Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, January 31, 2014

Medical check-up di mawar renal hospital.

Assalamualaikum...


Semalam khamis 30 January company dah start cuti tahun baru cina dah.
Maklum je lah bekerja dengan company Yg 100% Nya adalah share Chinese bermakna cuti perayaannya awallah kannn.
Rabu minggu depan baru company beroperasi semua.


Semalam aku ambik kesempatan cuti tu untuk buat medical check up .
Medical check up Ini khas untuk executive staff di atas tanggungan company sepenuhnya.
Dulu malas aku nak buat ni semua tapi sekarang bila usia dah hampir 4 series ni wajiblah buatkan.
Kang sonyap2 Jo bertapa penyakit dalam badan lagipun free je tak kan nak lepas kan peluang kottt.

Buat check up Kat panel  kami di mawar medical center hospital.
 person incharge company dh buat appoinment jadi cepat lah sikit urusan aku tu.

Memula kena ambik urine test Dulu pastu ambik darah pastu buat x-Ray.
Ha time x-ray ni Yg kelakarnya boleh lak dyorang kurung aku dalam bilik tu sorang2.
Buat x-Ray Kenalah bukak Baju Segala termasuklah tudung klau tak tak nampak le rupa paru2 aku tu.
Time aku tengah pakai Baju dan segala mak nenek dalam bilik salin Baju tu 2 org staf tu pun kluar dan tak sedar aku ada Kat dalam tu lagi.
Bila dah siap aku tengok dalam bilik tu sorang umat pun tak de lagi pintu dah berkunci.
Aku Cuba pusing2 tombol tu tapi tak boleh buka engsel pun tak boleh gak.

Hahhh sudah Dulu dah terkunci dalam bilik air umah adik aku semalam terkunci lak dalam bilik x-Ray spital.






Nasib baik le ada staf Kat luar tu terdengar aku pusing tombol pintu tu Dapat le kluar klau tak satu Hal lak aku nak kena tepon polis.













Lepas terkurung dyorang  belanja aku minum kopi....kopi koner tu dh siap dengan kuih dan biskut memang dah terse dia Kat situ untuk patient.
Maklumlah jelahhh hospital SWASTA kannn klau gomen tu Adokoooo ?
Nan adooo  okkkk.:(

Nasib le aku pose Dari malam tu sampai lah ke pagi.
Klau tak sia-sia je lah ambik darah kannn .
Tapi aku tak suka lah kopi bancuh dgn krimer ni tak sodapppp.
Yang menyihatkan memang selalu tak sodapkannn.
Kopi super power aku gak Yg best tp dek Porot den dah kebulur Dari subuh2 tadi licin gak lah kopi dengan popia tu.
Lagi lagi bondo preeee...hahaha...

Pastu gi buat C&G lak, timbang berat, ukur tinggi , check mata, blood pressure .
Last sekaliiii jumpa doctor.
Result mereka Akan hantar terus ke office.
Tu Yg tak bestnya org Len pun leh tau apo result ya kannn.
Lain le klau Kita kluar wit sendiri result pun Kita sendiri je Yg tau.
Keseluruhan pakej tu company aku bayar duo ratus hinggit untuk setiap executive.

Monday, January 27, 2014

Lalok.

Assalamualaikum....

Siang tadi sepanjang hari Kepala ni rasa berat, benggong dan khayaaaal jee..
Bangun pagi tadi rasa malas sangatlah dan rasa macam nak sambung tidoooo je..

Baru tearing at malam tadi  aku ada telan sebijik pil alahan pasal tengahari tu pas balik Dari tesco aku Masak gulai sardin untuk lunch.
Kulit aku memang alergic dengan sardin dan seafood serta Yg sewaktu dengannya .

Tu pasal jarang Masak yang gatal2 ni tapi tekak ni nak makan sangat gulai sardin.... letak cili api banyak sikit... Kasi pedas pedas pastu makan dengan nasi.... Perghhhh sodap eaaaa !!
Pastu mengidappp....
Dah telan ubat tak reti lak nak tido awal... Leka lak melayan mukabuku.
Akibatnya aku kurang jam untuk tido mengikut sukatan ubat.
Haaaa.. Laluk semacamlah sepanjang ari ni dah macam telan pil khayal dah.

Minggu ni semua kerja Kat ofis kena hantar ke finance department sebelum rabu ni pasal kami semua Akan start cuti raya khamis ni nanti.
Jadi aku kena tabahkan lah semangat bukak mato bosar2 nak cepat siapkan report nak hantar ke finance kalau tak member Kat finance kena masuk keja awal dan tak Dapat cuti lama.
Kesianlah Kat dyorang lak kan x Dapat cuti lama lak nanti.


Ari tu jejalan Kat blog cik mat gebu Yg femmes tu ternampak dia wat egg benjo Guna roti camni... Semalam Kat tesco ternampak roti ni terus je sambar  satu pek ada 6 ketul... Pagi tadi buat breakfast burger Guna roti ni.....Yg kelakarnya daging Lebih besar Dari roti... Roti ni saiz comel loteh je.


Okey malam ni kena tido awal Dari biasa nak topup balik tido Yg tak cukup malam semalam tu.
Semoga besok Kepala aku tak biul lagi.




Sunday, January 26, 2014

Breakfast pagi minggu untuk duo orang.

Assalamualikum ...


Selamat hari minggu semua , nak ke mana ari ni?

Pagi ni tinggal aku dua beranak je dengan princes si Ira tu.
Demamnya dah okey dah, syukurlah test darah ari tu bukannya demam denggi.
Mr hubby dengan anak bujangnya pepagi lagi dah pergi memancing.
Subuh2 gelap lagi dah bertolak ke kolam pancing Kat kolo pilah tu.
Dah macam nelayan  pulak  dah turun kelaut pepagi sedangkan ke kolam je pun.

Macam tulah perangai laki aku buat apa2 pun semua nak pepagi.
Dia ada ajak pergi sama malas lah aku pasal aku nak ke tesco beli barang2 dapur Yg dah kehabisan stock ni.
Segala mak nenek barang dapur basah atau kering semuanya terletak atas batu jemala patik ni untuk menguruskannya.
Jangan Harap le laki aku nak jejak kaki ke pasaraya nak beli semua ni.
Kalau ke kedai runcit beli satu dua barang tu mau le dia.
Turun salji Kat Malaysia ni nanti kalau tetiba mr hubby aku tu tolak barang satu troli Kat pasaraya tu nanti.

Di sebabkan tinggal berdua aku buat breakfast Yg ringkas ni je setakat alas perut nak bershoping jap lagi.

Pastu aku panas kan balik pisang goreng Kat bawah ni.
Ini kuih minum petang semalam terlampau banyak tak terhabis Dari pada di buang Lebih baik di panas kan semua leh wat kudapan sarapan pagi.
Jangan membazir , membazir tu kan amalan syaitooooon.



Saturday, January 25, 2014

Kesejukkan.

Assalamualikum...


Suhu di Malaysia tetiba je berubah menjadi sejuk macam Kat negara 4 musim tu.
Walaupun Belum ada lagi negeri negeri Kat Malaysia ni turun salji tapi ramai orang yang dah tak tahan dengan suhu sekarang terutamanya waktu malam.

Kat tempat aku sekarang ni di senawang kalau pergi makan malam Kat dataran senawang tu di galakkanlah memakai sweater.
Kalau tak memang mengigil dek sejuklah korang pasal anginnya Bertiup sikit lagi macam nak ribut.

Kalau makan lak Kat gerai satey tulang jolobu Kat dataran tu gerai satey tu dah macam nak Terbalik je gayanya di tiup Kat angin.
Dan korang perasan tak angin Yg Bertiup tu adalah angin kering yang menyebabkan kulit Kita rasa kering dan gatal2.
Sebenarnya setiap kali hampir tiba tahun baru cina keadaan cuaca yang kering dan berangin pasti
Akan berlaku.

Tapi untuk kali ni Kita merasa pulak suhu sejuk macam negara beriklim sejuk tu.
Walaupun bukanlah sejuk Yg melampau sampai ke tulang sum sum tapi Kita org Asia Yg dh biasa dengan cuaca panas ni memang terasa sangatlah perubahannya kan.
Jadi tak hairanlah kalau klinik dan hospital penuh dengan orang Yg demam sekarang ni dek perubahan suhu Yg méngejut.
Di tambah lak lagi kes denggi sana sini lagilah bertambah Meriah wad wad Kat spital tu dengan penghuni baru bersilih ganti.

Allah tu nak bagi Kita rasa sikit je Dulu suhu sejuk tu.
Tahan ke tidak Kita dengan cuaca sejuk sekarang ni sebelum DIA turun kan salji.
Tak mustahil kan kalau tiba2 seluruh Malaysia di litupi salji satu hari nanti.
Macam2 lah yang boleh berlaku di akhir2 zaman ni.
Semuanya kuasa Allah swt.

Malam2 berangin macam sekarang ni Elok le duk Kat umah je tak payah on aircond atau kipas dah boleh tido Lena pakai goba tobal lagi tu.

Wednesday, January 22, 2014

Demam.

Assalammualaikum...


Sejak minggu lepas sorang Demi sorang rakyat jelata Kat umah ni rebah dek demam.
Mula muka tu ank bujang aku si akmal tu demam.
Kat sekolah cikgu call aku suruh ambik dia bawak balik umah.
3 ari dia demam Elok je dia ayah nya pulak Yg rebah.

Si ayah start demam hari sabtu sampai lah isnin hari tu.
Ayah baru nak Elok anak Dara aku pulak rebah sama...sorang lagi domam.
Sampai ari ni dah 3 ari tapi keadaannya masih sama.
Makan ubat sekejap Elok pastu panas sejuk panas sejuk badan dia.
Siang tadi dia kata macam nak menangis tak tahan dgn demam , selera makan pun tak do.
Esok hari ke 4 dia demam kalau masih macam ni aku nak bawak dia ke klinik lagi dan kali ni
Terus je ambik darah.

Risau gak aku tengok dia macam tu maklumlah sekarang ni tengah panas kes demam denggi.
Adik ipar aku dengan adik sepupu baru je discaj Dari spital pasal kes demam denggi gak.
Apa2 pun tengok result darahnya esok, semoga tak Dapat keputusan Yg aku tak suka.

Aminnn....

                                                   Macam macam jenis ubat pun ada ha..




Tuesday, January 21, 2014

Entry semangat.



Assalammualaikum....

Selamat tahun baru 2013.

Lama Dah aku tak menulis Kat dalam blog RKTS aku ni.
Blog kengkawan blogger pun lama aku tak jenguk.
Kalau dah blog sendiri pun tak di jengah apa lagilah blog org lain kan?

Entry ni sebenarnya entry nak naikkan balik semangat berblog  macam Dulu.
Dan Cuba Sedaya upaya meng UP kan entry walaupun cuma sepotong ayat!!.
Nak aktif macam Dulu balik walaupun cuma 2x seminggu je entry aku.
Tak mo biarkan blog berabuk seperti kata adik aku "BLOG  KO DAH TOBAL ABUK EA"
Tak mo...tak mo...tak mo...

Harap Harap tak jadi cam angek angek taik ayam lah yooo...:))

Nak gak tayang tayangkan kuih minum petang balik Dari keja petang tadi.... Beli Kat gerai Pak cik kopiah Kat depan taman tu jeee.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails