Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, October 24, 2014

Aktiviti cuti Deepavali & selamat menyambut tahun baru 1436H.

Assalamualaikum...



Ini kejadian cuti Deepavali semalam.
Lepas sarapan,kemas umah, sapu sapu aku pun ke belakang menziarahi baby2 aku kat belakang dapur tu.


Mula mula gunting rambut si serai ni dan buang daun kunyit yg dah kering2 tu.
Dah lama tak berbela tengok pun naik rimas.
Daun kunyit ni dulu besar2 lebar2 daunnya sekarang banyak yg dah kering.
Mak aku kata daun kunyit yg dah kering tu leh buat air mandi baby yg sakit kuning tu.
Banyak gak yg aku buang semalam kalau ada yg Mintak leh gak di sedekahkan.



Pastu alihkan anak pokok ketumbar jawa ni.
Yang ni dah lama beli  masa MAHA kat Paroi awal tahun ari tu.
Baru sekarang nak alih dalam pasu teruknya tuan baru si ketumbar ni kan?
Belakang dia tu  daun kesum aku tanam dalam pasu tak berlubang tapi bila ujan air tu bertakung pastu ada lak jentik2 dalam tu.
Ni kalau jumpa kat KKM meriah dyorang mendenda aku ni.
Sooo aku cabut pokok kesum tu dan buang tanah dalam pasu aku letak je dalam bekas tu camtu.


Haa yg tu kesum aku yg tanam dalam pasu yg berlubang.
Elok je suburkan tapi kalau sehari je tak kena air semua kecut.
Sakit mata aku tengok. 
Cuti Raya puasa ari tu kering kesum aku tu tak bersiram nyaris mati .
Aku bela Balik elok suburnya.
Yang ni gerenti tak do jentik2 berenang2 pasal tak ada air bertakung tapi siap lah kalau tak bersiram gerenti kering kontang.


Pokok kari dan pandan.
Pandan tu lum merimbun lagi daunnya.
Pokok kari makin meninggi walaupun jarang2 guna daunnya.


Pokok limau purut ni ada gaya jadi model purut.
Meliuk2 lak dahan ea tapi buah nan adoooo.

Okey lah setakat ni dulu citer tanaman Dapur aku ni.
Waktu korang baca entri ni aku dalam perjalanan mendaki bukit Cameron.
Cuti tahun baru 1436H mendaki bukit nak rasa cuaca sejuk kat sana.
Itupun kok sejuk lagi cam Spoloh tahun yg aku pergi dulu..huhu..

Kepada yang setia mengunjungi RKTS ni aku ucapkan selamat tahun baru maal Hijrah.
Semoga tahun yg pergi ni adalah tahun terbaik buat amalan kita dan tahun baru yg datang pula akan jadi tahun yang lebih terbaik nanti.
Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun selepas asar dan maghrib nanti ya.

Wasalam....





Tuesday, October 21, 2014

Laksa...aku bukan peminatnya.

Asalamualaikum ...


Aku yakin sangat2 ramai orang suka makan laksa.
Apa je jenis laksa atau mengikut pelbagai tema negeri pasti ada peminatnya.
Rata2 di sekeliling aku semua minat dengan laksa .
Termasuk le adik beradik dan hubby aku sendiri.

Seriesly aku bukan peminat laksa.
Laksa berkuah putih atau keruh dan mee nya gemuk2 kaler putih tak kena langsung dengan anak tekak aku.
Pernah sekali aku cuba makan selepas tengok kawan2 beria2 memakannya depan aku.
Baru sekali suap terkeluar Balik laksa tu.
Cam semacam je laksa yg rasa ikan masam2 tu.
Aku dah rasa nak muntah dah nasib baik makan dalam pantry kat ofis.
Kalau kat meja kedai makan termuntah aku atas meja tu agaknya.
Itu lah sekali aku makan lepas tu tak berani makan lagi dah.
Mak mertua aku buat laksa pun aku tak makan.
Akak ipar buat pun aku tak makan, dyorang pun dah paham yg aku tak minat dgn laksa ni.


Sampailah hari raya haji hari tu adik aku AZIRAH beria ia nak buat laksa untuk juadah hari raya.
Dia Mintak aku makan mana tau berubah lak perangai anak tekak aku kalau dia yg buat.
Seperiuk bosar kuah laksa dia siapkan.
Semua rakyat jelata dalam umah mak aku tu berebut rebut memakannya kecuali aku.



Ni mangkuk aku...saja cari cili yg ada biji biar terasa pedasnya nanti walaupun aku tahu bahaya makan bijik cili ni.
Nak isi bahan2 dalam ni pun siap di pantau kat adik2 aku ...jgn ada yg tercicir katanya mesti cukup bahannya.
Pastu semua duk depan aku tengok cam mana reaksi muka aku makan laksa tu.
Aku makan slow2 ala ala gadis Melayu terakhir gitu....auwww !!!
Pastu aku kunyah2 sikit, hirup kuah sikit sambil kelip2 mata.
Penonton kat depan aku tu pun kelip2 mata tengok aku.

Pastu serentak tanya.." Okey tak long?? "

Huh okey lahhh dah ko yg masak adalah rasa laksanya .
Tang telan tu aku telan je perlahan2 kang kok terkeluar Balik kocik lak hati adik den.
Tapi aku makan pun very the slow sangat .
Aku kata setakat boleh makan je lah tapi korang takkan dapat ubah tekak aku ni untuk kata " best in the world " kat laksa.

Ehhh ...tapikan ada satu laksa yg aku suka sangat makan.
Laksa Johor coz dia guna spaghethi dan kuahnya kaler merah cam kuah kacang .
Mungkin dia berbeza dari laksa2 yg lain tu yg aku suka sangat tu.
Kalau letak semangkuk bosar depan aku pun aku leh habiskan.

Kira okey le tu kannn....laksa le jugakkkk...hihihi...
Ada sapa2 nak belanja aku makan laksa Johor ???




Saturday, October 18, 2014

Warga Ukraine atau....???

Asalamualaikum......


Paparan halaman mengikut Negara

Graf negara paling popular antara penonton blog
MasukanPaparan halaman
Malaysia
2462
Amerika Syarikat
491
Ukraine
203
Indonesia
152
Perancis
107
Jerman
102
India
70
Singapura
55
Brunei
45




Carta kat atas tu adalah paparan negara yg tengok atau baca blog kita.
Leh check kat kolum statistik tu.
Ini adalah paparan sepanjang pertengahan September hingga hari ini dalam blog RKTS ni.
Orang Ukraine pun ada gak yg baca blog sempoi aku ni.
Aku perasan ni lepas kes terhempas tu.
Tu yg aku terkejut tuu....
Errrr.... Bukan roh2 yang terhempas kat ladang bunga tu yg baca...kan..kan...kan...


Thursday, October 16, 2014

Anlene 51+.

Asalamualaikum....



Tak paham betul aku dengan blogspot dlm iPad aku ni.
Entry pulut aku tu dah siap taip dan nak publish Dari hari selasa hari tu sampai hari ni masih lagi tak publish asyik terpusing2 je dia.


Dek geram aku draft kan aje entry tu pastu aku bukak blog aku aku terbit kan entry tu melalui situ je.
Entry pulut tu dah masuk 3 hari terpampar dalam blog ni tapi Yg aku nak publish Kat dalam blogspot tu untuk google masih lagi terpusing Pusing.
Tak habih2 lagi ko nak menloading kan?
Ko kono sombolit ko apo blogspot.
Gasak le janji entry pulut tu dah boleh korang baca dah.

Okey kita terus ke bebelan untuk hari ini.

Dah lama dah tak minum anlene sejak aku bertukar ke susu omega.
Tapi bulan puasa hari tu susu omega pun aku tak habihkan.
Ye lah siang dah satu hari puasa pastu malam macam2 ada nak di makan .
Terus le  lupa nak minum susu tu.
Sudahnya susu tu masuk angin terus keras kejung dalam botol.


Hari tu ternampak iklan anlene Yg baru ni Kat tv.
Ada fos inulin.
Ermmm leh Cuba mungkin Lebih sedap Dari sebelum ni.
Dek xcited sangat nak beli susu ni sampai aku terambik pek 51 tahun ke atas.
Balik umah tengok .....eh dah salah boliiiii !!
Beli dalam giant lak tu kalau kedai runcit biasa tak leceh nak menukarnya.
Nak wat camno minum jelah sampai habih.
Untung2 tulang aku ni ter extra kuat lah lagi kan.

Copek naaa Pulak nak ke fasa warga omeh tu haa..

Tuesday, October 14, 2014

Dari pulut transform ke seri muka.

Assalamualaikum....



Ini kejadian hari minggu sebenarnya.
Pagi tu aku buat sarapan pulut cicah dengan sambal sardin.
Permintaan my hubby kalau ikut tekak aku ni sambal tumis bilis pun dah ok dah.
Di sebabkan dah lama tak Masak pulut ni aku Masak satu put setengah jelah.
Aku gunakan tin susu buat sukat beras kalau Masak nasi Kat umah ni.
Bila dah Masak aku tengok cam sikit jeeee....macam tak cukup jeee...
Okey tambah lagi 2 put beras pulut tanak lagi.


Lunch hari tu aku tak Masak apa2 Sebab pulut banyak lagi .
Rakyat jelAta dalam umah tu pun kekenyangan.
Aku lak sibuk menjahit so memang tak ke dapur le tengahari tu.
Sampai ke petang tengok pulut tu masih ada lagi.
Tak kan malam pun nak makan pulut kotttt.
Mau laki aku transform jadi transformer lak kang.



Pikir punya pikir tak mau membazir aku pun jadikan pulut tu seri muka.
Nak buat lopes air gula memang dah ada dah tapi hubby aku tu Maleh ke Kodai boli kelapa parut.
Aku lagi lah malas kang nak mengentel pulut lak lagi nak ke Kodai lagi.
Jadi Kita ubahkanlah lah kejadiannya ke seri muka.



Dah lama benau tak buat kuih ni tu Yg takut jadi lain je.
Tapi Nasib baik le menjadi Elok je rupa kejadiannya.
Cuma Bahagian atas tu agak keras sikit Kat citarasa aku...aku Lebih suka dia lembik2 sikit.
Tak pe lenkali aku buat kasi kurang sikit sukatan tepungnya.
Kena try and error sampai Dapat serupa macam Yg aku nak.
Kita buat ikut anak tekak Kita le kan ...Kita Yg nak makan.


Yang penting sekali hari tu takdo pembaziran dan tak ado Yg masuk tong sampah.
 Bila makan berseri seri je muka , idok le nak muncung  jeee....:D






Friday, October 10, 2014

Akhirnya berjaya download UltraSurf.

Assalamualaikum.....


Salam Jumaat buat korang semua,
Setelah sekian lama hari ni aku dapat update blog kat ofis semula.
Ehh korang perasan tak  blog aku dah tukar kaler.
Semalam biru hari ni ijooo...my fevered kaler.
Sidebar sebelah kanan pun dah di ubah ubah.
Gambar2 korang yg jadi follower aku dulu tertepek kat atas nun sekarang dah duk sebelah kanan.
Iklan nuffnang dulu bawah sekali sekarang aku dah seret dia kat atas tu.
Haaa korang yg datang sini rajin2 kan le jari jemari tu memicit mause korang kat iklan tu yooo..hehe !!


Semua ni kerana jasa baik DIKBEE.COM yang buat entry pasal nak mengakseskan BLOG atau FB yg di sekat kat ofis.
Macam kat ofis aku ni FB tak di sekat tapi semua URL BLOG disekat seketat ketatnya.
Uashkan nak baca blogwalking nak bukak blog aku sendiri pun tak leh.
Dah lama macam ni tu yang aku dapat BW dan update blog kat umah je sebelah malam.


Cara Nak Akses Facebook Yang Telah Disekat

Dari semalam aku cuba mendownloadkan ULTRASURF ni kat PC Ofis ni tapi gagal.
Jangan berputus asa kita cuba lagi akhirnya hari ni aku Berjaya .
Bila dah dapat terus aku ubah template blog tu kalau guna ipad memang susah nak buat semua ni.
Lepas ni leh le aku BW ke blog kawan2 semua time lunch hour.
Sebelum ni aku cuma boleh masuk blog yg guna domain DOT COM je yang guna BLOGSPOT cam aku ni langsung tak leh masuk.
Walaupun leh baca DOT COM tapi aku tak boleh tinggalkan komen sebab acct blog aku di sekat.
Hari ni aku dapat balik apa yg aku nak.



Sapa2 yang nak mencuba boleh le pergi ke blog adik manis ni DIKBEE.Com ni dan ikut le step by step yg dia tunjukkan tu.
Aku tak dapat nak ajar satu2 dalam ni  banyak guna masa nak taip.
Tapi kalau tertangkap kat budak IT korang sendiri tanggung.
Termasuk le aku...

Okey tak boleh lama2 dalam ni .
Aku chow dulu nanti time break aku BW kat blog korang.
Byee....
 

Wednesday, October 8, 2014

Juadah Aidiladha 2014.

Assalamualaikum....


Raya haji tahun ni aku beraya di rumah MIL Kat kg renal, jelebu.
Alahaiiii dokek Jo dgn umah Omak sey naik keto tak sampai spoloh minit dah sampai dah.
Tak de masa nak gaduh2 Manja atau masam2 muka bila tiba giliran balik raya ni.
Apa tak Nya pagi umah MIL tengahari kang aku dah terpacak Kat umah mak aku dah.

MIL ada buat mee soto, nasi impit dan rendang ayam tapi aku terlupa ambik gambar.
Gambar2 yang ada ni semua juadah Kat umah mak aku.
Tahun ni semua berkumpul raya umah mak termasuklah Ann Yg Kensel balik kelantan.
Cuma aku je tak ada malam raya dan pagi raya tu umah mak.
Tapi sebelah petang raya tu dah ada join dyorang semua Kat umah mak.


Mak aku buat lemang Ini adalah WAJIB setiap kali raya.


Shilla dan nor siapkan rendang ayam berempah tu, sedap betul makan lemang paneh cicah rendang ayam ni.


Nasi impit dan kuah kacang air tangan Nor dan Shilla gak.


Raya haji kali ni Yah terajin lak nak buat laksa.
Seperiuk bosar kuah laksa dia siapkan.
Okey ada citer kenapa menu laksa ni tetiba terpacul Kat umah mak aku raya ni.
Lain entry aku citer kan yo !


Koktel buah campur sumi jelly tu hasil air tangan Ann.
Sekelip mata je dah tinggal mangkuk gambar ni second round Dak Ann buat semula pasal ada Yg komplen tak sompek makan dah licin licau.


Petang tu lepas Dapat daging Korban an masakkan daging Masak kunyit ni.
Kesian Kat laki dia agaknya tak Dapat lik kelate tahun ni pasal cuti tak lama.
Kalau Kat kelantan femes menu ni kan makan dengan nasi pagi raya.


Seperiuk sup tulang my feberet.
Tapi aku makan sikit je petang tu masa  sup baru masak .
Terlupa nak makan banyak malam tu dek sibuk menguli roti.


Jeng..jeng...jeng....roti sarang Lebah.
SOS butterscotch terlupo lak ambik gambar.
Malam tu ni kojo aku dengan adik ipar aku si zura tu menguli roti ni dua loyang.
Satu loyang dah selamat masuk perut time panas2 tu seloyang lagi untuk sarapan pagi esok tu pulak.
Di sebabkan tak de mesin roti  kitorang uli jelah dengan tangan.
Naik mussel aku menguli roti setengah jam peh tu jadi bahan golak adik2 aku.
Nanti lah aku beli bread maker sebijik korang tengok le aku main campak2 je bahan2 roti tu dalam mesin tu peh tu terus jadi roti.
Tak payah susah2 nak uli ....sapa Yg golak kan aku tu aku tak bagi makan roti aku ...huhh !!


Daging lombu lagi yang ni yah masakkan black pepper.
Podeh berapi berdesing telinga masing2.


Tapai pulut hitam zura bawak Dari umah neneknya Dari beranang.


Nah kepalo lombu Korban.
Napie bawak balik Dari masjid nak ambik otak dan lidah lombu tu kato nyaaa.
Alahaiiiii apo lahhhh benda2 tu semuo yang korang nak makan kembang tekak aku.
Nasib lee tak di bawaknya sekali  ekor dan tolo lombu tu balik ke rumah.


Monday, October 6, 2014

Award Dari cikgu faiz dan Marsha.

Assalamualaikum ....


Terima kasih kepada MARSHA Dan CIKGU FAIZ yang memberi award dan mengetag kan aku dengan Soalan cepu emas korang ni.
Lama dah tak kono tag ni awal2 berblog Dulu selalu terkono..huhu..
Mintak maaf banyak2 lambat respon tag korang ni Maklum leee ahkaaaaak ko ni berblog bila ada masa lapang joo dik oii...
Ni pun tulis Kat kampung masa raya haji.
Tenet slow tapi aku tulis Dulu dalam notes Kat iPad ni pastu copy paste dalam blog.
Kalau tak sampai ke sudah aku tak menjawab.



Syarat2 yang perlu dipatuhi jika tercalon dalam Liebster Award ni ialah:

Senaraikan nama dan URL  yang dicalonkan dalam Liebster Award ni.
Jawab 11 soalan yang diajukan.
Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
Cipta 11 soalan anda sendiri & mereka yang tercalon wajib menjawab soalan yang diajukan.
Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan itu.

Sekarang time untuk jawab semua 11 soalan yang diajukan.

TAG DARI BLOG CIKGU FAIZ:

Kenapa korang suka berblog? 
Suka kongsikan pengalaman sendiri dan luahkan pandapat sendiri bila boring2 leh baca balik dan jadi kan blog sendiri sebagai rujukan peribadi.

Macamana korang boleh terjebak dengan dunia blog? 
Sebab suka baca dan tengok blog orang terus rasa nak ado blog sendiri.

Tempat menarik yang pernah korang sampai.?
Banyak sangat Dari Utara sampai selatan semuanya menarik.

Apa haiwan kesayangan korang.?
Ikan...tu je Yg ada Kat umah tu !

Bila stress apa yang korang selalu buat?
Minum kopi superpower atau teh ijo pastu blog walking.

Korang pakai handphone jenama apa? 
Masih lagi Nokia C3... Tak banyak kerenah Ompek tahun dahhh.

Suka masak apa? 
Suka Masak apa Yg family suka makan tak suka Masak apa mereka tak suka makan walaupun saya suka makan coz tak syok mengadap sorang2..huhu..

Kenangan pahit yang korang pernah alami..?
Jatuh motor tersiat kulit kaki den.

Suka selfie? Kenapa? 
Tak suka selfie.

Filem yang paling best pernah korang tonton? Kenapa? -
Filem leftenan adnan Sebab saya berjiwa patriotic..kah kah kah :))

Apa yang korang suka tentang blog cikgu faiz? 
Banyak info gambau pun besau2...suka suka suka !!


TAG DARI BLOG MARSHA:

Apa nama blog korang? Nama tu ambil sempena apa?
Okey namanya RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU coz suka sangat dengan lirik lagu Azian mazwan safuan tu..boleh gitu ??

Kenapa korang suka berblog?
Suka cerita kan pengalaman sendiri dan luahan pandapat sendiri ,bila boring2 leh baca balik dan jadi kan blog sendiri sebagai rujukan peribadi.

Apa yang mesti korang ceritakan dalam blog korang?
Cerita Hal diri sendiri, keluarga,jalan2 ,selit sikit pasal masakkan ,kebun kocik,bunga bungaan ...ermm Lebih kurang camtulah.

Sejak bila korang mula berblog?
Penghujung tahun 2009 tapi aktif tahun 2010 sampai sekarang walaupun kerap tenggelam timbul tenggelam timbul.

Makanan kegemaran korang?
Yang podeh2 ...orang nogori kannnnnnn.

Bila time korang ber blog?
Malam lepas selesai semua Hal rumahtangga.

Korang updated blog guna hp atau laptop? Kenapa?
Dulu Guna laptop tapi sekarang kerap Guna iPad je....sonang nak hangkut ke ulu hilir .

Korang suka travel tak? Tempat mana yang paling best dalam kenangan korang?
Ehhh saya kaki jalan tauu..Tempat paling best dalam kenangan makan tepi pantai Kat kola perelih dengan family.

Korang suka hiking?
Tak suka takut jatuh .

Apa yang ada dalam wallet, purse korang?
Segala jenis resit dan kad mesra rakyat ada dalam tu.

Adakah korang suka saya?? Oh catchy ayat..hihi
Of courseeeee....lagi suka kalau hang selalu singgah blog RKTS hehehe....


Okey selesai sudah buat masa ni aku Belum pilih lagi sapa Yg Akan menjadi mangsa tag aku pulak....nanti lah senang senang sikit aku cari URL sapa Yg Akan terkena nanti.
Semoga kedua2 Puan umah tu berpuashati walaupun aku longgokkan tag korang dalam satu entry je...nak buat satu2 kang lagi lama lah korang kena menunggu.

Siappp  nak gi merobos daging lak ha nak wat daging black pepper.




Friday, October 3, 2014

Mangga muda vs cempedak goreng.

Assalamualaikum...



Ni kisah 2 minggu lepas.
Pokok mangga ni ada Kat sebelah umah Napie dalam kawasan umah mak aku gak.
Lebat buahnya , Dulu sebelum ada umah Napie tu tak nak berubah.
Sekarang ni lebat buahnya.
Aku bukannya pencinta asam macam an.
Leh kecur air liur aku tengok mangga muda ni.
Ni an ambik banyak2 atas pokok dan kipas kulitnya.
Nak buat jeruk.


Dapatlah beberapa botol jeruk mangga hasil kutipan ann dan suaminya din.
Aku Dapat sobotol yang lain2 pun Dapat sebotol.



Ni lak cempedak yang abah bagi untuk aku bawak balik.
Pokok cempedak ni Kat belakang umah yah yang baru je siap beberapa bulan lepas.
Sekarang ni rajin lak berbuah sebelum ni Kita tengok pokok dia je Yg makin tinggi.
Agaknya Sebab akarnya dah di gali2 masa nak buat umah yah tu Yg buat pokok ni berbuah dia fikir nak kono tobang kottt.
Lebat buah2nya puas lah kitorang makan cempedak sekarang ni.



2 tahun lepas aku kerumah kawan aku dia goreng cempedak manis sangat.
Zura adik ipar aku sampai terkenang2 rasanya ...rupanya dia dah start pregnant time tu.
Aku peram buah cempedak yang abah aku bagi sampai dia betul2 Masak dan isinya ber jus.
Bila dah macam tu baru sodap di goreng dan rasanya cukup manis macam cempedak goreng umah member aku Kat JB tu Dulu.
Okeyyyy itu rahsianya kalau nak cempedak goreng Yg manis ber jus tau!!

Sekarang aku dah tau macam mana nak Dapat cempedak goreng Yg cukup manis.
Peram buah tu sampai betul2 Masak barulah terasa kesedapannya bila di goreng.
Tak delah cam cempedak goreng Kat tepi jalan tu Yg tebal tepung tapi isinya tak berapa nak manis.


Bekal aku bawak pergi ofis.
Nyummmm.... Inilah Yg Kita Dapat bila berbudi pada tanah.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN BUAT  SEMUA PEMBACA BLOG RKTS......Salam hormat Dari saya :))


.

Wednesday, October 1, 2014

Hujung minggu mancing sembilang di seri menanti,kuala pilah.

Assalamualaikum....


Hari minggu aku  menemankan  my hubby dan anak bujang mancing ikan sembilang Kat kolam pancing  seri menanti kuala pilah.
Dah banyak kali hubby ajak temankan dia waktu pagi tapi aku malas selalunya si anak bujang tulah Yg ikut.
Kita Yg bekerja ni kalau Dapat cuti sabtu ahad tu masa tu lah nak buat macam2 kerja umah.
Di ajaknya pagi2 buta menunggu depan kolam malas lah aku.
Antara Ompek ke limo jam duk Kat kolam tu aku leh buat macam2 kojo Kat umah.



Tapi hari tu dia ajak aku petang.
Haaa kalau potang tu okey lah kan keja umah pun dah siap Masak pun sudah perut pun dah konyang.
Daripada tido mengemukkan badan Kat umah leh gak tenang kan minda tepi kolam tengok orang baling joran Tarik joran kan..



Dua dua ni pun sama je hebatnya ,
Manjang menariiiiiik je joran.
Anak bujang aku baru campak joran dah tersangkut sembilang .
Beberapa ekor gak dia Dapat menarik lepas tu baru ayahnya lak menarik.
Agaknya ikan tu pun tahu anak bujang aku ni suka sembilang asam podeh tu Yg melekat je semua Kat joran dia agaknya.
Aku duk jauh2 Kat belakang tu kang duk sebelah2 time dyorang baling joran dengan tudung aku sekali terbang dalam kolam tu.
Naya je balik umah tak pakai tudung.


                Hasil pertama si anak bujang



                  Hasil Dari si bapak


Dyorang ni Guna umpan cengkerik.
Tu botol cengkerik tu pun botol biskut raya aku di kebas Kat hubby.
Kalau dia mancing ikan lain segala jenis bahan2 kuih aku pun di sapunya jugak.
Sabar jelah aku bila tengok Essen vanilla aku dah jadi hak milik dia.


Hasil Yg Dapat dalam masa satu jam.
Kat umah tadi aku kata Dapat 3 ekor Kita baliklah.
Ni ha Dapat satu karung pueh nak mengabihkan ni !!

Dyorang mancing aku tulis entry ni Kat kolam pancing.
Siaplah satu entry ni sambil2 layan facebook.
Nak BW tak dapek doh linenya slow tapi Kira okey gak lah Dapat ber facebook.
Kalau Kat kolam pancing talapia ulu bendul tu langsung takdo line.
Batery iPad aku Yg low ......line tenet terensot2 cam siput vavi.
Rasa macam nak panjat je bukit ulu bendul tu cari line.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails