Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, September 1, 2014

Medical checkup di ANJUNG KARISMA, Senawang.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah dah 57 tahun Kita merdeka sejak diistiharkan pada 31 ogos 1957 .
Maknanya 57 tahun dah Kita menikmati KEMERDEKAAN, keamanan, serta kebebasan di tanah tumpah darah sendiri.
Beratus tahun Kita di jajah bangsa asing maknanya Kita kena tebus KEMERDEKAAN Ini beratur ratus  tahun juga hingga lah hari kiamat nanti.
Sesiapa Yg masih ingat sejarah negara Kita di jajah Dulu pasti Akan menghargai KEMERDEKAAN Yg Kita ada hari Ini atas pengorbanan nenek moyang Kita serta pejuang2 yang dahulu untuk kesenangan Kita hari Ini.
Ingat tu ya anak2 .... Jangan di gadaikan apa Yg Kita ada hari Ini.
Jangan lak ada Yg nak jadi si kintol.
Merdeka kan juga minda Kita ni yang masih lagi di jajah dgn anasir2 luar.

Di sebabkan jiwa dan minda Yg dah merdeka hari ni my hubby dah ada kesedaran untuk buat medical checkup satu badan.
Setelah sekian lama aku pasak otak dan telinga dengan leteran isteri mithali...chewahhhh !!
Pasalnya laki aku ni perokok tegar tak suka makan sayur apalagi buah pastu tak bersenam.
Haaa meh kito ke sini bang kito tengok dalaman abang sihat ke tidak.
Umur dah 40 tahun Lebih ni Elok buat pemeriksaan kesihatan.


Klinik SWASTA ni berada di taman levender height senawang, berhampiran hospital pakar salam.
Seminggu sebelum tu kitorang dah datang sini servey bayaran checkup satu badan .
Kat sini ada dua pakej disediakan.

Pakej pertama 57 ujian termasuklah ujian kolestrol, thyroid, HIV, uric acid dan lain2 cuma $105.00.
Pakej kedua 47 ujian kurang Dari pakej pertama cuma $65.00 jee.... Aku Kira pakej ke dua ni macam basic je.
Kalau ambik pakej pertama pastu korang nak tambah untuk , x-Ray dada , periksa fizikal, ECG ,darah dan kencing bayarannya adalah $170.00 Sahaja.
Kalau  wanita ambik pakej pertama tadi pastu nak tambah untuk ujian Pap smear, x-Ray dada, fizikal, ECG, darah dan kencing bayarannya $195.00 Sahaja.
Biasalah mana2 pun pemeriksaan wanita memang Lebih mahal.
Oh ya sini takdo wat mammogram .


Kalau nak tahu Lebih lanjut boleh datang sendiri Tanya staf Kat sini.
My hubby ambik pakej yang  $170.00 tu.
Alang2 dah checkup ambik Lebih sikit lagipun harga masih reasonable lagi .
Kita buat setahun sekali bukan setiap bulan dan untuk kebaikkan diri sendiri jugak.
Aku siap Kira step by step ujiannya coz tak mau ada Yg tercicir.


Sejak pukul 10 malam dia dah berpuasa dah.
Kalau tak puasa Akan menjejaskan result ujian tu nanti.
Aku sedapppp je sarapan pulut cicah sambil tumis air tangan mak aku.
Peh tu minum neskapi pehhhhh sodap eaaa..!!
My hubby minum air kosong dengan Hisap rook jeee..hehe..
Biasanya Celik je mata dia terus nak makan kali ni Celik je mata kono tengok je orang makan Dulu.

Cian laki aku tak pernah lewat sarapan kali ni lewat Sebab terpaksa.
Kedai mamak di cari Dulu  tak jauh sebolah klinik tu je.
Order dua keping roti canai.


Eh tak cukup order lagi 2 biji telur 3 suku.
Lepaskan dendam betul laki den ni !


Aku...tak kan tengok je kannnnnn.
Sebagai personal asst mesti nak order gak tak kan nak pandang je kotttt.
Okey aku teringgin nak makan toseiiii.


Ni aku punya sekeping je cukup lah kannnn.
Tak sabar nak Tunggu result  tu beberapa hari lagi.
Aku lak yang excited macam aku yang buat checkup tu tadi.

6 comments:

Acik Erna said...

Acik pun dah lama x buat ct..dulu2 buat

sud@is said...

Asslam
singgah
lama aii tak buat full checkup....

SITI NOARIZAH ARIS said...

ACIK ERNA...buat le semula cik skrg mcm2 penyakit pun ada ...risau betul.

SITI NOARIZAH ARIS said...

SUD@IS....okey lepas ni kena buat blk full checkup tu.

Unknown said...

information, kudos to you! It is good and correct. The usefulness and importance is overwhelming. Thanks again for this unbelievably powerful post and good luck!

TOSHIBA PVM-375AT

AA said...

ada no untuk di call ke tempat boleh mesej untuk pertanyaan. doktor laki ke perempuan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails