Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, February 28, 2012

Ntahhapahapatah..!!

Salam Sejahtera... !!
Selasa
6 Rabiulakhir 1433H



Souvenier yg aku dpt time CNY baru-baru ni....voucher tesco 30 hinggit & angpaow tu yg paling best..hahaha!!


Before Chinese new year aku langsung tak bleh bukak blog RKTS aku ni…URL aku kena blok…waahaaaa !!!

Jadinya aku kena pergi ke mana2 blog dot.com yg ada letakkan blog RKTS aku di dalam bloglist mereka dan dengan cara inilah aku dapat tengok blog aku sendiri…payahkannn ??

Tapiiii aku tetap tak bleh login okkkk….. aku pergi komen mana2 entry dalam blog orang lain anddddd aku dapat login blog aku pasal nak mengomen kena masukkan email dan password kitakan ? … jadinya bila aku dapat login blog aku tu dapatlah pulak aku membuat entry baru, publishkannya serta melepas dan menjawab setiap komen dari kengkawan blogger yg lain….. kekdah aku ni samalah seperti ko tak dapat masuk umah ko tapi terpaksa masuk kerumah orang lain pastu ikut pintu belakang dan masuk kerumah ko sendiri....paham tak?



Okeyyy lepas CNY… lain lak citernya.


Sekarang ni aku dah boleh tgk blog aku sendiri kat opis tak perlu nak kuar masuk umah org dah tapi tak bleh lak log innnnn !!!


Mesti korang tau blog sapa yg aku tgh skodeng niii...:)


Aku tak leh komen blog orang bila nak komen keluar kotak warna merah tuuu...cissss !!

Hanya pukul 12.30pm sampai 3pm saja aku dapat login blog kat ofis ni.....Jadi dalam masa 2 ½ jam tulah aku gigih mengejar masa utk publishkan entry aku ( aku sekarang taip je dlm Microsoft word dan save dulu sementara tunggu leh login blog ) dalam masa tu gak balas komen kengkawan dan jejak balik mereka2 yg sudi mengomen entry aku tu.

Maknanya sekarang ni aku boleh blogwalking  kemana2 blog yg aku suka tapi tak dapat nak tgglkan komen. Cuma tengahhari kang barulah boleh mengomen blog org lain.....itu tak masuk lagi PC yg lembab...line tenet yg lembab... takde masa nak ngadap lappy kat umah...banyak betullah dugaan aku dalam berblog ni...huhuhu :(

Keciaan dia...kecian dia...keciaaaan diaaa  !! ( Ikut rentak lagu Allayarham Sudirman ...Al-fatihah buat Arwah Sudir)

 
SALAM UKHWAH

Monday, February 27, 2012

Agak-agaknya bilo leeee tingkap dapur aku tu dapat berbaju baru yeaaa ???

Salam Sejahteraaa...!!
Isnin
5 Rabiulakhir 1433H


Aku dah lama mencari kain langsir yang corak buah-buah atau sayur-sayuran untuk di gantung kat tingkap dapur aku tu...... Al maklum ajelah aku bukan dari spesis yg rajin kuar masuk kedai kain cari kain ela nak wat baju ni tu pasal semenjak aku ada anak sampailah sekarang aku lebih suka beli baju raya yang dah siap kat kedai tu cuma hulur duit je tak payah susah2 perah ortak nak wat pesen macam mana , gaya apa ,ukuran apa pasal kat pasaraya dan butik2 pun banyaaaak dah jual baju kurung atau kebbaya yg dah siap di jahit malah cantik-cantik lak lagi…. Saiz badan macam aku ni memang sentiasa jelah ada stock..hehe!!





Nak di jadikan citer dalam bulan sepuluh tahun lepas aku temankan Ayie ke Nagoya kat seremban tu cari kain ela untuk buat gubahan buat tunangnya…. Dalam belek punya belek cari punya cari ternampaklah kat aku kain idaman kalbu aku ni tapi corak buah-buahanlah  apa lagi aku pun sambarlah 2 meter je dulu harga dah lupa dah tapi dalam belas2 hinggit gak semeter.




Kain ela untuk baju kurung tunang ayie tu aku gubahkan ghuper ini dan mungkin dah selamat dah jadi baju kurung kottttt.... dah 3 bulan pulak dah lepas ke tangannya.




Tapiiiiii kain langsir aku ni masih lagi dok ghuper macam beli ari tu berjahit pun idok laie.. langsir lama pun aku dah lama bukak dah tapi langsir baru usahkan siap sedia nak di gantung bergunting pun bolum laie …. Nahhh togel le ghupernya tingkap dapur aku tu tak berkain lagi.


Setiap hujung minggu plan nak jahit tapi ada je halnya seperti kata blogger  KAKCIK SEROJA  dalam entrynya  " Kita bukan tahu pun apa yang telah Allah aturkan untuk kita walau kononnya kita telah merancang begitu begini, ya tak? "


Betulll...betull..betulll....( cakap mcm gaya upin ipin
 
Tu pasal sampai ari ni langsir baru aku tak tergantung gantung laie...huhuhu!!!
 
 
 
SALAM UKHWAH

Saturday, February 25, 2012

Biarlah sedikit asalkan halal dan berkat.

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
3 Rabiulakhir 1433H




Hidup di zaman yg serba serbi perlukan duit ni kita kena kreatif…. Gunakan semua kemahiran yg ada untuk menambahkan pendapatan anda.




Tak perlu susah payah sewa kedai buat je kedai sendiri kat umah sendiri yang penting duit masuk dan rezeki tu halal.... rumah ni terletak betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang.... Sooooo mana2 budak lelaki yg suka berambut panjang ke sekolah tu takdo alasan nak kato kodai gunting rambut jauh atau takdo maso nak poie gunting rambut..... ko  masuk sekolah nampak umah acik ni kang balik sekolah pun ko lalu kat dopan umah ni gak haa!! 






Cara yg tepat dan betul...nahhh di paparkan tanda harga sebesar ini agar jelas di pandangan mata pelanggan ketika hendak membayar upahnya.



SALAM UKHWAH

Friday, February 24, 2012

Mimpi Rasullullah S.A.W

Salam Jumaat hari penghulu hari....!
Jumaat
2 Rabiulakhir 1433H




Nabi Muhammad saw telah bersabda "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..." :

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW,  "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN  WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Salam Ukhwah:

Wednesday, February 22, 2012

Pizza time..

Salam Sejahteraa...!!
Rabu
29 Rabiulawal 1433H





Selalunya lik keja singgah jap mana2 gerai jual goreng pisang panas, kepok lekor, apam balik ataupun kuih cakoi panas beli untuk minum petang kat umah....duduk2 sembang2 dengan anak dengan hubby sebelum berhempas pulas kat dapur..... tapi beberapa hari lepas teringin lak nak minum petang dengan pizza maka nya menyinggahlah pulak aku ke PIZZA HUT giant senawang tu tapau 1 pek ni lik umah makan-makan dengan anak2 sebelum start masak untuk makan malam.



Lagi nikmat leee bila makan pizza paneh ni dengan air bliss bliss ni... apo namo ea den dah tak hinggat dah.
Konyang ea sampai ke malam walaupun makan 2 slice jeeeee...


Lepas ni aku kena banyak ubdatekan entry bergambar pasal folder tepon aku dah penuh dengan gambar yg  tak di tayang - tayang kan lagi..... tulah kan rajin nau hambik gambau tapi nak tepekkan dalam blog malassssss sampaikan  folder dah ponuh dgn duoratuslapanploh hompek koping gambar..... nak masukkan gambar baru pun dah payah dah..... bila nak ambik gambar baru tak sudah-sudah kuar memo suruh deletekan gambar yg lama tu.

Padan dongan muko den !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, February 21, 2012

Pakcik itu...

Salam sejahteraa..!!
Selasa
21 Rabiul awal 1433H



Maaflah ya gambarnya enggak terang pasal aku curi-curi ambik gambar pakcik ni.


Kerap kali aku nampak pakcik ni berjalan kaki pulang dari kerja.
Aku rasa adalah dalam 2km dia berjalan dari kilang tempat kerjanya ke pekan senawang untuk menunggu bas.
Bagi orang tua seusianya memang agak jauh jarak perjalanan tu di tambahkan pulak cuaca petang yg panas ataupun kalau hujan lebat ketika itu.

Terfikir kat kepala otak aku ni ... ada anak ke dia?
Ataupun  hanya sebatang kara ?
Di mana rumahnya dan apa kerja yg di buatnya?

Kalau ada anak tak ada ke yg nak bantunya menghulurkan duit belanja bulanannya ?
Tak perlulah dia berjalan kaki perlahan - lahan seorang diri untuk mencari rezeki sesuap nasi.

Tetiba terfikir lagi....
Bagaimanalah nasib aku bila dah tua nanti yea ?
Macam pak cik tu ke atau lebih baik dari tu ke atau mungkin jugak lebih teruk dari pakcik tu.

Kena ingat jugak hidup ni  ibarat pusingan roda sekejap di atas sekejap di bawah.
Kalau hari ni hidup senang tak tahu senang ke atau susah bila dah tua nanti.
Kalau hari ni ramai orang sayang belum tentulah lagi sayang tu berpanjangan ke akhir hayat.
Kalau hari ni hidup selesa ada rumah ada kereta belum tentulah lagi semuanya tu akan berkekalan selamanya.

Tetiba teringat lak pulak nasib mak cik aku sekarang ni.
Hidup di rumah anak-anak terpaksa dia telan segala macam kesedihan , kecil hati dan sakit hati.

Sebenarnya kan semua yg kita nampak di hadapan mata kita hari ini samaada pak cik yg tak di kenali atau jugak nasib mak cik aku sekarang ni adalah renungan buat kita semua agar selalu beringat-ingat bahawa hidup ini tak selalunya indah-indah.

Untung sabut sok timbullah tapi kok untung batu teruslah tenggelam tak timbul-timbul dah.
Korang leh faham tak apa kisah tauladan yg cuba aku sampaikan dalam entry aku kali ni ?

SALAM UKHWAH

Friday, February 17, 2012

Gambaran hari kiamat tiba




Buat Ingatan dan renungan kita bersama...... !!


SALAM UKHWAH

1 Tamparan Untuk 3 Pertanyaan.

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!
Jumaat
24 Rabiulawal 1433H

 
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri kembali ke tanah air ..sampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.


Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.


Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab       mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.

Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang  memerlukannya.

Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

 
 
SALAM UKHWAH:

Wednesday, February 15, 2012

Bangsal Tua buat aku menanggis .

Salam Sejahteraaa... !!
Rabu
22 Rabiul awal 1433H



Sepatutnya ari ni ari bisu kannn... cuma gambar tanpa entry.
Tapi blog aku tamoo jadi bisu ari ni pasal dah lama blog ni membisu bulan lepas.
Jadi ari ni aku nak citer pasal drama BANGSAL TUA yang aku tgk kat tv 2 malam tadi.

Sapa tengok drama tu silalah angkat keybord korang  tinggi-tinggi !!



Drama bangsal tua lakonan pelakon hebat Dato Rahim Razali dan jugak Fauziah Nawi.
Aku cakap terus terang dgn koranglah  kalau 2 pelakon ni berlakon seriesly aku akan melekat terus kat depan tv  aku tu.
Apalah lagi citer malam tadi mengisahkan kisah hidup warga emas yg juga memerlukan kasih sayang tetapi kerana harta duniawi membuatkan si isteri lupa tanggungjawab kepada suami yang telah tua dan sakit.

Lakonan mantap Dato Rahim Razali dengan muka kesian dan sayunya bila di tinggalkan anak dan isteri serta hidup dalam bangsal buruk seorang diri betul2 buat airmata aku meleleh malam tadi.
Tapi kasi sorok itu air matalah kan  tak bagi laki aku nampak kang tak pasal-pasal aku kena perli kat laki aku lak.

Dato Rahim Razali yg melakonkan watak sebagai Hamidi Tahir berjaya menjadikan cerita tu betul2 hidup dan lakonan Fauziah Nawi sebagai isteri yg bernama Zainab buat aku rasa kesal kerana seorang isteri sanggup melangkah keluar dari rumah meninggalkan suami bertahun-tahun di kala si suami susah,sakit dan tertekan apabila duitnya lesap kerana di tipu .

Hancur luluh hatinya sebagai suami apabila bercerai dengan isteri di usia emas dan di halau dari rumah dan tanah kepunyaan isteri yang menyebabkan Hamidi tinggal menumpang di bangsal buruk dari belas kasihan orang yg pernah menganaiyanya dulu dan kini menjadi kawan baiknya pulak .

Banyak pengajaran yg dapat kita belajar dari drama malam tadi terutamanya bab pembalasan tuhan kepada Mat Tapa yg hidup berjudi dan menipu duit orang termasuklah duit Hamidi Tahir sehinggakan jenazahnya mengalami banyak masalah sebelum di kebumikan.

Pengajaran yg cukup terkesan di hati apabila orang yg menganaiya Hamidi Tahir dululah yg menjadi kawan baiknya dan menjaganya di kala sakit dan susah sedangkan anak dan isteri yang sepatut menjaganya pergi tanpa bertanya khabar beritanya di kampung.

Walaupun aku tertinggal 1/2 jam citer tu malam tadi tapi dapat gak aku tengok sampai habis sambil meleleh air mato den.
Nasib baik jugaklah hubby aku bukannya  peminat tegar bola sepak jadi tak delah nak berebut - rebut channel dengan dia malam tadi.
Dia pun tengok sekali dengan aku sampai citer habis.....memang elok tengok citer ni suami isterikan leh jadi pedoman dan pengajaran nanti.

Bila aku tengok wajah tua Hamidi Tahir (lakonan Dato rahim ) tu duk sorang2 kat bangsal buruk yang tua buat aku sangat2 kasihan ....lagilah pulak bila di masukkan lagu pelangi petang nyanyian Allahyarham Sudirman.
Bagaikan ternampak muka abah aku kat dalam skrin tb aku tu......uwaaaaaaaa !!! : (

Pesanan Hamidi tahir kepada anak perempuannya yg meminta ia menjadi wali dan aku fikir pesanan yg perlu di ingat dan di semat di hati  semua isteri2 dan anak2 solehah lebih kurang begini bunyinya....

" Bila dah kahwin jaga suami kamu baik-baik jaga dan  didik anak2 kamu....ayah harap kamu bahagia ...jika kamu hidup kaya raya  Alhamdulillah tapi jika suami kamu jatuh miskin jangan buat apa yg mak kamu telah buat pada ayah , tinggalkan ayah sorang2 , sakit pening pun sorang2 ,ayah tunggu kamu dan mak kamu balik, tak balik pun....kuasa ALLAH  orang yg menganaiya ayah dulu dan menjadi musuh yang menjaga ayah  tapi anak dan isteri ayah yg sepatutnya menjaga ayah pergi meninggalkan ayah "

Aku tak puas tengok drama ni agak-agaknya RTM buat ulangtayang lagi tak macam kat Astro tu. Sob...sob..sob... : (


SALAM UKHWAH:

Monday, February 13, 2012

Camno lak nak makan nihh ???

Salam Sejahteraa..!!
Isnin
20 Rabiul awal 1433H







Gara-gara terbawa pulang sudu dan garfu aku kat ofis ni ke rumah mengakibatkan aku makan pakai sudu plastik je sosej dengan roti bakar ni pagi tadi.

Ni semua kerana malas nak basuh sudu lepas di gunakan waktu keja ari sabtu ari tu.
Bila loceng akhir dah bunyi baru teringat sudu yg di gunakan tak basuh lagi sedangkan pada masa yg sama dah kelam kabut mengemas nak balik umah.

Ahhh... bawak balik je le sudu dan garfu ni basuh kat umah.
Dan pagi tadi tergesa-gesa lak kuar umah nak singgah petronas isi minyak terus terlupa pasal sudu.

Bawak nasi bawak jugak roti bakar dan sosej sebagai b/fast tapi nak makan dengan apooo ??
Boleh jeewww pakai tangan tapi pantry tu jauh bebenor dari opis aku ni.
Nak makan kat pantry kaum kerabat cino-cino tu yg ramai berkumpul kat situ lunch nanti.

Sib baik ada sudu plastik yg aku simpan dlm laci kalau tak terpaksa gak gunakan tangan dan berjalan ke pantry.
Terkial-kial aku guna sudu plastik ni... mana nak mencucuk sosejnya mana nak mengoyakkan rotinya.
Nyaris2 nak pecah sudu tu aku kejakan.
Tapi  licin gak aku makan dan dah selamat gak masuk dalam perut w/pun tanpa sudu dan garfu besi aku .




Errrrrkkkkk..... Alhamdulillahhhh dahhh konyang :)




SALAM UKHWAH

Saturday, February 11, 2012

Dalam guni ada daun getah tapi di katanya duit berjuta-juta...

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
18 Rabiul'awal 1433H



Tadi aku terbaca dalam BLOG NI pasal citer BEKAS JUTAWAN LBJ TAK MAMPU BAYAR BIL.
Tetiba teringat lak aku kat sorang pak cik yang selalu hubby nampak dia memikul guni yangberisi "duit" dan berjalan sorang2 sepanjang jalan kat LBJ .


kedit kat gugell.

Kadang-kadang pak cik tu menahan mana-mana lori yang lalu dan ada gak yang bersimpati  akan berhenti untuk menumpangkan dia pulang kerumahnya di salah sebuah taman perumahan dekat-dekat situ.
Tapi aku terlupa lak nama taman tempat pak cik  tu tinggal.

Sewaktu aku ikut hubby outstation ari tu dan pergi ambil barang kat KLIA aku ada gak terserempak dengannya berjalan kaki sepanjang jalan sambil memikul guni yang penuh dengan "duit".
Sebenarnya bukan duit yang diisi tapi cuma daun-daun getah yg di kutip sepanjang jalan tu.

Menurut cerita hubby yang dapat tahu dari kawan-kawannya yg pernah menumpangkan dan menemuduga pakcik tu sebenarnya dia adalah bekas jutawan LBJ.
Pak cik ni cerita dulu duitnya banyak tapi sekarang dah  habis di pakai untuk enjoy oleh anak dan isterinya.
Anak dan isterinya pulak dah tinggalkannya dan biarkan dia hidup sendirian.

Aku susah betul nak percaya cerita orang tua ni entah-entah dia yg boros dan enjoy terlebih-lebih sampai lupakan anak bininya dulu.
Malah banyak cerita yg aku dengar kisah bekas2 jutawan LBJ yg jatuh miskin kerana terlalu taksub dengan duit berjuta yg mereka dapat dulu.

Kita tak tahu kisah silam pak cik tu tapi  dah jadi lumrah hidup manusia ni lupa diri bila tengok duit menimbun depan mata.
Sampaikan sanggup buang anak bini dan mak bapak semata-mata fikirkan duit tu dah boleh menyenangkan hidupnya sampai mati.
Bila duit dah habis anak bini pun dah di lupakannya dulu tinggallah sorang diri terkontang kanting sebatang kara.

Duit tu sangat besar nilainya kalau tetiba korang dapat duit terpijak macam bekas2 jutawan LBJ tu seelok eloknya gunakanlah dengan cara yg berhemah, berjimat cermat dan simpan untuk keperluan dikala susah dan di hari tua nanti.

Duit memang boleh dicari tapi nak mencari tu bukan semudah menyebut perkataan DUIT tu aje.
Kena membanting tulang empat kerat bagi yg bekerja sendiri dan menjadi kuli bagi yg makan gaji macam aku ni.
Tak de duit tu nak terjun siap-siap dari langit tu terjelepuk jatuh kat depan batang hidung kita ni.
Pandai-pandailah kau cari duit dan simpan duit.

Moral dari citer ni jadikan pengalaman pak cik tu dan semua bekas2 jutawan LBJ sebagai pengajaran buat kita semua.
Manalah tau lak kan lepas ni giliran kita semua lak dapat durian runtuh  macam dyorang tu leh le kita semua selalu beringat-ingat..... yang baik tu jadikan tauladan yang jahat tu jadikan sempadan..... senang je hidup ni kan ??
Pesanan ni untuk diri aku sendiri jugak.

Cerita lanjut kisah jutawan LBJ tu leh baca kat SINI



SALAM UKHWAH

Friday, February 10, 2012

Misteri Hajarul Aswad.....

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!
Jumaat
17 Rabiul awal 1433H


Salam jumaat kepada semua blogger2 dan silent reader.... hampir sebulan tak merapu meraban kat blog RKTS ni .... sebagai entry pembuka selera untuk bulan febuary ni dan sebagai penaik semangat setelah lama cuti berblog aku nak sharekan entry ni dulu... mungkin ada yang dah tahu atau dah baca tapi aku tak kira nak sharekan jugak dan nak jadikan ia  koleksi peribadi dalam blog aku ni ... okey selamat membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu  : )  ( pesanan penaja..hehe )

     *************************************************************************

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.




Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)


SUMBER : I luv Islam & FB


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails