Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, September 24, 2014

Talapia kukus lada hitam.

Assalamualaikum...



Ini menu malam kelmarin.
Hari tu my hubby pergi memancing Kat kolam pancing solok paku, ulu bendul .
Dapat beberapa ekor ikan talapia ni.
Anak2 aku suka lak di kukus ikan ni.
Ni semua penangan tayangan gambar mak lang dyorang lah ni dalam facebook.
Tunjuk gambar talapia kukus lada hitam terus anak aku terpekenan.


Talapia Ni aku gaulkan dengan bawang Kecik ,bawang Putih dan halia di tumbuk Dulu.
Pastu di lumur kan Kat seluruh badan ikan tu.
Lumur SOS tiram dengan SOS barbequ tu sekali .
Tabur garam dan lada hitam banyak sikit kalau tak tak rasa lada hitam lah dia kan.
Pastu aku gunting cili API tabur atas ikan tu .
Selepas air kukusan mengelegak masuk kan ikan tu dan masakkan nya dalam 20 minit.

Tapi  my hubby tak suka semua makanan Yg di campur dengan lada hitam.
Soooo dia tak makan lah ..... aku tigo beranak je balun sampai tinggal tulang.
Tu yang ada sekali talapia goreng berlada tu khas lauk untuk en hubby Yg cerewet sangat bab makan ni.


Sayur pucuk paku tu kegemaran anak2 aku lain kali kono goreng 2 ikat baru puas makan.

Sebelum tu my hubby pergi mancing dengan membernya Kat kolam Sri menanti kuala pilah.
Kat kolam Sri menanti tu banyak sembilang dapatlah sebesen Lebih dalam bekas plastik kuih baulu tu.
Separuh aku dah Masak Kat umah separuh lagi bawak lik kampung cuti hujung minggu baru2 ni.
Di sebabkan adik beradik aku ramai Yg balik kami kendurikan ikan tu .
Buat dua jenis menu separuh Masak asam tumis dan separuh lagi goreng cili API.
Pastu Ann gi kuala klawang beli lak ikan sembilang Salai kononnya nak buat Masak lemak cili API.
Dia tak tahu aku ada bawak balik ikan sembilang kolam tu terus tukar menu ikan yang bersalai tu makan cicah dengan sambil belacan air tangan adik aku gak si Azirah tu.

Nak  muntah aku makan  ikan sembilang sampai 3 menu.
Gambar hari minggu tu tak ambik dek naik mabuk  tengok menu ikan sembilang je semua eaa..

7 comments:

Abam Kie said...

as salam. sedap tu ikan tilapia kukus...lagi menyihatkan sbb x de minyak..

Unknown said...

wah bestnye. syok bila dapat masak ikan yang dipancing sendiri kan?

salam perkenalan =)

Jom follow
http://butikgebugebu.blogspot.com/

Unknown said...

waaa.. kecur liur pagi2 hari tgk lauk akak.. selalu makan talapia bakar je.. kna try yg kukus plak..

SITI NOARIZAH ARIS said...

ABE KIE....botul tu tp my hubby enggak suka kukus ni sib baik ada anak2 leh buat geng.

SITI NOARIZAH ARIS said...

BUTIK GEBU...Salam kenal gak nnt sy sggh blog kamu ya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

EZZAH...Dulu anak2 suka bakar tp lepas terpandang ikan kukus mak langnya terus nak Yg camni ...ikut jolahh.

marshalizadotcom said...

Terus rasa lapar....huwaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails