Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, September 29, 2014

Terboli koci labu Yg tak cukup masak.


Assalamualaikum...


Petang tadi balik kerja rasa perut cam kenyang je terus lah aku balik umah.
Sampai umah si princes nan seorang tu Tanya tak beli kuih ke?
Nak makan pisang goreng  Katanya.
Dah mati enjin nak turun kereta dengar dia cakap camtu kesian lak.
Okey start kereta ajak dia sekali beli kuih Kat depan taman tu.

Sampai Kat gerai goreng pisang dia ternampak lak gerai sebelah tu ada jual donat sosej.
Dan dan tu je Kensel beli goreng pisang sudahnya rezeki Pak cik gerai sebelah lah pulak.
Aku beli kan donut sosej tu Lima bijik pastu ambik karipap pusing seketul dan koci labu seketul untuk aku.
Koci labu tu memang tinggal seketul je pun.


Balik umah time nak makan aku bukak tengok lembik semacam je koci orang tua tu.
Aku picit2 dengan jari...laaaaa tak cukup Masak kuihnya!!
Tepung tu kuningnya cantik tapi lembik nak makan kang rasa cam makan topung Jo.
Anak aku kata nak pulang kan balik ke Kat atuk tu ?


Tak payah nak susah2 kan diri semata2 seketul koci labu tu.
Lain le kalau masih Kat gerai tu lagi leh show kan terus depan mata dia.
Kang berbalah2 dengan orang tua lain lak jadinya.
Meh aku kukus sendiri Kat dapur tu lepas Masak boleh terus ngap.
Kuali dengan tudungnya sebosar godang tapi koci nan sekotul.
Dah hancur  pun koci tu masuk perut aku dah.

Saturday, September 27, 2014

Kari ikan sembilang.

Assalamualaikum .....


Hari ni anak2 aku ada sekolah ganti maknanya kono Masak lunch awallah sikit.
Sorang sekolah pagi sorang lagi sekolah petang.
Tengok dalam freezer ada ikan talapia dan sembilang Lebih my hubby mancing minggu lepas.
Ermmm nak Masak apa ya banyak Yg tak ada ni soo nak clear kan ice book lah gayanya.
Ikan talapia tu goreng Ompek ekor wat goreng berlada cili API..
Sembilang lak ada duo kerat je dua dua pun Bahagian Kepala tapi satu tu panjang sikit.
Nak Masak asam pedas sembilang dah selalu sangat dah.....

Aku tak pernah Masak kari sembilang terasa nak mencuba.
Tapi takut gak tak laku Kat selera rakyat jelAta dlm umah ni pasal semua tak suka kari ikan.
Okeyyyy Kita Cuba buat ikan ni Masak kari kalau laku next time leh buat lagi.
Tak le jemu Dapat sembilang asyik Masak asam podeh jooo kannn..
Kalau tak laku aku sorang jelah Yg makan sampai habis kang...

Aku masuk blog kak Sheila spice journey tu dia ada resepi kari ikan sembilang dan nampak macam sodappp joo kannn.
Boleh test Guna resepi kak Sheila ni Kita tengok apa resultnya nanti.
Aku skip beberapa bahan dalam resepi kak Sheila ....ikut apa Yg ada dalam umah aku ni je.

Sooo ikan sembilang Yg dua kerat tu aku buang kepalanya tinggalkan badan.
Yang panjang sikit tu aku kerat dua dapatlah jumlahnya 3 kerat ...jadilAhkan kata nak testing je!!


Di sebabkan ikan cuma 3 kerat aku minima kan bahan2 Nya.
Bawang Kecik Merah, bawang Putih  dan halia di hiris halus.
Satu sudu halba campur ....Halba campur tu cuma gunakan Biji Sawi, Halba dan Jintan Putih/Halus.  Setengah peket serbuk kari ....ni pun Lebih kari aku buat mee kari hari tu.
2 sudu besar cili kisar , air asam jawa dan 2 tangkai daun kari segar Yg aku tanam sendiri pokoknya.
Di sebabkan stock sayuran dah kehabisan aku tak ada bendi ,terung atau tomato.
Aku   Letak sebiji ubi kentang di belah lapan.

Ada ke orang Masak kari ikan campur kentang ?
Belasah jelah Kita Yg buat dia kannnn...


Bahan hirisan tu di tumis wangi dalam minyak Yg dah cukup panas.
Masuk kan sekali halba campuran tu dan daun kari.
Kacau hingga bawang ke perang perangan pastu masuk kan rempah dan cili kisar Yg dah digaul sedikit air tadi....gunakan API kecil dan kacau selalu hingga rempah betul2 Masak.
Boleh masuk kan garam waktu ni supaya rempah di Masak cantik.... Itu Yg kak Sheila tulis dalam resepi nya.

ASam jawa kita ramas sekali dengan SANTAN sesiap sebelum dimasukkan ke dalam periuk. 
Dah Masak rempah tu masuk kan air asam dan santan tu.
Asam jawa kasi Lebih sikit Sebab ikan sembilangkan hanyir.

Tapi aku tak gunakan santan aku buat style kari India Tanpa santan cuma air asam dan air je.
Aku masukan sekali kentang masa ni dan Tunggu hingga mengelegak.
Selepas mengelegak masukan IKan sembilang dan api dikuatkan sedikit, kalau api kecik sangat air ikan tu akan keluar dengan perlahan dan kuah tu akan rasa kuat hanyir ikan.
Selepas ikan tu cukup Masak  kecilkan API dan biarkan kari ikan tu terbit minyak nanti nampak cantik je kuah kari tu.



Resultnya tak mengecewakan.
My hubby Yg tak suka kari leh mencedok kuah kari tu banyak kali masuk pinggannya.
Si anak bujang siap Tanya .. ada ikan tak dalam periuk ummi ?
Dah habis dikkk 3 kerat tu je Yg ada.
Sebelum ni bila di Tanya Masak kari laju je geleng Kepala ...nak asam pedas jugak.

Si anak Dara balik sekolah masa makan pun Tanya jugak ...ada tak dalam periuk lagi ummi ?
Hahaha.... Dah bertanya2 sedap le tewww !!
Dah habis nakkkk nanti ada ikan sembilang ummi Masak lagi banyak2 yaaa...
Hari ni bagi korang test sikit sorang je sok sok kasi makan pueh pueh.
Berjaya jugak aku mengKARIkan anak tokak rakyat jelAta dalam umah ni.

Tepuk bahu sendiri le aku hari ni....:))









 

Wednesday, September 24, 2014

Talapia kukus lada hitam.

Assalamualaikum...



Ini menu malam kelmarin.
Hari tu my hubby pergi memancing Kat kolam pancing solok paku, ulu bendul .
Dapat beberapa ekor ikan talapia ni.
Anak2 aku suka lak di kukus ikan ni.
Ni semua penangan tayangan gambar mak lang dyorang lah ni dalam facebook.
Tunjuk gambar talapia kukus lada hitam terus anak aku terpekenan.


Talapia Ni aku gaulkan dengan bawang Kecik ,bawang Putih dan halia di tumbuk Dulu.
Pastu di lumur kan Kat seluruh badan ikan tu.
Lumur SOS tiram dengan SOS barbequ tu sekali .
Tabur garam dan lada hitam banyak sikit kalau tak tak rasa lada hitam lah dia kan.
Pastu aku gunting cili API tabur atas ikan tu .
Selepas air kukusan mengelegak masuk kan ikan tu dan masakkan nya dalam 20 minit.

Tapi  my hubby tak suka semua makanan Yg di campur dengan lada hitam.
Soooo dia tak makan lah ..... aku tigo beranak je balun sampai tinggal tulang.
Tu yang ada sekali talapia goreng berlada tu khas lauk untuk en hubby Yg cerewet sangat bab makan ni.


Sayur pucuk paku tu kegemaran anak2 aku lain kali kono goreng 2 ikat baru puas makan.

Sebelum tu my hubby pergi mancing dengan membernya Kat kolam Sri menanti kuala pilah.
Kat kolam Sri menanti tu banyak sembilang dapatlah sebesen Lebih dalam bekas plastik kuih baulu tu.
Separuh aku dah Masak Kat umah separuh lagi bawak lik kampung cuti hujung minggu baru2 ni.
Di sebabkan adik beradik aku ramai Yg balik kami kendurikan ikan tu .
Buat dua jenis menu separuh Masak asam tumis dan separuh lagi goreng cili API.
Pastu Ann gi kuala klawang beli lak ikan sembilang Salai kononnya nak buat Masak lemak cili API.
Dia tak tahu aku ada bawak balik ikan sembilang kolam tu terus tukar menu ikan yang bersalai tu makan cicah dengan sambil belacan air tangan adik aku gak si Azirah tu.

Nak  muntah aku makan  ikan sembilang sampai 3 menu.
Gambar hari minggu tu tak ambik dek naik mabuk  tengok menu ikan sembilang je semua eaa..

Friday, September 19, 2014

Seronoknya jadi kanak kanak Ribena....

Assalamualaikum...


........seperti mereka mereka Ini Yg tak perlu memikirkan apa2 masalah macam orang dewasa.



Setiap hari Sentiasa happy sentiasa enjoy.
Setiap hari bermain , belajar , makan2 , jalan2.
Tak seperti orang dewasa yang berdiri di hadapan tu .
Memerah otak berfikir apa Nak di buat  dengan semak belukar Kat depan tu.
Apa2 projek pun semak tu perlu di terang kan.
Perlu di gunakan tulang Ompek kerat Memerah keringat di bawah terik mentari.


Penat duk tepi kolam Kita merayau lak dalam kobun pisang atuk.
Apa kisah mummy dengan ibu tak do Kat sini.
Tak de orang nak marah tak de orang nak kata " Jangan"
Janji mak long ada tolong ambik gambar nanti kasi tunjuk sama ibu.
Siaplahhh korang berdua. !!!


Nampak lak  buah rambai yang dah Masak ranum.
Suruh abang mey tolong kaitkan.
Janji Dapat makan buah rambai walaupun anak mata melilau cari sisa2 buah manggis di penghujung ranting pokoknya.


Sambil makan rambai duk borak2 .
Cerita Hal kanak2 bukan Hal orang tuo tuo.
Kelibat atuk dah tak nampak dah.
Apa mereka peduli janji buah rambai dah ada depan mata.


Seronok kan bila tengok adik beradik sepupu  berkumpul  macam ni.
Lepak lepak bawah pokok manggis .
Seronok menjadi mereka terasa nak kembali ke USIA seperti Ini semula.
Sentiasa je riang ria.


Dah kenyang naik ke laman umah wan.
Berebut basikal pulak.
Tapi gaduh budak2 sekejap je tak sampai setengah jam dah member balik.
Ini Ompek orang Dari tujuh orang cucu abah dan mak.
Kalau semua berkumpul lagilah hiruk pikuk kampung tu.
Ayam pun leh Koma  sakit jantung di kojar dilolah kek dyorang ni.


Asyraf berbaju Merah kata " abang kayuh basikal ni , iman duk lah Kat belakang nanti abang bawak iman merempit "
Jawab si iman berbaju kuning " okeyyyy..."
Asyraf berleter lagi " ha duk diam2 jatuh kang..abang nak kayuh laju ni"
Iman jawab " yo lah iman duk dendiamlah niiiiii..."

Mereka semua ni adalah pelapis dan PENYAMBUNG warisan generasi hari Ini.


Thursday, September 18, 2014

Aktiviti cucu atuk.

OAsalamualaikum .....



Aktiviti anak bujang aku petang ahad 14 September.
Lepas kenyang makan ayam kampung masak lomak cili api tengah hari tu Meh kita keluarkan Balik segala tok nenek kalori yg dh masuk dalam badan tu.
Akuarium ni pak cu a.k.a adik ipar aku bawak dari rumahnya sebab tak di gunakan.
Daripada tersadai jadi tukun dia bawak Balik umah mak aku kununnya nak bela ikan dalam tu.
Mak aku nak letak ikan puyu banyak2 dia dah order ikan tu kat penjual ikan kat pasar klawang .



Lepas angkat akuarium mereka berdua turun lak ke kolam abah aku ni.
Seronok sangat anak aku dapat gali sendiri kolam atuknya.
Hari2 memekak kat telinga aku nak Balik kampung tolong atuk.
Nahhh tolong lah sangat...gali kolam tu sampai siap.
Keja aku duk atas batang kelapa jadi mandur dia lak.
Mula mula tu dia gali kat tepi tebing tu je.
Sekali aku saund " apa barang gali kat topi tak macam anak jantan lahhh "


Seumur hidup tak pernah jejak lumpur .
Sekali dapat pijak teruja betul dia.
Dalam suka2 tu rasa geli geleman Pulak.
Ada ke nak di bawaknya selipar masuk dalam selut tu....kok tinggal terus selipar dalam tu kang.


Okey dah berani dah ...tu pun bila tengok pak cunya selamba jeee masuk dalam tu.



Bertungkus lumus dyorang berdua tu menyiapkan kan kolam abah aku.
Di sebabkan kawasan ni dulu tanah sawah jadi memang berair je bahagian bawahnya.
Gali kejap je air dah banyak dah.
Sekurang2 nya usaha abah aku ni buatkan tempat ni meriah semula.
Kalau tak kerana kolam kecil ni tak ada sapa yg nak turun ke bawah ni ....selama2 nya lah semak belukar tanah sawah mak aku tu.
Bila dah ada ayam ada lak kolam ikan main main semua tertumpu kat sini.
Time ni barulah aku sedar besar rupanya tanah mak aku..haha..


Kecil je kolam ni ....Abah nak masukkan ikan talapia dalam tu nanti.
Lum siap sepenuhnya masih perlu di gali hingga dalam.
Kat tengah tu adik aku shilla nak buat pulau jadi tanah tu saja di tinggalkan sedikit.


Disebabkan aku post gambar anak aku gali kolam dalam Facebook terus aku dapat penyakit petang tu.
Penyakitnya kono jomput kanak kanak rebena dua orang ni.
Leh Pulak dia terbaca post aku petang tu terus telefon menjerit2 Mintak aku ambik dyorang kat puncak jalil tu.
Mula2 tak sanggup aku nak ngambiknya pasal hari dah petang sangat.
Tapi ingatkan dyorang ni kesian Pulak dah lah umah mencecah awan ada kampung susah nak Balik mak ayah bekerja.
Sudahnya aku nekad je drive dari kg ulu klawang tu pukul 6.30 petang sampai umah ann kat seri kembangan tu pukul 7.45 malam.
Di sebabkan mata aku ni problemnya silau Kenalah hangkut adik aku yah dengan shilla sekali.
Kalau apa2 kang ado backup driver.
Aku  pesan awal2 suruh dyorang siap aku tak leh lepak lama2 dah lah hari dah malam.
Singgah sekejap solat je pukul 8.15 gerak balik Dari puncak jalil tu terus ke umah mak aku .
Sampai dalam 9.30 malam  ke jelebu.

Satu kejayaan terbesar bagi dua orang anak buah aku ni dania dan asyraf kerana berjaya menghasut mak long jemput dyorang malam2 buta bawak lari ke kampung.
Tersenyum bersimpul simpul lah pulak Omak ea kannnnn.....


Tuesday, September 16, 2014

Ayam kampung masak lomak cili api.

Asalamualaikum....

Hari  ahad  14 September 2014  Di halaman ayahanda bonda kampung ulu klawang,Jelebu.
Disebabkan hari Selasa cuti hari Malaysia aku ambik sekali cuti hari Isnin.
Maknanya aku habiskan cuti aku dari petang Sabtu sampailah Selasa di rumah mak abah .
Kebetulan lak cuti sekolah jadi lama lah sikit anak2 aku dapat merasa suasana kampung.



Ini kolam yang abah aku gali sendiri.
Lum siap lagi disebabkan kolam nilah anak bujang aku sibuk nak cuti lama kat kampung.
Kononnya nak tolong atuk gali kolam.



Abah aku ada bela ayam kampung kat bahagian bawah rumah berhampiran tanah sawah mak aku .
Kiranya kat sebelah bawah ni tempat abah aku melakukan hobinya membela ayam dan membela ikan.
Tempat ni cantik terutama selepas hujan nampak suasananya sejuk dan nyaman.
Banyak angin lak tu yelah  tanah sawah dulu tempat ni.
Hari ahad abah ajak anak bujang aku menangkap ayam nak di buat gulai.



Abah tak biarkan ayam nya lepas bebas.
Kawasan reban di pagar dengan jaring hitam maknanya ayam2 tu hanya bermain dalam kawasan tu je.
Kalau di biarkan lepas alamatnya jadi santapan binatang lain le kat bawah tu.
Nak tangkap ayam ni pun senang tak payah nak berlari keliling kampung tangkap dalam reban je.
Lagi pun ada antara rakyat jelata dalam umah tu tak lalu nak makan ayam kampung yg lepas bebas keliling kampung tu.
Macam2 jenis tekak ada dalam umah mak abah aku tu..huhh !!


Dah dapat dua ekor tak sampai pun setengah jam.
Pak cu nya dah siap2 tunggu kat luar takut ayam yang di pegang anak aku ni terlepas je nanti.


Happy betul budak senawang tu dapat tangkap ayam dengan atuknya.
Tapi pegang ayam macam ngeri je aku tengok.
Tengok pak cu tu steady jeeee siap main2 dgn ayam tu lagi.


Sampai bab nak sembelih ayam pak cu gak kono pogang.
Si bujang aku tu tengok je takut ayam terlepas katanya..sib baik alasan tu logik.
Kang kok terlopeh dengan aku sekali gi mengejar ayam tu satu kampung.




Cara di kampung ayam di tangkap dan di sembelih sendiri.
Lepas tu di celup dgn air panas kasi lembut bulu2 nya kemudian di cabut sampai togel.
Ayam di layurkan atau salai sekejap atas api kasi hilang bulu2 halusnya.
Dua ekor ayam tu dah siap diproses cuma tinggal di potong kecik2 dan dibersihkan dengan garam dan asam limau bagi hilang bau hanyirnya.
Kerjanya memang leceh tapi bila makan terasa kepuasannya dapat makan daging ayam yang masih segar dari ladang.



Dah siap di bersihkan masukkan dalam kuali dan gaul dengan cili api ,kunyit hidup dan garam yang telah di tumbuk serta serai.
Kecutkan ayam tu hingga air ayam kering sebelum di curahkan santan sebagai kuahnya.
Masak nya seperti gulai ayam biasa tu.
Kacau selalu jangan sampai taik minyak nanti gulai tak cantik.
Hari tu ayam ni dicampur dengan nangka muda yg dah siap di rebus hingga empuk.


Siap sudah gulai ayam kampung di campur dengan nangka muda.
Buat pedas2 barulah terangkat angkat.


Menu lunch kami kat kampung hari tu ayam kampung masak lomak cili api, ulam kacang panjang,pucuk ubi dan sambal belacan.
Semuanya lauk2 kampung ....bahan2 nya semua hasil sendiri sekeliling umah.
Kiranya kami makan menu sihat tanpa ada ubat dan racun perosak hari ahad tu.
Pepatah Melayu mengatakan berbudi pada tanah dapatlah merasa hasilnya.
Kalau berbudi dengan orang ni ujung2 ko dapat sakit hati terutama berbudi pada orang yg tak mengonang budi...betul2 buat sakit hati.

Thursday, September 11, 2014

Orkid.

,Assalamualaikum....

Aku dah lama merajuk dengan orkid.
Sejak orkid2 Yg aku beli tak reti2 nak berbunga Dulu tu semuanya aku hantar lik kampung.
Tapi dalam tangan mak aku elok lak berbunganya.
Sakit le pulak hati kiter ni...!!!


Hari tu masa MAHA Kat paroi aku terbeli orkid dendro ni.
Akak Yg jual tu kata dendro paling senang jaga dan kerap berbunga ia perlu 50 - 50 cahaya je.
Ok beli lah satu tapi memang betul tak banyak karenahnya.
Sejak aku beli hari tu sampai hari ni dah 3 kali ia berbunga tu tak letak baja tu cuma siram kan air je.
Lepas tengok aku serasi dengan dendro mini aku beli lagi satu pasu Kat pasar minggu kuala klawang.
Tak perasan pulak kalernya Lebih kurang sama je dengan Yg aku beli Kat MAHA Dulu.
Redho jelah lenkali pilih kalernya betul2.



Dua  orkid ni aku ambik Dari kampung di rumah mak mertua.
Ni jenis Yg bunganya Kaler kuning kecik2 tu .....golden shower  namanya.
Aku tengok  orkid dia ni tak berjaga langsung.
Sian lak aku tengok Nya sampai jadi ghuper itu.
Serabai sungguh !!


Ni satu lagi Dari umah mertua jugak sampai dah terselit selit anaknya celah2 akar Yg serabut tu.
Orkid ni sebenarnya dah cacat pasal dah terkeluar Dari pasu asalnya.
Tengok pun kelakar macam pasu duk atas orkid bukannya orkid duk dalam pasu tu.
Aku bawak balik 3  orkid Kat atas tu aku bela dia aku tukar kan pasunya.



Aku beli kan pasu orkid Yg baru aku masuk kan arang dengan serpihan Batu bata.
Selepas di tukar pasu adalah rupa bunga pokok2 ni .
Sekarang Tunggu nak ber bunga je balik orkid ni.
Sejak aku bawak balik ari tu adalah 2 kali golden shower ni berbunga sebelum aku tukar pasunya.



Ni orkid cacat Yg kelakar tu aku  letak dalam pasu plastic Kecik ni je.
Aku rasa orkid ni ada potensi panjang umur dalam tangan aku.
Dah nampak beberapa anaknya keluar Dari celah2 dahan induk tu.
Eeee...tak sabar aku nak tengok dia berbunga .... Kaler apalah Yg keluar nanti tu.



Ni jelah koleksi orkid Yg aku ada buat masa ni.
Dua pasu dendro Yg aku beli tu rajin bebenor lak berbunga walaupun kocik je bunganya.
Sekurang2 Nya hidup balik semangat aku nak bela orkid macam mula2 Dulu.
Hari tu ada ternampak dalam facebook ada Yg  jual online orkid dendro ni 5 pasu ompekploh hinggit je termasuk pos dah berbunga pokok2 Nya.
Ada hati gak nak membeli tapi bila mengenangkan apa yang jadi Kat rak kayu aku tu buat aku seriau nak beli orkid secara pos ni.
Alang kan kayu leh bersepai inikan pulak pokok orkid.
Lunyai orkid2 tu di baling2 Kat budak2 pos tu .
Sampai Kat tangan aku nanti tinggal pasu orkid dengan sabut kelapa je .

Monday, September 8, 2014

Roti tisu.

Assalammualaikum....


Hari tu aku temankan en suami aku tu pergi breakfast Kat satu kedai mamak Kat senawang Ni.
Dah beberapa minggu gak lah bukannya baru baru ni.
Waktu nak order roti canai tu aku ternampak dalam menu tu ada roti tisu.
Pernah dengar sebelum ni tapi aku tak pernah tengok rupa roti tisu ni.
Pueh aku bayangkan gi bagaimana rupanya roti tisu ituhhh.
Sekali ko datangnya rupa giniiiiii.....


Masa mamak tu letak Kat depan aku....aku tenuuuung je roti tu.
Aku fikir Camano mamak tu leh buat  macam ni.
Memang macam tisu Yg di Tarik tapi Yg buat aku tak perkenan tu dia pakai pinggan Yg kocik bona !
Nampak tak berjela atas meja tu.
Aku makan sebelah atas tu je tak tertolan Yg berjela jela Kat meja tu.
Rasanya...ermmmmm bagi aku Yg tak suka makanan manis ni memang tak serasi le dgn tekak aku ni.
Dia ada tabur gula pasir dan terasa bebeno manisnya walaupun di cicah dgn kuah kari tu.
Rasanya Ini kali jelah aku order roti tisu ni sedap lagi roti canai kosong tu.


Aku ada ternampak dalam satu blog tu dia makan roti tisu dgn kawan2 Nya Kat kedai mamak jugak.
Tapi roti tisunya lagilah hebat .....spoloh kali kalah roti tisu Yg aku makan tu.
Tinggi menjulang ko dah boleh jolok lampu Kat syiling kedai tu dah.


                          *kredit buat tuan blog ni mawardiyunus.com*

Haaaaa....ko mampu buat roti tisu ghuper giniiiii ???
Kalau Dapat Kat aku jenuh nak mengabihnya sorang2.
Tu pasal le tuan punya gambar tu ajak kengkawannya makan roti tu secara berjemaah.
Itu namanya roti tisu gunung Everest .






Friday, September 5, 2014

Mee udang Yg femes dan tersodap di Nilai.

Assalamualaikum...



Entry makan mee udang ni sepatutnya di siarkan hari selasa hari tu.
Tapi di sebabkan hati aku Yg bergelodak dan membara dengan perangai budak pos tu sampai terbarai  rak kayu aku terpaksa up kan entry tu Dulu.
Kalau tak mau berhari2 aku meroyan mengenangkan apa Yg jadi tu.
Sampai hari ni aku Belum Dapat apa2 call Dari PMB lagi.
Tak peeeee Kita Tunggu minggu depan aku Yg Akan call dyorang nanti.



Okey aku dah lama teringgin nak makan mee udang.
Dah bertahun merengek dengan en suami aku tu ajak ke sepetang,perak nunnn.
Punyolahhh jauh nak makan mee udang semangkuk.
Tak di layan permintaan aku...aku cari alternatif lain.

Aku terbaca dalam banyak2 blog dah ramai blogger ke sini.
Yang mula kan Dulu tak lain tak bukan blogger femmes semelaya sifu BEN ASHARI tu.
Soooo bila tengok member blogger ramai Yg makan dan bagitahu sodap, sodap,sodap maunya  tak meleleh air liur aku  pulak ???
Haruslah aku terjah sekali bila tergoda dengan gambar2 mee udang tu dan harga Yg cukup berbaloi2.



Gerai mee udang kak Laila suppower ni terletak di Nilai berhampiran round bot Kat giant Nilai tu.
Aku tak pandai nak terang jalan dlm blog ni tapi kedai makan Yg tulis bosar2 seperti gambar Kat atas tu terletak tepi jalan je Kat roundbot tu.
Peh tu depan gerai ni ada tergantung replika keta warna kuning haa itu lah klu Nya.
Pepandailah korang cari tak jumpa Tanya orang kalau malu bertanya jawabnya tak dapek le makan mee udang.
Korang masuk ikut pintu besar bawah signboard tu dan pandang sebelah Kanan tak silap aku gerai nya no 2 atau no 3 Dari pintu masuk tu.

Nanti korang Akan nampak gerai mee udang kak D'LAILA MEE UDANG tu sebelah nya gerai sup power.
Gerai suppower tu pun dia punya jugak.

Hari tu kitorang order dua jenis mee udang....mee udang Sahaja ni ada 10 ekor udang saiz L .
Harganya cuma $12.00 Sahaja semangkuk ...percaya tak ??


Yang Ini pulak aku punya mee udang tapi ada campur dengan kupang.
Udang saiz L ada 10 ekor dan jugak kupang , kupang ni aku tak Kira berapa ketul tapi banyak gak lah.
Harga mee udang + kupang ni cuma $17.00 Sahaja ....percaya takkk ???
Percaya lahhhhhhhhhh........

Oh ya Kat sini ada gak mee udang galah dan mee ketam.
Ada gak mee kupang dan udang saiz M.
Korang nak campur mee dengan tigo jenis makanan Lautan pun boleh.
Harganya masih di Kira murah lagi dan Yg penting kesedapannya hingga menjilat sudu youuu...
Hari tu rezeki aku tak ada nak makan udang galah coz udang galah tak do stock.
Kotam pun nan ado Soooo kito makan apo Yg ado jolah.


Selain Dari nak melayan tekak aku ...tekak anak bujang aku ni gak tekak udang.
Budak ni berantu dengan udang ,sotong,kupang,kerang dan berbagai jenis makanan seafood.
Suka betul hati dia Dapat makan mee udang puas2 Kat gerai kak Laila ni.
Serius cakap memang sodap,podeh berapi berpoluh2 den menghirupnya.
En hubby kata " sedap mee udang Nya "
Okey itu Yg aku nak dengar Sebab bukan senang nak dengar dia puji makanan Kat luar ni sodap2.
Maknanya ada can aku nak hasut dia ke sini lagi.


Sebelum balik Kita borak2 Dulu dengan tuan gerai mee udang ni.
Kata kak Laila dia nak bukak satu cawangan Kat somban ni dalam bulan sembilan ni.
Lokasinya belakang tesco lama Dulu.
Tak silap aku sekarang dah jadi pasaraya rapid maknanya belakang pasaraya tulah.
Aku tak tau  sangat Sebab kitorang ni bukan jenis Yg selalu makan luar.
Jadi bila orang Tanya.. aku dah blur blur dah .
Tak pe ada kesempatan aku terjah lak gerai kak Laila Yg baru Kat somban ni nanti.



Melampau ke tak melampaunya......licin licau kauuuuu !!!

Wednesday, September 3, 2014

Berkecai Kecai hati aku macam rak kayu tu semalam..

Assalammualaikum....



Kejadian ni berlaku pagi semalam .
Aku terima panggilan telefon Dari pos laju senawang memberitahu barang aku dah ada di situ tapi dah pecah.
Aku Tanya macam mana lak boleh pecah sedangkan barang di bungkus dgn baik .
Mereka jawab barang  hanya di bungkus dengan plastic.
Okey ada keraguan di situ.... Mereka minta aku datang dan ambik sendiri barang tu.
Aku fikir nak datang Selepas waktu pejabat tapi hati aku tak sedap.
Aku ambik pas keluar berdesup aku  ke pos laju senawang .

Dah di tulis Jangan di baling kayu mudah patah...tak reti baca ke Hapa ??


Terkejut aku tengok bungkusan tu dah di koyakkan, tali pengikat telah di gunting dan barang aku bersepai   macam pesawat MH 17 cuma tak hancur je lagi.
Staf lelaki Kat kaunter depan tu bagi aku borang untuk buat aduan dan pesan suruh ambik gambar sekali dan pulang kan report dalam tempoh 48 jam Dari tempoh aku ambik barang tu.
Barang aku Yg dah bersepai tu dyorang masuk kan dalam plastic Putih besar.
Aku dah rasa macam jinjit  bungkusan mayat dah masa keluar Dari kaunter pos laju tu.



Aku  balik umah ambik gambar.
Hati aku cukup cukup cukup sakit sangattttttt tengok barang aku jadi rupa Ini.
Kalau aku jumpa orang yang buat tu mau je aku hempuk kayu tu ke muka dia.
Heiiiii aku bayar barang ni tau !
3 minggu aku Tunggu penuh sabar tup tup sampai Kat tangan dah bersepai macam ni.
Cam mana nak Guna dah rupa Ini????
Dari pada excited Dapat barang terus kelaut mood aku semalam.


          
 Ni kono pijak ko kono baling ni sampai terbelah  papan rak tu.

Aku call member aku budak polis Kat perlis tu.
Dia dgn suaminya terkejut  tgk gambar Yg aku msg kan Kat dia.
Dia Sedih barang tu berkecai sampai jadi macam tu sedangkan dia dah ikut prosedur Yg PMB arahkan.
Dia Sedih aku laaaaagi nak nangis  barang Yg sampai Kat tangan aku dah berkecai Kecai macam ni.


Dah siap ambik gambar aku masuk ofis semula.
Aku print gambar2 sebagai bukti pastu copy ic dan isi borang.
Tak payah Tunggu 48 jam .
Duobleh jam pun tak payah ..kul 5 petang semalam gak aku hantar ke pos laju senawang.
Aku Tanya dyorang kenapa bungkusan aku di koyakkan?
Mereka jawab " Ini Yg Kita nak siasat sekarang ni kak "

Okey bagus...korang siasat pastu bagitahu aku apekeheiiii korang bukak bungkusan aku tu.
Tak do Bom dalam tu dohh.
Nak cari duit ??
Sib baik jugak member aku  tu tak selitkan sekali balance duit aku dalam tu.
Tak amanah betul dyorang ni buat kojo.
Buat malu company jeeeee....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails