Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, September 11, 2014

Orkid.

,Assalamualaikum....

Aku dah lama merajuk dengan orkid.
Sejak orkid2 Yg aku beli tak reti2 nak berbunga Dulu tu semuanya aku hantar lik kampung.
Tapi dalam tangan mak aku elok lak berbunganya.
Sakit le pulak hati kiter ni...!!!


Hari tu masa MAHA Kat paroi aku terbeli orkid dendro ni.
Akak Yg jual tu kata dendro paling senang jaga dan kerap berbunga ia perlu 50 - 50 cahaya je.
Ok beli lah satu tapi memang betul tak banyak karenahnya.
Sejak aku beli hari tu sampai hari ni dah 3 kali ia berbunga tu tak letak baja tu cuma siram kan air je.
Lepas tengok aku serasi dengan dendro mini aku beli lagi satu pasu Kat pasar minggu kuala klawang.
Tak perasan pulak kalernya Lebih kurang sama je dengan Yg aku beli Kat MAHA Dulu.
Redho jelah lenkali pilih kalernya betul2.



Dua  orkid ni aku ambik Dari kampung di rumah mak mertua.
Ni jenis Yg bunganya Kaler kuning kecik2 tu .....golden shower  namanya.
Aku tengok  orkid dia ni tak berjaga langsung.
Sian lak aku tengok Nya sampai jadi ghuper itu.
Serabai sungguh !!


Ni satu lagi Dari umah mertua jugak sampai dah terselit selit anaknya celah2 akar Yg serabut tu.
Orkid ni sebenarnya dah cacat pasal dah terkeluar Dari pasu asalnya.
Tengok pun kelakar macam pasu duk atas orkid bukannya orkid duk dalam pasu tu.
Aku bawak balik 3  orkid Kat atas tu aku bela dia aku tukar kan pasunya.



Aku beli kan pasu orkid Yg baru aku masuk kan arang dengan serpihan Batu bata.
Selepas di tukar pasu adalah rupa bunga pokok2 ni .
Sekarang Tunggu nak ber bunga je balik orkid ni.
Sejak aku bawak balik ari tu adalah 2 kali golden shower ni berbunga sebelum aku tukar pasunya.



Ni orkid cacat Yg kelakar tu aku  letak dalam pasu plastic Kecik ni je.
Aku rasa orkid ni ada potensi panjang umur dalam tangan aku.
Dah nampak beberapa anaknya keluar Dari celah2 dahan induk tu.
Eeee...tak sabar aku nak tengok dia berbunga .... Kaler apalah Yg keluar nanti tu.



Ni jelah koleksi orkid Yg aku ada buat masa ni.
Dua pasu dendro Yg aku beli tu rajin bebenor lak berbunga walaupun kocik je bunganya.
Sekurang2 Nya hidup balik semangat aku nak bela orkid macam mula2 Dulu.
Hari tu ada ternampak dalam facebook ada Yg  jual online orkid dendro ni 5 pasu ompekploh hinggit je termasuk pos dah berbunga pokok2 Nya.
Ada hati gak nak membeli tapi bila mengenangkan apa yang jadi Kat rak kayu aku tu buat aku seriau nak beli orkid secara pos ni.
Alang kan kayu leh bersepai inikan pulak pokok orkid.
Lunyai orkid2 tu di baling2 Kat budak2 pos tu .
Sampai Kat tangan aku nanti tinggal pasu orkid dengan sabut kelapa je .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails