Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, October 24, 2014

Aktiviti cuti Deepavali & selamat menyambut tahun baru 1436H.

Assalamualaikum...



Ini kejadian cuti Deepavali semalam.
Lepas sarapan,kemas umah, sapu sapu aku pun ke belakang menziarahi baby2 aku kat belakang dapur tu.


Mula mula gunting rambut si serai ni dan buang daun kunyit yg dah kering2 tu.
Dah lama tak berbela tengok pun naik rimas.
Daun kunyit ni dulu besar2 lebar2 daunnya sekarang banyak yg dah kering.
Mak aku kata daun kunyit yg dah kering tu leh buat air mandi baby yg sakit kuning tu.
Banyak gak yg aku buang semalam kalau ada yg Mintak leh gak di sedekahkan.



Pastu alihkan anak pokok ketumbar jawa ni.
Yang ni dah lama beli  masa MAHA kat Paroi awal tahun ari tu.
Baru sekarang nak alih dalam pasu teruknya tuan baru si ketumbar ni kan?
Belakang dia tu  daun kesum aku tanam dalam pasu tak berlubang tapi bila ujan air tu bertakung pastu ada lak jentik2 dalam tu.
Ni kalau jumpa kat KKM meriah dyorang mendenda aku ni.
Sooo aku cabut pokok kesum tu dan buang tanah dalam pasu aku letak je dalam bekas tu camtu.


Haa yg tu kesum aku yg tanam dalam pasu yg berlubang.
Elok je suburkan tapi kalau sehari je tak kena air semua kecut.
Sakit mata aku tengok. 
Cuti Raya puasa ari tu kering kesum aku tu tak bersiram nyaris mati .
Aku bela Balik elok suburnya.
Yang ni gerenti tak do jentik2 berenang2 pasal tak ada air bertakung tapi siap lah kalau tak bersiram gerenti kering kontang.


Pokok kari dan pandan.
Pandan tu lum merimbun lagi daunnya.
Pokok kari makin meninggi walaupun jarang2 guna daunnya.


Pokok limau purut ni ada gaya jadi model purut.
Meliuk2 lak dahan ea tapi buah nan adoooo.

Okey lah setakat ni dulu citer tanaman Dapur aku ni.
Waktu korang baca entri ni aku dalam perjalanan mendaki bukit Cameron.
Cuti tahun baru 1436H mendaki bukit nak rasa cuaca sejuk kat sana.
Itupun kok sejuk lagi cam Spoloh tahun yg aku pergi dulu..huhu..

Kepada yang setia mengunjungi RKTS ni aku ucapkan selamat tahun baru maal Hijrah.
Semoga tahun yg pergi ni adalah tahun terbaik buat amalan kita dan tahun baru yg datang pula akan jadi tahun yang lebih terbaik nanti.
Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun selepas asar dan maghrib nanti ya.

Wasalam....





1 comment:

Chekgu Azrine said...

Salam perkenalan..

http://azrinzfamily.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails