Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, September 6, 2011

Sehari menjelang 1 Syawal.

Tarikh : 29 Ramadhan 1432H ( Isnin 29 August )
Lokasi : Kg Ulu Klawang, Jelebu



Assalammualaikum...... salam 6 syawal !!

Dah onam hari rayo barulah aku terjenggul kat sini nak panaskan enjin.
Keseronokkan beraya selama seminggu ke rumah sedara mara buat aku cukup letih pada minggu ni.
Hari isnin dah start keja dah..... seminggu cuti macam sehari jeeeee.
Begitu pantas masa tu berlalu sepantas itu juga usia menghampiri ke penghujungnya.

Dah banyak blog kawan-kawan yg aku masuk banyak bercerita pasal keseronokkan beraya di kampung halaman.
Begitu jugak dengan aku adalah serba sedikit cerita yg ingin aku kongsikan...DANNNN...
Yang pentingnya ada satu story terlau bagus untuk di jadikan tauladan.

Aku masih menunggu gambar-gambar dari kamera adik aku.
Buat masa ni layan dulu gambar dari kamera aku dulu..... tapi untuk tahun ni memang aku kurang sikit menembak tak macam raya tahun lepas.
Mood snap sana snap sini dah merundum...okey layan gambar juadah Aidilfitri yang kami sediakan  SEHARI MENJELANG 1 SYAWAL .



Biskut dahlia adalah biskut terakhir yg aku siapkan merangkap penutup biskut raya aku untuk tahun ini.



Setiap tahun buat nasi impit je tapi tahun ni buat ketupat sekali atas permintaan adik ipar lelaki aku yg baru tu......teringgin lak nak makan ketupattt...ngidam apooo???




Lemang air tangan bonda tetap ada setiap tahun walaupun bonda tidak segah dulu lagi sanggup bersidai depan api lemang tu....... tahun ni buat lebih sikit bila ahli keluarga semakin membesar-besarrrrrr !!!



Rendang ayam special khas buat adik-adik aku dan adik ipar  yg tak makan daging tu.



Rendang daging campur paru kegemaran aku...... benda alah ni mesti ado setiap kali rayo tak do aku merajuk tak balik kampung..huhuhu!!!



Rendang itik......3 ekor itik abah aku beli kat orang kampung nak buat rendang campur dengan kulit rambai.



Satu lagi peberet aku ni...sup tulang..... abah aku tetap akan belikan setiap tahun walaupun dapat sikit......tahun depan mesti abah dapat bonus lagi pasal baik hati beli tulang ni......hehe !!!


Mewah dengan rendang raya tahun ni tapi yang pastinya semuanya habis licin licau.... gambar kuah kacang dan sebahagian kuih raya yg di bawa adik-adik aku terlupa nak snap.
Kan aku dah kata kurang mood nak ambik gambar raya tahun ni.
Tah ngapa tah !!!!!!!!


CN : Cik yah oooo cik yah...... lambat lagi ke nak upload gambar ko tuuuuu !!!


SALAM UKHWAH

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat hari raya kak ct........
mmg kan. saat paling seronok bila dapat kumpul sama2..
suka lihat pic makanan lebaran kak dan family....

terbaik,. ada lemang tu.....

ainnoraini said...

selamat hari raya...
bestnye ade bakar lemang...tahun ni lemang beli jer..tak buat pun...

mak mertua buat ketupat pulut daun palas jer...

nabilah_2908 said...

sama lah...mood nak snap2 gambar agak tawar sikit tahun ni... ;)

CT NoArIzAh ArIs said...

AYU.... slamat hari raya gak..lemang memang x boleh tggl kat nogori ni..hehe!!

CT NoArIzAh ArIs said...

AIN.... sy suka gak ketupat daun palas tu tapi x pandai buat..huhu!!

CT NoArIzAh ArIs said...

NABILAH...kenapa yekk ??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails