aku rasa sebaliknya alamatkan ompek limo bulan sekali le blog ni berupdate selebihnya bersawang...hohoho..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails