Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, September 16, 2014

Ayam kampung masak lomak cili api.

Asalamualaikum....

Hari  ahad  14 September 2014  Di halaman ayahanda bonda kampung ulu klawang,Jelebu.
Disebabkan hari Selasa cuti hari Malaysia aku ambik sekali cuti hari Isnin.
Maknanya aku habiskan cuti aku dari petang Sabtu sampailah Selasa di rumah mak abah .
Kebetulan lak cuti sekolah jadi lama lah sikit anak2 aku dapat merasa suasana kampung.



Ini kolam yang abah aku gali sendiri.
Lum siap lagi disebabkan kolam nilah anak bujang aku sibuk nak cuti lama kat kampung.
Kononnya nak tolong atuk gali kolam.



Abah aku ada bela ayam kampung kat bahagian bawah rumah berhampiran tanah sawah mak aku .
Kiranya kat sebelah bawah ni tempat abah aku melakukan hobinya membela ayam dan membela ikan.
Tempat ni cantik terutama selepas hujan nampak suasananya sejuk dan nyaman.
Banyak angin lak tu yelah  tanah sawah dulu tempat ni.
Hari ahad abah ajak anak bujang aku menangkap ayam nak di buat gulai.



Abah tak biarkan ayam nya lepas bebas.
Kawasan reban di pagar dengan jaring hitam maknanya ayam2 tu hanya bermain dalam kawasan tu je.
Kalau di biarkan lepas alamatnya jadi santapan binatang lain le kat bawah tu.
Nak tangkap ayam ni pun senang tak payah nak berlari keliling kampung tangkap dalam reban je.
Lagi pun ada antara rakyat jelata dalam umah tu tak lalu nak makan ayam kampung yg lepas bebas keliling kampung tu.
Macam2 jenis tekak ada dalam umah mak abah aku tu..huhh !!


Dah dapat dua ekor tak sampai pun setengah jam.
Pak cu nya dah siap2 tunggu kat luar takut ayam yang di pegang anak aku ni terlepas je nanti.


Happy betul budak senawang tu dapat tangkap ayam dengan atuknya.
Tapi pegang ayam macam ngeri je aku tengok.
Tengok pak cu tu steady jeeee siap main2 dgn ayam tu lagi.


Sampai bab nak sembelih ayam pak cu gak kono pogang.
Si bujang aku tu tengok je takut ayam terlepas katanya..sib baik alasan tu logik.
Kang kok terlopeh dengan aku sekali gi mengejar ayam tu satu kampung.




Cara di kampung ayam di tangkap dan di sembelih sendiri.
Lepas tu di celup dgn air panas kasi lembut bulu2 nya kemudian di cabut sampai togel.
Ayam di layurkan atau salai sekejap atas api kasi hilang bulu2 halusnya.
Dua ekor ayam tu dah siap diproses cuma tinggal di potong kecik2 dan dibersihkan dengan garam dan asam limau bagi hilang bau hanyirnya.
Kerjanya memang leceh tapi bila makan terasa kepuasannya dapat makan daging ayam yang masih segar dari ladang.



Dah siap di bersihkan masukkan dalam kuali dan gaul dengan cili api ,kunyit hidup dan garam yang telah di tumbuk serta serai.
Kecutkan ayam tu hingga air ayam kering sebelum di curahkan santan sebagai kuahnya.
Masak nya seperti gulai ayam biasa tu.
Kacau selalu jangan sampai taik minyak nanti gulai tak cantik.
Hari tu ayam ni dicampur dengan nangka muda yg dah siap di rebus hingga empuk.


Siap sudah gulai ayam kampung di campur dengan nangka muda.
Buat pedas2 barulah terangkat angkat.


Menu lunch kami kat kampung hari tu ayam kampung masak lomak cili api, ulam kacang panjang,pucuk ubi dan sambal belacan.
Semuanya lauk2 kampung ....bahan2 nya semua hasil sendiri sekeliling umah.
Kiranya kami makan menu sihat tanpa ada ubat dan racun perosak hari ahad tu.
Pepatah Melayu mengatakan berbudi pada tanah dapatlah merasa hasilnya.
Kalau berbudi dengan orang ni ujung2 ko dapat sakit hati terutama berbudi pada orang yg tak mengonang budi...betul2 buat sakit hati.

7 comments:

Anonymous said...

torbaikkk!!! ~noorazilah~

ikin said...

hehehe...ayat yang last tu x leh tahan tu long...hahaha...memang ramai org yg tak mongonang budi atas dunia nih....hahaha

Anonymous said...

hahaha...
ayat last tu yang x leh tahan tu long...tapi memang betul long...ramai orang yang x mengonang budi dalam dunia nih...hahaha

saniah ibrahim said...

sejak makayah xde lagi ...tak pernah lagi tengok proses2 sembelih ayam kat kg ....entry ni betul2 mengimbau kenangan silam

Ct NoArizah Aris said...

NOORAZILAH...time kasih :))

Ct NoArizah Aris said...

IKIN... Nk wat camno dh perangai manusia bukan perangai ayam..hehe..

Ct NoArizah Aris said...

SANIAH....terima kasih sudi kesini dan tgglkan jejak... Semua ni kenangan dan pengalaman yg tak ternilai harganya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails