Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, October 1, 2014

Hujung minggu mancing sembilang di seri menanti,kuala pilah.

Assalamualaikum....


Hari minggu aku  menemankan  my hubby dan anak bujang mancing ikan sembilang Kat kolam pancing  seri menanti kuala pilah.
Dah banyak kali hubby ajak temankan dia waktu pagi tapi aku malas selalunya si anak bujang tulah Yg ikut.
Kita Yg bekerja ni kalau Dapat cuti sabtu ahad tu masa tu lah nak buat macam2 kerja umah.
Di ajaknya pagi2 buta menunggu depan kolam malas lah aku.
Antara Ompek ke limo jam duk Kat kolam tu aku leh buat macam2 kojo Kat umah.



Tapi hari tu dia ajak aku petang.
Haaa kalau potang tu okey lah kan keja umah pun dah siap Masak pun sudah perut pun dah konyang.
Daripada tido mengemukkan badan Kat umah leh gak tenang kan minda tepi kolam tengok orang baling joran Tarik joran kan..



Dua dua ni pun sama je hebatnya ,
Manjang menariiiiiik je joran.
Anak bujang aku baru campak joran dah tersangkut sembilang .
Beberapa ekor gak dia Dapat menarik lepas tu baru ayahnya lak menarik.
Agaknya ikan tu pun tahu anak bujang aku ni suka sembilang asam podeh tu Yg melekat je semua Kat joran dia agaknya.
Aku duk jauh2 Kat belakang tu kang duk sebelah2 time dyorang baling joran dengan tudung aku sekali terbang dalam kolam tu.
Naya je balik umah tak pakai tudung.


                Hasil pertama si anak bujang



                  Hasil Dari si bapak


Dyorang ni Guna umpan cengkerik.
Tu botol cengkerik tu pun botol biskut raya aku di kebas Kat hubby.
Kalau dia mancing ikan lain segala jenis bahan2 kuih aku pun di sapunya jugak.
Sabar jelah aku bila tengok Essen vanilla aku dah jadi hak milik dia.


Hasil Yg Dapat dalam masa satu jam.
Kat umah tadi aku kata Dapat 3 ekor Kita baliklah.
Ni ha Dapat satu karung pueh nak mengabihkan ni !!

Dyorang mancing aku tulis entry ni Kat kolam pancing.
Siaplah satu entry ni sambil2 layan facebook.
Nak BW tak dapek doh linenya slow tapi Kira okey gak lah Dapat ber facebook.
Kalau Kat kolam pancing talapia ulu bendul tu langsung takdo line.
Batery iPad aku Yg low ......line tenet terensot2 cam siput vavi.
Rasa macam nak panjat je bukit ulu bendul tu cari line.

1 comment:

ummi aqilah (LM) said...

Wahhhhhh

LM x pernah memancing seumur hidup. Nmpk seronok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails