Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, November 3, 2014

Singer ku tetiba je demam paneh...

Assalamualaikum....


Salam november buat kalian semua.
Pejam celik pejam celik dah sampai ujung tahun dah .
Dan dalam bulan ni banyak tharikh2 penting dalam hidup aku.
Lupakan yang tu dulu hari ni nak citer pasal peti ais singer aku ni dulu.


Malam minggu semalam peti ais ni dalam sejarah hidupnya selama lapanblas tahun dengan aku jatuh sakit.
Tetiba je tak sejuk lagi dah.
Aku dah mula risau dah ayam yang aku beli tu kat bahagian frezer dah mula lembik tak sejuk lagi dah.
Bertelagah lak aku dengan hubby .
Dia kata aku pusing no 1 tu pasal tak sejuk kena pusing no 7 baru sejuk.
Ehhh aku yang selalu tutup bukak peti ais ni aku tahu lah mana nak pusing bagi dia sejuk.
Selama ni pusing no 1 sejuknya sampai tebal air batu.
Letak ikan kat frezer tu kejap je dah keras kejung dah.
Ini dah berjam jam masih lagi tak rasa apa2.
Rasa makin paneh ada laaaa...

Pagi minggu tu hubby kompem kan memang betul peti ais tu ada problem.
Langsung tak sejuk dri malam tadi yang aku risaukan ayam yang setengah ekor tu.
Takut berbau je, nasib baik gak hari sebelum tu aku pergi pasar tak beli lauk banyak2 macam kebiasaan simpan dalam tu.
Kalau dah banyak sangat binatang dalam tu camno nak di buek tak terabih ompek beranak nak makan lauk penuh satu mejo satu hari tu dohh.


Terpaksa lah panggil yang pakar ni datang umah hari minggu tu jugak.
Cemas hidup aku kalau peti ais Aku ni tak bernyawa lagi.
Nasib baik le bolah repair dan okey hari tu jugak.
Selamat le duit  dari beli peti ais baru.
Yang buat peace tu orang yang tak percaya reta dia dah kondem.
Mati2 cakap aku yang silap.
Macam le dia duk kat dapur tu hari hari... Cehhhhh!!

Alhamdulillah beroperasi balik le peti ais aku tu.
Dulu aku pernah cakap dengan adik2 aku "bila le peti ais tu nak rosak ...nanti leh beli baru nak beli yang leh bukak cam lemari tu"
Sekali je si singer ni tak sejuk aku dah ngelabah dah .
Time tu baru terasa sayangnya aku kat barang yang dah berbelas tahun berjasa dengan kami ni.
Walaupun dah tak secantik macam baru2 beli dulu tapi ia masih kuat bekerja keras untuk aku.
Tak pernah buat ragam cuma semalam je dia demam sekejap.

Nanti aku pakaikan dia baju baru guna wallpaper je.
Sekarang nikan trend orang lekat dinding,lemari , peti ais dengan kertas cantik tu kannn ??



Sementara tunggu yang pakar datang tengahhari tu aku masak semua ayam yang ada tu.
Kang di buatnya takleh repair hari tu jugak berbau le ayam ni sampai petang.
Kang terbaring lak ompek beranak dalam spital dek keracunan makan ayam busuk.
Sooo hari minggu semalam aku anak beranak makan ayam jee.
Sup ayam, ayam goreng cili api siap alas dengan salad yang aku beli kat cameron hari tu lagi tuu..

Ayam masak merah tu baki lauk hari sabtu hari tu.
Eh kiranya dua hari berturut2 le kitorang ni mencekik ayam.
Sampai my hubby naik jelak tengok ayam .
Sudahnya masa makan malam dia mintak aku gorengkan telur.
Tapi dari ayam gak telur tu...hehehe...

3 comments:

Suri Ain said...

Alhamdulillah, peti sejuk akak dah pun berusia 24 tahun. Belum sekali pun dia demam. he..he

Ct NoArizah Aris said...

Syukur kak barang letrik lama ni lebih berkualiti dari yg baru2 sekarang ni.

nabilah_2908 said...

betul la tu..barang elektrik lama memang tahan lama...tak macam yang sekarang...cepat je jahanam... :)

uish...ayam goreng cili api tu buatkan saya terliur...huhuh.. sedap tu... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails